DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, June 5, 2010

JUDI SUKAN: JAIS LAMBUNG BALIK KEPADA KHALID

Sumber: Malaysiakini

Malaysiakini melaporkan bahawa Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor, Khusrin Munawi menyepi diri dari memperkatakan isu judi bola sepak yang diluluskan oleh kerajaan UMNO kepada taikon Vincen Tan dari kumpulan Berjaya group kerana ia melibatkan kepentingan UMNO. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatannya [tentunya arahan dari beliau atau pencacai UMNO] mempertahankannya beliau.


KOMEN :


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor atau dikenali juga sebagai Jabatan Iblis Selangor. Nama ini popular di kalangan pendakwah bebas dan Islamic aktivist yang melihat perlakuan JAIS [demi UMNO] semacam IBLIS yang bertindak merancang dan melakukan berbagai tindak- tanduknya selama ini yang begitu ke hadapan dan keras untuk menyekat perkembangan Islam dan menghalang tokoh-tokoh agamawan terkenal dari bercakap tentang Islam hakiki seperti bekas mufti Perlis Dr.Mohd Asri Zainal Abidin diperlakukan seperti seorang ‘penjenayah’ dan termasuk bekas muftinya sendiri,iaitu Allahyarham Ishak Baharom dihalang bercakap mengenai Islam. Begitulah biadapnya JAIS. Benarlah apa yang diperkata JAIS ialah Jabatan Iblis Selangor.


daripada mempertahankan kesucian Islam kerana unit itu mempertikai balik dengan membuat satu pertanyaan yang semua orang tahu bahawa judi empat nombor ekor, Toto dan apa-apa bentuk pertaruhan yang boleh dikategorikan sebagai perjudian adalah haram di sisi agama Islam.


Unit ini melakukan pembohongan sangat besar apabila ia berusaha memperahankan pengarahnya, Khusrin Munawi dengan menyebut Khusrin adalah seorang pegawai tadbir diplomatik (PTD) yang menjalankan tugas secara professional tanpa pembabitan dengan parti politik. Niat jahat Jabatan ini dapat dilihat apabila ia mempertikaikan kerajaan negeri Selangor tidak memngharamkan judi empat nombor ekur , toto dan sebagainya.


Sebagai pengetahuan JAIS, persepsi di kalangan rakyat adalah brbeza. Khusrin tidak berdaya menjalankan tugasnya secara profesional seperti yang didakwa kerana beliau dilihat berpihak kepada parti UMNO. Segala isu yang ada kepentinngan UMNO di situ, beliau terus bingkas bangun dengan gagah perkasa mempertahankannya seperti isu tidak mengeluarkan tauliah kepada agamawan dari PAS [UMNO nahi-majlis maksiat ramai] dari memberi kuliah di masjid dan di surau [mengizikan surau-surau dirobohkan], menghalang Haji Abdul Hadi Awang, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ramai lagi tokoh-tokoh terkenal bukan sahaja dari PAS, malah pendakwah bebas kerana mereka ini tidak sebulu dengan UMNO dan ingkar untuk menjilat punggung para pemimpin UMNO haprak [Ibrahim Ali, Raja Katak biasa menjilat punggung Dr.M].


JAIS tidak mengeluarkan sebarang komen mengenai isu judi bola sepak kerana ia berkaitan dengan kepentingan politik UMNO yang hendak mengumpul dana bagi merasuah rakyat dalam pilihanraya nanti terutama ketika kini hasrat UMNO untuk merampas kembali Selangor melalui kaedah di Perak. Tambahan pula Vincen Tan berjanji akan menderma sebanyak
RM525 juta hasil keuntungan perjudian yang diperolehinya. Halalkah ke hasil itu?


Ia berbeza sama sekali dengan kelantangan yang ditunjukan dalam isu kalimah Allah seolah-olah penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam adalah berdosa besar ada dinaskan seperti arak, judi, zina dan tenung nasib.


PERGI JAHANAMLAH DENGAN PENGARAH JAIS INI. Lebih lama JAIS tanpa di’overhaul’ keseluruhan organisasinya, maka lebih ramai umat Islam khususnya di Selangor akan hancur lebur dengan pelbagai isu penyakit sosialnya yang tidak boleh diubati kerana keingkaran menggunakan al-Quran dan al-Hadith sebagai ubatnya.


“UMNO TIADA, RAKYAT MALAYSIA LEBIH SEJAHTERA”

No comments: