Tindakan
boikot pilihan raya sekiranya tuntutan badan bukan kerajaan (NGO) BERSIH 3.0
dan wakil pembangkang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan
Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) di parlimen akan memberi kesan besar
terhadap kredibiliti kerajaan BN.
Selain
itu tindakan boikot tersebut juga mampu menjejaskan ekonomi sekaligus
menyebabkan parti peneraju kerajaan pusat harus berfikir lebih mendalam untuk
menerima impak tersebut.
Demikian
menurut Pensyarah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik ketika diwawancara baru-baru
ini.
“Saya
rasa jikalau keadaan teruk dan tidak berubah kemungkinan parti-parti politik
pembangkang akan boikot pilihan raya, itu sahaja. Itu cara yang lebih mudah
untuk mereka lakukan berbanding turun ke jalan raya.
“Kalau
boikot pilihan raya, ini suatu kesan yang besar sebenarnya di peringkat
antarabangsa.
“Imej
Malaysia akan terjejas jikalau parti-parti politik boikot pilihan raya.“Kita
tahu kalau berlaku boikot besar-besaran oleh parti pembangkang di negara-negara
membangun atau negara dunia ke tiga ia menjejaskan kredibiliti pihak pemerintah
sekaligus menjejaskan ekonomi dan saya rasa BN terpaksa berfikir dua, tiga kali
untuk menerima impak tersebut,” ujar Dr Maszlee Malik ketika diwawancara
baru-baru ini.
Bagaimanapun
menurut Dr Maszlee, kemungkinan tindakan mengadakan demontrasi, mogok dan
sebagainya juga tidak boleh dinafikan begitu sahaja.
“Kalau
tak boikot pun, kemungkinan akan ada segolongan pihak-pihak yang terlibat,
parti politik atau masyarakat sivil yang sedar akan melakukan seperti
demontrasi, mogok dan sebagainya,” ujar Pensyarah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu.
Ketika
menjawab satu soalan, Dr Maszlee memberitahu harapan untuk rakyat negara ini
mendapatkan pilihan raya yang bersih, adil dan telus masih ada sekiranya
tekanan yang kuat terus diberikan kepada pemerintah.
Selain
itu beliau turut menyatakan menukar kerajaan melalui pilihan raya merupakan
satu-satunya pilihan terbaik yang ada.
“Jadi
saya rasa dengan sistem pilihan raya yang lebih bersih, telus, media yang adil
untuk semua pihak, sikap bertanggungjawab pihak pemerintah sendiri, tidak
mustahil perubahan boleh dilakukan melalui demokrasi dan saya di antara orang
yang begitu yakin dengan sistem demokrasi dan kurang bersetuju dengan cara
keganasan atau revolosi di Malaysia.
“Kita
perlu meletakkan kepercayaan kepada SPR kerana kita tidak ada pilihan, cuma
penambahbaikan dan pembaikpulihan seperti mana yang dicadangkan oleh BERSIH,
sepertimana yang dicadangkan oleh PSC di parlimen itu yang tak semua diterima.
“Jikalau
diambil kira semua yang dituntut itu saya rasa kita boleh berikan kepercayaan
yang lebih kepada SPR,” katanya lagi.
Katanya,
SPR perlu berusaha memulihkan imej mereka sebagai syarat utama untuk memulihkan
kepercayaan masyarakat kepada badan suruhanjaya itu dan menerima cadangan
Jawatankuasa Pemulihan Pilihan Raya merupakan salah satu cara.
“Sekarang
ini mungkin kita katakan persepsi masyarakat secara umum terutama kepada aktor
politik dan aktor masyarakat sivil yang majoriti bukan tidak percaya tetapi
terdapat prejudis, terdapat persepsi dan juga mereka skeptik terhadap apa yang
dilakukan oleh SPR berdasarkman track rekod mereka sebelum-sebelum ini.
“Jadi
untuk baik pulih SPR, perlu ikut tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh
BERSIH, perlu ikut seperti mana yang disuarakan oleh Jawatan Kuasa Pemulihan
Pilihan Raya itu,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment