DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, August 1, 2012

POLIS BERAT SEBELAH GARI RAFIZI TAPI SUAMI SHAHRIZAT DIKECUALI


Shah Alam 1 Ogos: Polis berat sebelah menggari Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebaliknya, tindakan ini dikecualikan ke atas suami Shahrizat Jalil, yang sebelum ini diheret ke mahkamah kerana menyalahguna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.

“Tindakan itu tidak perlu, ia jelas menunjukkan sikap polis yang berat sebelah bila melibatkan pemimpin Pembangkang,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

“Kenapa dulu suami (Datuk Seri) Sharizat Jalil yang juga didakwa tidak pula digari dan ditangkap di rumah awal-awal pagi? Kenapa ada layanan istimewa?,” tegasnya.


Menurut Surendran, tindakan itu sebenarnya untuk memberi tekanan kepada Rafizi supaya berhenti mendedahkan penyelewengan pemimpin Umno.

“Apatah lagi, Rafizi sekarang sedikit demi sedikit mendedahkan skandal LRT (Ampang) yang melibatkan Perdana Menteri, pasti beliau (Najib Razak) juga memainkan peranan dalam konspirasi ke atas Rafizi,” katanya.

“Kita mengutuk tindakan menggari tersebut. Rafizi bukan penjenayah, malah beliau sepatutnya diberi penghormatan kerana berbakti kepada negara dalam menyelamatkan dana rakyat dari terus diseleweng,” tegas Surendran lagi.

Rafizi digari bersama-sama bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad yang turut didakwa kerana dituduh bersubahat mendedahkan dokumen perbankan melibatkan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Rafizi didakwa di bawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda RM3 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Aslam Zainuddin membenarkan ikat jamin dengan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad tampil sebagai penjamin Rafizi, manakala Johari diwakili abangnya.

Surendran mewakili Rafizi dan Johari selaku peguam.

Perbicaraan kes ditetapkan pada 10 September depan.

Rafizi sebelum ini disiasat mengikut Bafia berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.

NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.

Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail didakwa di Mahkamah Sesyen 12 Mac lalu atas dakwaan pecah amanah dan melanggar akta syarikat.

Bagaimanapun, beliau dikecuali daripada tindakan gari oleh polis. -KD

4 comments:

Anonymous said...

Kerajaan sedang dalam perang melawan keganasan. Di Malaysia, senjata tidak perlu, cukup dengan peti undi dan perundangan. Cuma kadangkala gas pemedih mata digunakan juga

Anonymous said...

nnt menteri KDN akan buat kenyataan semua tu mengikut SOP PDRM...pastu KPN akan buat kenyataan yg berlainan pulak...hampehhhhhhhhhhhh

Anonymous said...

umno bn bukan PERINTAH Malaysia selama-lamanya.

Umno bn akan hancur di bumi malaysia juga akhirnya.

Tun_Telanai said...

Saya sependapat dengan anda semua. Di bawah pemerintahan UMNO dulu kini dan selamanya,Malaysia bukan tempat kita mencari keadilan.Kita mengharapkan satu perubahan besar akan berlaku dalam PRU nanti. Masa terbaik untuk menghukum Najib dan UMNO.