Malaysia
merupakan satu-satunya negara di dunia yang mana parti memerintah
melaga-lagakan kaum dan agama untuk terus berkuasa, kata Pengerusi DAP Selangor
Teresa Kok.
Berucap
di hadapan puluhan ribu rakyat semasa Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di
Stadium Kuala Selangor malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh
berkata, pembohongan dan fitnah yang melaga-lagakan kaum secara berterusan ke
atas pimpinan Pakatan Rakyat mencerminkan betapa BN sedang ‘sakit’.
Beliau
yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Selangor menceritakan
bagaimana beliau sendiri difitnah berkenaan isu azan di Puchong sehingga
disumbatkan ke dalam ISA.
“Saya
dimasukkan ke dalam ISA dulu, kemudian baru polis siasat. Kemudian hasil
siasatan menunjukkan bahawa saya tidak pernah pun pergi ke masjid tersebut dan
tidak pernah bangkitka isu azan dan (Timbalan Pengarang Utusan Malaysia) Zaini
Hassan memutarbelitkan cerita ini di Utusan,” katanya.
Menurutnya,
fitnah perkauman terhadap Pakatan Rakyat terus dilakukan hingga sekarang,
termasuk mendakwa bahawa beliau (Teresa) mahu menjadi Menteri Besar Selangor
manakala Lim Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri.
“Ini
semua tidak benar sama sekali. Kita telah jelaskan sejak dahulu lagi bahawa
orang Melayu merupakan majoriti di negeri ini dan kita akan terus menyokong
kepimpinan yang berintegriti dan bersih,” tambah beliau.
“Lawan
gergasi yang lama berkuasa”
Turut
memberi ucapan pada malam gilang-gemilang tersebut ialah Presiden Parti
Keadilan Rakyat Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail yang menyatakann bahawa
dakwaan UMNO yang mengatakan Pulau Pinang kini diambil oleh ‘Cina’ adalah
melucukan.
“Dulu
Koh Tsu Koon tu Melayu kah?” ujar beliau disambut tepukan dan sorakan hadirin.
“Kalau
Melayu pun, apa yang kita mahukan ialah kepimpinan yang bersih dan
berintegriti. Kalau kepimpinan Melayu pun rosak, tidak ada gunanya.”
Mengakhiri
ucapan beliau, Wan Azizah menyeru agar seluruh pejuang Pakatan Rakyat yang
mendokong kebenaran dan keadilan agar terus istiqamah.
“Kita
bukan lawan mereka yang lemah, tetapi kita melawan gergasi yang lama berkuasa.”
DAP
gadai tanah rizab Melayu?
Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu pula meminta agar seluruh rakyat Malaysia menolak
UMNO dalam pilihan raya akan datang kerana mereka telah banyak menggadaikan
kepentingan rakyat dan negara.
“Siapakah
yang telah menggadaikan dari 3 juta hektar tanah Melayu kepada hanya 1.7 juta
hektar yang tinggal sekarang? Adakah DAP? Siapakah yang telah menghilangkan
Bank Bumiputera, adakah DAP?”
Menurut
beliau, kini pendedahan penyelewengan bukan sahaja dibuat oleh pimpinan oposisi
seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim, malah ia didedahkan oleh Jabatan Audit
Negara sendiri.
“Dulu
bila Lim Kit Siang dedahkan skandal Bank Bumiputera, mereka (UMNO) mengenakan
dakwaan perkauman terhadap beliau seolah-olah ingin menjatuhkan kepentingan
orang Melayu.
“Tapi
kini, bila pegawai-pegawai audit yang terdiri dari orang Melayu sendiri yang
mendedahkan penyelewengan kerajaan, mereka nak kata apa?” jelas beliau. –
Roketkini.com
Baca juga
link di bawah yang mengecutkan perut UMNO:
No comments:
Post a Comment