DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, August 7, 2010

BERSATU : MENGHANCURKAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL (BN)

Oleh : Tun Telanai


Mustahilkah UMNO dan BN dijatuhkan dalam PRU ke-13 nanti?


Sebenarnya ini bukanlah perkara yang terlalu mustahil. Yang menjadikannya mustahil adalah diri kita sendiri. Ianya menjadi mustahil hanya apabila kita sendiri yang mengatakannya mustahil. Walhal jika kita menganggapnya tidak mustahil, maka ia pasti akan menjadi tidak mustahil. Inilah hukum alam.


Apa yang terlalu mustahil? Pemimpin boleh datang dan pergi. Tetapi agama, bangsa dan negara harus dikekalkan. Tetapi sanggupkah kita melihat agama kita, bangsa kita dan negara kita diperalat dan dimusnahkan sedikit demi sedikit oleh UMNO (bermaksud juga BN)? Jika kita mengatakan tidak mustahil, maka lakukanlah perubahan didalam PRU ke-13 nanti. Elakkan perkataan mustahil tersebut daripada menghantui dan menghalang perjuangan kita. UMNO harus ditumbangkan. Walau apa pun yang terjadi kita harus menghadapinya. Lawan Tetap Lawan.


Islam adalah agama Ilmu. Ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw pun berbunyi, "Bacalah". Yang dimaksudkan dengan "Bacalah" itu tidaklah bermaksud kita disuruh membaca tanpa berfikir. Yang seharusnya kita lakukan ialah bacalah dengan berfikir. Gunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kita dengan sebaik yang mungkin. InsyaAllah dengan membaca sambil berfikir tersebut akan tercetuslah pemikiran, falsafah ataupun ciptaan-ciptaan baru.


Jadi, untuk menjatuhkan UMNO "singgahsana kezaliman" mereka juga bukanlah perkara yang mustahil. UMNO tidak KERAMAT. Ia tidak diciptakan untuk kekal selama-lamanya. Tiba masanya ia pasti akan mati jua. Dan masa kematiannya sudahpun tiba. Tidak ada perkara yang dijadikan di dunia ini hidup untuk selama-lamanya. Yang kekal hanyalah Allah swt.


UMNO merupakan parti yang lemah. UMNO tidak boleh berdiri di atas kakinya sendiri. Ia perlu bertongkat untuk bergerak ke sana ke mari. Tongkat UMNO ialah kuasa yang ia genggamnya sekarang. Dengan kuasa itulah ia mempergunakan segala institusi-institusi kerajaan yang menjadi milik mutlak rakyat. Institusi kepolisan dan kehakiman merupakan dua buah institusi yang paling menonjol menjadi tongkat kepada UMNO.


Kedua-dua institusi ini juga dilihat apa yang dilakukan UMNO ditafsirkan sebagai tidak menyalahi undang-undang dan mempertahankan segala tindak-tanduk UMNO, walau pun perkara yang dilakukan oleh UMNO itu bertentangan dengan agama, akhlak dan moral apatah lagi amalan demokrasi yang songsang dan sesat yang menjadi amalan UMNO selama ini tidak dikategorikan sebagai satu kesalahan, malah dibiarkan berkembang mekar dalam institusi masyarakat dalam negara ini.


Rasuah (dalam piliahan raya, rasuah dalam parti, rasuah dalam pelbagai sektor terutamanya dalam sektor politik, kewangan dan perniagaan) dan urus-niaga yang melibatkan mengambilan komisyen yang bernilai jutaan ringgit tidak diiktiraf sebagai satu bentuk kesalahan kerana ia dilakukan oleh UMNO. Penyalahgunaan kuasa (untuk mendapatkan projek, lesen, permit, kontrak dan peluang-peluang perniagaan) untuk kepentingan peribadi juga turut dihalalkan oleh kedua-dua institusi ini. Banyak para pemimpin besar UMNO tidak pernah didakwa dan hukum setimpal dengan kesalahan (merompak dan mencuri khazanah rakyat) yang mereka lakukan. Walau pun ada yang didakwa di mahkamah, ia hanya sekadar lakonan untuk mengaburi mata rakyat yang akhirnya pemimpin itu dibebaskan.


Lakonan terbaru ialah
pendakwaan terhadap Dr Ling Liong Sik yang dituduh penipu kerajaan Malaysia yang melibatkan kewangan berbillion ringit dalam skandal PKFZ. Ia hanya merupakan gimik politik murahan yang dilakonkan oleh UMNO kerana kita tahu siapa yang ada dalam sistem keadilan di negara ini pada masa kini. Siapa tidak kenal dengan Zaki Azmi Ketua Hakim Negara yang selama ini hidup matinya berbakti kepada UMNO dan seorang lagi ialah Abdul Ghani Pataail tukang ‘bersih’ untuk menyelamatkan UMNO. Dalam pada itu, tongkat UMNO juga turut diperkuatkan dengan bantuan dan sokongan organisasi-organisasi seperti SPR, SPRM, media massa dan taikon-taikon yang ada hubungan rapat dengan UMNO.


Formula yang ada Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan UMNO ialah dengan bersatu. Ramaikan kawan dan kurangkan musuh. Disamping itu, sebarang perselisehan pendapat di kalangan anggota Pakatan hendaklah disalurkan ke saluran yang betul. Jangan polimikkan isu yang bukan isu ke tengah-tengah masyakarat yang boleh menimbulkan kontroversi yang akan diambil kesempatan oleh suara-suara iblis-syaitan yang diwakili oleh media massa milik UMNO.


Kita berasa bersyukur ke hadrat Allah swt kerana sejarah kejatuhan regim diktator dunia tidak menjadikan ia sebagai satu teladan kepada UMNO. Kejatuhan regim Shah Iran, Marcos, Suharto, Kim Dae Jung dan Saddam Hussein ditumbangkan dengan kebangkitan rakyat di jalan-jalan raya kerana kezaliman diktator-diktator ini menindas rakyat. Apa yang dilakukan oleh UMNO sekarang ini adalah mengulangi apa yang diktator-diktator yang saya sebutkan itu lakukan ke atas rakyatnya.


Kelaziman diktator-diktator ini memerintah ialah menipu rakyat, pembohong, rakus, zalim, rasuah, menyalahgunaan kuasa, berkroni-kroni, sekat kebebasan bermaklumat (memaksa rakyat mendengar dan melihat atau menonton rangkaian penerangan melalui media massa kerajaan dari parti pemerintah). Akhbar-akhbar ditutup kerana tidak sealiran dengan dasar pemerintah, mengekang amalan demokrasi (tidak dibenarkan mengeluarkan pendapat ke dua, berceramah, menekan parti-parti pembangkang, pemimpin-pemimpin parti-parti pembangkang ditangkap, dipenjarakan dan ada yang dibunuh).


Rakyat pula diugut, diancam dan ditakut-takutkan supaya tidak menyokong pembangkang. Rakyat diumpan dengan berbagai bantuan dan subsidi, segala kemudahan akan ditarik balik sekiranya rakyat memberi sokongan kepada pembangkang. Kemuncaknya apabila rakyat dihalang menghadiri, menganjur dan berucap dalam sebarang perhimpunan bagi menunjukkan rasa ketidakpuasan hati dan memberi pandangan kedua kepada kerajaan, sebaliknya seluruh institusi/organisasi/jentera yang menyokong diktator-diktator ini bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahu.


Adalah menjadi kebiasaan bagi mereka mengunakan sepenuhnya kekuatan pasukan polis, tentera, institusi-institusi kerajaan dan askar-askar upahan bagi melindungi kejahatan dan keburukan yang mereka lakukan ke atas khazanah negara dan ke atas rakyat. Keburukan pemerintahan mereka ditutup rapi dari pengetahuan rakyat. Kaedah inilah yang digunapakai oleh sistem pemerintah yang kepalai oleh UMNO sekarang. Sekiranya berdasarkan putaran sejarah, UMNO juga bakal menurut jejak rakan-rakan diktatornya itu.


Berdasarkan kepada isu-isu besar yang dihadapi oleh UMNO sekarang dalam berbagai sektor terutama dalam sektor ekonomi, politik dan sosial yang sukar untuk UMNO mengatasainya, maka kita sangat berharap dengan izin Allah (mesti selalu berdoa kepadanya) agar UMNO menjadi bertambah bermasalah, berpecah-belah, bercakaran sesama sendiri (juga dengan
rakan gabungannya) dan seterusnya UMNO akan menjadi bertambah lemah. Dalam pada masa yang sama, Pakatan wajar mempertingkatkan imej pada pandangan rakyat dan memperkasakan gabungan Pakatan supaya rakyat berasa yakin sebagai gabungan alternatif untuk menganti dan mengambilalih kuasa dari tangan UMNO/BN.


Jadikanlah PRU ke-13 ini sebagai pentas untuk kita merealisasikan perkara yang dianggap mustahil tersebut. Inilah masa yang paling sesuai. Masa di mana kezaliman telah memuncak hingga mencucuk mata seluruh rakyat Malaysia. Yang perlu kita lakukan ialah bersatu menentang kezaliman tersebut di dalam satu barisan dan kumpulan yang padu. Kesatuan yang kita bina itu haruslah pula diikuti dengan perancangan dan pelaksanaan tugas yang benar-benar berkesan. Semua pihak harus kita sedarkan. Jangan biarkan diri kita dan rakyat Malaysia terus dizalimi, ditipu dan diperbodoh-bodohkan oleh UMNO. Cukuplah setakat ini sahaja. Tiada lagi kerajaan diktator UMNO selepas PRU ke-13 nanti.InsyaAllah.


KERAJAAN BARU-MALAYSIA BARU
”UMNO TIADA, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

No comments: