DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, January 20, 2013

MENGGANTUNG KHIDMAT PAKAR EKONOMI BANK ISLAM TINDAKAN MEMALUKAN



Oleh : Aspan Alias
Penggantungan perkhidmatan Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, minggu lepas kerana memberikan pandangan peribadi secara ‘professional’ berhubung dengan pilihanraya ke13 adalah satu isu panas. Isu ini menjadi sebutan dan perbincangan di kalangan para professional dan rakyat kelas menengah dan ia dibincang di mana-mana.


Penggantungan perkhidmatan beliau itu merupakan satu tragedi dan ia tidak di sangka-sangka boleh berlaku di dalam sebuah negara demokrasi. Saya tidak terfikir perkara seperti ini boleh dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab dan sikap ini harus di perangi habis-habisan untuk mengelak ia berlaku dan berulang lagi.  Saya pernah berkata di dalam UMNO bercakap benar adalah ditegah dan memberikan pandangan yang tidak disukai oleh yang berkuasa adalah jenayah.

Pandangan Azrul merupakan pandangan dari sudut ‘professional’ dan tidak kena mengena dengan kecenderungan politik beliau. Beliau bercakap dalam satu majlis forum di Singapura sebagai pandangan seorang professional kerana keputusan pilihanraya sememangnya mempunyai ‘consequence’ besar terhadap ekonomi negara. Pandangan beliau yang berkemungkinan keputusan pilihanraya ada tiga: 1) kemenangan Pakatan Rakyat dengan kemenangan tipis 2) kemenangan BN dengan tipis dan 3) kemenangan besar Pakatan Rakyat.

Mengikut analisa beliau (Azrul) secara professional, beliau mengandaikan yang BN hanya akan memenangi di antara 97 sehingga 107 kerusi dalam pilihanraya nanti dan ia tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan. Keadaan ini mengikut Azrul tidak akan menjadikan kerajaan PR menjadi satu kerajaan yang kuat kerana memenangi pilihanraya dengan majoriti yang kecil.

Pandangan Azrul itu merupakan pandangan banyak pihak dan Azrul juga mengakui yang kemungkinan BN memenangi pilihanraya dengan majoriti kecil juga merupakan satu kemungkinan juga. Persoalannya sekarang di mana letaknya kesalahan Azrul di sini? Sebagai seorang yang percaya kepada analisa beliau, Azrul berhak untuk menyuarakannya secara professional kerana keputusan pilihanraya mempunyai impak yang besar terhadap ekonomi negara. Sebagai seorang yang berfikir secara professional kenyataan Azrul itu tidak patut di terima sebagai satu kenyataan politik.

Pengampu kepada pihak berkuasa sememangnya akan mengambil kenyataan Azrul dari sudut politik tetapi itu merupakan budaya yang terbentuk dalam negara ini sekian lama. Kita mesti belajar untuk mendengar perkara yang tidak sedap di dengar jika ia nyatakan secara professional. Apa yang berlaku sekarang ialah pertembungan di antara pihak yang bercakap dan berpolitik dengan pihak yang bercakap secara jujur dan terbuka.

Tuduhan setengah pihak yang Azrul adalah seorang ahli PKR itu tidak relevan di sebut dalam isu ini. Jika pun beliau seorang ahli kepada mana-mana parti, beliau berhak bercakap dari sudut profession beliau dan tidak ada siapa pun yang patut merasa takut dan gentar terhadap kenyataan yang di sebut secara professional itu.

Jika kenyataan Azrul itu bersalahan dengan undang-undang, tidak ada siapa boleh memprotes terhadap penggantungan beliau itu. Tetapi tidak ada apa-apa unsur kesalahan undang-undang dan etika yang membolehkan beliau digantung. Kita elok bertanya kepada pihak yang menggantung ahli ekonomi ini, apa sebenarnya yang perlu Azrul sebut dalam forum itu?  Kewajipan kita ialah untuk bercakap perkara yang kita yakini benar bukannya bercakap apa yang hendak di dengar oleh setengah pihak yang lain. Kenapa Azrul perlu membohongi perasaan dan analisa beliau sendiri?

Kenyataan Azrul yang beliau akan terus mempertahankan kenyataan dan hasil analisa beliau itu patut dipuji kerana jika analisa beliau itu menunjukkan yang Pakatan Rakyat akan menang, takkan lah Azrul terpaksa bercakap dengan membohongi keputusan analisa beliau sendiri. Adalah bodoh bagi Azrul untuk membohongi perasaan dan hasil analisa beliau sendiri. Beliau bukannya bercakap sebagai aktivis UMNO seperti setengah pihak yang sedang mengambil kesempatan untuk mengampu dan membodek pihak yang sedang berkuasa sekarang ini.

Azrul juga seorang rakyat sebuah negara demokrasi. Mengambil tindakan terhadap beliau kerana menzahirkan pandangan beliau yang tidak menyedapkan hati pihak UMNO itu merupakan satu insiden yang sangat menyedihkan. Sesiapa yang bertanggungjawab melakukannya mempunyai peribadi yang terlalu rendah nilai keperibadiannya dan ia melambangkan sikap pihak yang ‘desperate’. Sikap orang yang bertanggungjawab melakukan tindakan itu juga membayangkan betapa rendahnya budaya yang di bentuk oleh UMNO selama ini.

Itulah sebabnya memerangi budaya gila ini perlu dilakukan segera dan masa akan sampai tidak lama lagi.

No comments: