DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, July 9, 2010

POLITIK WANG DALAM UMNO

By :Dr. Mahathir Mohamad
(Ulang Tayang Cerita Lama)


1. Saya mendapat banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam UMNO. Demikianlah keadaan sehingga Dato Seri Dr Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender. Dato Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedasnya.


2. Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

3. Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.


4. Tetapi cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai. Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur.

5. Mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.

6. Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka. Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka.

7. Amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan UMNO, orang UMNO dan pemimpin UMNO. Perasaan benci kepada UMNO sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.

8. Orang ramai melihat UMNO sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.

9. Dalam pilihanraya umum 2004, rakyat memberi sokongan padu kepada BN. Ini adalah kerana rakyat percaya benar yang kepimpinan baru UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi lebih baik daripada yang terdahulu.

10. Antara 2004 dengan 2008 mereka dapat lihat pemerintahan Abdullah dengan rasuah yang berleluasa dan keruntuhan ekonomi. Mereka juga lihat peranan yang dimainkan oleh keluarganya dan kroni mereka dan juga sikap ahli-ahli kabinet. Apa yang mereka lihat meyakinkan mereka bahawa pemerintahan ini tidak baik. Hasilnya ialah keputusan pilihanraya ke-12.

11. Mereka kecewa bahawa Abdullah bukan sahaja tidak membetulkan keadaan tetapi sebaliknya menafikan kekalahan dan penolakan oleh pengundi, termasuk yang terdiri daripada ahli-ahli dan penyokong UMNO dan lain-lain parti komponen.

12. Saya percaya orang ramai amat kecewa melihat mainan wang dalam UMNO sekarang. Wang akan mengalir dengan banyak dan laju semasa dan selepas pencalonan. Rumah terbuka oleh kementerian sedang diadakan dengan menggunakan duit Kementerian. Semasa rumah terbuka kempen untuk pencalonan diadakan.

13. Menjelang pemilihan bulan Mac 2009 lebih banyak lagi acara dan sogokan boleh diadakan. Kemuncak akan tiba apabila wakil ke Mesyuarat Agong tiba di Kuala Lumpur untuk bersidang.

14. Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000.

15. Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok. Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa.

16. Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah. Tetapi seperti disebut di atas apabila pengundi pilihanraya umum sudah benci dan bosan dengan UMNO mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan UMNO. Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang. Dan UMNO akan habis riwayatnya. Mereka yang betul-betul sayang kepada UMNO akan kutuk pemimpin dan ahli UMNO.

17. Inilah akhirnya musibah yang akan diterima kerana tamak, kerana rasuah di kalangan pemimpin dan ahli UMNO.


KOMEN :

Orang yang menyokong dan pengundi UMNO, tidak tahulah saya hendak katakan. Lihat dan bacalah serta renungi dengan hati dan fikiran terbuka kehodohan UMNO berpolitik. Dr.Mahathir sendiri pernah dipermainkan, dihina dan dimalukan di Kubang Pasu yang beliau pimpin selama 30 tahun tahun lamanya.


Baca di
sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, lagi di sini dan di sini

Kalau UMNO kalah dalam RRU ke-13, Melayu akan menjadi bertambah kuat baca ulasan yang dibuat oleh
Kickdefella.


Jadi, kita tidak ada kaedah lain untuk mengembalikan martabat rakyat dan khususnya Melayu dan Islam, melainkan kita sama-sama berpakat seluruh rakyat dari berbagai kaum dan agama menunjukkan jalan keluar secara sopan beradap kepada UMNO melalui PRU ke-13 ini supaya ia direhatkan seketika. InsyaAllah.

“TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

BIDAS MEMBIDAS

By : Dr. Mahathir Mohamad
(Ulang Tayang Cerita Lama)


1. Saya terkejut apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan bahawa sebagai seorang yang bukan ahli UMNO saya tidak berhak memberi pandangan saya terhadap apa yang sedang berlaku dalam UMNO.

2. Saya teringat akan jawapan Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri apabila ditanya oleh pemberita tentang komen saya berkenaan UMNO dalam tahun 1970. Beliau berkata sebagai orang yang bukan ahli UMNO (saya telah disingkir oleh UMNO pada masa itu) saya bebas berkata apa sahaja.

3. Saya hairan kenapa semasa saya masih ahli UMNO setelah letak jawatan sebagai Presiden UMNO saya juga tidak dibenar berjumpa ahli UMNO dan pemimpinnya dari peringkat bahagian sehingga peringkat Majlis Tertinggi. Ahli UMNO juga dilarang daripada menjemput saya untuk berucap dalam majlis UMNO atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya akan berucap. Saya juga tidak dibenar berucap di Universiti. Jemputan kepada saya ditarik balik atas arahan orang tertentu dalam Kerajaan dan parti.


4. Yang mutakhir apabila saya dijemput oleh Kelab UMNO Melbourne dan saya terima untuk membuat ucapan berkenaan tajuk yang tidak menyentuh politik dalam negara, tiba-tiba Kelab UMNO Melbourne menarik balik jemputan atas arahan Ibu Pejabat UMNO.

5. Ternampak jelas samada saya ahli UMNO atau tidak saya tidak dibenar atau dihalang daripada memberi apa-apa pandangan berkenaan UMNO atau berkenaan apa-apa perkara lain.

6. Seperti biasa "orang Pak Lah" menyokong bidasan terhadap saya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Hanya Dato Seri Rais Yatim dengan berani bertentangan dengan Perdana Menteri dan berkata saya berhak memberi pandangan saya.

7. Buat kali pertama saya bersetuju dengan "orang Pak Lah" bahawa beliau berhak membidas saya, walaupun tindakan beliau tidak boleh ditafsir sebagai "elegant silence" Tun Musa. Tetapi samada saya bidas balik adalah hak saya juga. Jikalau tak bersetuju dengan pendapat saya, itu juga hak masing-masing. Blog saya terbuka. Jika tidak memaki hamun blog saya terbuka kepada Pak Lah dan konco-konconya.

"TOLak UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

PEMILIHAN UMNO

By :Dr.Mahathir bin Mohamad
(Ulang Tayang Cerita Lama)


1. Seluruh Negara sedang perhatikan penamaan calon-calon jawatan Majlis Tertinggi UMNO. Keputusan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak pertahankan kerusi Presiden parti telah menyemarakkan lagi minat terhadap siapa yang akan memimpin UMNO. Ini kerana jangkaannya ialah siapa yang dipilih jadi Presiden UMNO akan turut dilantik Perdana Menteri Malaysia. Jika pengundi UMNO gagal memilih seorang pentadbir yang baik dan jujur, negara akan sekali lagi menempuh keadaan yang tidak stabil dan kejatuhan ekonomi. Tidak seorang pun rakyat Malaysia yang inginkan keadaan ini. Di dalam keadaan terdesak mereka mungkin akan pilih parti pembangkang pada pilihanraya akan datang. Dan ini tidak akan membuat keadaan menjadi lebih baik. Malahan ianya akan menjadikannya lebih buruk daripada penyandang jawatan yang tidak cekap yang ada sekarang.

2. Bagi UMNO empat tahun akan datang ini amat penting. Sesiapa juga yang menjadi Presiden parti, jika gagal memulih parti, bermakna bahawa masanya telah tamat bagi parti yang tertua di antara parti yang memperjuangkan kemerdekaan sesebuah negara. Jika ini terjadi maka kepimpinan UMNO yang akan datang ini akan termaktub dalam sejarah sebagai pengkhianat kepada parti politik yang pada satu masa dulu amat berkuasa dan terkenal.

3. UMNO telah menggunapakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.


4. Pada anggapan pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri ini, jika mereka berjaya pengaruhi ketua-ketua bahagian dan cawangan melalui rasuah dan mengancam dengan ugutan, pegangan mereka keatas parti akan kekal. Begitulah cengkaman mereka ke atas parti hinggakan parti nampak seolah-olah memberi sokongan padu kepada mereka. Mereka boleh lakukan apa sahaja dan sokongan yang tidak belah bagi terjamin.

5. Tetapi anggapan mereka salah. Ketua-ketua bahagian dan cawangan mungkn akan tunduk kepada mereka tetapi ahli parti dan penyokong yang bukan ahli parti tetap dengan pendirian mereka. Tidak berupaya untuk bersuara atau mengkritik pemimpin, mereka mengundi pembangkang.

6. Begitulah di dalam Pilihanraya Mac 2008 Parti Barisan Nasional dan UMNO mengalami kekalahan teruk. Pimpinan parti tidak mahu bertanggungjawab terhadap kekalahan ini, malahan mendakwa yang mereka menang kerana mempunyai cukup kerusi untuk membentuk Kerajaan pusat.

7. Pengundi yang jelek dengan sikap pemimpin memastikan satu lagi tamparan hebat dikenakan di dalam pilihanraya kecil yang tidak kurang penting dan UMNO dan Barisan Nasional yang begitu kuat satu masa dahulu ditundukkan, sehinggakan takut untuk mempamerkan bendera parti.

8. Akhirnya beberapa orang ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berani bangkit dan memutuskan cukuplah. Presiden mesti dipaksa meletak jawatan. Selepas melengahkan waktu seberapa lama yang boleh, Abdullah mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO dan dengan itu hak tradisi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

9. Ini merupakan langkah pertama yang kritikal. Sekarang ialah masa untuk Presiden dan Perdana Menteri baru. Hanya terdapat dua calon. Tetapi hingga kini hanya Dato Seri Najib Tun Razak yang menerima pencalonan untuk jawatan tersebut. Jelaslah yang beliau merupakan calon unggul. Dan seperti yang dijangka usaha untuk memburukkan imej beliau sudahpun bermula. Bagaimana dia mengurus tohmahan ini akan memperlihatkan mutu kepimpinannya.

10. Sementara itu pencalonan untuk jawatan-jawatan lain sedang berjalan. Jika Kerajaan Najib berkehendakkan kelainan daripada Abdullah maka penyokong Abdullah tidak boleh turut serta.

11. Setakat ini masih tidak jelas sama ada bahagian-bahagian UMNO akan menyokong mereka yang membangkang Abdullah ataupun penyokongnya. Pendahuluan yang diterima Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan yang pengkritik Abdullah amat disenangi. Tan Sri Rafidah Aziz, yang dikatakan begitu kuat mengkritik Abdullah nampaknya mendapat sokongan Wanita. Ini boleh mengakhiri impian Azalina Othman, antara penyokong terkuat Abdullah dan Khairi Jamaluddin, jika Rafidah mengotakan janjinya untuk melantik Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita apabila dia (Rafidah) sendiri meletak jawatan tersebut.

12. Shafie Apdal, salah seorang yang bersuara lantang mendesak Abdullah meletak jawatan mempunyai harapan cerah memenangi pencalonan bagi jawatan Naib Presiden. Tetapi bahagian-bahagian nampak seolah-olah terlupa peranan yang dimainkan Rais Yatim, yang mana sebagai Menteri beliau tidak pernah gentar menyuarakan pendapatnya berkenaan salahlaku Abdullah.

13. Bagaimana penting sekalipun pencalonan oleh bahagian-bahagian bagi melayakkan seseorang calon bertanding untuk mendapat tempat di dalam Majlis Tertinggi UMNO; kata putus bukan di tangan mereka. Ini terletak di tangan perwakilan ke Mesyuarat Agong.

14. Pada tahun 1987 apabila Tengku Razaleigh Hamzah bertanding kerusi Presiden menentang saya, saya mendapat lebih ¾ pencalonan daripada bahagian-bahagian. Tetapi saya menang dengan kelebihan hanya 43-undi daripada 2,500 perwakilan bahagian yang hadir. Jelas bahawa perwakilan ke Perhimpunan Agong tidak mengundi mengikut keputusan bahagian.

15. Ini harus mengingatkan yang bertanding jawatan supaya tidak terlalu yakin yang mereka akan menang hanya kerana mendapat jumlah pencalonan yang tertinggi dari bahagian-bahagian. Banyak perkara yang mungkin berlaku pada masa Perhimpunan Agong diadakan di Kuala Lumpur. Saya tidak terkejut jika banyak wang akan bertukar tangan, dan banyak juga keputusan yang beralih.

16. Pada pemilihan 1987, undian diberhentikan seketika pada waktu sembahyang Jumaat. Dipercayai ramai perwakilan dihampiri pada waktu rehat ini dan dipengaruhi menerusi pelbagai cara untuk ketepikan keputusan bahagian mereka dan mengundi calon lain.

17. Untuk elak kejadian ini tidak harus ada apa-apa masa rehat semasa proses mengundi. Jika boleh janganlah diadakan pada hari Jumaat. Bagaimanapun amat penting bagi pengundian di adakan pada hari pertama perhimpunan.

