DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, July 27, 2012

ADAKAH MALAYSIA INI HARTA PUSAKA KELUARGA ISKANDAR KUTTY?


We cannot control the evil tongues of others; but a good life enables us to disregard them.

Sudah hampir sepuluh tahun Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno. Ada orang kata buang “dakwat” sahaja kalau hendak menulis atau mengkritik mantan PM ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. – Gambar fail oleh Choo Choy May

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinannya dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam peluang untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang, sambil mengatakan “momentum” semakin kuat untuk menuju ke Putrajaya.


“Mood perubahan itu ada,” kata Anwar dalam temuramah bersama akhbar British The Guardian beberapa waktu dulu.

Dan sama seperti yang telah dinyatakan pada Financial Times, Anwar mengulangi kenyataan bahawa ini adalah peluang terakhir beliau untuk menang dalam PRU.
Akhbar itu menggelar Anwar sebagai “lelaki yang paling digemari untuk dibenci di Malaysia”, dengan menekankan dua isu liwat yang dikatakan sebagai politik kotor oleh ketua pembangkang itu, di samping dituduh sebagai agen Zionis serta anti Islam dan juga seorang gay.
Kali ini Anwar muncul dalam apa yang dikatakan sebagai perjuangan politiknya yang terakhir, selepas beliau menyatakan hasratnya untuk bersara dalam Financial Times baru-baru ini sekiranya tewas dalam PRU akan datang.

“Saya yakin kita akan menang dan membawa perubahan,” kata Anwar kepada The Guardian.

Laporan The Guardian juga menyatakan terdapat ramai yang tidak menyukai Anwar tetapi bersamanya untuk menjatuhkan kerajaan BN yang dikatakan autoktratik dan tidak lagi memahami aspirasi rakyat.
Datuk Seri Najib Tun Razak cuba membawa imej yang lebih baik untuk Barisan Nasional — menghapuskan imej negatif, iaitu dengan menghapuskan undang-undang keselamatan dalam negeri yang penuh kontroversi dan menggubal undang-undang kebebasan berhimpun.
Gerakan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak merancang untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat tetapi mahu kuasa rakyat diperkukuhkan, kata ketuanya Datuk Ambiga Sreenevasan.
Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN), termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkali-kali mengatakan bahawa perhimpunan Bersih ketiga yang berlangsung pada 28 April lalu adalah satu cubaan untuk menggulingkan kerajaan, satu tuduhan yang ditolak oleh Ambiga.
“Apa yang kami mahu adalah demokrasi pelbagai parti, di mana, setiap dua atau tiga tahun sekali parti yang memerintah bertukar.
“Kami tidak kisah sekiranya BN kembali memerintah tetapi sekiranya parti itu memikirkan bakal kehilangan kuasa, mereka akan menjadi lebih baik.
“Ini soal kuasa dikembalikan kepada rakyat.

 “Ini soal rakyat yang menentukan,” kata Ambiga lagi.
Bersih telah melobi pentadbiran Najib agar menguatkuasakan perubahan sistem pilihan raya, termasuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya yang tempoh tamat penggal ini berakhir lagi sembilan bulan.
Putrajaya telah berikrar untuk melakukan perubahan itu selepas demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu, menyebabkan pentadbiran Najib menerima respon negatif di samping dituduh melengah-lengahkan proses perubahan itu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ia memakan masa lama.
Ambiga juga menyelar BN kerana memburuk-burukkan kumpulan pemerhati pilihan raya itu, menyebarkan risalah Anti Bersih dan diedarkan dengan logo Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi dalam risalah tersebut.
Aktivis sosial itu memberitahu bahawa risalah itu mengatakan Bersih adalah golongan pengacau walaupun inkuiri masih lagi berjalan
Walaupun sudah menggubal undang-undang baru, pertempuran ganas antara polis dan penunjuk perasaan pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April yang lalu - mencalarkan imej pentadbiran Najib yang seterusnya mengakibatkan beliau menangguhkan pilihan raya walaupun sebelum ini dijangka akan diadakan pada bulan Jun.
Puak berhaluan kanan dalam UMNO menjadi halangan bagi program transformasi Najib dalam kerajaan.
Kolumnis dan peguam terkemuka, Art Harun berkata, Bersih telah menyebabkan jarak antara kerajaan dan rakyat melebar — berlaku lebih banyak lagi pembongkaran hal ehwal rasuah dan salah guna kuasa.
Pilihan raya yang adil dan bersih juga ditekankan dalam hal ini.
“Daftar pemilih yang tidak bersih mungkin menjadi punca kekalahan kami dan cara mereka untuk memenangi undi, itu yang merisaukan kami,” kata Nurul Izzah, anak kepada Anwar yang berusia 31 tahun itu.
“Dahulu, kami ada sedikit maklumat, tetapi kini kami berjaya memperoleh banyak pembohongan dan penipuan mereka.”
Beliau mendakwa bahawa ada 10,000 nama muncul tiba-tiba dalam daftar pemilih di kawasannya.

Anwar yang dilihat menjadi tonggak kekuatan antara parti-parti pembangkang yang berlainan ideologi untuk menumpaskan Barisan Nasional, memberitahu The Guardian Pakatan terpaksa melupakan perbezaan mereka dan bekerjasama demi rakyat dalam masyarakat yang berbilang agama dan kaum.
“Kita telah berbincang dalam membentuk polisi ekonomi, polisi sosial serta kedudukan agama, kemudian kita cari titik persetujuan,” kata beliau yang mewakili PR.
“Jurang antara mereka yang fanatik dengan ekstremisme semakin melebar, kita perlu ada pendekatan liberal.
“Kami gelar diri kami sebagai golongan liberal, kita harus memastikan nilai intelektual berkembang, dan tidak menggunakan kuasa ganas untuk tujuan politik,” kata Anwar
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang mahu beliau segera bersara daripada politik.Anwar berkata, kenyataan Dr Mahathir itu sebaliknya menunjukkan beliau bimbang kehilangan pegangan syarikat-syarikat miliknya dan kroni yang sekian lama menguasai ekonomi negara termasuk Esso Malaysia (kini Petron Malaysia) sekiranya Putrajaya ditadbir Pakatan Rakyat.“Dia (Dr Mahathir) takut saya rampas harta dia dan anak-anak dia.

“Saya bukan benci, nak lawan sebab dia kaya tapi tak adil sebab rakyat lain ditindas.
“Ini negeri bapa Umno atau rakyat punya?” katanya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin yang membanjiri padang Kampung Selayang Indah di sini malam tadi.Katanya, Dr Mahathir tidak lagi perlu menghalangnya sekalipun beliau memegang jawatan Perdana Menteri kelak.

“Saya tak kacau dia…yang kena pukul saya, yang masuk penjara saya, yang kena bogel pun saya. Sudahlah, saya dah maafkan dia,” katanya.Dr Mahathir semalam dilaporkan berkata hasrat untuk bersara itu cuma retorik politik sahaja dan berpendapat Anwar perlu tidak perlu melengahkannya lagi.

Beliau turut mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri ‘terhormat’ selama lima hari untuk diisi Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.
Perdana Menteri ke 7Disambut kehadirannya sebagai Perdana Menteri ke-7 di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat, Ketua Umum PKR itu juga berjanji tidak akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat selama ini.“(Kaum) Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban saya tak mahu khianati sebab saya tahu apa erti susah, saya tahu apa erti sakit, dihina.“Kerana semasa saya jatuh di bawah rakyatlah yang tolong saya bangkit,” katanya.

Beliau turut mengulangi pendiriannya untuk menurunkan harga minyak petrol dalam tempoh 24 jam sekiranya Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).Katanya, perkara itu pasti membimbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sewenangnya membenarkan Petron, syarikat yang didakwa milik Datuk Mirzan Mahathir memonopoli bekalan bahan api kepada Malaysia Airlines System (MAS) selama enam bulan bermula 1 Julai lalu.Selain itu, katanya janji untuk menanggung kos pendidikan percuma sebanyak RM5 bilion setahun serta pelaksanaan gaji minimum akan tetap dikotakan segera mulai tahun menangnya pilihan raya.Turut berceramah Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Timbalan Pengerusi DAP Perak A Sivanesan, Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, Adun Teja Chang Lih Kang, serta Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin.

Namun, kadang-kadang kita perlu diimbaskan kembali wajah politik Dr Mahathir, yang sehingga kini, masih mendominasi atau dictate masa depan Umno, khususnya pelbagai gesaan yang beliau lakukan terhadap PM, Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun usianya sudah lanjut, tetapi sehingga hari ini Dr Mahathir masih aktif berpolitik, mengeluarkan kenyataan politik dan menghentam Pakatan Rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menjadi sasarannya. Nampak jelas mantan Presiden Umno itu sangat berjaki dengan Anwar.
Baru-baru ini beliau terus menyerang Anwar dan menggesa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersara daripada politik.
"Ada pemberita tanya, Dr Mahathir suruh berhenti sekarang. Saya kata tak apalah. Yang itu biar saya dengan rakyat. Kamu Dr Mahathir, duduk diam-diam. Jaga syarikat anak kamu yang berpuluh bilion ringgit. Kalau kamu pemimpin bersih, malu tahu tak, malu! Seorang pemimpin, puluh bilion kekayaan anak-anaknya," tegas Anwar dalam ceramahnya di Selayang, baru ini.
Anwar mempersoalkan mengapa Dr Mahathir terlalu marah kepadanya. Sedangkan selama ini, beliau tidak pernah mengacau dan telah pun memaafkan bekas PM tersebut.
"Sudahlah. Yang kena pukul saya, Mahathir, bukan kamu. Yang kena penjara saya, yang kena telanjang saya. Sudahlah, saya dah maafkan.
"(Tetapi) yang kamu takut ini apa? Rupanya, dia takut saya nak rampas harta dia dan anak pinak dia," katanya sambil mengimbau detik-detik perselisihan beliau dengan Dr Mahathir sebelum dipecat daripada kerajaan pada September 1998.
Ramai kalangan rakyat Malaysia yang dibutakan dengan fakta. Mereka digelapkan daripada mengetahui kekayaan Dr Mahathir anak-beranak. Kita tidak menuduh beliau kaki rasuah, namun sewaktu beliau masih menjadi PM lagi, anak-anaknya didapati menguasai lebih 160 buah syarikat, mengikut dokumen daripada Pendaftar Syarikat.
Apa yang disebutkan Anwar harus dibongkar. Bagaimana mereka sekeluarga boleh memperolehi kekayaan mencecah puluhan bilion ringgit? Ini tidak harus kita diamkan.
Apa pun, Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang berjaya membangunkan negara. Beliau juga berjaya mendidik anak-anaknya, supaya berjaya dalam politik dan perniagaan.
Dr Mahathir adalah bapa mithali. Seorang bekas PM yang hebat dan bekas Presiden Umno yang berjaya. Beliau berjaya kerana beliau dan anak-anaknya menguasai konglomerat terbesar.
Bukan sahaja di Malaysia. Khabarnya kekayaan mereka meliputi Filipina sehingga ke Buenos Aires, Argentina. Kita tidak tahu sama ada syarikat yang dikuasai mereka, meliputi negara-negara bekas jajahan Soviet Union seperti Kyrgyzstan, Kazakhstan dan lain-lain.
Justeru, seluruh anggota dan pemimpin Umno harus mengambil contoh kejayaan Dr Mahathir, anaknya Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz.
Anak sulungnya, Mirzan membuktikan bahawa beliau adalah Bumiputera yang berjaya, hasil didikan Umno. Beliau adalah intipati daripada profesional yang berjaya, hasil doktrin perjuangan kebangsaan Melayu Umno.
Mana tidaknya. Bukan senang orang Melayu hendak berjaya dalam perniagaan. Bukan senang kaum Bumiputera, anak seorang pemimpin Islam boleh menguasai syarikat yang bertaraf antarabangsa.
Seorang lagi anak Mahathir, Mokhzani, bekas bendahari Pemuda Umno adalah pemilik Kencana Petroleum. Kencana merupakan salah sebuah dari tujuh syarikat yang mendapat lesen menggali minyak daripada Petronas. Bapanya, merupakan Pengerusi Petronas. Ada sumber memberitahu kekayaan Mokhzani, hasil daripada syarikat minyaknya, mencecah RM1.6 bilion.
Anak bongsunya, Datuk Mukhriz, walaupun kerjaya politik tidak seberapa, bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pun kalah, tetapi dilantik menjadi timbalan menteri. Sekarang ini, beliau mencadangkan Mukhriz menjadi antara bakal calon Menteri Besar Kedah. Itu pun jika BN menang, kalau BN melingkup, tiada ada apa hendak dikata lagi.
Bercerita tentang kehebatan Mirzan. Beliau sebelum ini, menguasai syarikat antarabangsa Filipina, San Miguel Corporation, yang juga pemilik syarikat San Miguel Brewery Inc, pembekal dan pengedar minuman arak yang terbesar di negara tersebut.
San Miguel Brewery menguasai 95 peratus pasaran arak Filipina. Syarikat yang sudah mencecah satu abad itu, difahamkan turut mempunyai kilang arak serta kepentingan di China, Indonesia, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Menurut laman web San Miguel, ia mempunyai pasaran 60 buah negara di seluruh dunia.
Walaupun San Miguel turut terbabit dalam beberapa bidang perniagaan lain, tetapi yang jelas penglibatan Mirzan, selaku anak kepada bekas PM, anak bekas Presiden Umno yang beragama Islam, yang partinya mendakwa parti Islam terbesar dalam Malaysia, mencetuskan banyak persoalan.
Hari ini rakyat Malaysia mempersoalkan pula, bagaimana Mirzan melalui San Miguel berjaya menguasai syarikat minyak Esso Malaysia. Esso kemudiannya menukar nama kepada Petron dan Petron diberi kontrak untuk membekalkan minyak kepada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
MAS sebelum ini mendakwa mengalami kerugian, kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas, dan Dr Mahathir selaku Pengerusi Petronas.
Esso sudah “direbranded” sebagai Petron selepas syarikat asal dari Filipina, Petron Corp yang merupakan sebahagian daripada syarikat milik konglomerat San Miguel menjadi pemegang saham terbesar Esso Malaysia dengan pegangan saham sebanyak 73.4 peratus.
Apa yang jelas hari ini, Putrajaya yang dipimpin Najib begitu membisu dengan penguasaan ekonomi yang semakin rancak oleh anak-beranak Dr Mahathir. Yang jelas, mereka semakin mendominasi ekonomi negara. Penuh dengan “conflict of interest”.
Kita menggesa Putrajaya untuk memberi penjelasan bagaimana syarikat-syarikat yang merupakan aset penting negara, boleh dikuasai oleh entiti asing dengan harga belian di bawah harga pasaran sebenar.
Seperti yang ditegaskan Anwar, Najib harus membuat penjelasan kepada rakyat, mengapa semua urusniaga yang membabitkan Petronas, MAS, Petron dan sebagainya, dilakukan untuk kepentingan Dr Mahathir anak-beranak?
Bagi Dr Mahathir, beliau anak-beranak, boleh tersenyum bangga kerana mereka merupakan Bumiputera yang berjaya dalam perniagaan, dengan nilai syarikat-syarikat besar yang mereka kuasai mencecah puluhan bilion ringgit.
Tetapi bagi rakyat, kami tidak akan berpuas hati. Kami tidak akan meredai harta milik negara diserahkan kepada syarikat kroni pemimpin Umno. Harta rakyat bukan harta yang mudah-mudah hendak dibidak-bidak pemimpin Umno anak-beranak.
Justeru kita menuntut Putrajaya memberi penjelasan segera. Kita juga menuntut Dr Mahathir dipecat daripada Petronas kerana pelbagai kepentingan negara diraih beliau anak-beranak. Negara akan musnah jika pemimpin Umno dibiarkan untuk bebas sebegini.
Kayalah kamu, mewahlah hidup kamu wahai pemimpin Umno! Itulah berkat daripada kilang arak San Miguel! Berkat dari perjuangan kebangsaan, tanpa mengira halal haram. Meminjam kata Najib di FELDA tempohari, memang “haram jadah”!

No comments: