DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, June 22, 2010

MELAYU KE MANA?

Oleh : Dr.Mahathir Mohamad

1. Melayu menentang Malayan Union kerana rancangan British ini akan memberi hak kepada sesiapa sahaja menjadi rakyatnya.


2. Melayu pada masa itu takut jumlah rakyat bukan Melayu yang rata-rata lebih kaya dan lebih terpelajar akan menguasai bukan sahaja ekonomi tetapi juga politik Malayan Union. Dengan ini akan terlucutlah kuasa Melayu ke atas negeri-negeri Melayu.


3. Sebab itu apabila mereka tewaskan Malayan Union, persekutuan yang menggantinya secara rasmi dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Dalam Persekutuan ini 80% lebih rakyatnya terdiri daripada orang Melayu. Kelebihan yang tinggi ini meyakinkan mereka yang nasib mereka akan ditentukan oleh mereka.


4. Dalam Pilihanraya tahun 1955 mereka bersedia untuk memberi kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya Melayu kepada calon kaum-kaum lain daripada parti-parti rakan dalam Perikatan. Dengan undi yang ada pada mereka, mereka tentukan calon-calon bukan Melayu ini mendapat kemenangan. Tujuan korban ini ialah untuk meyakinkan penjajah British yang orang Melayu tidak akan menindas kaum lain apabila berkuasa.


5. Dengan ini British pun memberi kemerdekaan pada tahun 1957, iaitu hanya dua tahun selepas korban yang dibuat oleh orang Melayu.


6. Atas tuntutan Sir Tan Cheng Lok (gambar kiri) supaya ditambah rakyat bukan Melayu, Kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman bersetuju untuk mengurangkan peratusan rakyat Melayu daripada 80% kepada 60% dengan memberi kerakyatan tanpa syarat kepada penduduk bukan Melayu. Satu kontrak sosial dibuat supaya pengurangan ini diimbangkan dengan agihan kekayaan yang lebih saksama kepada orang Melayu. Bagaimana ini hendak dicapai tidak pula dijelaskan.


7. Pemimpin Melayu berpendapat dengan 60% daripada warga negara terdiri daripada Melayu, mereka masih menjadi majoriti dan masa depan mereka terjamin. Angka ini tidak banyak berubah apabila terbentuknya Malaysia.


8. Dalam sistem demokrasi memanglah majoriti akan berkuasa. Tetapi yang tidak diambilkira oleh kepimpinan Melayu ialah Melayu akan berpecah dan bermusuh sesama sendiri. Apabila ini berlaku kelebihan jumlah mereka tidak lagi akan menjadi mereka kaum majoriti dalam negara.


9. Perpecahan bermula apabila ulama-ulama UMNO memisahkan diri mereka untuk menubuh Parti PMIP (Pan-Malayan Islamic Party). Pada mulanya PMIP tidak berjaya menghakiskan sokongan kepada pertubuhan utama orang melayu iaitu UMNO.


10. Kemudian kerana rebutan kepimpinan dalam UMNO, parti serpihan Semangat 46 ditubuh.


11. Walaupun Semangat 46 dibubar dan diserap semula ke dalam UMNO tetapi ramai yang tidak dapat terima percantuman semula ini. Dengan itu sedikit sebanyak UMNO kehilangan penyokong.


12. Kemudian Timbalan Presiden UMNO terpaksa disingkir daripada UMNO dan ianya berjaya dengan cara-cara tertentu mengheret keluar ahli UMNO untuk menyertai satu lagi parti Melayu. Perbuatan ini berjaya membahagikan orang Melayu kepada tiga buah parti, iaitu UMNO, PAS dan PKR.


13. Dengan adanya tiga buah parti, orang Melayu yang dahulu menjadi majoriti warga negara dengan jumlah 60% daripada seluruh rakyat Malaysia sudah berpecah dan terbahagi kepada tiga kumpulan. Tidak ada satu pun daripada kumpulan ini yang disokong oleh majoriti rakyat. Ketiga-tiga mendapat sokongan tidak lebih daripada 30 peratus rakyat negara. Dengan perkataan lain orang Melayu sudah jadi puak minoriti dalam negara.


14. Sebagai puak minoriti mereka tidak mungkin lagi menjadi kuasa utama dalam parti-parti campuran yang disertai oleh mereka.


15. Mungkin mereka diletak sebagai pemimpin tertinggi dalam Kerajaan-Kerajaan Pusat dan Negeri. Tetapi mereka terpaksa mengikut telunjuk rakan-rakan mereka.
16. Kita lihat di Perak umpamanya apabila Kerajaan yang diketuai oleh Melayu dijatuhkan, kaum tertentu menganggap bahawa sebuah Kerajaan milik kaum itu yang dijatuhkan.


17. Mungkin di peringkat pusat juga akan ada ketua kepimpinan yang terdiri daripada Melayu tetapi duduk di bawah telunjuk orang lain.


18. Dengan ini besar kemungkinan Melayu secara sebenar sudah menjadi puak minoriti yang tidak berkuasa di negara sendiri. Kalau mereka berpendapat mereka akan diberi layanan yang baik apabila sudah tidak sebenar berkuasa, lihatlah sahaja nasib kaum mereka yang sudah menjadi kaum minoriti di negara jiran.


19. Masa sudah tiba untuk orang Melayu memikir dengan mendalam akan nasib masa depan mereka. Bersatu teguh, bercerai roboh. Pilihlah yang mana satu.


20. Saya akan dituduh "chauvinist" dan "racist" kerana menyuarakan pendapat saya ini. Saya sanggup dilabel dengan apa sahaja label. Niat saya ialah untuk memperingati kita semua sebelum nasi jadi bubur. Berpecah dan berebutlah. Akhirnya yang dikendong akan berciciran dan yang dikejar tidak tercapai.

Wahai Melayu, kemana kamu?

KOMEN :

Itulah bukti pengkianatan UMNO terhadap agama dan bangsa.Semakin lama UMNO memerintah, orang Melayu-Islam di negara ini akan diturun bala oleh Allah swt kerana kezaliman yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO terhadap rakyat seagama dan sebangsa tidak terhingga banyaknya.

Sepatutnyalah bangsa Melayu-Islam menerima padahnya kerana salah memilih pemimpin. Pemimpin UMNO rata-rata berperangai macam binatang dalam semua sektor. Merompak dan mencuri harta rakyat melalui kuasa yang ada ditangan. Rakyat tidak berguna di mata mereka, kecuali ketika tibanya pilihan raya.

Untuk survival agama dan bangsa : UMNO WAJIB dihapuskan daripada terus berkuasa. Kerja ini amat sukar kerana UMNO masih berkuasa.Walau bagaimana pun seluruh rakyat hendaklah bersatu menentang UMNO sampai ke hari kiamat.

UMNO pasti mati di satu hari nanti.

"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"

Monday, June 21, 2010

PARLIMEN ATAU KERAJAAN RUNTUH DULU?

SUMBER: Anak Sengat


Parlimen Malaysia dilaporkan semakin nazak akhir-akhir ini. Bermula dengan kebocoran beberapa tahun lalu, bangunan bersejarah itu kini semakin tidak berdaya. Ia seakan tidak mampu dipulihkan lagi. Kerajaan dalam dilema antara memilih menukar bangunan parlimen atau sekadar membaik pulih.Membaik pulih adalah antara pilihan utama setakat ini. Seakan Umno bimbang jika bangunan ditukar mungkin ia petanda buruk untuk mereka.

Walaupun ianya bukan hukum alam, tetapi bagi parti yang kuat kepercayaan dengan benda tahyul sangat mempercayai kemungkinan dan kaitan perkara-perkara seumpama ini.Apakah jika bangunan bertukar , maka kuasa di bangunan juga akan bertukar? Riak dan gelombang ke arah itu telah jelas dilihat. Petunjuk paling jelas ialah PRU 12.

Secara teorinya, Umno yang beriman dengan teori RAHMAN juga mungkin tercari-cari teori baru untuk menyambung nyawa mereka. Teori RAHMAn telah sempurna dengan tertabalnya Najib walaupun dengan penuh kesukaran hingga terpaksa meruntun Abdullah untuk turun awal.Bagi yang menggikuti sejarah Islam masih jelas peristiwa umar menangis tatkala turunnya ayat tentang kesempurnaan Isla. Apabila ditanya, Umar berkata... apabila sempurna sesuatu perkara maka akan berlaku perkara yang mengurangkannya.umNO telah sampai ke kemuncaknya. Teori RAHMAN telah sempurna.

Bangunan Parlimen mengisyarat terlalunya BN berkuasa sebagai penerusan kuasa penjajahan di Tanah Melayu. Rakyat pelbagai kaum yang dulunya sering bergaduh telah terpaut padu bersama Pakatan Rakyat. Parti yang mengimbangi perkauman Barisan Nasional kian hancur satu persatu dengan segala macam masalah dalaman. kini tinggal umNO ingin menjuarai pelbagai kaum tanpa memperdulikan rakan sebantalnya selama ini.Umno yang berlidah melayu selama ini telah mula bersuara satu Malaysia.

