Kenyataan Media 23 April 2012. 5
hari menjelang BERSIH 3.0
5 HARI MENJELANG BERSIH 3.0 : FOKUS DATARAN MERDEKA, AZIZ HARUS LETAK
JAWATAN
1. SAMM telah selesai siri jelajah seluruh semenanjung Malaysia bertemu
secara terus dengan aktivis SAMM akar umbi serta aktivis organisasi sekutu
jadual terakhir atas nama Jelajah Anak Muda (SAMM) - Bersih 3.0 yang terakhir
akan diadakan di Jalan Berserah, Kuantan pada 26 April ini. Dalam siri jelajah
ini ternyata sambutan rakyat dan respon agak luar biasa. Contohnya di Pontian
(kampung Ketua Penerangan Umno Pusat) tanpa nama besar tetapi telah berjaya
menarik lebih 2000 orang tempatan untuk hadir bersama. Program jelajah SAMM
punya 3 elemen penting iaitu pertemuan tertutup, edaran risalah dan Ceramah
umum. Hasil positif dan memberansangkan setakat ini membayangkan lautan manusia
hadir bersama pada 28 April 2012. Pertemuan tertutup bukan sekadar dengan
anggota SAMM tetapi ada beberapa peringkat pertemuan turut melibatkan rakan -
rakan organisasi sekutu ke arah memaksimakan mobilisasi ke BERSIH 3.0 .
Himpunan Ceramah umum Jelajah SAMM - BERSIH 3.0 mendapat sambutan hebat di
perbagai tempat kehadiran antara 1000 - 5000 orang.
2. PRU akan datang akan menjadi PRU paling kotor dalam sejarah, perbagai
penipuan telah didedahkan. Ternyata SPR akan memainkan peranan jahat selaku
pengendali pilihanraya yang pincang dan berat sebelah. Untuk itu tuntutan SAMM
sebelum PRU ialah bersihkan senarai pemilih dan proses menangani kepincangan
SPR ini harus bermula dengan desakan Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin
Mohd Yusof harus meletakan jawatan. Ternyata dalam banyak perkara beliau dan
beberapa anggota SPR bermain politik, jika mereka ingin jadi orang politik maka
dicabar letak saja jawatan dan jadi calon Bn di mana - mana saja pasti ada
rakyat yang bersedia berdepan dengannya dalam sistem demokrasi secara anak
jantan.
3. SAMM dengan ini mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda
untuk berada di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 28 April 2012, bermula jam 2
petang bagi menunjukkan kuasa rakyat dalam memberikan tekanan pemulihan proses
pilihanraya dengan membersihkan senarai pemilih. Telah diumumkan juga beberapa
lokasi lain perhimpunan namun bagi SAMM dalam negara seharusnya di Malaysia
mobilisasi ditumpukan ke dataran Merdeka sahaja kecuali Sarawak di Kuching dan
Sabah di Kota Kinabalu. Ini kerana jika bertumpu kepada Dataran Merdeka sahaja
maka tumpuan kekuatan rakyat boleh difokuskan dan tidak memustahilkan sasaran
BERSIH 3.0 seramai 500,000 orang.
4. Himpunan kali ini perlu dilihat dengan serius dan perlu disertai semua.
Sikap SPR dan ditambah dengan beberapa pindaan mengarut kononya atas nama
reformasi proses PRU akan melengkapkan lagi penipuan bagi memenangkan regim
penguasa. 28 April semua wajib turun. SAMM berpendapat jika PRU dilakukan
dengan kendalian pasukan SPR yang sama serta tanpa pembersihan senarai pemilih
maka PR akan hilang kerusi malah negeri yang ditadbirnya. Kerana itu Yang
Berhormat - yang berhormat perlu lebih serius , jika angka tidak menjangkau
ratusan ribu berkumpul maka bersedialah untuk membawa kotak ke pejabat masing -
masing dan mula bungkus barang, anda semua akan kalah bukan kerana tidak
mendapat sokongan tetapi akan ditipu dalam proses PRU pincang. Maka semua YB-YB
(bukan Bn) kini kamu semua tidak ada selain bersama dalam menggerakkan penyokong
turut sama ke Dataran Merdeka. Setiap YB wajib membawa sekurang kurangnya 1000
orang ke Dataran Merdeka 28 April nanti. Jangan nanti lepas PRU baru nak
merengek persoalan ditipu SPR, sekarang ini gembeleng tenaga ke jalan raya
sebelum pilihanraya.
5. Respon kepada halangan DBKL, SAMM menyeru supaya diabaikan respon
mengarut tersebut. Ramai pasti tertawa dengan alasan Dataran Merdeka bukan
tempat berhimpun dan hanya untuk aktiviti peringkat nasional. DBKL keliru atau
sengaja ingin mengelirukan tidak pasti kerana sambutan kemerdekaan dan lain -
lain itukan perhimpunan di lokasi sama dan BERSIH bukan sekadar acara peringkat
nasional tetapi internasional kerana turut diadakan himpunan di puluhan bandar
lain seluruh dunia serentak dengan maksud yang sama. SAMM bersimpati dengan
DBKL yang diperkuda regim penguasa. Semua harus sedar DBKL hanyalah
sebahagian dari aparat regim yang diperkudakan untuk regim yang menguasai
negara dengan pilihanraya pincang ini untuk terus kekal kuasa. SAMM menggesa,
hanya ada satu himpunan BERSIH 3.0 iaitu di Dataran Merdeka sesuai dengan nama
dan semangat lokasi tersebut dan tidak perlu perubahan.
6. Regim sudah banyak belajar dari beberapa siri kebangkitan kecil rakyat
dalam negara sebelum ini. Kali ini nampaknya pihak penguasa akan diarahkan
supaya bertindak selembut mungkin, media dilarang memberikan publisiti termasuk
mengutuk himpunan BERSIH. Oleh kerana Najib terpaksa untuk mengadakan PRU dalam
masa terdekat maka semua agensi terpaksa bertindak lembut untuk membolehkan PRU
pincang berjalan juga sekitar sebulan dua ini. Kesempatan ini harus diambil
sepenuhnya oleh rakyat untuk turun seramai mungkin meraikan Himpunan BERSIH 3.0
bagi menunjukkan betapa rakyat menuntut hak untuk punya pilihanraya bebas,
bersih dan adil. Jika jumlahnya besar pasti regim penguasa terpaksa sedikit
beransur dan mengubah beberapa perkara dalam pengendalian PRU tetapi jika
kurang regim akan segera membuat PRU dalam keadaan penuh penipuan.
7. Tuntutan rakyat kali jelas, kepincangan PRU harus segera diperbetulkan,
senarai pemilih dibersihkan dan ia harus dimulakan dengan pemecatan Aziz selaku
ketua SPR kerana dia memainkan peranan ke arah mempersiapkan proses PRU dan
daftar pemilih kotor. Tuntutan jelas dan harus ditunaikan. SAMM tidak menolak
kemungkinan puluhan ribu rakyat akan terus duduk dan berkhemah di Kuala Lumpur
sehingga tuntutan dipenuhi.
8. Semua termasuk polis juga harus tenang, SAMM masih menyokong pendirian
sebarang pertukaran kerajaan harus berlaku dalam proses pilihanraya untuk
kestabilan dan masa depan negara. Namun rakyat diseru turun beramai - ramai
kali ini adalah untuk menuntut supaya proses pilihanraya dibersihkan. SAMM
sendiri sedia menurunkan 200 marshal terlatih dan berpengalaman dalam
mengendalikan perbagai demonstrasi termasuk 2 himpunan BERSIH yang lepas di
mana SAMM antara yang memainkan peranan utama.
9. Kejayaan BERSIH 2007 memberikan tekanan kepada SPR sehingga penipuan
dikurangkan dan membuahkan keputusan seperti 2008. BERSIH 2.0 pula telah
membangkitkan tekanan dalam dan luar negara menyebabkan Najib terpaksa
menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi membetulkan proses pilihanraya.
Dengan tertubuhnya jawatankuasa tersebut maka secara lansung Najib mengakui
sememangnya proses pilihanraya negara ada kepincangan. Namun malangnya sudahlah
peranan wakil bukan Bn dinafikan untuk punya laporan hasil kerja mereka, malah
pengakuan kepincangan tidak ada satu ditangani dengan pindaan undang - undang
pilihanraya yang diluluskan baru - baru ini. Rakyat perlu bangkit melawan
penipuan ini.
28 April 2012, 2 petang, Dataran Merdeka ........... Sekali lagi diingatkan
SAMM tidak menolak kemungkinan akan ada ribuan rakyat akan duduk paling tidak
sehingga tuntutan Pengerusi SPR letak jawatan.
Sekian.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
Sumber : www.anakmudamalaysia.com
No comments:
Post a Comment