DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, January 1, 2011

PAS JANGAN PERDAGANGKAN MARUAH KEPADA UMNO

Dalam catatan hari minggunya pada 26/12/10 yang bertajuk "Pertemuan penting itu sudah berlangsung?", Mohd Sayuti Omar menulis:

Tanggal 23 Disember lepas saya ada postkan satu catatan yang membayangkan sesuatu peristiwa yang mungkin akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu. Saya sangat berharap agar ianya berlaku. Ramai yang tertanya-tanya apapakah peristiwa berkenaan.

Mengambilkira apa yang Sayuti dakwa "akan mengembirakan semua orang di dalam negara ini khasnya orang Melayu" (aku pun Melayu jugak dan saya bangga ditaqdirkan Allah s.w.t. menjadi Melayu), saya mahu bertanya:

1. Tak habis-habis lagikah agenda durjana untuk memaksa PAS menjadi pak yet Umno di dalam apa yang dibohong dan dibangangkan sebagai perpaduan dan kepentingan ketuanan Melayu?


2. Jika benar wujudnya pemimpin-pemimpin PAS yang gatal merenyam sangat dan gian sangat nak jadi pak yet Umno setelah tidak berpuas hati setakat menjadi hamba Allah sahaja, mengapa tidak pergi sendiri-sendiri sahaja dan tidak cuba mengheret jemaah orang-orang Islam sekali? Kenapa, kalau pergi sendiri sahaja harga akan jatuh lebih rendah dari kupang tembaga (wang syiling satu sen) dan Umno pun tak ingin?


3. Benarkah orang pangkat tertinggi digunakan untuk memperdayakan Tok Guru Nik Abdul Aziz supaya mengadapnya?


4. Benarkah setelah TGNA sampai ke tempat yang diarahkan beliau pergi itu, sudah menanti di sana Presiden dan Timbalan Presiden PAS serta Presiden dan Timbalan Presiden Umno? Benarkah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi pak yet tukang hantar surat kepada TGNA pun ada sama?


5. Benarkah dalam pertemuan itu TGNA mengulang-ulang bahawa Umnolah punca masalah yang ditanggungi oleh orang-orang Melayu kini?


6. Benarkah apabila TGNA mengulang-ulang perkara itu, orang pangkat tertinggi kelihatan tidak senang lalu meninggalkan pertemuan itu?


7. Benarkah selepas orang pangkat tertinggi itu keluar dari majlis pertemuan itu, TGNA memberitahu bahawa beliau uzur (khabarnya sakit belakang) dan datang semata-mata kerana arahan orang pangkat tertinggi itu dan kemudiannya serta-merta meninggalkan majlis itu?


8. Benarkah TGNA yang khabarnya kecewa ditipu sedemikian rupa telah memberikan taklimat mengenai perkara itu kepada beberapa pemimpin tertinggi PAS Kelantan?

Jika anda memerlukan detail mengenai perkara ini, sila bertanya sendiri kepada TGNA, Presiden PAS atau Timbalan Presiden PAS. Saya tidak ada kepentingan untuk berbohong atau mereka-reka cerita. Tak dapat apa satu pun. Lebih dari segala-galanya, Allah Yang Maha Menghakimkan sentiasa memerhatikan perbuatan saya.


Kepentingan saya hanyalah untuk memastikan negara yang akan diwarisi anak cucu kita ini tidak terus dikerjakan oleh kedurjanaan dan kebuasan nafsu mereka yang jahat dan terbukti jahat.


Sumber :
PenarikBeca

KOMEN :


Saya selaku pendokong PAS (banyak berkorban untuk PAS) naik menyampah melihat kelakuan TGHA dan Nasaruddin Mat Isa. Isu kerjasama PAS-UMNO, PAS main sorong papan, tarik papan. Sekerjab ada, sekejab tiada. Sudah 3 kali muktamar, buat resolusi dan buat kenyataan bahawa PAS akan terus bekerjasama dalam Pakatan Rakyat menentang UMNO. Seminar khas turut diadakan bagi mematikan isu kerjasama ini (Kerajaan Perpaduan@UG).


Kalau beginilah sikap TGHA dan Nasaruddin Mat Isa,eloklah tinggalkan sahaja PAS dan sertai UMNO. Habis cerita dan jangan lupa bawa bersanma kaum-kerabat yang kepingin sangat nak tidur sebantal dengan UMNO tu.Golongan UG ni sudah banyak "membawa onar" kepada PAS sehingga sudah 3 tahun kerja-kerja persediaan PRU ke13 terbantut,terhalang dan diketepikan.Alhamdulillah dan Syukur TGNA tetap dengan pendiriannya.


Muktamar PAS ke 55 telah memutuskan: “Untuk memperkasakan Pakatan Rakyat” kerana majority ahli tidak bersetuju. Muktamar PAS ke 56 sekali lagi memutuskan: “Untuk perkasa Pakatan Rakyat” juga disebabkan ahli-ahli tidak bersetuju. Setiap kali muktamar diadakan, keputusan Muktamar ke 55 perlu diulang pada muktamar ke 56 pun diulang. Jawapannya tetap sama : Majoriti ahli-ahli tidak bersetuju dan menentang kerjasama (UG) ini. Persetujuan telah dicapai secara consensus. Hairan kenapa ia harus diulang-ulang. Rupa-rupanya ada udang disebalik mee segera kerana tindakan kepimpinan songsang (TGHA dan NMI) dari keputusan Muktamar ke 55 dan 56. Selepas Muktamar ke 57, kesongsangan masih berterusan. Spekulasikah rancangan dan perbuatan pemimpin yang masih menunjukkan sikap bertindak tidak selari dengan apa yang parti putuskan? Ahli-ahli di bawah sudah hilang keyakian terhadap mereka berdua ini?


Saya juga hairan dan tidak faham, kenapa mereka berdua ini tidak mahu faham (atu buat-buat tidak faham) adat dan peraturan berparti atau berjemaah. Pemimpin tidak boleh sewenang-wenangnya buat "perjumpaan dalam gelap" ikut sesuka hati tanpa merujuk kepada jemaah atau sekurang-kurangnya kepada PAS Pusat. Majlis Tertinggi PAS iaitu Muktamar. Cuba jelaskan pulak apa hukumnya orang yang berbohong kepada jemaah.


Baikkah Islam bawah UMNO sesudah melebihi 5 dekad? Saya amat yakin, jika (minta simpang malaikat 44) kalau berlaku penggabungan, segala urusan agama akan diserahkan kepada PAS, manakala urusan dunia tugas UMNO. Sama macam British buat dulu. Untuk pastikan Melayu boleh dicucuk hidung, agama serah pada raja, pentadbiran, perniagaan hasil mahsul negara hak British. Pembesar-pembesar Melayu yang terdiri di kalangan mereka yang hampir dengan istana ada ganjaran. Rakyat? Kais pagi makan pagi sampai ke hari ini diperhambakan oleh UMNO yang menganti tempat British.Pemimpin UMNO mana yang tidak pernah menghina Islam. Macam-macam kenyataan dikeluarkan memperlecehkan hukum Allah, sunnah Nabi dan amalan-amalan yang diajarkan oleh Islam. Sebagai contoh lihat surat arahan UMNO di bawah inI:

Ketahuilah wahai TGHA dan NMI, bahawa kami di bawah ini merasakan UMNO itu seperti seekur BABI hutan. Binatang bernajis besar. Sejahat mana pun orang Melayu yang mengakui dirinya Islam, kalau ia kaki botol, kaki zina, perogol (macam isu seorang menteri yang merogol amahnya yang hangat diperkata orang sekarang), pembunuh, perasuah, pencuri dan perompak harta rakyat, mereka tetap tidak makan daging BABI walau apa pun keadaan yang mengharuskannya. Itulah pendirian kami dari grass root PAS. Kami akan bersama-sama dengan TGNA dan kumpulannya akan bangkit menentang kejahatan anda berdua.


Kami bukan seperti ahli-ahli UMNO yang boleh digula-gulakan. Yes man dan tunduk dengan kehendak pemimpin. Kami telah ditarbiyah tidak mentaati pemimpin membutatuli yang sanggup mengadaikan perjuangan PAS. Musuh kami SEBENAR IALAH UMNO. Bukan DAP dan PKR. DAP walaupun kafir boleh diajar. UMNO, walaupun mengaku Islam adalah KURANG AJAR. UMNO telah membuat banyak kerosakan di muka bumi Malaysia ini semenjak ia memegang kuasa 53 tahun memerintah.


Jadi, kami telah hilang hormat kepada kamu berdua sekarang. Kami menanggap kamu berdua sama dengan spesis dengan 40 ulama yg masuk UMNO itu. Untuk selamatkan PAS, kami dengan rendah hati memohon kamu berdua turunlah secara terhormat sebelum rakyat semakin benci pada kamu berdua.

Kami berpandangan, eloklah turun sekarang sebelum kamu berdua boleh merosakkan PAS lebih teruk lagi. Kamu sering mendakwa kamu ulama pewaris Nabi, tetapi dalam masa yang sama kamu mengutuk ulamak UMNO sebagai setan bisu. Tetapi sekarang kamu semua ingin menjilat UMNO. Sebelum rakyat hilang hormat pada ulama PAS dan ahli-ahli menanggung malu atas pendirian kamu berdua, maka eloklah kamu semua yang terlibat turun. Terus terang saya cakap tidak perlu berlapik bahawa RAKYAT BENCI KAMU. Hanya ahli PAS yg hardcore saja yg TERPAKSA WALAK kepada kamu walaupun hati mereka memberontak tidak suka UMNO.


Kezaliman UMNO tidak ada tolok bandingnya. Sanggup membunuh sesama Islam. Kenanglah trategi Memali dan tokoh-tokoh PAS yang dibunuh oleh UMNO.


Nyah kamu berdua dari PAS.



(Harap maaf menggunakan kata-kata yang kurang beradap. Inilah lambang kemarahan kami di bawah sini terhadap tindakan kamu berdua).


“TOLAK UMNO, RAKYAT PASTI GEMBIRA”

1 comment:

Anonymous said...

woi gampang...idup lagi ke!!!! bila nak dpt anak haram mcm lu nie..???