Dakwat kekal: PAS
minta penjelasan SPR
IPOH: PAS menggesa
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat
tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat
undian awal pada hari ini.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.
Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.
“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.
“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.
Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.
Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.
“Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini,” jelas beliau lagi.

Dakwat kekal hilang, dapatkan bantuan peguam
KUALA LUMPUR: Menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal
itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun, kata Pengarah
Perundangan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Zulqarnain Lukman.
Oleh itu, katanya petugas parti
khususnya Paca (polling agent dan counting agent) yang bertugas jika mendapati
kejadian itu berlaku di tempat para pengundi dipersilakan membuat laporan polis
segera.
“Tuan/puan bolehlah mendapatkan
bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam
mendrafkan laporan polis,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagai respons kepada
pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera hari ini.
Katanya, laporan polis yang dibuat
itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat
di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.
Beliau juga menerima laporan dari peguam
yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk
menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka
meninggalkan bilik mengundi.
Justeru, ujarnya sila ambil
perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi
biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei
nanti.
Oleh itu, jelas beliau amalan
menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi
undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi.
“Peguam kami di Sabah telah membuat
bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai
nama itu telah dikoyakkan.
“Masalahnya, kami difahamkan bahawa
amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada
peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh
negara,” ujarnya lagi.
Justeru, beliau memohon agar para
petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat
bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera.
Jika SPR enggan, ujarnya maka suatu
laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah
dibuat.
“Sila berhubung dengan peguam di
parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut,” katanya.
Anggota tentera dakwa tidak dapat kertas undi pos
JELI: Seramai 40 anggota tentera dari Kem Batalion Satu Rejimen
Sempadan di Batu 11, Tanah Merah mendakwa mereka tidak diberi kertas undi pos.
Naib Yang Dipertua PAS Jeli, Sufely
Abdul Razak berkata, anggota-anggota tentera terbabit memberitahu kepada
petugas PAS mereka tidak diberi kertas undi biar pun disenarai sebagai pengundi
pos.
Katanya, berdasar kepada semakan
didapati nama-nama anggota tersebut memang ada pada senarai pengundi pos.
“Isunya sekarang di mana kertas undi
pos milik anggota tentera terbabit. Mungkinkah ada pihak lain mengundi bagi
pihak anggota berkenaan?
“Ini kerana kertas undi pos tidak
sampai ke tangan mereka. Ini sesuatu yang serius. Kami telah mengemukakan
bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
“Dakwaan manipulasi undi pos yang
duar-uarkan sebelum ini memang wujud. Dan apa yang berlaku hari ini semakin
jelas,” katanya di sini.
Menurutnya juga anggota tentera
terbabit hari ini memasuki tempat pengundian awal di kem Batu 11 untuk membuang
undi, sedangkan nama mereka tersenarai sebagai pengundi pos.
Kata Sufely sekiranya anggota
tentera berkenaan dibenarkan mengundi awal pula, bermakna wujud dua undi bagi
satu pemilih.
“Ini kerana undi pos milik mereka
sudah dikeluarkan cuma tidak sampai kepada pemilik nama. Ini sesuatu yang cukup
serius,” katanya.
Berkata benar, jangan fitnah. Berapa banyak peruntukan kerajaan/duit rakyat utk layan kerenah PR berkaitan isu dakwat ni. Plss stop nonsense. Saya jadi muak dengan PR
ReplyDelete