18. Seperti yang saya katakan, negara sedang perhatikan pemilihan UMNO dengan penuh debaran. Jika bahagian-bahagian dan perwakilan UMNO utamakan ketamakan diri mereka dalam membuat keputusan maka ini akan menjadi kali terakhir mereka menjadi "king-maker" di Malaysia.

19. Saya teringat akan ketamakan seorang Melayu kampung yang kerjanya mengutip buah keranji dari hutan untuk dijual kepada orang Thai. Kerjanya agak berat kerana pokok tinggi dan terdapat banyak semut.

20. Kerana tidak sabar dengan masalah yang dihadapi, pengutip keranji ini menebang pokok tersebut. Dan itu merupakan kali terakhir dia membuat duit dari mengutip keranji.

21. Mungkin yang belajar aliran Inggeris lebih setuju dengan cerita angsa yang mentaskan telur emas.

22. Apapun, pengajarannya tetap sama. Jual undi anda hari ini maka berakhirlah politik UMNO bagi anda.


KOMEN :

Sila saksikan youtube di sebelah....................

Jadi :


"TOLAK UMNO, RAKYAT SEJATERA"

Sunday, July 4, 2010

PENORAKA FELDA DITIPU

Firma arkitek diterajui seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.

Kasih sayang kekeluargaan mereka diluaskan dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh 'diuruskan'.

Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta....Lantaran itu, projek bukan bidang tugas Felda sama sekali, turut dibiayai oleh Felda atas sifat pemurahnya. Seperti Kolej Komuniti di Terengganu (RM 18 juta) dan Sabah (RM 22 juta), Menaik Taraf Bekalan Air Di Pahang (RM 200 juta) dan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (RM 120 juta). Apa kena mengena Mara dan Felda?

Kos Maktab ini ialah RM 120 juta dan Felda dengan segala senang hatinya membiayai sepenuhnya. Mungkin kerana wang tunainya terlalu banyak, Felda berbesar hati membiayai projek bukan bidang tugasnya sekalipun.


Baca
tulisan Husam Musa seterusnya.

"TOLAK UMNO RAKYAT SEJAHTERA"

SIAPA BOHONG SIAPA?

Husam Musa, EXCO Kanan Kerajaan Kelantan menjelaskan bahawa Najib telah pun melulus lesen judi bola sepak pada bulan Januari 2010 kepada Vincent Tan ketika Dr.Awang Adik menyebut bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meluluskan lessen berkenaan, Dalam hal lessen ini, Najib tidak pernah membuat sebarang kenyataan, hanya panglimanya sahaja yang bersilat mempertahankan kelulusan tersebut.


Baca tulisan Husam dalam
blognya ini.


Jadi, Siapa yang berbohong pada rakyat Malaysia : Najib atau Vincent Tan?


"TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

Saturday, July 3, 2010

KES KPKK SOGOK WARTAWAN DITUTUP

Kes menyogok wartawan dalam PRK Kuala Terengganu seperti yang dilaporkan telah ditutup, atas alasan tiada bukti yang kukuh untuk menunjukkan bahawa wujudnya elemen "rasuah" yang melanggar undang-undang dalam kelakuan tersebut.


"Siasatan segera telah dijalankan dan telah dilengkapkan dalam tempoh kurang tiga bulan untuk diedarkan ke Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bagi penelitian dan keputusan. Berdasarkan keterangan dan bukti yang diperoleh dalam siasatan berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya mendapati keterangan yang diperolehi tidak memenuhi 'ingredient' kesalahan rasuah di bawah peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan seterusnya tidak menjuruskan kepada tahap 'beyond reasonable doubt' untuk mendapatkan sabitan sekiranya tertuduh didakwa di mahkamah.'


"Oleh yang demikian juga, wang yang terlibat dalam aduan berkenaan telah dilucut hak dan dimasukkan ke dalam hasil kerajaan berdasarkan peruntukan undang-undang." Demikianlah jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Liew Wui Keong dalam Dewan Rakyat, ketika menjawab soalan daripada ahli parlimen Serdang-DAP, Teo Nie Ching, semalam.


Seterusnya di
sini


KOMEN:


Katakanlah duit RM300 dalam sampul surat itu dihulur oleh pemimpin Pakatan Rakyat seperti orang kanan Anwar Ibrahim atau orang kanan Haji Hadi atau Nik Aziz atau pun para penyokong Pakatan Rakyat tidak kiralah dari parti PKR ke, PAS ke atau DAP, saya penuh yakin dan berani bersumpah dengan nama Allah dan berani berhadapan dengan tok mudim sekali lagi.

SPRM dan Peguam Negara adalah akan memusingkan cerita tidak seperti berita yang dilaporkan di atas kerana di situ ada kepentingan UMNO dan para pemimpinnya yang mana rakyat semua tahu perangai buruk UMNO dan para pemimpinnya.


Lihatlah kes Nik Aziz, sudah berapa kali SPRM buat kacau, masuk-keluar pejabat beliau untuk menyiasat perlakuan rasuah yang didakwa oleh para pemimpin UMNO haprak di Kelantan. Tetapi tidak berjaya kerana Nik Aziz bukan holaba dan tamak dunia semacam para pemimpin UMNO yang rakus dengan kuasa dan kekayaan dunia bagaikan syaitan dan iblis. Iblis dan syaitan pun tidak macam perangai para pemimpin UMNO.

Lihat juga kes di Selangor. Tidak putus-putus SPRM masuk-keluar menyiasat para pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa terlibat dengan tuduhan rasuah, tetapi sehingga kini mereka gagal. Walau pun begitu mereka akan terus berusaha sehingga kerajaan Selangor jatuh seperti yang berlaku di Perak bagi memenuhi matlamat UMNO. Itu amat pasti.


Mereka akan mencari bukti sampai ke lubang cacing.PERCAYALAH


Lihatlah sandiwara yang dilakonkan oleh SPRM demi menjaga UMNO dan para pemimpinya di sini, di sini, di sini dan di sini
Jadi :

‘UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”

FIRMA BERKAITAN UMNO DAPAT PROJEK FELDA?

Hubungan terus antara projek pembangunan Felda dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Umno menimbulkan pelbagai soalan berhubung cara projek-projek berkenaan ditawarkan.Berdasarkan pendedahan oleh ahli jawatankuasa pusat PAS, Datuk Husam Musa di blognya, Selasa lalu, semakan yang dilakukan Malaysiakini mendapati projek berkenaan dianugerahkan kepada firma Arkitek W&W yang dimiliki oleh ahli Umno.

Mereka adalah ADUN Bukit Chandan, Wan Mohd Khair-il Anuar Wan Ahmad dan seorang lagi yang dikenali sebagai Wan Burhanuddin Wan Hassan.Mengesahkan perkara ini, Husam berkata Wan Burhanuddin adalah ahli Pemuda Umno bahagian Besut.

Beliau dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga seorang pegawai kanan Felda yang juga berasal dari Terengganu.Antara projek yang diberikan kepada firma berkenaan adalah kawasan perumahan dan komersial di Feldajaya - projek pembangunan bercampur untuk generasi kedua peneroka Felda.

Bagaimanapun menurut Husan, projek Feldajaya itu bukannya sesuatu yang boleh dibanggakan kerana lokasi yang tidak sesuai serta harganya.Contohnya, di Feldajaya Trolak, satu daripada empat mukim yang disiapkan, sebuah banglo ditawarkan pada harga sekitar RM180, 000.

Seterusnya di
sini dan sini

KOMEN :

Husam Musa silap tu. UMNO adalah merupakan sebuah parti dan kerajaan paling terbaik dalam sejarah tamdun dunia mengalahkan sejarah tamadun yang terdahulu.

2. UMNO merupakan sebuah parti yang paling bersih tidak ada sebarang cacat celanya. UMNO dari dahulu sehingga kini masih suci dan bersih seumpaman kain putih atau bayi yang baru dilahirkan.

3. Jangan lupa bahawa UMNO diturunkan oleh dari langgit untuk memimpin rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

4. UMNO dianggotai oleh orang-orang yang paling bersih, tidak rasuah dan menyalahguaan kuasa untuk kepentingan diri, sebaliknya para pemimpin UMNO 100% berjuang dan berkerja untuk rakyat. Bak kata pepatah “Bagaikan lilin membakar diri”

Walau pun begitu :

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA DAN AMAN”