DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, September 21, 2008

MAJLIS SUMBANGAN AIDIL FITRI 2008

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka dalam kesempitan. Nas daripada al-Quran dan hadis Nabi s.a.w jelas menganjurkan umat Islam sangat-sangat digalakan menghidupkan amalan sedekah kerana ia banyak manfaatnya terutamanya di bulan Ramadhan al-mubaraq yang penuh keberkatan dan keampunan ini.

“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi orang yang soleh.” (al-Munafiquun: 10)


Menjelang 1 Syawal yang tinggal tidak berapa hari lagi, maka satu majlis penyampaian sumbangan Aidil Fitri bagi tahun ini telah diadakan di Daerah Padang Terap. Tun Telanai dengan beberapa orang sahabat telah berpakat dan berjaya mengumpul dana untuk menjayakan majlis tersebut.


Dan akhirnya pada hari Sabtu, 20 September 2008 bersamaan 20 Ramadahan 1429 telah diadakan majlis penyampaian sumbangan Aidil Fitri 2008. YB Ustaz Nasir bin Haji Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap dan YB Senator Ir. Mohd.Zamri bin Yusuf, Ketua Perhubungan PKR Negeri Kedah telah sudi menyampaikan sumbangan hari raya kepada 67 orang miskin, OKU, orang tua dan ibu tunggal.
YB Ustaz Nasir Haji Zakaria



YB Senator Ir.Mohd Zamri Yusuf



Penerima sumbangan dikalangan OKU

Luangkan masa jenguk-jeguklah diblog yang ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb
Wallahu'alam bishshawab

PASAR RAMADHAN DI PEKAN KUALA NERANG

SURAT TERBUKA UNTUK
YDP MAJLIS DAERAH PADANG TERAP
Oleh : Tun Telanai
Tarikh : 21 September 2008
21 Ramadhan 1429

YDP Majlis Daerah Padang Terap,
Pejabat Majlis Daerah Padang Terap,
O6300 Kuala Nerang,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

PASAR RAMADHAN DI PEKAN KUALA NERANG SESAK, SEMPIT DAN KOTOR MACAM REBAN AYAM

Saya dengan dukacitanya merujuk perkara di atas.

2. Saban tahun menjelangnya bulan Ramadhan al-Mubaraq, rakyat Malaysia berpesta sakan dengan pelbagai makanan yang disediakan. Dari bandar-bandar besar sehingga ke pekan-pekan kecil di seluruh negara, pihak berkuasa tempatan menyediakan tempat mengadakan pasar Ramadhan bagi menyediakan berbagai juadah berbuka puasa.

3. Pasar Ramadhan yang diwujudkan di merata tempat khususnya di Pekan Kuala Nerang telah memberi peluang kepada rakyat marhaen berniaga secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan keluarga untuk menampung perbelanjan hari raya.

4. Saya merupakan pelanggan tetap sepanjang bulan Ramadhan setiap tahun membelanjakan wang untuk membeli beranika juadah berbuka puasa yang ada di sini kerana ia menjimatkan kos perbelanjaan sekeluarga, disamping dapat membantu para peniaga yang terlibat menambah pendapatan masing-masing.

5. Saya amat terkejut, apabila berkunjung ke pasar Ramadhan tahun ini di Pekan Kuala Nerang. Tempatnya sempit, berbatu keringkil, sesak dan kotor. Keadaan ini lebih baik sedikit daripada reban ayam. Gambaran ini sangat memalukan apabila mulai minggu hadapan sebahagian anak-anak tempatan di perantauan akan pulang berhari raya di kampung halaman masing. Tentunya ia akan menjadi bertambah sesak dan tidak menyenangkan para pelanggan yang akan mengunjungi ke sini. Tentunya ini amat memalukan dan menjatuhkan maruah Majlis Daerah Padang Terap tidak pandai melaksanankan tugas yang diamanahkan.

Sila lihat gambar-gambar yang saya sempat rakamkan
sekadar tontonan :
i. Gerai-gerai yang ada cukup teruk sepert
tidak terurus. Amat memalukan


ii. Susunan gerai yang tidak seragam menyakitkan
mata yang melihat















iii. Kawasannya ditabur dengan batu keringkil
tidak rata menyukarkan orang ramai berjalan.
Keadaan sebegini pengunjung tidak merasa keselesaan
disimbah dengan hujan dan panas matahari















iv. Pandangan yang amat kotor dan tidak
tersusun rapi menghodohkan pandangan

6. Majlis mengenakan sewa yang tidak sepadan dengan kemudahan yang disediakan sebanyak RM60.00 satu gerai. Majlis gagal menyediakan kemudahan utiliti yang sempurna kepada para peniaga. Pihak para peniaga sendiri dikehendaki menyediakan kemudahan bagi kegunaan sendiri seperti meja, payung dan sebagainya.

7. Majlis juga gagal menjalan peranannya sebagai sebuah agensi yang memberi perkhidmatan terbaik. Majlis tidak mampu berfikir membina kreativiti mencantikkan suasana berniaga yang bersih, teratur dan sedap mata memandang. Apa yang anggota majlis lakukan?

8. Majlis Daerah Padang Terap gagal menyediakan kemudahan yang sempurna seperti yang dilakukan oleh majlis-majlis daerah lain. Lihat gerai-gerai yang didirikan pekan Langgar dan Pokok Sena. Ianya berbumbung panjang memudahkan orang ramai berjalan dilorong yang disediakan. Para peniaga diletakkan tepi kiri-kanan dan ditengah-tengahnya disediakan lorong untuk laluan orang ramai. Pembeli terasa selesa memudahkan pembeli membuat pilihan. Keluar membeli belah, tidak kena hujan dan panas.

Sila rujuk gerai-gerai di pekan Langgar :
















i. Pembeli selamat dari hujan dan panas
kerana Berbumbung















ii. Lihat susun atur gerai yang cantik dan
tersusun indah
















iii. Peniaga boleh berniaga dengan selesa
walaupun hari hujan



Ini pula di pekan Baru Pokok Sena :

















































7. Kesimpulannya, Majlis Daerah Padang Terap telah gagal melaksanakan misinya untuk memberi perkhidmatan yang sempurna dan terbaik kepada seluruh para peniaga dan pembeli. Inilah akibatnya apabila anggota majlis terdiri daripada orang-orang yang tidak mampu berfikir untuk merancang perlaksanaan progam mengangkat martabat daerah ini sama standard dengan majlis-majlis daerah lain. Jangan pandai mengutip hasil sahaja, tetapi perlaksanaan program cukup mengecewakan.

"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA SEMOGA MENDAPAT KEAMPUNAN DARIPADA ALLAH S.W.T"


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, terima kasih.






























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Thursday, September 18, 2008

MUSTAFA ALI PERLU DISINGKIR DARIPADA PAS-SIRI 2

Pengalaman Kerajaan Campuran: PAS di bawah Mohamad Asri Haji Muda
Oleh: Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Artikal saya yang disiarkan dalam blog saya dan yang disiarkan oleh Laman Marhaen seorang sahabat saya mendapat kritikan balas yang baik. Semua respon yang saya terima memarahi saya yang menulis mencadangkan Mustafa Ali disingkirkan daripada PAS. Saya terimanya dengan baik sepertimana Mustafa Ali mengakui akan kesilapannya dan memohon maaf daripada Mursyidul Am selepas kunjungan beliau bertemu dengan Tuan Guru.

Saya juga mengambil sikap yang sama. Memohon maaf daripada semua yang terlibat atau yang berkaitan dengan Mustafa Ali. Saya mengharap sangat Mustafa Ali jangan mengulangi lapan faktor yang saya bincangkan dalam tulisan saya itu. Saya faham bahawa perjuangan kita masih jauh daripada cahaya kemenangan sekiranya kita masih bersengketa sesama sendiri seperti pengendali blog Anti Husam Musa yang benci sangat kepada Exco kanan Kerajaan Negeri Kelantan seorang ini. Bermusuh sesama jemaah, musuh sebenar ketawakan kita.

Berbalik kepada politik PAS dalam negara ini. PAS pada mulanya sangsi tentang penyertaannya dalam proses pilihan raya. Ada di kalangan penyokongnya yang mahu parti itu membataskan dirinya kepada aktiviti pendakwahan agama, ada yang ragu-ragu dengan kesahihan aturcara pilihan raya atau viabiliti kaedah itu untuk mencapai matlamat kuasa parti tersebut dalam suasana Malaysia yang multi-etnik, ada yang sangsi dengan sistem pilihan raya di Malaysia di mana, mereka dakwa, pihak pembangkang perlu bersaing dengan UMNO dalam Barisan Nasional yang serba berkuasa, yang mengawal semua sumber dan menyalahgunakan alat-alat negara. Namun demikian, pendirian PAS telah memutuskan bahawa parti itu akan menyertai proses politik melalui pilihan raya bagi mendapatkan kuasa dan pada masa yang sama melaksanakan dakwah kepada masyarakat.

Pengalaman Kerajaan Campuran.

Haji Mohammad Asri Haji Muda mengambil alih kepimpinan PAS selepas Dr. Burhanuddin meninggal dunia pada tahun 1969 dan isu utama selepas pilihan raya tahun tersebut ialah soal penglibatan PAS dalam kerajaan campuran anjuran Tun Razak.

Asri membentangkan kesnya menyokong anjuran itu dengan merujuk kepada realiti politik pasca-1969, kecenderungan Melayu-Islamik kerajaan baru Razak dan peluang bagi PAS mengembangkan pengaruhnya. Satu kenyataan dua puluh dua perkara yang di keluarkan sebelum perhimpunan khas parti untuk mendebatkan kemasukan PAS dalam kerajaan campuran membuat petikan daripada Al-Quran, tradisi Nabi, sumber-sumber klasik Islam dan prinsip fiqh untuk memutuskan bahawa penglibatan PAS dalam kerajaan campuran adalah "harus pada hukum syarak" [Ibnu Hasyim, 1993: 248-251].

Perkongsian UMNO-PAS bertahan selama lima tahun. Selepas pilihanraya 1974, Razak, selaku pemimpin Barisan Nasional, menamakan Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan dan mengenepikan calon anjuran Asri. Usaha Nasir untuk merombak jaringan naungan pengikut rapat Asri yang berkisar di sekeliling konsesi balak di negeri itu telah menyebabkan satu usul undi tidak percaya terhadapnya di Dewan Perundangan Negeri.

Kelulusan undi tersebut telah mencetuskan perhimpunan besar-besaran menyokong Menteri Besar Nasir. Dengan UMNO dan sentimen rakyat di pihaknya, Nasir enggan meletak jawatan. Kerajaan pusat, atas nama "keselamatan awam", telah meletakkan Kelantan di bawah pemerintahan pusat di bawah satu undang-undang darurat yang diluluskan oleh parlimen pada Disember 1977 sementara menunggu diadakan pilihan raya negeri yang baru. Keenganan PAS menyokong bil darurat di parlimen itu mengakhiri perkongsian politiknya dengan UMNO dalam Barisan Nasional.

PAS dan Asri menanggung kerugian besar akibat kegagalan eksperimen gabungan itu. Perbalahan dalaman dan tuduh menuduh yang memporakperandakan parti diikuti pula oleh kekalahan teruk dalam pilihan raya negeri Kelantan Mac 1978 di mana PAS terpaksa menyerahkan kepada UMNO negeri yang telah dikuasainya hampir dua puluh tahun itu. Dalam piliha raya nasional yang diadakan lima bulan kemudiannya, PAS mengalami "pembelasahan yang paling teruk dalam dua puluh tujuh tahun sejarahnya" [Ismail, 1978: 65]. Asri dipaksa berundur dari jawatannya pada perhimpunan parti Oktober 1982.

Walaupun, bila diimbas kembali, PAS akan menyifatkan Asri berbaik-baik dengan UMNO sebagai satu kesilapan yang didorong oleh ketamakan dan ketidakmatangan politik, ia akan memetik sama pengalaman tersebut untuk menepis tuduhan UMNO bahawa parti itu berfahaman fanatik dan ekstremis atau tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran negara [Tarmizi, 1995].

Kesimpulannya, senario inilah yang amat membimbangkan seluruh ahli PAS terutamanya Mursyidul Am yang masih hidup dan aktif berpolitik sampai kini yang pernah merasai pahit maung berkerjasama dengan UMNO. Oleh sebab itulah beliau dengan lantang bersuara menentang sebarang usaha untuk berbaik-baik dengan UMNO. Kelantangannya ini menyebabkan beliau diketepikan [dimaklum pun tidak] dalam rundingan UMNO-PAS yang diheboh-hebohan selepas PRU ke-12 lalu. Selagi UMNO masih membawa dan berpegang kepada budayanya dulu, kini dan selama-lamanya, maka selagi itulah UMNO tidak boleh dipercayai.

Oleh itu untuk melihat keikhlasan UMNO, maka Mursyidul Am mencadangkan UMNO dan PAS dibubarkan dan ditubuh sebuah parti baru bertunjangkan Islam bukan sekular seperti yang UMNO amalkan sekarang. UMNO secara sini mengherdik cadangan tersebut dan masih memegang kuat ideologi yang dibawanya selama ini.

Allahyarham Dato’ Fadzil Noor pernah membuat kiasan tentang cubaan UMNO untuk berkerjasama dengan PAS sebaik sahaja selesai PRU ke-10 lalu, yang mana majoriti orang Melayu menolak UMNO. Bagi menjawab kritikan ramai kerana PAS ketika itu amat berhati-hati bagi menjalin hubungan dengan UMNO, Allahyarham berkata : “Lebih baik kita berhati-hati dan berwaspada selalu apabila berunding dengan orang yang sesama bangsa dan seagama kerana kita tidak tahu apa yang tersirat dalam lubuk hatinya, berbanding ketika kita melakukan berunding atau berkerjasama dengan orang kafir kerana mereka jelas berada dalam kekafiran”

Tambah Allahyarham lagi :"UMNO akan mencari PAS dikala UMNO berada dalam keadaan tersepit seperti peristewa 13 Mei 1969 dan jangan harap UMNO akan menghulurkan tangan persahabatan dikala dia berada dalam kedudukan yang kuat dan gagah perkasa".

Ini adalah percubaan kali ketiga bagi UMNO untuk berkerjasama dengan PAS. Kali pertama, UMNO berjaya kerana PAS dibawah pimpinan Asri seperti yang saya jelaskan di atas. Kali kedua gagal ketika PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadzil. Kali ini Allah sahaja yang tahu ke mana arah PAS hendak lalui. Adakah PAS akan tetap kekal dalam Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Anwar Ibrahim atau berpaling tadah masuk dalam dakapan UMNO dibawah pimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang amat terdesak pilitiknya sekarang?

Sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangan politik PAS dan UMNO selanjutnya.

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya :
http://tuntelanai.blogspot.com/
Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi:
http://demang.blogmas.com/

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA, MOGA-MOGA MENDAPAT RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb.
Wallahu'alam bishshawab

MUSTAFA ALI PERLU DISINGKIR DARIPADA PAS-SIRI 1

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’laikum wm.wrt,


Sebahagian besar ahli PAS, termasuk saya terkejut apabila menatap muka depan akhbar Harakah edisi hari Jumaat, 12-14 September 2008 lalu memuatkan temu ramah khas dengan Mustafa Ali, bekas Naib Presiden PAS dan kini sebagai Pesuruhjaya PAS Terangganu dengan tajuk besar : “16 September gagal?


Dalam temu ramah dua muka surat penuh itu [MS : 10 dan 11] dengan bangga beliau membuat analisis Anwar Ibrahim yang mewakili Pakatan Rakyat akan gagal mengambilalih kerajaan persekutuan kerana beberapa faktor yang dilontarkannya itu boleh diperbahaskan. Saya tidak bercadang untuk membincangkan faktor-faktor tersebut kerana nampak benar kita tidak faham Perlembagaan negara.


Sebelum itu, Mustafa telah membuat satu kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia [UM] pada 11 September 2008, menyebut berulang kali bahawa Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR [maksudnya : Pakatan Rakyat] akan gagal mengambilalih kuasa daripada tangan UMNO, faktornya sama apa yang dikutip oleh Harakah. [
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm]


Fikiran saya tertanya-tanya : Apakah agenda tersembunyi yang cuba dibawa oleh Harakah [mewakili suara PAS] yang diwakilkan kepada Ketua Pengarangnya, Ahmad Lutfi Othman, Zulkifli Sulung, Mohomad Sayuti Omar dan Tarmizi Mohd.Jam. Adakah misi yang dibawa oleh Harakah itu bercadang membunuh Pakatan Rakyat khususnya politik Anwar Ibrahim atau adakah Harakah cuba memberi bantuan kecemasan membina semula kekuatan UMNO yang semakin tidak popular dan kini berada dalam situasi yang amat gawat dengan harapan untung-untung UMNO kembali pulih dan beberapa kerat para pemimpin PAS dari golongan oppotunist ini dapat habuan duniawi?


Kenyataan Mustafa Ali mendapat tentangan dan kemarahan daripada Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan. Dalam satu kenyataan yang tidak disiarkan oleh Harakah, beliau habis-habisan menentang cubaan Mustafa Ali mengalihkan pandangan rakyat yang bencikan kepada UMNO dan mengharap Pakatan Rakyat amblialih kuasa daripada UMNO [
http://www.marhaen.org/v1/mar_a_abdrahmantalib71.html]. Setakat hari ini [18 Ogos 2008] kita belum lagi dengar pandangan daripada Presiden PAS. Mungkinkah beliau bersetuju dengan gelagat Mustafa Ali itu atau dalam istilah ‘lempar batu sembunyi tangan’?


Saya berpendapat apa yang dilakukan oleh Mustafa Ali ini merupakan satu kesalahan yang amat besar yang tidak boleh dimaafkan. Beliau wajar diambil tindakan disiplin yang tegas. Singkirkan Mustafa Ali daripada PAS, demi menjaga survival PAS masa depan. Saya berkata begitu berdasarkan beberapa faktor.


1. Beliau telah melanggar resolusi yang diputuskan oleh Muktamar PAS di Ipoh, Perak dalam bulan Ogos lalu. Dalam Muktamar itu telah dibuat satu resolusi dan dipersetujui semua perwakilan yang hadir termasuk beliau bahawa Muktamar mengambil ketetapan berusaha sedaya upaya untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.

2. Mustafa Ali adalah orang yang bertanggungjawab yang membawa delegasi PAS bertemu dengan UMNO dengan misi khusus untuk berkongsi kuasa dengan UMNO dengan harapan beliau dan beberapa kerat pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan kekayaan menyertai Barisan Nasional. Beliau yang bertanggungjawab mempengaruhi Presiden dan beberapa pemimpin PAS kononnya untuk survival agama dan bangsa, kecuali Musyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan tidak diajak berbincangkan mengenai agenda peribadinya itu untuk berkongsi kuasa dengan UMNO dalam semangat BN. Agenda peribadinya itu akhirnya gagal kerana ditentang oleh sebahagian besar pemimpin [termasuk Mursyidul Am] dan ahli-ahli PAS akar umbi.


3. Beliau telah mengunakan akhbar musuh [Utusan Malaysia] untuk melemahkan semangat rakyat untuk terus memberi sokongan dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat untuk menentang UMNO yang zalim. Secara tidak langsung beliau bertindak melemah dan tidak membantu mempopularkan PAS dikalangan parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat. Hal yang sedemikian memberi gambaran kepada rakyat bahawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat sedang dilanda krisis akibat dasar perjuangan masing-masing berbeza. Beliau cuba menanamkan kepercayaan rakyat bahawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak boleh bersatu seperti UMNO dalam BN. Fahaman ini sangat merbahaya bagi masa depan Pakatan Rakyat. Beliau akhirnya mengharapkan timbulnya krisis keyakinan terhadap PAS yang berkerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Mesejnya, beliau mahu rakyat menolak Pakatan Rakyat yang didalamnya terkandungnya PAS dan beliau mahukan rakyat terus memberi sokongan kepada UMNO dan beliau akan memperolehi sedikit munafaat hasil kemenangan UMNO itu.


4. Beliau secara sedar sedang memperkudakan Harakah yang menjadi lidah rasmi PAS bagi memenuhi agenda peribadinya. Adalah tidak boleh menolak andaian bahawa peranan beliau yang membolehkan Harakah diberi permit menerbitkan dua kali seminggu sekarang ini bagi membolehkan beliau memainkan peranan mendekatkan PAS dengan UMNO yang akhirnya Harakah bukan lagi menjadi lidah rasmi PAS sebaliknya menjadi lidah rasmi Mustafa Ali.


5. Beliau selaku Pesuruhjaya PAS Terangganu yang bertanggungjawab menyebabkan PAS Terangganu kalah teruk dalam PRU ke-12 lalu, sedangkan rakyat di Terangganu sangat sinonim dengan PAS dan banyak aktiviti-aktiviti PAS yang mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Adalah dijangkakan dalam situasi pada masa itu, PAS mampu merampas balik Terangganu daripada tangan UMNO, atau setidak-tidaknya PAS mampu memperbanyakkan kerusi bagi menghadapi PRU ke-13 nanti. Selepas PRU ke-12 tidak ada post-mortem yang dibuat dan dikeluarkan untuk tatapan umum khususnya ahli-ahli PAS di Terangganu yang sepatutnya mengetahui apa sebab musababnya PAS kalah di Terangganu. Dikuatiri beliau selaku Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat ada sedikit sebanyak pengaruh yang boleh mempengaruhi pengundi-pengundi di luar Terangganu tidak mengundi PAS kerana ketika kempen memuncak timbul isu abangnya masuk UMNO dan berkempen atas pentas UMNO sehinggalah abangnya itu diserang penyakit jantung, barulah kempen abangnya dihentikan.


6. Jika diperhatikan gerak kerja dilakukan oleh Mustafa Ali sekrang ini ada persamaan dengan apa yang telah dilakukan oleh Ezam Mohd. Noor. Ezam pada mulanya diperkataan mempunyai link dengan para pembesar UMNO yang kononnya ada kaitan memperjuangkan kebebasan untuk Anwar Ibrahim dan perpaduan Melayu. Format yang sama digunapakai oleh Mustafa Ali dengan memberi alasan kononnya untuk keselamatan agama dan bangsa. Akhirnya, selepas berdolak-dalik Ezam masuk UMNO semula dan memainkan peranan yang besar berkempen menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Mustafa Ali juga sekiranya tidak diawasi dari sekarang [sekiranya UMNO kembali menjadi kuat] tidak mustahil beliau akan turut jejak Ezam Mohd.Noor masuk UMNO dan menentang PAS. Mustafa Ali dalam UMNO sangat merbahaya untuk PAS.


7. Jangan lupa, Mustafa Alilah orang yang bertanggungjawab menggagalkan penyerahan memorandum yang mengandungi berjuta tangan rakyat di seluruh negara yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya umum ke-11 tahun 2004 lalu yang penuh dengan penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa kepada pihak SUHAKAM. Penat lelah rakyat mengumpul duit untuk membiayai kos petisyen PRU ke-11 telah digagalkan oleh Mustafa Ali yang kaki putar alam yang sengaja memilih hari Sabtu minggu ke tiga, yang mana semua pejabat kerajaan ditutup termasuk SUHAKAM. Dalam konteks ini, tidak ada kemaafan bagi mu Mustafa Ali.


8. Sebagai pemimpin veteran dalam PAS, beliau mempunyai banyak pengalaman kerana beliau pernah menjadi Menteri, Ahli Parlmen, Exco dan memegang berbagai jawatan dalam parti, tentulah beliau mempunyai ramai kenalan dalam dan luar parti. Pengaruhnya meluas, berselerak di seluruh negara. Ini merupakan ancaman masa depan PAS. Seluruh kepimpinan dalam PAS di semua peringkat harus bersiap sedia menghadapi Mustafa Ali. Politik tidak ada yang mustahil. Semuanya boleh berlaku. Dalam politik tidak selamanya kawan menjadi kawan sehingga akhir hayat.


Oleh itu, bagi menghadapi serba kemungkinan yang mungkin terjadi, maka Mustafa Ali wajar disingkirkan daripada PAS mulai sekarang kerana tindakan ini memberikan kita masa untuk mempersiapkan diri menghadapi seranganya menjelang PRU ke-13 nanti.


Akan bersambung dalam siri ke-2 : “Merenung Sejenak PAS di bawah Mohamad Asri Muda”


Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya :
http://tuntelanai.blogspot.com/
Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi:
http://demang.blogmas.com/


SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA, MOGA-MOGA MENDAPAT RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb.
Wallahu'alam bishshawab

Wednesday, September 17, 2008

ANALISIS NIK AZIZ V MUSTAFA ALI

SUMBER : MALAYSIAKINI.COM
http://www.malaysiakini.com/news/89836

Gara-gara projek pembentukan kerajaan baru pada 16 September seperti diura-urakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, PAS pula yang terpaksa bertelagah sesama sendiri khususnya antara Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali.

Susulan sikap kritikal Mustafa terhadap projek Anwar dalam wawancaranya dengan Harakah dan Utusan Malaysia minggu lalu, Nik Aziz menyifatkan pengarah pilihanraya parti itu "sudah menjadi lidah Umno" dan "betul-betul serupa dengan nada presiden Umno".Dalam kenyataannya sebagai reaksi terhadap pandangan Mustafa, Nik Aziz turut menyifatkan PAS Terengganu "telah tersalah memilih seorang pesuruhjaya" dengan membandingkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang menganggap tersilap memilih penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tokoh besar PAS itu turut membayangkan Mustafa kemungkinan akan meninggalkan PAS dan menyertai Umno.Bagaimanapun beberapa bahagian panas kenyataan panjang Nik Aziz ini, yang dikirimkan kepada Harakah, tidak dimuatkan dalam akhbar rasmi parti itu dalam edisi terbarunya.Tidak cukup dengan serangan itu, Nik Aziz mengulangi kritikannya kepada Mustafa dalam ceramah di Markaz Tarbiah PAS di Gombak, Ahad lepas, dua hari selepas kenyataan kontroversi itu diterbitkan.Dihubungi Malaysiakini semalam, pesuruhjaya itu enggan mengulas kenyataan Nik Aziz.

Mustafa dalam kedua-dua akhbar itu berpendapat perubahan kerajaan yang cuba diusahakan Anwar hari ini "tidak mungkin berlaku" dengan dua alasan. Pertama, pada tarikh itu, Dewan Rakyat tidak bersidang, maka undi tidak percaya terhadap perdana menteri tidak boleh dibawa walaupun majoriti ahli parlimen menyebelahi Pakatan Rakyat.Beliau juga dilaporkan berkata, secara politiknya, tidak pernah berlaku wakil rakyat kerajaan melompat parti untuk menyertai pembangkang.

Beberapa jam sebelum serangan sinis Nik Aziz kelmarin, seorang wartawan Harakah terpaksa menarik balik kenyataan penuh menteri besar Kelantan itu daripada blognya atas arahan ketua pengarang eksekutif akhbar itu Ahmad Lutfi Othman (foto kanan)."Beberapa alasan telah diberi, namun saya pasti sebenarnya beliau tersepit. "Malangnya oleh kerana kebimbangan saya di atas beberapa sebab, saya dengan itu menarik kembali artikel tersebut dengan rasa berat hati dan merasai kebebasan bersuara telah disekat," catat Wan Nordin Wan Yaakob di blognya Politik Suku Sakat (wannordinwanyaakob.blogspot.com).

Tambahnya, seorang lagi wartawan akhbar rasmi PAS itu "turut menerima tamparan apabila seorang pemimpin menghubunginya dan meminta isu itu jangan dihebahkan, malah kenyataan Tok Guru (Nik Aziz) itu katanya (pemimpin itu) melampau.""Saya hanya penulis picisan yang terhimpit dengan ideologi politik suku-sakat, dan inilah yang dikatakan 'Politik Suku Sakat', akhirnya saya juga yang terkena penahan mereka," kata wartawan itu lagi.

Wan Nordin, yang menulis berita 'Mursyidul am mahu Pakatan Rakyat diperkukuh: Mustafa ditegur', bagaimanapun tidak mendedahkan pemimpin-pemimpin PAS yang mengganggu beliau dan wartawan wanita itu.
Usaha Malaysiakini menghubunginya hari ini gagal.Dalam kenyataan yang sama, kini beredar lebih meluas dalam kalangan penyokong PAS yang pro-kerjasama dengan Pakatan Rakyat, Nik Aziz turut melahirkan kebimbangannya apabila Harakah sendiri terlibat menyiarkan pandangan Mustafa yang meragui usaha menumbangkan kerajaan BN gaya Anwar itu. "Saya tidak dapat bayangkan bagaimana Harakah boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu (Mustafa) yang merupakan pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar," kata Nik Aziz.

"Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. "Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej Harakah.

Pada logiknya, pembaca Harakah akan berkurangan. "Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini."Bagaimanapun ada pihak yang menganggap kenyataan mursyidul am PAS dikarang oleh "kumpulan Erdogan", pemimpin-pemimpin muda beraliran moderat yang dikatakan diketuai oleh naib presiden PAS Datuk Husam Musa - beliau bagaimanapun menafikannya.

"Saya tidak percaya (kenyataan) itu adalah tulisan Tuan Guru Nik Aziz ataupun kenyataan yang keluar dari isi hati dan lidah beliau. "Nik Aziz yang kita semua kenal tidak pernah menyerang peribadi seseorang secara terbuka, lebih-lebih lagi sesama pimpinan PAS," kata blog Anti Husam, yang pertama kali memperkenalkan ungkapan "kumpulan Erdogan", bersempena perdana menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.

"Saya percaya Husam dan/atau kumpulan Erdogannya berperanan besar untuk mengeluarkan kenyataan tersebut... sama ada disedari oleh Nik Aziz ataupun tidak. "Mana mungkin Nik Aziz menyebut perkataan 'standing ovation' (tepukan hormat sambil berdiri) dalam kenyataannya. "Lebih-lebih lagi fakta yang kononnya muktamar memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat secara standing ovation tidak tepat sama sekali."

Pertembungan kali ini mengesahkan wujudnya dua puak, atau setidak-tidaknya dua aliran, dalam PAS yang saling berbeza pandangan berhubung isu pertukaran kerajaan pada 16 September, muqabalah dengan Umno dan kerjasama dengan Pakatan Rakyat.Namun, kenyataan senada dengan Mustafa itu bukan pertama kali dikeluarkan oleh pemimpin atasan parti itu. Naib presidennya Mohamad Sabu baru-baru ini pernah menyatakan keraguannya pada projek Anwar tersebut.

Bagaimanapun, oleh kerana beliau dilihat tidak cenderung kepada kumpulan tertentu, pandangan bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu tidak menimbulkan pertikaian besar seperti Mustafa.Lagipun, Mohamad dikatakan pro-kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan tidak selesa dengan rundingan PAS-Umno. Berbeza dengan Mustafa yang dilihat sebagai seorang arkitek dalam projek muqabalah dengan sokongan penuh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang - kedua-duanya tokoh berpengaruh dari Terengganu.

Dua aliran ini turut mempengaruhi beberapa pihak lagi dalam PAS. Badan perhubungan PAS Johor menyokong Mustafa, sementara Kelab Penyokong PAS menyebelahi Nik Aziz.Apakah kita akan menyaksikan keretakan yang lebih besar dalam PAS susulan kemenangan besar parti itu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu yang mulai ketara menjelang dan sewaktu muktamar ke-54 di Ipoh?


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

NIK AZIZ NIK MAT V MUSTAFA ALI

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz :


1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.


2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.


3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.


4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.


5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.


6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.


7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.


8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?


9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.


10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 11 Ramadhan 1429 @
11 September 2008.
KENYATAAN MUSTAFA ALI YANG DIANGGAP KURANG AJAR
DAN BIADAP MENJADI BARUA KEPADA UMNO

“SELKERAJAAN BARU MUNGKIN TIDAK BERLAKU
PETIKAN DARIPADA UM :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

KUALA TERENGGANU 10 Sept. – Penubuhan kerajaan baru oleh pakatan pembangkang pada 16 September ini seperti yang digembar-gemburkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mungkin berlaku.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali berkata, berdasarkan pengamatannya sebagai pengamal dan penganalisis politik, beliau secara peribadi membuat kesimpulan bahawa tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan pada tarikh itu berikutan kekangan faktor teknikal dan politik.

Jelasnya, secara teknikalnya perubahan sesebuah kerajaan tidak boleh dilakukan melainkan jika ada satu undi tidak percaya terhadap kerajaan atau Perdana Menteri dibawa ke Parlimen.

“Ada dua cara sahaja untuk membuat perubahan kerajaan iaitu sama ada Perdana Menteri letak jawatan yang saya percaya tidak mungkin berlaku atau mesti ada satu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau memberitahu, disebabkan pada 16 September Parlimen tidak bersidang, maka undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri tidak boleh dibawa sekalipun terdapat bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membolehkan sesiapa yang mengusahakan perubahan itu mahu menubuhkan kerajaan baru.

Dari sudut politik pula katanya, tidak pernah berlaku Ahli Parlimen kerajaan lompat parti untuk menyertai pembangkang, sebaliknya semua wakil rakyat yang berbuat demikian sebelum ini adalah dari parti pembangkang untuk menyertai parti pemerintah.

“Terbaru kejadian lompat parti melibatkan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1984, tetapi PBS ketika itu pembangkang dan menyertai parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan mengikut sumber parti itu, orang yang bertanggungjawab terhadap perkara itu ialah Anwar.

“Saya akui Anwar ada pengalaman dalam hal ini tetapi waktu itu beliau berada dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Sebab itu hendak dapatkan tidak kurang 30 orang wakil rakyat supaya lompat parti adalah tidak mudah,” ujarnya.

Menurut beliau, jika diandaikan 30 daripada 140 wakil rakyat BN yang ada sekarang lompat parti dan berlaku undi tidak percaya, ia akan menjadikan Ahli Parlimen BN 110 orang dan pembangkang sebanyak 112 orang termasuk Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan, Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket Pas.

“Kalau Ibrahim melompat ke BN, ini akan menjadikan kedudukan seri 111-111, masih tidak ke mana-manalah, mesti cari bilangan yang lebih daripada itu (30 orang).

“Saya terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak itu (lompat parti). Secara teknikalnya (kerajaan baru) tidak boleh jalan pada 16 September ini,” ujarnya.

Mengenai teori mengatakan perubahan kerajaan boleh dilakukan hanya dengan mengumpul tandatangan Ahli Parlimen yang mencukupi dan dibawa menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk pelantikan Perdana Menteri baru jelasnya, ia tidak boleh dilakukan selagi Perdana Menteri sedia ada tidak dipecat.

Ketika ditanya mengapa sekarang beliau tampil memperkatakan isu ini jelas Mustafa, beliau terpanggil untuk menjelaskan situasi sebenar berikutan keresahan rakyat yang semakin memuncak selain tidak mahu mereka diberi harapan kosong.

Selain itu, katanya, setahu beliau PKR juga tidak pernah merujuk secara rasmi mengenai cadangan pembentukan kerajaan baru dengan Pas, menyebabkan pemimpin parti itu turut tidak membincangkan isu itu dalam mana-mana mesyuarat.

Mengenai sama ada kenyataan beliau boleh merenggangkan hubungan antara PKR dan Pas jelasnya, ia tidak sepatutnya berlaku kerana masing-masing mempunyai pendapat sendiri dan bebas menyuarakannya selain ia adalah pendapat peribadinya dan bukan atas kapasiti sebagai pemimpin Pas.

“Saya kata (perubahan) tidak akan berlaku. Bila tiba 16 September ini boleh tengok saya betul atau dia (Anwar) betul,” ujarnya.

Beliau menyifatkan isu itu timbul disebabkan keghairahan satu pihak manakala di pihak kerajaan pula panik tidak bersebab sehingga menghantar Ahli Parlimen ke luar negara yang beliau percaya ada kaitan dengan isu itu.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Terima kasih


KENYATAAN AKHBAR DSAI

16 SEPTEMBER -KERAJAAN PAKATAN RAKYAT
Dipetik daripada Malaysiakini.com

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.

Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.

Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.
Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.

Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.

Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu;

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa;

4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara.

Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.

Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.ANWAR IBRAHIMKetua PembangkangKetua Umum Parti Keadilan Rakyat.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam