Oleh : Aspan Alias
Petang tadi
saya ke PJ Old Town menghantar seorang rakan membeli sesuatu di sana. Saya
berjalan di kaki lima kedai-kedai di sebelah belakang bandar itu dan saya telah
terjumpa satu kedai yang masih menggunakan dacing lama yang masih menggunakan
sukatan kati dan tahil. Dacing yang saya maksudkan itu ialah dacing yang
menjadi simbol Barisan Nasional (BN).
Sudah begitu
lama saya tidak menengok dacing lama ini dan saya bertanya kepada kedai itu
bagaimana dia membuat perkiraan harga barang kerana sukatannya sudah tidak
dipakai lagi sekarang. Sekarang semua orang menggunakan sukatan kilogram dan
gram, bukan lagi tahil dan kati. Saya pun tidak pasti samada anak-anak muda di
bawah tiga puluhan tahu apa dia tahil dan kati itu kerana sukatan itu sudah
lama kita tinggalkan.
Dacing itu
tidak dipakai oleh sesiapa lagi termasuklah pekedai-pekedai runcit di
mana-mana. Dacing ini hanya masih dipakai oleh BN untuk dijadikan simbol parti
itu. Agaknya itulah yang menyebabkan BN tidak begitu mendapat perhatian
rakyat kerana baik dari simbol dan cara mereka berfikir sudah begitu
ketinggalan zaman.
Agaknya
itulah sebabnya kenapa BN sudah tidak begitu mendapat sokongan kerana dacing
itu sudah tidak lagi dipakai oleh orang ramai. Mungkin BN terpaksa menggantikan
simbol baru kerana simbol dacing sekarang ini adalah satu simbol yang tidak
lagi dipakai oleh masyarakat.
Mungkin
itulah juga sebabnya kenapa pihak BN bercakap, berfikir dan bertindak berlainan
yang tidak ‘compatible’ dengan masyarakat sekarang ini. Orang sudah bercakap
pasal kilogram dan gram, mereka (BN) masih bercakap tentang kati dan tahil.
Sudah
jarang-jarang sangat orang menggunakan dacing itu. Jika ada yang hendak menjual
dacing itu, mungkin saya beli untuk dijadikan hiasan ruang tamu di rumah
sahaja.
Maksud saya
dacing itu hanya boleh dijadikan sebagai salah satu dari barang perhiasan di
rumah sahaja.
No comments:
Post a Comment