Tiada lagi isu Melayu selain isu memperkasakan bahasa Cina dan India... kesaksamaan antar kaum yang menjadi musuh umNO selama ini. Hilangnya identiti umNo menggambarkan umNO kehilangan rentak dalam berpolitik dalam wajah Malaysia baru yang diterokai oleh Pakatan Rakyat.

Jika dalam tempoh terdekat bangunan parlimen rebah menyembah bumi, ia mungkin petanda parti kerajaan selama ini kian menghampiri penghujung hayatnya. Mampukah bangunan bersejarah itu dibaiki jika asas binaannya kian raapuh? Dan mampukah umNO dipulihkan jika asasnya hanya kuasa?

Kita menanti siapa rebah dulu antara Kerajaan Barisan Nasional atau Bangunan Parlimen.Baik juga jika Kerajaan Pakatan Rakyat memulakan pemerintahannya dengan bangunan parlimen baru, biarlah segalanya baru dengan harapan rakyat terhadap masa depan yang baru.


“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

SKUAD SAYANG DICEMARI AGENDA MELAMPAU UMNO

SUMBER: Nur Wani Ahmat


Memetik kenyataan terbaru Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri yang menyarankan agar Skuad Sayang yang dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 13 Oktober 2009 yang lalu dijadikan platform untuk menangkis fitnah dan tohmahan pembangkang, menunjukkan bahawa BN khususnya Umno masih takut dengan bayang-bayang sendiri untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat.


Usaha murni Skuad Sayang untuk membantu golongan yang susah dan miskin ini nampaknya telah cuba dicemari dengan agenda politik melampau sehingga lari dari objektif penubuhannya yang sebenar.


Tujuan asal penubuhan Skuad Sayang adalah berkonsep kebajikan, kesukarelawan dan kemasyarakatan sebagai menepati hasrat Umno dan BN untuk memenuhi keperluan rakyat di peringkat akar umbi dan sebagai usaha untuk membantu orang yang miskin dan susah.


Malangnya apabila ia cuba dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak sihat, objektif dan hasrat murni ini telah diganggu gugat sehingga objektifnya tidak selaras dengan namanya ”sayang”.


Berdasarkan saranan dan kenyataan isteri Perdana Menteri, seolah-olah misi barunya bertindak sebagai agen penerangan dan bukannya sebagai agen kebajikan atau agen kasih sayang BN. Dilihat BN khusnya Umno masih lagi tidak belajar dari kesilapan yang lalu.


Hakikatnya kita sedia maklum bahawa BN telah memegang segenap pelusuk media komunikasi untuk menerangkan dasar dan waktu yang sama menghentam Pakatan Rakyat. Masih tidak cukupkah media penerangan ini sehingga pentas kebajikan pun hendak dipolitikkan oleh BN?


Diharapkan penubuhan dan usaha murni Skuad Sayang yang lebih berbentuk program kebajikan jangan disalahgunakan semata-mata untuk kepentingan politik BN.


Jika wanita BN benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat, maka tidak perlulah menggunakan pentas Skuad Sayang untuk menyangkal hujah Pakatan Rakyat dan waktu yang sama menanamkan rasa benci kepada pihak yang lain.


Rakyat Malaysia sekarang lebih bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk sekiranya seseorang pemimpin itu jelas ingin memperjuangan kebajikan dan keadilan untuk rakyat. Tidak perlulah lagi BN menukar objektif dan misi asal Skuad Sayang untuk menghentam Pakatan Rakyat sedangkan di pihak BN sendiri telah ada 1001 saluran media masa yang saban hari memaparkan agenda dan prinsip penjuangan BN.


Adalah lebih baik, jelajah ke seluruh pelusuk negara yang dijalankan oleh wanita BN digunakan untuk mengenalpasti dan membantu rakyat yang memerlukan pertolongan berbanding kepentingan politik semata-mata. Di akhir nanti rakyat Malaysia akan menjadi muak dengan cara BN yang terlalu taksub berpolitik sehingga mengabaikan agenda kebajikan rakyat yang lebih kritikal dan mendesak.


“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

Friday, June 11, 2010

BEBAS DARI BELENGGU UG: HADI PUJI PR, SELAR BN

Sumber : MerdekaReview

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang akhirnya berjaya terbebas dari belenggu Unity Government (UG), atau Kerajaan Perpaduan yang menghantuinya selepas PRU ke-12 pada tahun 2008. Presiden yang dilabel sebagai puak "pro-UMNO" dalam PAS ini, menyasarkan serangan terhadap UMNO-Barisan Nasional, dan menekankan kebaikan bersama Pakatan Rakyat di sebaliknya.


