DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, June 2, 2013

SEMBAH DERHAKA KE ATAS TITAH AGONG



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah: "Tindakan menanam kesangsian kepada institusi yang telah diamanahkan Perlembagaan Persekutuan untuk mengelolakan pilihan raya di negara ini ialah perbuatan yang amat berbahaya dan hanya bakal menuai badai pertelingkahan yang tidak berkesudahan."

Sembah Derhaka Rakyat: Jika badan yang diamanahkan, dalam soal ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah sekian lama tidak lagi beramanah dan berjaya membohongi institusi Yang DiPertuan Agong, itulah sebenarnya perbuatan yang amat berbahaya dan menghina kedudukan Tuanku. 


"Janganlah kita sekali-kali melemah dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan Falsafah Persekutuan yang selama ini mendasari ramuan kejayaan Malaysia," titah Seri Paduka.

Sembah Derhaka Rakyat: Sistem Raja Berperlembagaan ini telah lama dilemah dan dirosakkan oleh mamak bendahara mahathir mohamed. Sebab itu, hingga kini, institusi Raja Berperlembagaan ini tidak mampu menegur apatah lagi memperbetulkan pelbagai kerosakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional serta segala agensi di bawah kawalan mereka.

Tuanku Abdul Halim bertitah "sebarang perubahan politik di negara ini perlulah dilakukan secara aman dan menerusi peti undi berpandukan prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang."

Sembah Derhaka Rakyat: Memang Rakyat berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan politik melalui peti undi secara aman, namun berbagai-bagai kaedah manipulasi, penipuan dan pemalsuan yang dilakukan oleh pihak SPR dengan berselindung di sebalik Tuanku. Rakyat sudah jauh amat-amat cerdik, Tuanku. Rakyat bukan lagi golongan umpama lembu dicucuk hidung. Rakyat sudah kaya ilmu dan kaya maklumat, Tuanku.

Titah Tuanku lagi, "Apakah kita sanggup melihat Malaysia yang tercinta ini hancur dan lumpuh disebabkan oleh perbuatan kita sendiri. Merosakkan sebuah kejayaan amat mudah, namun untuk membinanya kembali amatlah sukar."

Sembah Derhaka Rakyat: Itulah yang telah, sedang dan akan terus berlaku Tuanku. Malaysia yang tercinta ini telah lama hancur dan lumpuh disebabkan oleh perbuatan parti pemerintah yakni Barisan Nasional (BN) yang begitu taksub untuk berpaut kepada kuasa setelah melakukan pelbagai penyelewengan dan salah-urus harta dan khazanah negara, Tuanku. Gejala rasuah sudah menjadi makanan ruji kerajaan Barisan Nasional.

Paling membimbangkan Rakyat, negara ini sudah lama tergadai kepada pendatang asing daripada Indonesia, Bangladesh, Filipina, Myanmar dan lain-lain yang telah diberi kad pengenalan dan status warganegara oleh kerajaan Barisan Nasional semata-mata untuk dijadikan pengundi bagi memenangkan Barisan Nasional dalam setiap pilihan raya umum (PRU) juga pilihan raya kecil (PRK).

Kini, Rakyat yang cerdik daripada pelbagai bangsa dan agama, Rakyat yang sayang dan cintakan bangsa Malaysia, cintakan negara, cintakan agama Islam, bangun berusaha untuk memperbetulkan segala kerosakan yang telah sekian lama berlaku di hadapan mata Tuanku. Rakyat telah sekian lama keluar daripada bawah tempurung dan Rakyat amat-amat berharap institusi Tuanku turut bersama Rakyat terbanyak untuk keluar daripada naungan tempurung kelapa Barisan Nasional.

Atas semangat pilihan rayalah, maka majoriti Rakyat, sebanyak 52% telah mengundi untuk bersama menyelamatkan negara Malaysia daripada terus dijahanamkan oleh Barisan Nasional. Apakah institusi Tuanku masih terus mempertahankan pemerintahan minoriti 47% kerajaan Barisan Nasional ke atas puluhan juta Rakyat Tuanku?

Minoriti memerintah tetapi majoriti berhak bersuara, Tuanku! Dan majoriti Rakyat Tuanku amat-amat rasa terhina jika institusi Tuanku terus menerus dijadikan 'tape recorder' mengulang-ulang suara parti pemerintah BN yang korup!
Jika tidak kepada Tuanku, kepada siapa lagi Rakyat mahu mengadu? Rakyat sangat-sangat berharap agar Tuanku melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan kuasa yang ada di tangan Tuanku Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong menurut Perlembagaan Negara Malaysia, segera memperbetulkan keadaan pentadbiran negara yang telah begitu rosak ini.
Fakta dan maklumat mengenai penyelewengan pentadbiran Umno/Barisan Nasional berlambak-lambak dan dapat di'google' di mana-mana Tuanku!
Jika harapan menggunung Rakyat ini tidak pun mendapat perhatian daripada Tuanku, Rakyat hanya ada satu pilihan akhir ia itu mengadu kepada Allah SWT sahaja ....  Ampun Tuanku, Rakyat mohon sembah derhaka.

No comments: