HANYA BN YANG MAMPU MENCETUSKAN KEKECOHAN JIKA KALAH
PRU
Oleh : Aspan Alias
Oleh : Aspan Alias
Selalu saya
terfikir yang negara perlu memulakan ‘facet’ yang baru dalam politiknya kerana
dengan isu perkauman yang sedang digendang oleh pihak pemerintah sekarang ini
amat merbahaya untuk kestabilan dan keselamatan negara. Pihak BN tidak mahu
menerima hakikat dan semangat demokrasi dan kekalahan dalam pilihanraya
merupakan satu perkara yang mereka tidak dapat hendak terima sedangkan itulah
perkara yang biasa yang berlaku di dalam mana-mana negara demokrasi.
Nampaknya
cita-cita negara untuk mendapatkan sebuah negara yang mencapai ‘national unity’
tidak mungkin tercapai sampai bila-bila selagi BN masih memainkan isu perkauman
yang terlalu besar. Isu perkauman ini tidak akan dapat diselesaikan sampai
bila-bila kerana itu pun isu yang digunakan oleh pihak BN terutamanya UMNO
untuk meneruskan cengkaman terhadap pemikiran rakyat kerana tamakkan kuasa.
UMNO tidak
mahu menerima hakikat bahawa untuk memperbaiki diri, mereka harus dan wajib
menerima yang mereka juga mesti melalui zaman dan waktu sebagai pembangkang.
UMNO harus menerima yang waktu duduk di kerusi pembangkang itu merupakan waktu
yang terbaik untuk memperbaiki diri.
Perasaan
saya begitu mendidih apabila pimpinan UMNO membuat andaian yang negara akan
menghadapi zaman kekecohan jika PR memerintah. Saya tidak tahu bagaimana hendak
mendapatkan rasionalnya terhadap andaian itu. Pihak pembangkang khususnya DAP
tidak pernah membuat andaian yang merbahaya ini tetapi hanya UMNO sahaja yang membuat
andaian ini semata-mata untuk menakut-nakutkan orang ramai dan memberikan
sokongan terhadap parti yang sudah memerintah selama lebih lima dekad itu.
Sebenarnya
pihak pembangkang telah menerima kekalahan setiap pilihanraya dan tidak pernah
membuat kekacauan. Kita telah mengadakan pilihanraya sebanyak 12 kali dalam
sejarah negara merdeka kita. Mengingatkan peristiwa 13 Mei itu merupakan kerja
menakut-nakutkan rakyat untuk membuat pilihan secara bebas dan jika berlaku
kekecohan ia akan hanya dilakukan oleh pihak BN dan bukannya dari pihak PR.
Jangan
mengungkit cerita lama tentang peristiwa berdarah itu kerana ramai di antara
mereka yang membesarkan isu ini belum pun lahir lagi atau masih dalam buaian
semasa itu yang di antara mereka sudah menjadi Menteri-Menteri Besar dan
Menteri-Menteri dalam kerajaan sekarang. Contohnya Hishamuddin, Menteri Dalam
Negeri kita yang tidak semenggah itu masih bermain dengan tali seluar lagi.
Pada tahun
1969 itu adalah pilihanraya yang berkeputusan seperti pilihanraya 2008 dalam
mana BN atau pun Perikatan semasa itu hampir-hampir tidak dapat membentuk
kerajaan. Di sini kita lihat kekecohan hanya berlaku jika BN kalah atau hampir
kalah kerana BN akan melakukan segala-gala perkara buruk untuk membawa negara
ke arah kekecohan dan mengambil keadaan itu secara ‘expedient’ untuk
mengisytiharkan darurat seperti yang berlaku semasa itu.
Perayaan
kemenangan parti Gerakan yang pertama kali menyertai pilihanraya sebagai
pembangkang semasa itu diambil kesempatan secara halus oleh pimpinan BN atau
Perikatan semasa itu untuk mencetuskan situasi yang membolehkan darurat
diisytiharkan. Setakat itu sahaja yang saya mahu sebutkan untuk menafikan yang
kekecohan itu dilakukan oleh pembangkang. Bagi orang-orang lama ia tidak perlu
disebut-sebut lagi kerana jika disebut ia seperti ‘menepuk air di dulang’
seperti apa yang dikatakan oleh perbilangan kita orang Melayu.
Saya tidak
berminat untuk membuat kenyataan yang sangat dibimbangi oleh semua pihak ini
tetapi cukup sekadar menyatakan yang 13 Mei sengaja dicetuskan secara
sistematik oleh pihak yang sedang hampir kalah dengan menggunakan perayaan dan
perhimpunan kemenangan pilihanraya itu sebagai ‘immediate cause’ kepada
peristiwa berdarah itu.
Semasa itu
perhimpunan dan perayaan kemenangan adalah bebas, tidak seperti sekarang. Pihak
pembangkang tidak dapat mengadakan ceramah-ceramah semudah dahulu dengan adanya
bermacam-macam akta yang digubal untuk kepentingan politik pihak pemerintah
sahaja.
Oleh yang
demikian kita harus berfikiran yang menyejukkan dan bukannya mempunyai
pemikiran yang boleh memanaskan keadaan. Peristiwa 13 Mei itu membuktikan yang
keadaan kekecohan itu akan hanya berlaku jika pihak yang memerintah mengalami
kekalahan atau hampir kepada kekalahan. Di dalam pilihanraya-pilihanraya yang
lain tidak ada kekecohan kerana BN menang dalam angka yang memudahkan mereka
meneruskan pembentukan kerajaan.
Dalam
situasi sekarang BN merasakan kali ini merupakan kali yang terakhir mereka
mendapat mandat, bukan kerana rakyat sengaja hendak menolak mereka tetapi
terpaksa melakukan penolakan itu kerana UMNO sudah tidak lagi menjadi parti
yang bertanggungjawab terhadap kepentingan rakyat dan negara.
Oleh itu
pihak UMNO dan pimpinannyalah yang sepatutnya memujuk hati mereka sendiri
supaya tidak melakukan kerja seperti pada tahun 1969 itu jika mereka mengalami
kekalahan dalam PRU yang akan datang. UMNO dan pimpinan patut memujuk hati dan
jiwa masing-masing supaya menerima hakikat bahawa apa yang hidup akhirnya akan
mati kerana segala makhluk bersifat baharu itu wajib menghadapi kematian.
Begitu jugalah UMNO, mesti menerima hakikat jika sampai waktu dikalahkan,
terimalah dengan penuh ‘gentleman’.
BN tahu yang
kali ini PAS, DAP dan PKR akan mendapat mandat (insyaallah) maka itulah
sebabnya isu perkauman kembali subur dalam politik sekarang ini. Perlu diingat
di alam gabungan PR, tidak ada satu parti pun yang bersifat perkauman.
Rakyat tidak
mahu lagi cerita-cerita perkauman seperti isu Melayu-Melayu yang didendangkan
oleh UMNO untuk mendapatkan sokongan, tetapi Melayu tidak ke mana juga….asyik
tertipu oleh retorik pimpinan bangsanya sendiri. Melayu tidak habis-habis
tertipu sepanjang hayatnya.
Oleh itu
saya impikan negara kita kembali bermula di pangkal jalan dengan cara yang baharu
untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu ‘perpaduan national’. Tidak ada
seorang pun dalam kepimpinan hari ini boleh melakukannya kerana kesemua di
antara mereka itu sudah hilang segala ‘plot’ untuk mentadbir negara.
Kita perlu
mencari agar timbul seorang ‘Mandela’ dalam negara kita untuk membuat
penyusunan kembali siasah dan politik negara untuk menjamin ‘perpaduan
national’ itu. Mereka yang perlu diberikan tanggungjawab itu ialah
mereka-mereka yang berpengalaman luas yang ‘senior’ untuk duduk dan berbincang
bab masa depan negara.
Isu ini isu
serius dan tidak boleh ditangguh-tanguhkan lagi. Kita hendak tinggalkan politik
berpuak-puak yang tidak ada hadnya seperti sekarang ini kerana yang akan
menerima celakanya adalah generasi kita yang akan datang.
Catatan :
UMNO yang sedang terdesak sedang memikirkan
untuk membuat rusuhan jalanan bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di semua
bandar utama termasuk Sabah dan Sarawak, dua negeri penting yang mereka amat
takuti akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim.
Menakut-nakutkan rakyat dan membuat rusuhan sekian lama sudah menjadi alat UMNO yang telah memerintah negara dari tahun 1957
Ayah Najib Razak dikatakan telah menjadi dalang trajedi rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969, yang membolehkan beliau merampas kuasa dan mengenepikan PM Tunku Abdul Rahman.
Dari pengalaman ini kita sudah boleh menilai ucapan dr mahadir yg menyatakan bahawa KONONnya PR akan menggunakan saluran rusuhan jika kalah di pilihan raya..
Persoalannya....
Menakut-nakutkan rakyat dan membuat rusuhan sekian lama sudah menjadi alat UMNO yang telah memerintah negara dari tahun 1957
Ayah Najib Razak dikatakan telah menjadi dalang trajedi rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969, yang membolehkan beliau merampas kuasa dan mengenepikan PM Tunku Abdul Rahman.
Dari pengalaman ini kita sudah boleh menilai ucapan dr mahadir yg menyatakan bahawa KONONnya PR akan menggunakan saluran rusuhan jika kalah di pilihan raya..
Persoalannya....
1) bolehkah Umno menerima kekalahan kelak..?
2) bolehkah Umno menerima kehilangan "KUASA"..?
3) kroni-kroni umno yg dibela sekian lama, bolehkah mereka menerima kekalahan dan kehilangan keistimewaan.
4) bolehkah najib membiarkan diri beliau dihadapkan ke mahkamah kes kapal selam..?
JADI TAK HAIRANLAH KALAU UMNO KALAH AKAN BERLAKU RUSUHAN SEPERTI PERISTIWA 13 MEI.
No comments:
Post a Comment