Dalam ucapan dasarnya ketika merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang bertemakan "Islam Adil Untuk Semua", Hadi Awang (gambar kanan) menuding jari kepada UMNO, bahawa ketidakadilan yang diamalkannya telah mencalar imej murni Islam, bukan sahaja mengundang padah malapetaka kepada orang Melayu yang telah beragama Islam, malah membawa wajah yang salah terhadap masyarakat majmuk yang menjadi realiti negara Malaysia.


Lebih-lebih lagi, Hadi Awang melihat PAS wajib berjuang untuk mengembalikan martabat umat Islam ke atas landasan yang sebenar, dan membebaskan Melayu-Islam daripada laungan perkauman sempit yang ditiub oleh UMNO. Dalam ucapan dasarnya, Presiden PAS ini mengulas bagaimana perjuangan partinya bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) berjaya menampilkan imej Islam yang positif, dan ia terbukti dengan kemenangan PR di PRK Sibu, Sarawak.


Baca
artikel ini selanjutnya:


KOMEN :

Pada muktamar kali ini saya pegang janji dan ikrar presiden PAS. Beliau nampaknya ikhlas tidak akan berkerjasama dengan UMNO. Selepas ini tidak berbangkit lagi sesiapa saja gatal-gatal berbincang dengan UMNO. Orang gila dan haiwan sahaja yang mahu berkawan dengan UMNO.


Banyak sangat pengkianatan UMNO terhadap bangsa Melayu-Islam sampai tidak boleh dimaafkan lagi. Sejak 52 tahun lalu, negara ini hanya diperintah oleh UMNO dengan berkongsi kuasa dengan kaum bukan Melayu dalam BN, tiada parti lain yang berjaya menjadi pemerintah di negara.


Oleh itu, UMNO tanpa segan silu melakukan
pengkianatan demi pengkianatan terhadap orang Melayu. UMNO tahu orang Melayu mudah lupa dan senang diumpan dengan bayaran sekupang dua, sebatang rokok dan secawan kopi, maka Melayu sememangnya buta mata hati tetap memilih UMNO. UMNO juga telah membudayakan amalan rasuah dalam setiap kali adanya pilihanraya umum atau kecil dan dalam pemilihan dalam partinya sendiri.


Yang penting bagi UMNO ialah kuasa, kedudukan dan kekayaan dan tambah satu ialah wanita.


Marilah kita sama-sama menunjukkan jalan keluar kepada UMNO pada PRU ke-13 nanti.


“UMNO TIADA, PASTI RAKYAT SEJAHTERA”

Thursday, June 10, 2010

NIK AZIZ SIFATKAN UMNO: TANGAN KANAN HULUR SALAM, TANGAN KIRI LIPAT SENJATA

Sumber : MalaysiaRiview


Nik Aziz Kata :

"Orang-orang Melayu perlu diingatkan bahawa keris yang dijulang oleh pemimpin UMNO itu bukannya untuk memperjuangkan Melayu tetapi hanyalah untuk merobek perpaduan kaum dan menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka. Buktinya, Kelantan sebagai negeri yang majoritinya Melayu dinafikan hak untuk mendapatkan royalti minyak daripada buminya sendiri. Projek-projek pembangunan daripada Pusat semuanya diserahkan kepada jabatan mereka sendiri. Semacam kerajaan Kelantan sekarang tidak sah dan pegawai-pegawai tidak berpelajaran, lemah dan korup."

Dan kata Nik Aziz lagi :

PRU12 dan siri pilihan raya kecil yang berlaku selepasnya, termasuklah terbaru di Hulu Selangor dan Sibu, jelas sekali bagaimana BN telah ditolak secara total oleh pengundi bukan Melayu. Hari ini, tidak dinafikan bahawa yang menjadi tongkat Barisan Nasional ialah pengundi Melayu."

Seterusnya bacalah artikel menarik ini.

KOMEN :

Bangsa Melayu yang menyokong UMNO ialah golongan paling celaka di dunia kerana golonan ini tidak ada pegangan agama yang kuat. Nilai iman mereka sekejab ada, sekejab hilang. Malam beriman, siang menjadi kufur kerana tingkah laku mereka yang bertentangan dengan nilai-nilai agama. Mereka Islam pada nama sahaja. Islam berdasarkan kepada keturunan nenek moyang mereka Islam. Golongan inilah yang sering menghina ajaran Islam dan menghina sunnah Nabi. Bagi golongan ini agama adalah sekadar ibadah sembahyang, puasa, zakat, haji dan nikah-kahwin. Politik tidak termasuk dalam bab tata urus negara yang diajar oleh Nabi. Golongan ini buta mata hati tidak dapat menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Bagi mereka halal-haram adalah sama sahaja.


