Oleh : Aspan
Alias
Yang masih
ada kepada Najib ialah ego dan ketamakan sahaja. Beliau tahu yang BN akan kalah
dalam pilihanraya kali ini jika PRU itu diadakan sekarang atau sebulan dua
selepas ini. Tidak tahulah jika Najib ada sentuhan sakti awal tahun depan untuk
mengekalkan kuasa dan baki-baki mandat yang masih ada kepada BN sekarang.
Sekarang Najib bukan lagi hendak menyelamatkan UMNO, tetapi sebaliknya Najib
berusaha untuk UMNO menyelamatkan beliau.
BN kini
sedang berpecah, ibarat kejatuhan kepingan-kepingan bangunan yang sedang
runtuh. UMNO khususnya memang sudah sampai ke penghujung hayatnya. Semuanya ini
adalah dalam pengetahuan Najib. Jika benar Najib tidak tahu keadaan ini maka
sah Najib tidak tahu menahu apa yang berlaku di bawah dalam BN dan UMNO serta
pandangan dan persepi sebenar rakyat terhadap kerajaan pimpinan beliau.
UMNO akan
menjadi parti yang ‘orphanage’, iaitu parti yang seperti anak yatim yang
ditinggalkan ibu bapanya. UMNO akan keseorangan dan akan ditinggalkan oleh
parti-parti komponen di dalamnya. Parti-parti yang menjadi ahli kepada BN
sedang meneropong dan meneliti sejauh mana kekuatan UMNO di mata rakyat kerana
kekuatan dan pandangan tinggi rakyat terhadap parti itu amat penting sebagai
tunjang kepada BN. Jika tulang belakang sudah nampak lemah maka tidak akan ada
lagi kekuatan pada BN.
Jika
seseorang itu sudah lemah dan reput tulang belakangnya, banyak perkara tidak akan
dapat dilakukan lagi oleh seseorang itu: berjalan perlahan, duduk tidak selesa,
hendak bongkok pun tidak boleh dan jauh sekali untuk menjadi pentadbir keluarga
yang ‘effective’. Seseorang itu akan menumpukan masa untuk mengubati sakitnya
dan tidak ada masa untuk menguruskan perkara lain, jauh sekali untuk
menguruskan rakyat.
Sesungguhnya
UMNO sedang sakit tenat. Berbagai-bagai cara sedang dilakukan oleh Najib untuk
menahan kesakitan yang sedang mereka (UMNO) alami sekarang. Sesungguhnya UMNO
tidak dapat membezakan sakit dengan penyakit dan seterusnya tidak dapat
meleraikan masalah kesakitan yang dihadapinya.
Apa yang
dilakukan oleh UMNO sekarang hanyalah untuk menghilangkan sakit, bukannya untuk
memperbaiki diri daripada penyakit. Najib ibarat seorang yang makan ‘panadol’
untuk menghilangkan sakit kerana panadol itu adalah ubat penahan sakit. Panadol
itu tidak akan mengubati penyakit.
Elok kita
kaji anologi yang ini:-
Jika Mamat
rasa sakit kepala dia akan makan panadol maka sakit itu hilang sekejap.
Besoknya Mamat rasa sakit telinga pula, maka Mamat makan dan telan dua biji
panadol dan sakit telanga itu hilang. Seminggu selepas itu Mamat terasa sakit
tengkuk pula, dan seperti biasa dia telan lagi dua biji panadol.
Maksud saya
di sini, panadol itu akan hanya menghilangkan sakit buat sementara, tetapi
Mamat tidak mahu ambil kisah tentang panyakit yang sebenarnya yang dihidapinya.
Sebenarnya, Mamat sedang menghadapi penyakit darah tinggi. Jika Mamat masuk ke
hospital dan ubati penyakit darah tinggi maka rasa sakit di telinga, mata,
tengkuk dan kepala tadi tidak akan datang lagi. Selama ini Mamat hanya menelan
panadol untuk menghilangkan sakit tetapi tidak menghilangkan penyakit.
Begitulah
yang Najib lakukan sekarang. Beliau ibarat memberi kelegaan kepada rasa sakit
kepada UMNO itu sahaja. Itulah sebabnya Najib memberikan BR1M (Bantuan Rakyat 1
Malaysia) sebanyak RM500 kepada rakyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.
Selepas itu
beliau rasa ada kesakitan di kalangan pemandu teksi, maka diberi pula tayar
yang murah kepada semua pemandu teksi dengan kupon sebanyak RM420 seorang.
Lepas itu Najib umum elaun khas (one-off) untuk jururawat sebanyak seratus dua
ringgit.
Yang
terakhir Najib umumkan bonus raya dan berbagai-bagai lagi selepas ini. Semuanya
ini hanya pertolongan untuk menghilangkan sakit sementara. Najib sepatutnya
cari apa penyakit sebenarnya yang dihadapi oleh UMNO itu. Bantuan seperti
memakan panadol ini tidak akan menghilangkan penyakit kerana sakitnya akan
datang semula tidak lama selepas itu kerana sebenarnya UMNO mempunyai penyakit
yang tidak diubati dan penyakit ini sudah begitu lama dihidapinya.
Penyakit
sebenarnya yang dihadapi oleh UMNO ialah kehilangan keyakinan rakyat yang amat
serius. Keyakinan rakyat sudah terhakis begitu teruk sekali kerana kegiatan
rasuah yang berluas-luasa dalam UMNO dan kepimpinan kerajaan sekarang. Pimpinan
UMNO sendiri sudah hilang segala ‘plot’ untuk mentadbir negara dengan baik dan
bermoral. Pemimpin-pemimpin UMNO berbelanja wang rakyat seperti negara ini emak
dan bapa mereka yang punya.
Trillion
ringgit sejak sepuluh tahun dahulu telah lesap dan dibawa ke luar negara secara
haram dan kesemua wang itu adalah wang rakyat yang mereka tadbir. Pucuk
pimpinan bukan sahaja menjadi PM dan Menteri-Menteri tetapi mereka juga adalah
kontraktor mengambil kesemua peluang yang terdapat melalui projek-projek
raksasa infrastruktur negara untuk menjadi kaya-raya yang tidak terhingga.
Mereka
menyamun dan merompak tanpa rasa belas ehsan terhadap rakyat yang 60% masih
melata dalam kehidupan mereka. Rakyat marah kerana penyakit yang menafikan
rakyat Kelantan dengan menghalang Kelantan mendapatkan royalti minyak negeri
mereka.
Banyak lagi
senarai yang panjang-panjang yang tidak termuat hendak disebut dalam posting
ini. Inilah penyakit sebenarnya dan jika untuk menghilangkan rasa sakit dengan
membayar BR1M dan sebagainya ia adalah seperti memakan ubat tahan sakit
sementara seperti panadol.
Oleh kerana
terlalu banyak makan panadol, ubat panadol ini pun tidak ‘effective’ lagi
kerana sistem badan kita sudah ‘immune’ dengan jumlah panadol yang kita makan
itu. Di sinilah letaknya penyakit UMNO yang tidak pernah terubat dan diambil
perhatian.
Cara Najib
menyelesaikan masalah hanyalah dengan membayar sana dan membayar sini dan SOP
pimpinan Najib ini tidak lebih dan tidak kurang seperti beliau mengendalikan
UMNO bahagian Pekan sahaja. Najib percaya semua masalah akan selesai jika
dibayar dengan wang ringgit sahaja.
Oleh itu
marilah kita membina keyakinan yang rakyat akan berjaya kali ini untuk
menhilangkan penyakit yang kita semua sedang hidapi. Kita mesti berhenti
memakan ubat tahan sakit seperti panadol ini, kerana panadol tidak boleh
menyembuhkan penyakit.
Panadol
hanya setakat menghilangkan sakit buat sementara sahaja. Kita mesti berusaha
bersungguh-sungguh untuk memnghilangkan penyakit. Apabila sembuh penyakit itu
maka kita tidak akan merasa sakit lagi dan tidah payah menelan panadol siang
dan malam.
UMNO
perlukan rawatan rapi dan wajar berehat sahaja setidak-tidaknya selama lima
tahun selepas PRU nanti. Itu pun jika penyakitnya boleh disembuhkan. Kalau
tidak boleh juga sembuh berehatlah terus menerus.
Rakyat
mahukan parti yang cergas dan sihat untuk memberikan keyakinan yang tinggi
untuk memelihara kemerdekaan yang telah kita capai lebih dari lima dekad
dahulu.
No comments:
Post a Comment