DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, July 17, 2011

DR AZMAN IBRAHIM: HOSPITAL SANTUARI SELAMAT UNTUK SEMUA

Konvensyen Geneva mengandungi empat perjanjian yang dibuat di Geneva, Switzerland, bermula tahun 1863 yang menetapkan piawai bagi undang-undang antarabangsa berkaitan kemanusiaan. Empat perjanjian ini menjadi dasar kepada undang-undang kemanusiaan di seluruh dunia.

Perkara ke 6 dalam perjanjian 1 & 2 menyatakan: Semua bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital hendaklah menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya dikenalpasti. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada menjalankan operasi mereka.

Sepanjang makluman saya dalam sejarah kemanusian, hanya Tentera Militia Kristian Selatan Labenon dengan dokongan Zionis Yahudi yang telah menyerang hospital-hospital di Selatan Labenon dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Kem Pelarian Shabra dan Shatila.

Apabila mangsa-mangsa yang cedera di dalam keganasan Shabra dan Shatila dibawa ke hospital, tentera-tentera pengganas Militia Kristian Labenon telah menyerang hospital dan menembak mati pesakit-pesakit yang sedang dirawat beserta doktor dan jururawat yang merawat mereka.

Di Iraq, ketika serangan Amerika dan sekutunya, walaupun ada hospital yang menjadi mangsa pengeboman dan serangan peluru berpandu, tetapi Amerika berdalih dengan menyatakan ia adalah suatu kesilapan sasaran.

Saya pernah melalui pengalaman bagaimana Hospital Saddam Medical City, tempat saya menjalani latihan praktikal terkena peluru berpandu pada suatu malam yang gelap dan sejuk. Tetapi Amerika tetap berdalih, sebenarnya yang menjadi sasaran mereka adalah sebuah kem tentera yang terletak bersebelahan hospital tersebut dan bukannya bangunan hospital. Lantak kamulah Amerika.

Dengan title sebagai polis dunia kamu boleh berdalih apa saja! Ertinya, walaupun dengan dalih yang penuh berhelah, mereka masih menghormati konvensyen Geneva.

Saya kemukakan muqaddimah di atas untuk kita menilai kewajaran tindakan pihak berkuasa mengendalikan perhimpunan aman Bersih2.0 khususnya berkaitan tindakan polis yang menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu pada 9 Julai lalu.

Hospital sepatutnya menjadi ‘santuari yang selamat untuk semua’ dan ‘tempat yang dikhaskan untuk perlindungan’ bahkan semasa masa perang sekalipun ianya tetap tidak boleh diusik, apatah lagi ia hanya sekadar demonstrasi aman.

Tidak cukup dengan tembakan gas pemedih mata dan semburan air, apakah hujah yang boleh mewajarkan tindakan polis memasuki kawasan hospital untuk memburu para pendemo aman yang lari lintang-pukang akibat serangan polis?

Walaupun polis menafikan bahawa anggota mereka ada menembak gas pemedih mata dalam kawasan hospital, kemudian diikuti dengan sidang akhbar Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai yang mendakwa bahawa polis sememangnya tidak menembak gas pemedih mata dan air asid ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan menafikan sekerasnya dakwaan para peserta Bersih 2.0 yang menyaksikan perkara tersebut dengan mata sendiri sebagai tidak benar.

Bangkai gajah tak mampu ditutup dengan daun lalang. Pelbagai bukti gambar serta video, walau bagaimanapun telah menolak penafian polis dan Liow dengan memaparkan dengan jelas bahawa gas pemedih mata sememangnya telah ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin, ditambah dengan satu laporan Majlis Peguam Negara yang mencatitkan pengamatkannya pada perhimpunan aman Julai 9 yang mengesahkan bahawa insiden tersebut berlaku.

Apa yang lebih memeranjatkan dan disaksikan ramai ialah serangan tanpa provokasi dalam kawasan hospital dan penahanan beberapa peserta yang hanya masuk ke hospital untuk mengelak serangan pemedih mata dan air.

Bagaimana pihak berkuasa yang tidak tahu malu dalam menafikan insiden tersebut dengan pelbagai bukti dan saksi yang jelas terpampang di depan mata. Rakyat sendiri akan menghakimi kerakusan ini.

Sumber : Harakahdaily.net

No comments: