Tuesday, April 30, 2013

RAYUAN : AYUH BANGKITLAH SEGERA RAKYAT MALAYSIA HENTIKAN SPR MULA BERMAIN KAYU TIGA-SPR INGAT RAKYAT MALAYSIA SEMUANYA BODOH DAN TOLOL



SPR - MALAYSIA TIRU ZIMBABWE  ATAU ZIMBABWE TIRU MALAYSIA?


Persepsi aku terhadap Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ( SPR) sebelum ini memang tinggi. Maklumlah kedua-dua pengerusinya sebelum TS Abdul Aziz Yusuf aku kenal rapat. Sebelum TS Abdul Aziz ialah TS Abdul Rashid bin Abdul Rahaman. Seorang yang betul-betul tegas dalam menjalankan tugasnya. Apatah lagi antara beliau dengan SPR adalah ‘sama’. Seingat aku, beliau begitu lama sekali menjadi Setiuasaha SPR. Aku kenal dan agak rapat dengannya ketika beliau bertugas di Kementerian Pendidikan. Walaupun tegas dan ‘ditakuti’ namun aku sangat-sangat menghormati beliau  sampai kini.


Sebelum TS Abdul Rashid menjadi pengerusi SPR, jawatan itu dipegang oleh TS Omar  bin Mohd Hashim. Aku mengenali dan rapat dengannya semenjak beliau bertugas sebagai Pengarah Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia bermula pada tahun 1978. Beliau merupakan bekas ‘boss’ dan juga ‘mentor’ yang amat aku hormati sehingga kini. Seingat aku tidak pernah berlaku sebarang kekecohan besar ketika beliau menjadi Pengarah Peperiksaan dan sepanjang kerjayanya di Kementerian Pendidikan. Dan apabila beliau menjadi Pengerusi SPR pun tidak terdapat keadaan seperti yang berlaku sekarang. Kacau bilau……( PERSEPSI AKU LER )

Tugas TS Abdul Aziz  sebagai Pengerusi SPR agak berat kerana beliau mengambil alih daripada tokoh-tokoh pentadbir yang hebat, tegas dan adil dalam menjalankan tugas sebagai pengurus SPR. Kita tak tahu apa sebabnya SPR jadi kelam kabut. Kita tidak pula menuduh bahawa kekelam-kabutan itu berpunca daripada  kelemahan TS Abdul Aziz menguruskan badan itu. Kita tahu TS Abdul Aziz juga adalah bekas pegawai tinggi kerajaan yang banyak memberikan sumbangan kepada negara. Ataupun mungkin keadaan tak tentu arah SPR itu berpunca daripada arahan yang tidak menentu dari kepimpinan politik. Mungkin…..

Persepsi rakyat kini adalah SPR berada dalam keadaan yang cukup lemah. Jikalau ditafsirkan dalam bentuk peribahasa Melayu, SPR itu adalah dalam keadaan ‘bodoh sombong’. Banyak sungutan rakyat tidak diselesaikan dengan aman. Bersih mengemukakan beberapa perkara yang perlu ‘dibersihkan’ oleh  SPR.  Ada yang diambl tindakan tetapi banyak yang tidak dipedulikan.

Keadaan begini menyebabkan rakyat cukup marah. Dan disamping itu pula pihak SPR cuba ‘menegakkan benang basahnya’ dengan jawapan-jawapan dan alasan yang tidak munasabah. Rakyat lagi marah. Kemarahan rakyat itu berpunca daripada keadaan dimana SPR seolah-olah menganggap rakyat masih bodoh dan tongong. Sebahagian besar rakyat sudah celik dan bijak. Malah jauh lebih bijak daripada para pegawai yang ada di SPR itu sendiri. Kelulusan sebahagian besar rakyat yang berada diluar adalah jauh lebih tinggi daripada kelulusan dan pengalaman yang ada pada setengah pegawai di SPR itu sendiri.Pegawai SPR seharusnya faham tentang hal ini.

Secara kebetulan aku membuat sedikit kajian mengenai keadaan Election Commisson di Zimbabwe. Mengapa perbandingan yang aku buat itu dengan negara Zimbabwe? Mengapa tidak dengan negara-negara maju di Eropah seperti Amerika Syarikat atau Switzerland. Aku buat begitu kerana bagi aku kedudukan negara kita sudah hampir benar dengan negara Zimbabwe. Lagipun Presiden Zimbabwe adalah kawan amat rapat Tun Dr. Mahahthir Muhammad, bekas Perdana Menteri Malaysia.

Human Rights Watch World Report 2008: Events of 2007 ada menyatakan,
“The case of Malaysia illustrates why government seek control of the electoral machinery. Its government-dominated Election Commission rejected opposition efforts to remove alleged phantom voters from the electoral rolls, eliminate the widespread use of absentee ballots by government workers, and permit access state-controllled media by all political parites”

Itu pandangan badan hak asasi manusia peringkat antarabangsa. Nama negara Malaysia sudah tercalar. Tak banyak sikit tetap tercalar. Orang luar sudah tahu apa yang berlaku dan apa yang sedang dibuat oleh pemerintah kita. Jangan fikir orang luar itu bodoh. Bahagian risikan mereka jauh lebih canggih daripada apa yang boleh kita lakukan. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan hasil daripadaa tindakan negara luar, maka jangan diletakkan kesalahan itu kepada rakyat atau pihak pembangkang. Renung diri sendiri.

Negara Malaysia agak boleh dipuji kerana tidak mengambil langkah seperti setengah negara-negara di dunia yang melakukan halangan-halangan kepada calon-calon untuk mengambil bahagian dalam PRU. Antara langkah yang digunakan untuk menggagalkan calon lawan ialah dengan tidak membenarkan mereka menjadi calon. Pernah berlaku di Iran  pada tahun 204, di Cuba,, Tunisia dan di Thailand juga. Di Malaysia keadaan sedemikian tidak berlaku. Syukur…

Namun begitu aku cuba tinjau keadaan yang berlaku di Zimbabwe berkaitan dengan tindakan pihak berwajib dalam menangani kempen pembangkang.
Martin Meredith dalam bukunya. “Mugabe: Power, Plunder and the Struggle for Zimbabwe” ada menulis,
“ In Zimbabwe, armed riot police violenly disrupted political rallies in February 2007, firing tear gas at opposition supporters and arresting more than 70 of them in the cities of Harrare and Bulawayo before imposing a three- month ban on all political rallies and demonstrations in Harrare, the capital…”

Macam lebih kurang sama pula keadaan yang wujud di Zimbabwe dengan keadaan yang berlaku di Malaysia. Aku tak kata serupa. Aku kata lebih kurang sama. Maknanya kita dah nak dekat sama lah tu dengan Zimbabwe. Namun begitu untuk ‘memujuk’ hati kita untuk meyakinkan bahawa keadaan di negara kita belum lagi sampai ke tahap di Zimbabwe, aku perturunkan satu lagi petikan yang boleh menjelaskan keadaan itu.

“ In Zimbabwe…..( 2008) the government has let loose youth militia and ‘ war veterans” to beat, torture and rape opposition figures, and the police have used excessive force, sometimes lethal, to break up opposition demonstrations.” berdasarkan buku Martin Meredith in “Mugabe: Power, Plunder and the Struggle for Zimbabwe”

Kesimpulannya, berdasarkan keadaan-keadaan yang berlaku di Zimbabwe dan dibandingkan dengan keadaan yang berlaku di negara kita itu semacam lebih kurang sama. Jadi timbul pertanyaan di kepala aku, siapa ikut siapa.

Malaysia tiru Zimbabwe ke atau Zimbabwe yang tiru Malaysia.


30 April 2013

BACA ARTIKEL INI JUGA

1 comment:

  1. Org Spr ni tak takut kat Allah taala. Tunggulah balasan Drp Allah taala. Depa ingat depa tak mati kot. Boleh buat apa saja. Insaflah wahai org spr. Buatlah kebaikan dan berlaku adil lah. Rakyat dah tak bodoh lagi. Jangan anggap rakyat ini haiwan ternakan. Insaflah sebelum kamu diinsafkan di dalam kubur. Baru kamu memohon kpd Allah taala untuk kembali ke dunia utk buat kebajikan.

    ReplyDelete