DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, January 1, 2009

UMNO MENGKIANATI SUMPAH MELAYU-SIRI 5

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


SM ke-5, bersumpah untuk mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu. UMNO bukan mempertahankan kedaulatan Raja-raja, malah ia menjadi pemangkin untuk memusnahkan kedaulatan Raja-raja Melayu. Langkah pertama UMNO lakukan ialah dengan melucutkan kedaulatan Raja-raja Melayu. Menjadikan Raja-raja Melayu sebagai budak suruhan UMNO. Perkara ini dibangkitkan oleh Rais Yatim semasa beliau memegang jawatan Timbalan Presiden parti SM46 [Ahmad Lutfi Othman, Mahathir Khianat Melayu, 1994, ms: 67 – 72]. Menurut beliau lagi, UMNO pimpinan mantan PM ke-4 langkah jahat untuk memecahkan dan menghapuskan kuasa raja bermula pada 1983 bila mana Perkara 66 Perlembagaan dipinda supaya raja-raja tidak boleh lagi menggunakan budi-bicara tidak menandatangani sesuatu rang Undang-undang bukan kewangan yang hendak dijadikan Undang-undang Negara. Sebelum itu, raja-raja mempunyai kuasa budi-bicara tidak menandatangani sebarang rang Undang-undang yang difikirkan zalim dan tidak adil terhadap rakyat. Sekarang UMNO boleh menggubal dan meminda apa sahaja rang Undang-undang yang dikehendakinya tanpa sebarang sekatan atau halangan.


Sekali lagi UMNO membuat pindaan terhadap Perkara 181 [2] bagi menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu dalam krisis Perlembagaan pada tahun 1993. Sultan Pahang merupakan Raja Melayu yang pertama yang dibicarakan di Mahkamah Khas ditubuhkan khas mengikut Perlembagaan yang dipinda itu oleh seorang wanita warga Negara Singapura berkaitan dengan isu pembalakan di Pahang, tetapi Mahkamah tersebut menolaknya kerana wanita itu didapati tidak mempunyai prima facie kerana beliau bukan warga Negara Malaysia. Di samping itu, Undang-undang draconian seperti Undang-undang ISA, OSA, Akta Hasutan, Akta Polis, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan lain-lainnya yang seangkatan dengan Undang-undang ini dipinda dan diperketatkan untuk kepentingan UMNO.


Simbol ketuanan Melayu telah hancur akibat UMNO membuat pindaan terhadap Perlembagaan Perkara-perkara 38 yang berkaitan dengan kedudukan Majlis Raja-raja, Perkara 153 berkaitan dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu, Perkara 159[5] berkaitan dengan sebarang pindaan terhadap kedaulatan dan institusi Raja-raja mestilah terlebih dahulu mendapat perkenan oleh Raja-raja Melayu telah menjadi tidak bernilai lagi, Perkara 160 mengenai kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan terakhir Perkara 181 berkaitan kedaulatan Raja-raja telah dihapuskan.


Bahasa Melayu telah dipinggirkan. Perkara 152 Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa rasmi ialah Bahasa Melayu digunakan untuk semua urusan rasmi peringkat kerajaan Persekutuan, negeri dan badan-badan berkanun. Pada akhir Disember 1993, mantan PM ke-4 menyatakan bahawa kabinet telah memberi kebenaran bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar kursus berunsur teknologi di semua universiti dan kolej tempatan.


Bersambung ke siri ke-6/6


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi:
http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb
Wallahu'alam bishshawab

1 comment:

Anonymous said...

Umno juga ketara tidak memartabatkan tulisan Melayu/Jawi. Lihat saja pada sepanduk-sepanduk mereka semasa berdemonstrasi. Mana ada tulisan Jawi. Umno itu sendiri membelakangkan bahasa Melayu, sepatutnya Pekembar. Menghina keupayaan bahasa Melayu. Hina Melayu la tu.