DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, January 5, 2008

TERERSA KOK : APA KAITAN WEB POWER SDN DENGAN PDRM?

Oleh : Tun Telanai


Assalamu’alaikum wm.wrt,


Saya amat tertarik dengan ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh [dan juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP]dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di Parlimen Pada 10 Disember 2007.


Ikuti ucapan penuh beliau yang disiarkan oleh Laman Web DAP : [
http://dapmalaysia.org/malaynet/2007/dec07/bul/bul0112.htm]


Butiran: 020000 POLIS DIRAJA MALAYSIA
Saya ingin tanya tentang hubungan di antara syarikat Web Power Sdn Bhd dengan PDRM.


Isu Pertama


Pada pertengahan tahun i
ni, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah diarahkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri untuk menyewa 31 buah helikopter daripada syarikat Web Power/Eurokopter selama 30 tahun. Anggaran kos penyewaan ini ialah RM400 juta setahun [30 tahun RM12 billion].


Cadangan PDRM kepada kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 ialah membeli 8 buah helikopter dengan peruntukan sebanyak RM272 juta, dan saya difahamkan 8 helikopter adalah jauh lebih dari mencukupi untuk kegunaan PDRM.


Soalan saya ialah, apakah perlunya PDRM menyewa 31 buah helikopter daripada Web Power Sdn Bhd walhal cadangan PDRM kepada kerajaan pada asalnya hanya membeli 8 helikopter sahaja? Apakah p
erlunya PDRM menggunakan wang sebanyak RM400 setahun untuk menyewa 31 buah helikopter ini? Kenapakah PDRM tidak menggunakan peruntukan ini dalam usaha pembasmian jenayah dan peningkatan gaji dan elaun anggota polis, tetapi ia disalurkan untuk menyewa 31 buah helikopter?


Isu Kedua


Salah seorang pengarah Web Power Sdn Bhd, iaitu Dato’ Othman Talib [adalakah beliau orang yang sama pernah menjadi Ketua Polis Terangganu ketika PAS memerintah dan Ketua Polis Pulau Pinang, kalau ya, Othman 100% menjadi barua kepada UMNO] adalah anggota kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP). Soalannya, apakah seorang anggota Suruhanjaya Pasukan Polis boleh mengadakan urusniaga dengan PDRM? Bukankah ini satu bentuk percanggahan kepentingan (conflict of interests)? Kita tahu seseorang anggota SPP mempunyai kuasa yang besar ke atas PDRM, dia diberi kuasa untuk menentukan samada pegawai polis boleh dinaikkan pangkat ataupun tidak.


Saya diberitahu bahawa Dato’ Othman Talib pernah secara langsung dan tidak langsung mengenakan pengaruh kepada pegawai polis yang berurus dengan beliau, iaitu mereka diugut untuk ditukar ke tempat lain, tidak dinaikkan pangkat dan dilaporkan kepada Ketua Polis Negara sekiranya mereka tidak memberi kerjasama dengan beliau. Bukankah ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa?


Isu Ketiga


E-Police Force Solution


“E-Police Force Solution” merupakan satu rangkaian sistem wireless digital sepenuhnya yang berasaskan teknologi informasi dan komunikasi (ICT) yang canggih dengan litupan seluruh negara. Sistem ini berupaya menyalurkan suara, data, video, grafik dan maklumat biometrics dan DNA secara serentak dan tanpa batasan. PDRM berminat dengan sistem ini kerana mereka percaya ia dapat membantu pihak polis dalam siasatan dan membanteras jenayah.Datuk Pengerusi, saya tidak ada masalah dengan keinginan PDRM untuk membeli sistem teknologi yang boleh membantu mereka menjalankan siasatan jenayah ini, tetapi apa yang tidak faham dalam urusniaga ini ialah:


i) Kenapakah Ketua Polis Negara boleh menghantar ‘letter of intent’ dan ‘letter of award’ terus kepada Perdana Menteri dan tidak melalui Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri? Prosedur yang patut dilakukan dalam apa-apa pembelian sepatutnya ialah Ketua Polis Negara harus menulis surat kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Setiausaha kemudian menulis surat kepada Kementerian Kewangan, selepas diluluskan oleh Kementerian Kewangan, barulah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri memanggil tender. Tetapi sekarang, Ketua Polis Negara terus ‘bypass’ Ketua Setiausaha Kementerian dan tulis “letter of intent”nya terus kepada Perdana Menteri. Kenapakah ini berlaku?


ii) Kertas cadangan “E-Police Force Solution” dikemukakan oleh WebPower Sdn Bhd kepada PDRM? Soalan saya ialah, kenapakah Ketua Polis Negara begitu gigih untuk meminta kerajaan mengeluarkan peruntukan untuk membeli “E-Police Force Solution” daripada sebuah syarikat yang dipunyai oleh seorang anggota Suruhanjaya Pasukan Polis?


Datuk Pengerusi, saya ingin minta Kementerian Keselamatan Dalam Negeri boleh memberitahu dewan yang mulia ini, kenapakah WebPower Sdn Bhd begitu bertuah yang mana syarikat ini diberi projek penyewaan helikopter yang memberinya sewa RM400 juta setahun selama 31 tahun, di samping itu syarikat itu akan diberi pula projek “E-Police Force Solution” ?


Isu Empat


Apakah kriteria perlantikan anggota Suruhanjaya Pasukan Polis?Apakah seorang pengarah bagi syarikat yang mengadakan urusniaga dengan PDRM boleh dilantik menjadi anggota Suruhanjaya Pasukan Polis?


Mengikut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Dato’ Othman bin Talib dilantik menjadi pengarah Web Power Sdn Bhd pada 2 Jun 2006, manakala beliau dilantik menjadi anggota Suruhanjaya Pasukan Polis pada awal tahun ini, ini bermaksud pihak yang melantik beliau menjadi anggota Suruhanjaya Pasukan Polis telah tahu bahawa beliau memegang jawatan pengarah di Web Power Sdn Bhd, bukankah ini satu bentuk penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan?


Apakah Hindraf dan Bersih Diberi Peluang Untuk Berhimpun di Dalam Stadium?Dalam laporan dalam The Star pada 4 Disember 2007, Ketua Polis Negara berkata bahawa beliau pernah menawarkan Bersih untuk mengadakan perhimpunan mereka di dalam stadium, tetapi tawarannya ditolak. Di sini saya ingin menegaskan bahawa ini memang merupakan satu kenyataan yang tidak benar dan bohong. Jawatankuasa Bersih tidak pernah menerima apa-apa tawaran daripada pihak polis untuk berhimpun di dalam stadium, tetapi pemimpin Bersih hanya menerima surat daripada pihak polis yang meminta mereka memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan, dan Bersih memang telah menurut arahan polis tersebut, tetapi kesalnya selepas mereka membuat permohonan permit polis, permohonan mereka ditolak oleh polis.


Saya terbaca YB Timbalan Menteri juga pernah berkata tentang memberi ruang kepada parti pembangkang ataupun NGO untuk mengadakan tunjuk perasaan dan perhimpunan di stadium, bilakah cadangan ini akan dilaksanakan?


KESIMPULAN :


1. PDRM memang sebuah organisasi kerajaan yang kuat amalkan rasuah.

2. Tindakan ini merupakan satu pembaziran wang rakyat.

3. Pengurusan kewangan negara yang tidak cekap lebih mementingan kepentingan politik jangka pendek, individu, syarikat dan pemimpin tertentu.

4. Kerajaan tidak ada keprihatinan terhadap nasib rakyat apatah lagi untuk membeli nasib rakyat yang misikin dan papa-kedana.

5. Sah PDRM sebuah agensi kerajaan yang akan membuat apa sahaja hatta sanggop BERBOHONG demi menjaga survival UMNO. Apakah sikap ini terbawa-bawa dalam penyelesaian isu Batu Buruk, isu babi di Paya Mengkuang, isu BERSIH dan isu Hindraf?

6. Imej PDRM telah jatuh merudum, nampak terlalu buruk dan huduh [dalam negara dan di peringkat antarabangsa] dan tidak boleh dipulihkan selagi UMNO masih memerintah negara ini.

7. Tenaga kerja dalam PDRM tidak menjalankan tugas mereka secara professional. Mereka kelihatan sebagai proksi kepada UMNO. UMNO menguasai PDRM, bukan PDRM menguasai parti UMNO [seperti yang apa yang dilakukan terhadap pembangkang].

8. PDRM hilang kewarasan ketika berhadapan dengan semua pihak dalam negara ini yan
g tidak sehaluan dengan kerajaan pimpinan UMNO yang kurop
.

9. SYOR :

PDRM hendaklah bersama-sama dengan SPR, Peguam Negara dan Parlimen mengemukakan satu deklarasi kepada kerajaan bahawa amalan DEMOKRASI dalam negara ini wajar dihapuskan demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dan juga untuk membolehkan UMNO terus kekal berkuasa sehingga Allah swt mengulung dunia ini. Ia perlu digantikan dengan sistem pemerintahan yang lain [panggillah apa pun] yang membolehkan seluruh rakyat patuh, taat dan setia kepada UMNO buat selama-lamanya.

Jadikan arahan yang keluar daripada mulut para pemimpin UMNO [tidak kiralah sama ada ianya kaki perempuan ke, kaki botol ke, kaki judi ke, kaki melepak berseronok-seronok di hotel-hotel ke , pembohong ke, perasuah ke dan kaki jual amanah rakyat ke] dianggap benar, tidak yang benar, melainkan yang benar-benar belaka [boleh juga dianggap sebagai wahyu yang diturunkan khas untuk para pe
mimpin UMNO] untuk memerintah Malaysia. Mana-mana rakyat yang bangkit menentang hukumnya berdosa besar [boleh disamakan seperti menentang Allah dan Nabi Mohammad saw] . Hukuman berat menanti kepada sesiapa yang cuba memberi pandangan ke dua [dalam bentuk lisan, tulisan, tindakan dan filem-video-you tube]. Seluruh rakyat dikehendaki mendapat maklumat daripada pihak kerajaan sahaja, selain daripada itu tidak dibenarkan [ikut style sistem komunis]


Apabila sistem demokrasi dihapuskan, maka tugas PDRM boleh dikembalikan ke pangkuan asal iaitu tugas menjaga keamanan negara [bukan untuk rakyat, tetapi untuk pembesar UMNO]. Tugas PDRM kembali ringan [tidak perlu berhadapan golongan yang mahu menentang dasar kerajaan yang dianggapnya merugikan rakyat dan negara], disamping itu kerajaan juga boleh menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu lagi membelli bahan-bahan anti demontrasi untuk dihalakan kepada penentang-penentangnya. Begitu juga dengan agensi-agensi lainya boleh kembali kepada tujuan asal ianya ditubuhkan.

Kerajaan juga boleh menjimatkan kewangan negara kerana dengan terhapusnya demokrasi bermakna tidak ada lagi pilihanraya yang akan diadakan selama-lamanya, pilihanraya membazirkan duit rakyat yang makan belanja jutaan ringgit. Kerajaan juga tidak perlu lagi menanggung kos pengurusan SPR kerana SPR telah dihapuskan.

Sesiapa yang hendak menubuhkan parti politik, kesatuan, NGO dsbnya dibolehkan dengan meletakkan satu syarat khas iaitu MESTI SOKONG UMNO baru pendaftaran boleh diluluskan.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb


No comments: