DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, September 18, 2008

MUSTAFA ALI PERLU DISINGKIR DARIPADA PAS-SIRI 1

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’laikum wm.wrt,


Sebahagian besar ahli PAS, termasuk saya terkejut apabila menatap muka depan akhbar Harakah edisi hari Jumaat, 12-14 September 2008 lalu memuatkan temu ramah khas dengan Mustafa Ali, bekas Naib Presiden PAS dan kini sebagai Pesuruhjaya PAS Terangganu dengan tajuk besar : “16 September gagal?


Dalam temu ramah dua muka surat penuh itu [MS : 10 dan 11] dengan bangga beliau membuat analisis Anwar Ibrahim yang mewakili Pakatan Rakyat akan gagal mengambilalih kerajaan persekutuan kerana beberapa faktor yang dilontarkannya itu boleh diperbahaskan. Saya tidak bercadang untuk membincangkan faktor-faktor tersebut kerana nampak benar kita tidak faham Perlembagaan negara.


Sebelum itu, Mustafa telah membuat satu kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia [UM] pada 11 September 2008, menyebut berulang kali bahawa Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR [maksudnya : Pakatan Rakyat] akan gagal mengambilalih kuasa daripada tangan UMNO, faktornya sama apa yang dikutip oleh Harakah. [
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0911&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm]


Fikiran saya tertanya-tanya : Apakah agenda tersembunyi yang cuba dibawa oleh Harakah [mewakili suara PAS] yang diwakilkan kepada Ketua Pengarangnya, Ahmad Lutfi Othman, Zulkifli Sulung, Mohomad Sayuti Omar dan Tarmizi Mohd.Jam. Adakah misi yang dibawa oleh Harakah itu bercadang membunuh Pakatan Rakyat khususnya politik Anwar Ibrahim atau adakah Harakah cuba memberi bantuan kecemasan membina semula kekuatan UMNO yang semakin tidak popular dan kini berada dalam situasi yang amat gawat dengan harapan untung-untung UMNO kembali pulih dan beberapa kerat para pemimpin PAS dari golongan oppotunist ini dapat habuan duniawi?


Kenyataan Mustafa Ali mendapat tentangan dan kemarahan daripada Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan. Dalam satu kenyataan yang tidak disiarkan oleh Harakah, beliau habis-habisan menentang cubaan Mustafa Ali mengalihkan pandangan rakyat yang bencikan kepada UMNO dan mengharap Pakatan Rakyat amblialih kuasa daripada UMNO [
http://www.marhaen.org/v1/mar_a_abdrahmantalib71.html]. Setakat hari ini [18 Ogos 2008] kita belum lagi dengar pandangan daripada Presiden PAS. Mungkinkah beliau bersetuju dengan gelagat Mustafa Ali itu atau dalam istilah ‘lempar batu sembunyi tangan’?


Saya berpendapat apa yang dilakukan oleh Mustafa Ali ini merupakan satu kesalahan yang amat besar yang tidak boleh dimaafkan. Beliau wajar diambil tindakan disiplin yang tegas. Singkirkan Mustafa Ali daripada PAS, demi menjaga survival PAS masa depan. Saya berkata begitu berdasarkan beberapa faktor.


1. Beliau telah melanggar resolusi yang diputuskan oleh Muktamar PAS di Ipoh, Perak dalam bulan Ogos lalu. Dalam Muktamar itu telah dibuat satu resolusi dan dipersetujui semua perwakilan yang hadir termasuk beliau bahawa Muktamar mengambil ketetapan berusaha sedaya upaya untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.

2. Mustafa Ali adalah orang yang bertanggungjawab yang membawa delegasi PAS bertemu dengan UMNO dengan misi khusus untuk berkongsi kuasa dengan UMNO dengan harapan beliau dan beberapa kerat pemimpin PAS yang gilakan kuasa dan kekayaan menyertai Barisan Nasional. Beliau yang bertanggungjawab mempengaruhi Presiden dan beberapa pemimpin PAS kononnya untuk survival agama dan bangsa, kecuali Musyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan tidak diajak berbincangkan mengenai agenda peribadinya itu untuk berkongsi kuasa dengan UMNO dalam semangat BN. Agenda peribadinya itu akhirnya gagal kerana ditentang oleh sebahagian besar pemimpin [termasuk Mursyidul Am] dan ahli-ahli PAS akar umbi.


3. Beliau telah mengunakan akhbar musuh [Utusan Malaysia] untuk melemahkan semangat rakyat untuk terus memberi sokongan dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat untuk menentang UMNO yang zalim. Secara tidak langsung beliau bertindak melemah dan tidak membantu mempopularkan PAS dikalangan parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat. Hal yang sedemikian memberi gambaran kepada rakyat bahawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat sedang dilanda krisis akibat dasar perjuangan masing-masing berbeza. Beliau cuba menanamkan kepercayaan rakyat bahawa parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak boleh bersatu seperti UMNO dalam BN. Fahaman ini sangat merbahaya bagi masa depan Pakatan Rakyat. Beliau akhirnya mengharapkan timbulnya krisis keyakinan terhadap PAS yang berkerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Mesejnya, beliau mahu rakyat menolak Pakatan Rakyat yang didalamnya terkandungnya PAS dan beliau mahukan rakyat terus memberi sokongan kepada UMNO dan beliau akan memperolehi sedikit munafaat hasil kemenangan UMNO itu.


4. Beliau secara sedar sedang memperkudakan Harakah yang menjadi lidah rasmi PAS bagi memenuhi agenda peribadinya. Adalah tidak boleh menolak andaian bahawa peranan beliau yang membolehkan Harakah diberi permit menerbitkan dua kali seminggu sekarang ini bagi membolehkan beliau memainkan peranan mendekatkan PAS dengan UMNO yang akhirnya Harakah bukan lagi menjadi lidah rasmi PAS sebaliknya menjadi lidah rasmi Mustafa Ali.


5. Beliau selaku Pesuruhjaya PAS Terangganu yang bertanggungjawab menyebabkan PAS Terangganu kalah teruk dalam PRU ke-12 lalu, sedangkan rakyat di Terangganu sangat sinonim dengan PAS dan banyak aktiviti-aktiviti PAS yang mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Adalah dijangkakan dalam situasi pada masa itu, PAS mampu merampas balik Terangganu daripada tangan UMNO, atau setidak-tidaknya PAS mampu memperbanyakkan kerusi bagi menghadapi PRU ke-13 nanti. Selepas PRU ke-12 tidak ada post-mortem yang dibuat dan dikeluarkan untuk tatapan umum khususnya ahli-ahli PAS di Terangganu yang sepatutnya mengetahui apa sebab musababnya PAS kalah di Terangganu. Dikuatiri beliau selaku Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat ada sedikit sebanyak pengaruh yang boleh mempengaruhi pengundi-pengundi di luar Terangganu tidak mengundi PAS kerana ketika kempen memuncak timbul isu abangnya masuk UMNO dan berkempen atas pentas UMNO sehinggalah abangnya itu diserang penyakit jantung, barulah kempen abangnya dihentikan.


6. Jika diperhatikan gerak kerja dilakukan oleh Mustafa Ali sekrang ini ada persamaan dengan apa yang telah dilakukan oleh Ezam Mohd. Noor. Ezam pada mulanya diperkataan mempunyai link dengan para pembesar UMNO yang kononnya ada kaitan memperjuangkan kebebasan untuk Anwar Ibrahim dan perpaduan Melayu. Format yang sama digunapakai oleh Mustafa Ali dengan memberi alasan kononnya untuk keselamatan agama dan bangsa. Akhirnya, selepas berdolak-dalik Ezam masuk UMNO semula dan memainkan peranan yang besar berkempen menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Mustafa Ali juga sekiranya tidak diawasi dari sekarang [sekiranya UMNO kembali menjadi kuat] tidak mustahil beliau akan turut jejak Ezam Mohd.Noor masuk UMNO dan menentang PAS. Mustafa Ali dalam UMNO sangat merbahaya untuk PAS.


7. Jangan lupa, Mustafa Alilah orang yang bertanggungjawab menggagalkan penyerahan memorandum yang mengandungi berjuta tangan rakyat di seluruh negara yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya umum ke-11 tahun 2004 lalu yang penuh dengan penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa kepada pihak SUHAKAM. Penat lelah rakyat mengumpul duit untuk membiayai kos petisyen PRU ke-11 telah digagalkan oleh Mustafa Ali yang kaki putar alam yang sengaja memilih hari Sabtu minggu ke tiga, yang mana semua pejabat kerajaan ditutup termasuk SUHAKAM. Dalam konteks ini, tidak ada kemaafan bagi mu Mustafa Ali.


8. Sebagai pemimpin veteran dalam PAS, beliau mempunyai banyak pengalaman kerana beliau pernah menjadi Menteri, Ahli Parlmen, Exco dan memegang berbagai jawatan dalam parti, tentulah beliau mempunyai ramai kenalan dalam dan luar parti. Pengaruhnya meluas, berselerak di seluruh negara. Ini merupakan ancaman masa depan PAS. Seluruh kepimpinan dalam PAS di semua peringkat harus bersiap sedia menghadapi Mustafa Ali. Politik tidak ada yang mustahil. Semuanya boleh berlaku. Dalam politik tidak selamanya kawan menjadi kawan sehingga akhir hayat.


Oleh itu, bagi menghadapi serba kemungkinan yang mungkin terjadi, maka Mustafa Ali wajar disingkirkan daripada PAS mulai sekarang kerana tindakan ini memberikan kita masa untuk mempersiapkan diri menghadapi seranganya menjelang PRU ke-13 nanti.


Akan bersambung dalam siri ke-2 : “Merenung Sejenak PAS di bawah Mohamad Asri Muda”


Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya :
http://tuntelanai.blogspot.com/
Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi:
http://demang.blogmas.com/


SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA, MOGA-MOGA MENDAPAT RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb.
Wallahu'alam bishshawab

3 comments:

Anonymous said...

isu ni dah selesai...jgn panjangkan..jangan pulak kita jadi proksi uMNO..dan jangan biar musuh bertepuk tangan

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17030&Itemid=1

Anonymous said...

Tun Telanai.

Awak dah lebih camca dari bubur. Lebih UMNO dari UMNO. Ini pandangan ikhlas bulan Ramadhan dari saya. Apa untungnya kalau Mustafa Ali meninggalkan PAS? Saya tak tahu profil awak tetapi saya pasti Mustafa Ali lebih lama dalam politik PAS dari awak. Kalau dia nak masuk UMNO sudah lama tak payah tunggu awak suruh. Kalau saudara berfikiran kalut begini saya yakin saudara akan terpancut lebih awal keluar dari PAS dan masuk UMNO. Bersabarlah..bermaaflah ..perjuangan kita amat jauh. Cikgu Pa pun macam manusia yang lain kadang-kadang tersilap..dan dia dah mengaku patuh pada Tuan Guru..habis saudara nak apa lagi???tu sebabnya saya lebih khuatir pada saudara dari Cikgu Pa yang saya kenal.

Sudahlah ..tutup saja cerita.Tak payah bersiri-siri lagi.Hari ini mungkin iman saudara kuat tapi esok lusa belum tentu!!!

Utamakan Islam sedaya yang mungkin.

IPOH MALI

Anonymous said...

Sudahlah . Nampaknya macam hang pulak lebih UMNOnya . Memang tak suka kalau orang dah berbaik-baik . Menang kalah kerja Allah . Jangan dok jadi batu api lebih2 lagi dalam bulan posa nie ..

tapi kalau nak tambah dosa .. silakan .