Thursday, December 23, 2010

MENGIMBAU SEMANGAT 46

Oleh Raja Petra Kamaruddin -
Diterbitkan Oleh :Lidah Pengarang Seruan Keadilan
Pada 26.12.2003


Sejak mula-mula bersekutu dulu, PAS tidak pernah berjaya menikmati hubungan yang selesa dengan parti serpihan UMNO, Semangat 46. PAS menganggap Semangat 46 sebagai satu lagi UMNO, walaupun ia merupakan klon daripada parti yang dikatakan tulen. Perasaan demikian telah diperkukuh oleh sikap Semangat 46 yang mahu menghidupkan “perjuangan asal UMNO” apalagi dengan usahanya mahu mendaftar parti sebagai ‘UMNO Malaysia’. Hanya selepas nama itu ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan barulah nama Semangat 46 dikemukakan. Apa pun Semangat 46 telah mempamerkan gelagat apa yang disebut oleh orang Melayu sebagai ‘gila-talak’.


PAS dan Semangat 46 telah merasmikan gandingannya sejurus selesai Pilihan Raya Umum 1990 dengan satu pakatan bergelar Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang berjaya menawan Kelantan. Namun, sejak itu juga keretakan dalam perhubungan mereka mula menyerlahkan rupa. Malahan utama Semangat 46 ialah: ia merupakan parti orang-orang bekas UMNO. Keadaan semakin menyulitkan kerana para anggota dan pemimpin Semangat 46 tidak mampu melupakan budaya Umno dan membawanya bersama untuk menghayati Semangat 46.


Semangat 46 telah menjelajah negara dengan dakwaan bahawa ialah UMNO sebenar dan UMNO Baru (tajaan Mahathir) merupakan satu ‘salinan cetak rompak’. Sebab parti itu diberi nama Semangat 46, kata pemimpinnya, adalah kerana mereka mahu menyuntik semula semangat 1946 dulu semasa UMNO mula-mula ditubuhkan. Para pemimpin parti itu mendakwa bahawa perjuangan itu adalah untuk menghidupkan semula UMNO lama dan menepis keluar pewaris palsu takhta yang bergelar Umno Baru(B).


Semangat 46 memiliki satu rakan baru, PAS tetapi ia terus bercakap mengenai rakan lamanya UMNO. Samalah dengan kisah seorang lelaki yang mengahwini isteri baru tetapi kerap menyebut nama isteri lamanya. Sehinggakan menyebut nama jandanya dulu pada ketika dia merasakan kemuncak kenikmatan dengan isteri yang baru. Saya percaya PAS merasa terhina seperti mana setiap isteri yang terdengar si suami masih menyebut-nyebut nama isteri lamanya. Semangat 46 tidak memerlukan masa yang lama untuk menceraikan isteri barunya dan merujuk kepada yang lama, walaupun sebelum itu ia telah mengutuk UMNO baru sebagai parti yang palsu dan bersumpah tidak akan rujuk semula walaupun mati hidup semula.


PAS sudah menjadi kekasih yang ditinggalkan dan episod yang sungguh pahit itu mungkin memakan masa satu generasi lamanya untuk dilupakan. Pahit maung dengan Semangat 46 bukanlah merupakan pengalaman pertama untuk PAS. Hampir 20 tahun sebelum itu, PAS pernah menganggotai Barisan Nasional (BN) dan pernah merasa keperitannya apabila dipermainkan. UMNO telah mengajak PAS menyertai BN hanya untuk melumpuhkannya sejurus ia menganggotai kerajaan. PAS mengambil masa yang lama untuk bangkit semula daripada keaiban itu, tetapi kini, bukan sahaja ia sudah menjadi segar semula, tetapi ia berada di puncak kuasa, lebih ke hadapan daripada UMNO dalam peperangan memenangi hati dan minda pengundi Melayu.


Sejak itu PAS tidak menoleh ke belakang lagi. Kemaraan parti itu ibarat usaha mendaki bukit walaupun puncak bukit itu belum dicapai lagi. Selepas Kelantan, PAS berjaya merangkul Terengganu. Ia hampir berjaya menyauk Kedah dan mungkin memerlukan satu ataupun dua pilihan raya umum lagi untuk merangkul Kedah dan mungkin juga Perlis. Siapa sangka kalau muncul formula yang mapan, PAS berkemungkinan berjaya mencengkam pengaruh dengan jayanya di Selangor dan Pahang pula.


Kini PAS tidak lagi mengongsi kuasa dengan Semangat 46 yang sudah lama mati dan dikuburkan. Tempat itu sudah digantikan oleh Parti Keadilan Nasional. Namun, yang menjadi teka-teki kepada PAS sekarang ialah kalau Semangat 46 dulu merupakan jelmaan UMNO, apakah Keadilan merupakan jelmaan Semangat 46? Semangat 46 sudah nyata diserang penyakit gila talak. Keadilan terpaksa membuat kepastian yang ia tidak dijangkiti penyakit yang sama.


Apa juga yang dituturkan dan dilakukan oleh Keadilan harus mengambil kira perkara ini. PAS tidak mampu melangkah maju lagi tanpa bantuan Keadilan. Ini merupakan hakikat yang amat difahami oleh PAS dan memang tidak payah untuk mengakuinya. Namun, PAS masih selesa dengan keadaannya sekarang ini kalaupun ia tidak dapat ma
ju lebih ke hadapan lagi. Perkara yang sama tidak boleh diandaikan oleh Keadilan. Keadilan harus sedar apakah hakikat yang sebenar sebelum ia membuat pilihan silap dan melangkah ke tanah jerlus yang mungkin menambat kaki untuk terus maju ke depan.


KOMEN :



Kini, Keadilan (juga adalah parti serpihan UMNO) telah bertukar menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah bercantum dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM). PAS sekali lagi mencuba nasib bergabung dengan PKR dan DAP membentuk pakatan politik dikenali sebagai Pakatan Rakyat.


Pakatan sebegini amat penting bagi membentuk satu platform ‘penyatuan’ gerakerja bagi menentang kerakusan UMNO/BN yang terlalu
lama memegang kuasa memerintah.Pembangkang tidak boleh bersendirian dalam menghadapi kekuatan UMNO/BN. Ia perlu berpakat, bersefahaman dan berkerjasama untuk menyelamatkan Malaysia yang dikuasai oleh ‘golongan IBLIS’ yang telah pun berjaya memusnahkan system pentadbiran Negara ini.


Di tangan Pakatanlah nasib rakyat akan terbela dari belenggu penjajahan bentuk baru yang dilaksanakan oleh UMNO. Peperangan menentang penjajahan baru yang dibawa oleh UMNO ini amat payah dan mempunyai berbagai rintangan dan cabaran, berbanding peperangan menentang penjajahan British dulu. Ia memerlukan sokongan daripada seluruh rakyat yang mahukan perubahan, dari system pemerintahan bercurak dictator kepada satu system pemerintahan yang lebih terbuka. Mengambilkira kepentingan rakyat dalam merangka dasar pembangunan Negara, bukan lebih kepada mengira laba dan keuntungan kepada kroni, seperti pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang akan memberi kesan negative terhadap penduduk Melayu di Kamp
ung Baru untuk 20 tahun akan datang.


Penggunaan duit PNB dalam pembinaan bangunan tersebut adalah satu pengkianatan terhadap rakyat dalam Negara ini kerana masih ramai rakyat berada dalam lingkungan garis kemiskinan di luar bandar terutama di Sabah dan Serawak. Para pemimpinya kaya raya, tetapi rakyatnya papa kedana. Contoh paling tepat ialah kekayaan yang melimpah ruah yang dimiliki oleh keluarga Taib Mahmod, Ketua Menteri Serawak.
Perubahan ini terletak di tangan rakyat. Rakyat yang berhak menentukan segala-galanya.


"UMNO TIADA, KEDAULATAN TERTEGAK"

No comments:

Post a Comment