JAKARTA 17
Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat akan
memenangi dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum
ke 13 (PRU 13) nanti.
“Pilihan
raya kali ini menjadi peluang terbaik bagi kami (Pakatan Rakyat) untuk
berkuasa,” tegas Anwar dipetik Jaringnews.com.
Beliau
berkata demikian dalam satu wawancara di Jakarta pagi tadi bersama mantan
Presiden Timor Leste, Ramos Horta dan mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin
Shinawatra pada forum diskusi ilmiah dengan tema “Peace & Reconciliation in
Southeast Asia”.
Tambah
Anwar, PRU kali ini adalah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia mencapai
kebebasan dalam demokrasi dan beliau bersedia memenanginya.
“Meskipun rakyat
mungkin tidak berpendidikan tinggi tapi rakyat tidak bodoh. Inilah hak rakyat
untuk (dapatkan) kebebasan,” tegas Ketua Umum KEADILAN itu.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga dilihat semakin tidak percaya pada diri
sendiri dan Umno khasnya kerana sering menangguhkan pilihan raya.
“PRU mungkin
berlaku tahun ini, meskipun telah ditangguh berulang kali,” kata Anwar.
Namun
begitu, menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, jalan untuknya masih berliku
kerana kini dituduh pula menjadi dalang demonstrasi menentang rejim di
Malaysia.
Seperti
diketahui, ratusan ribu rakyat turun menuntut pilihan raya yang bersih dan adil
dalam Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Turut
didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman itu, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin
Ali serta Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali
sebagai Chegu Bard./KeadilanDaily
No comments:
Post a Comment