Golongan ini juga adalah golongan yang terpesong daripada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi. Ilmu Islam yang ada dalam dada mereka sangat cetek.Mereka ini malas untuk mendalami ilmu-ilmu Islam. Yang faham sedikit-sedikit tentang Islam pula lebih cintakan dunia daripada cintakan Allah dan RasulNya. Mereka habiskan masa lapang di depan tv dan membaca tulisan-tulisan yang berbaukan ajaran yang dibawa oleh syaitan yang mengajak manusia melakukan maksiat dan menjauhi amal makrof. Golongan ini lebih suka memenuhi tempat-tempat hiburan yang melalaikan. Masjid dan surau menjadi asing bagi mereka. Masjid didatangi seminggu sekali bagi memenuhi kuata.


Berlatarbelakang itulah fikiran dan minda mereka menjadi jumud, otak menjadi beku macam otak haiwan. Golongan ini mendapat tempat yang baik disisi UMNO. UMNO mahu setiap rakyatnya berada dalam keadaan miskin dan papa kedana. Dalam keadaan begitu, UMNO dengan mudah dapat menguasai minda dan fizikal. Dalilnya UMNO mengalami kekalahan teruk di kawasan-kawasan pinggir bandar dan di dalam bandar yang pendudukan Melayunya menjadi majoriti. UMNO menang di kawasan-kawasan luar bandar yang penduduknya majoriti miskin, kekurangan berbagai kemudahan asas seperti di Sabah dan Serawak dan di kawasan-kawasan pendalaman di semenanjung. Golongan ini masih ramai yang berotak udang dan beku mindanya. Mereka masih rela menjadi lembu pawahan kepada UMNO laknatullah.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

UMNO : JUDI DAN ISRAEL-SIRI 1

Oleh : Tun Telanai

Nampaknya UMNO semakin bercelaru. Sekejab ada, sekejab tiada. Cakapnya berbelit-belit macam ular kenal palu. UMNO putar alam. UMNO kini berada dalam keadaan amat letih dalam menghadapi kemelut yang melandanya. Krisis yang melanda rakan kongsinya MIC. MCA, Gerakan dan dalam UMNO sendiri ada kumpulan anti-Najib (sepertimana kumpulan yang wujud semasa Pak Lah berkuasa dulu) senantisa mengintai peluang merebut kuasa. Sebab itu dalam rombakan karbinet baru-baru ini, Najib mendapati ahli parlimen UMNO-BN tidak layak dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri. Karbinet Najib dipenuhi dengan senator yang dilantik melalui pintu belakang bukan mencerminkan
‘karbinet rakyat’.


Tidak pernah dalam sejarah ahli parlimen UMNO yang memegang jawatan ketua pemuda tidak dilantik ke jawatan kerajaan, tetapi
Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau diketepikan dalam sebarang perlantikan ke jawatan tertentu dalam kerajaan Najib menimbukan kemarahan di kalangan pemuda. Sebaliknya, Mohd Ezam MOhd Noor yang sebelum ini sebagai penderhaka kepada UMNO dilantik sebagai senator. Apa yang Ezam tidak kata pada UMNO. Beliau memaki hamun UMNO dan merendahkan darjat UMNO sehina-hinanya setaraf anjing kurap ditepi jalan. Beliau menjadikan UMNO sepria-prianya. Orang yang taat dan setia pada perjuangan UMNO tidak mendapat tempat dan dihargai oleh Najib, orang macam Ezam mendapat tempat di hati Najib.


UMNO bukan sebuah parti politik yang cemerlang dalam usia 52 tahun ia memerintah. Ia banyak mendatang masalah daripada menyelesaikan masalah. Banyak contoh-contoh yang kita dapat kutip daripada pelbagai sumber yang menunjukan bahawa bangsa Melayu-Islam semenjak merdeka masih lemah dalam berbagai sector, tidak banyak kemajuan yang dicapai. Majoriti Melayu-Islam berada dalam kedudukan di bawah garis kemiskinan. Yang kaya raya ialah kelompok yang mengelilingi elit politik yang berkuasa. Orang Melayu-Islam semakin renggang dan rapuh daripada amalan Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad saw. Ini adalah kesan daripada kebobrokan kerajaan pimpinan UMNO yang memerintah berprinsipkan bersultan di mata dan beraja di hati.


Untuk tulisan ini saya tidak membicarakan pengkianatan UMNO terhadap bangsa Melayu dan Islam, yang saya hendak sentuh ialah berkaitan isu judi dan serangan Israel terhadap misi bantuan ke Gaza. Tindakan UMNO menghalalkan judi bola sepak menimbulan tentangan terbuka oleh seluruh rakyat Malaysia, tidak kira ianya Islam dan bukan Islam. Semuanya bersatu bangkit menentang judi tersebut. Ia akan beroperasi sebaik sahaja bermulanya kejohanan bola sepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan pada 11 Jun ini.


Seluruh rakyat yang sedar [kecuali golongan haprak dalam UMNO dan golongan yang sejenis dengannya] yang judi itu tidak banyak mendatangkan munafaat, sebaliknya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan terhadap kehidupan masyarakat. Oleh sebab itu, Allah swt mengharamkan sebarang bentuk perjudian, tetapi UMNO yang menjadi kerajaan dan terdapat juga ahli-ahli, penyokong, beberapa
pemimpin dan menteri serta agamawan di kalangan UMNO menyokong perjudian ini dilaksanakan (tidak memberi sebarang respon) terhadap bantahan rakyat.


Mereka dengan penuh kebanggaan, penuh kemegahan dan keegoan mencabar dan menentang perintah Allah swt. Kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya terasa amat kesal dengan ‘jenayah agama’ yang mereka lakukan itu. Kita juga kesal terhadap golongan Islam sendiri yang sering menghina, memperleceh dan menderhaka kepada Allah swt melalui lisan, tulisan dan tindakan serta pihak yang tidak bertanggungjawab mengalakkan berbagai aktiviti maksiat yang bercanggah dengan Islam. Ia juga termasuk pihak yang terlibat dalam mengubal dan meminda berbagai peraturan dan undang-undang dengan membawa masuk unsur-unsur yang membolehkan umat Islam menjauhi diri daripada Allah dan RasulNya. Melihat suasana ini, negara ini masih jauh untuk mendapat hidayah dan keberkatan dari Allah swt. Selamanya kita akan diselubungi oleh berbagai masalah social yang tidak kunjung padam. Satu mala petaka kepada rakyat Malaysia selagi kita gagal untuk menghapuskan UMNO dari tampuk kuasa.


Berdasarkan keadaan semasa dan curak hidup rakyat kita tidak secekal dan segagah rakyat Thailand, Filipina, Indonesia dan Iran, adalah amat sukar untuk menjatuhkan UMNO. UMNO mencengkam kuasa begitu kuat untuk mempergunakan segala institusi dalam Negara. Walau pun begitu, kita masih ada senjata iaitu ‘DOA’. Ini sahaja jalan yang ada bagi umat Islam di negara ini pada masa kini. Doa merupakan satu keistemewaan yang tidak ada pada umat yang lain. Dalam peperangan BADAR, Nabi Muhammad saw berdoa kepada Allah swt supaya beliau dan pengikut serta Islam diselamatkan. Abu Jahal juga berdoa kepada tuhan semoga Nabi dan pengikutnya serta Islam dihancurkan. Akhirnya, permohanan Nabi diperkenankan oleh Allah swt dan Abu Jahal serta kumpulannya dihancurkan oleh Allah. Oleh itu, umat Islam digalakkan berdoa dan menyerah kepada Allah swt untuk menentukannya. Allah ada kaedahnya tersendiri untuk menghapuskan UMNO. Tanda-tanda kehancuran UMNO sudah ada seperti tanda-tanda dunia hendak kiamat. Bila masanya hanya dalam ilmu Allah swt, tidak siapa yang tahu.


Meluluskan judi bola sepak kepada
Berjaya Group dan Vincent Tan berikrar akan memberi sumbangan sebanyak RM525 juta untuk badan-badan kebajikan dan NGO-NGO seolah-oleh UMNO mempersendakan hukum Allah terhadap judi secara terang-terangan. Penentangan ini bererti mereka tidak secara langsung turut menentang Allah swt sendiri yang menjadikan alam ini dan segala isi kandungannya. Jelaslah, mereka sebenarnya adalah pengikut Firaun laknatullah bukan pengikut Nabi Muhammad saw dengan menghalalkan judi melalui kaedah pengeluaran lesen perniagaan supaya ia dapat beroperasi secara sah sepertimana aktiviti-aktiviti perniagaan lainnya. Penentangan judi bola sepak ini satu perkara, tetapi yang lebih menakutkan dan apa yang kita khuatirkannya ialah UMNO akan terus mengeluarkan lesen judi sukan kerana dalam negara kita ini ada berbagai jenis sukan sepanjang tahun telah ditakwimkan, di samping itu ada kejohanan bola sepak luar Negara seperti Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-juara Eropah (UEFA Champions).


Disebabkan penentangan rakyat dari seluruh rakyat dan rakyat bukan Islam pun turut bersama dalam gerakan anti judi ini, maka UMNO menjadi
kecut perut. UMNO tidak sangup menanggung risiko, maka ia pun mula berlakon, buat macam orang bodoh. Bila ia terantuk baru ia mengatakan judi bola sepak masih dalam pertimbangan kerajaan dan belum dikeluarkan lagi. Sebenarnya Najib sudah pun meluluskankannya, tetapi disebabkan penentangan terlalu kuat, maka ia tarik balik pemberian lesen kepada Berjaya Group. Satu kejayaan untuk rakyat yang bencikan judi.


Bersambung siri ke-2/- Insya Allah


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

Wednesday, June 9, 2010

MP 'BERGADUH' DI TEMPAT REHAT DEWAN RAKYAT

Sumber: Malaysiakini.com


"Mereka memaki BN celaka, Umno celaka, jadi saya cuba menasihatkan mereka. Saya menyapa Kula (DAP Ipoh Barat) dan Kit Siang (DAP Ipoh Timur) dan memberitahu mereka bahawa saya ingin mendengar hujah mereka dan mengambil bahagian dalam perbincangan, tetapi ada di antara mereka mula memaki dan menghalau serta menolak saya,”


Seterusnya

KOMEN :


Walaupun tindakan ini tidak baik dari segi nilai moral dan akhlak wakil-wakil rakyat dari segi pandangan rakyat, tetapi tindakan ini sekali-sekala perlu dan bersesuaian dengan perwatakan yang dimiliki oleh wakil-wakil UMNO yang kurang ajar dan biadap semasa berbahas. Ia sebagai satu bentuk pengajaran.


Ia baru bertemu buku dengan ruas.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”

Saturday, June 5, 2010

JUDI SUKAN: JAIS LAMBUNG BALIK KEPADA KHALID

Sumber: Malaysiakini

Malaysiakini melaporkan bahawa Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, Khusrin Munawi menyepi diri dari memperkatakan isu judi bola sepak yang diluluskan oleh kerajaan UMNO kepada taikon Vincen Tan dari kumpulan Berjaya group kerana ia melibatkan kepentingan UMNO. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatannya [tentunya arahan dari beliau atau pencacai UMNO] mempertahankannya beliau.


KOMEN :


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor atau dikenali juga sebagai Jabatan Iblis Selangor. Nama ini popular di kalangan pendakwah bebas dan Islamic aktivist yang melihat perlakuan JAIS [demi UMNO] semacam IBLIS yang bertindak merancang dan melakukan berbagai tindak- tanduknya selama ini yang begitu ke hadapan dan keras untuk menyekat perkembangan Islam dan menghalang tokoh-tokoh agamawan terkenal dari bercakap tentang Islam hakiki seperti bekas mufti Perlis Dr.Mohd Asri Zainal Abidin diperlakukan seperti seorang ‘penjenayah’ dan termasuk bekas muftinya sendiri,iaitu Allahyarham Ishak Baharom dihalang bercakap mengenai Islam. Begitulah biadapnya JAIS. Benarlah apa yang diperkata JAIS ialah Jabatan Iblis Selangor.


daripada mempertahankan kesucian Islam kerana unit itu mempertikai balik dengan membuat satu pertanyaan yang semua orang tahu bahawa judi empat nombor ekor, Toto dan apa-apa bentuk pertaruhan yang boleh dikategorikan sebagai perjudian adalah haram di sisi agama Islam.


Unit ini melakukan pembohongan sangat besar apabila ia berusaha memperahankan pengarahnya, Khusrin Munawi dengan menyebut Khusrin adalah seorang pegawai tadbir diplomatik (PTD) yang menjalankan tugas secara professional tanpa pembabitan dengan parti politik. Niat jahat Jabatan ini dapat dilihat apabila ia mempertikaikan kerajaan negeri Selangor tidak memngharamkan judi empat nombor ekur , toto dan sebagainya.


Sebagai pengetahuan JAIS, persepsi di kalangan rakyat adalah brbeza. Khusrin tidak berdaya menjalankan tugasnya secara profesional seperti yang didakwa kerana beliau dilihat berpihak kepada parti UMNO. Segala isu yang ada kepentinngan UMNO di situ, beliau terus bingkas bangun dengan gagah perkasa mempertahankannya seperti isu tidak mengeluarkan tauliah kepada agamawan dari PAS [UMNO nahi-majlis maksiat ramai] dari memberi kuliah di masjid dan di surau [mengizikan surau-surau dirobohkan], menghalang Haji Abdul Hadi Awang, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ramai lagi tokoh-tokoh terkenal bukan sahaja dari PAS, malah pendakwah bebas kerana mereka ini tidak sebulu dengan UMNO dan ingkar untuk menjilat punggung para pemimpin UMNO haprak [Ibrahim Ali, Raja Katak biasa menjilat punggung Dr.M].


JAIS tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai isu judi bola sepak kerana ia berkaitan dengan kepentingan politik UMNO yang hendak mengumpul dana bagi merasuah rakyat dalam pilihanraya nanti terutama ketika kini hasrat UMNO untuk merampas kembali Selangor melalui kaedah di Perak. Tambahan pula Vincen Tan berjanji akan menderma sebanyak
RM525 juta hasil keuntungan perjudian yang diperolehinya. Halalkah ke hasil itu?


Ia berbeza sama sekali dengan kelantangan yang ditunjukan dalam isu kalimah Allah seolah-olah penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam adalah berdosa besar ada dinaskan seperti arak, judi, zina dan tenung nasib.


PERGI JAHANAMLAH DENGAN PENGARAH JAIS INI. Lebih lama JAIS tanpa di’overhaul’ keseluruhan organisasinya, maka lebih ramai umat Islam khususnya di Selangor akan hancur lebur dengan pelbagai isu penyakit sosialnya yang tidak boleh diubati kerana keingkaran menggunakan al-Quran dan al-Hadith sebagai ubatnya.


“UMNO TIADA, RAKYAT MALAYSIA LEBIH SEJAHTERA”

Wednesday, June 2, 2010

SCORPENE: POLIS PERANCIS SERBU PEJABAT DCNS

Sumber : Malaysiakini.com


Polis Perancis menyerbu pejabat pengeluar senjata DCNS dan kumpulan industri Thales berhubung siasatan terhadap penjualan kapal selam kepada Malaysia, demikian menurut sumber kehakiman semalam.

Dokumen-dokumen dirampas dalam serbuan tersebut minggu lalu, tambah sumber itu.Thales enggan mengulas perkara itu, manakala DCNS memberitahu AFP bahawa ia "tidak mengesah atau menafikan maklumat tersebut."

"Satu siasatan sedang dijalankan dan kami tidak boleh memberi sebarang komen."Mac lalu, Pejabat pendakwaraya Paris memulakan siasatan terhadap penjualan kapal selam tersebut pada tahun 2002 ekoran aduan yang dibuat oleh badan hak asasi manusia dari Malaysia, Suaram.

Suaram mendakwa Armaris - anak syarikat Thales dan DCN - telah membayar komisyen sebanyak 114 juta euro kepada syarikat Malaysia Perimekar, yang dikaitkan dengan individu yang rapat dengan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak .

Najib merupakan merupakan menteri pertahanan pada tahun 2002 dan bertanggungjawab dalam rundingan kontrak tersebut.Sejak tahun 2000, bayaran komisyen bagi kontrak yang berkaitan dengan pemimpin asing merupakan satu rasuah di bawah undang-undang Perancis.

Pada 2002, The DCN menyertai Thales dan kumpulan pembinaan Navantia dalam kontrak untuk menjual tiga kapal selam kepada Malaysia pada sekitar harga satu bilion euro.

Lewat April lalu, seorang jurucakap Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa "tiada kes" untuk dijawab.Menurutnya, urusniaga tersebut bebas daripada rasuah dan tidak benar Perimekar mendapat manfaat secara tidak betul daripada urusniaga tersebut..


KOMEN :

Marilah kita sama-sama berdoa semoga perjuangan suci yang dibawa oleh Suaram ini mendapat kejayaan. Orang yang zalim sewajarnyalah dinyahkan dari muka bumi Allah swt ini supaya semangat keadilan, kejujuran, keikhlasan dan kebenaran dapat dipupuk semula dikalangan masyarakat.


Kita tidak boleh lagi mengharapkan
system keadilan di Negara ini berfungsi pada landasan yang benar kerana ia banyak dipengaruhi oleh permainan politik kotor oleh UMNO.


Isu ini
tetap relevan dan akan hidup dalam jarak waktu panjang selagi penjenayah sebenar tidak dihukum dan boleh lepas-bebas. Walaupun bagaimana pun kita percaya orang sebenar yang terlibat tentunya tidak senang hidup kerana kes ini sering diputarkan.


Malangnya kita, kita terpaksa meminta bantuan pihak luar untuk membersihkan sampah sarap yang berlaku dalam Negara kita ini.


“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”