DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, July 27, 2012

CEPAT-CEPATLAH MEMBANTU MEMUFLISKAN UTUSAN PORNO


Cubaan Utusan batalkan saman Syed Hussin gagal
(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 27 Julai: Cubaan Utusan Malaysia membatalkan saman yang difailkan Senator, Dr Syed Hussin Ali ternyata gagal apabila Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera menolak permohonan tersebut, kata peguam N Surendran.

Utusan memohon untuk menghentikan perbicaraan dengan alasan teknikal tetapi Mahkamah Tinggi tolak dan menetapkan perbicaraan penuh selama dua hari pada 29 dan 30 Ogos ini,” kata Surendran yang juga Naib Presiden KEADILAN.


“Defendan ketiga iaitu Zulkifli Nordin juga telah menarik balik permohonan yang dibuatnya Mei lalu,” katannya kepada Keadilan Daily.

Pada 27 Januari lalu, Syed Hussin yang juga bekas Timbalan Presiden KEADILAN memfail saman berjumlah RM10 juta dengan menamakan Utusan Melayu yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Abdul Aziz Ishak, dan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin sebagai defendan.

Surendran memberitahu, Vazeer juga membuat keputusan membenarkan Syed Hussin meminda writ saman dan penyata tuntutan serta menetapkan 15 Ogos untuk pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutan, Syed Husin mendakwa Utusan dan Abdul Aziz secara palsu serta berniat jahat mencetak dan menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya dalam artikel di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 November tahun lalu, berjudul ‘Zul Noordin Nafi Dakwaan Syed Hussin’.

Zulkifli, dalam laman web peribadinya, menerbitkan semula artikel yang sama tetapi atas tajuk yang lain iaitu ‘Anjing-anjing Pencen’.

Syed Husin menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif lain serta satu perintah injuksi bagi menghalang defendan daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah yang sama terhadapnya.

No comments: