Belum reda skandal projek lembu
kebangsaan yang diseleweng bekas Menteri Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil
melibatkan RM250 juta wang rakyat, kali ini satu lagi pendedahan membabitkan
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Zainal
Abidin.
Ironinya
kedua-dua pimpinan Umno ini sinonim dengan Lembah Pantai.
Menurut blog
anaksungaiderhaka, pada 24 Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn
Bhd diberikan kontrak kerajaan berjumlah RM30,800,000 oleh Kementerian Belia
dan Sukan.
Syarikat itu
dilaporkan dimiliki Nong Chik dan ini bukan satu-satunya projek yang
dianugerahkan kerajaan kepada syarikat beliau.
Anak
perempuan Nong Chik, Raja Farhana, 26, disenaraikan sebagai salah seorang daripada
dua pengarah syarikat.
Dilaporkan,
beliau memiliki 399.999 daripada 400,000 unit saham. Bermakna, secara
praktikal, beliau adalah pemilik tunggal syarikat dengan pengarah yang lain
hanya memiliki satu saham.
Syarikat itu
yang ditubuhkan hampir 20 tahun lalu semasa Raja Farhana masih di darjah satu,
mempunyai kerugian dibawa ke hadapan berjumlah kira-kira suku juta dan
liabiliti semasa kira-kira RM400,000 terhadap aset semasa, sumber dipetik.
Pendedahan
lebih lengkap dengan lebih banyak dokumen sila lihat di sini.
1 comment:
bape clothing
a bathing ape
jordan outlet
bape clothing
golden goose outlet
jordan outlet
bape hoodie
off white t shirt
bape
palm angels clothing
Post a Comment