DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, July 28, 2012

INI LAGI BUKTI RAKYAT MENOLAK KEPIMPINAN NAJIB

Najib terpkasa ganti logo hari merdeka dengan '1Malaysia'

Kerajaan memutuskan untuk menggantikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang menampilkan kempen "Janji Ditepati" selepas menghadapi kritikan pelbagai pihak sejak seminggu lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan bahawa langkah itu untuk "membendung salah faham".

"Untuk membendung sedikit salah faham kami (akan) hanya (menampilkan) 1Malaysia sebagai logo Merdeka (dan) Hari Malaysia," kata Rais di laman Twitter.

Rais membuat pengumuman itu susulan kenyataan presiden Persatuan Reka Grafik Malaysia Zachary Ong bahawa beliau antara lainnya "terkejut" dengan kelemahan kreativiti, kemahiran dan rasional yang ditonjollkan melalui logo berkenaan.

Warga pengguna Internet juga menentang penggunaan logo tersebut, termasuk pemimpin DAP Lim Kit Siang yang berkata perkara itu menyebabkan Malaysia menjadi "bahan jenaka".

Baca juga artikel ini cukup memalukan. Di mana Najib hendak sorokkan muka. Para pemikir dan perancang medianya (termasuk perkhidmatan APCO) telah gagal menaikkan imej kepimpinannya. Najib terpaksa akur dengan kemarahan rakyat tentang kebodohan kepimpinannya yang hendak membodohkan rakyat jelata.

Putrajaya tukar logo kontroversi Hari Kemerdekaan ke 55

No comments: