Saturday, December 18, 2010

SURAT TERBUKA UNTUK ABDULLAH : SENARAI LAPORAN PENYALAHGUNAAN KUASA

Oleh : Tun Telanai (15 Disember 2003)


(Catatan Penulis : Artikel ini amat menarik dan telah disiarkan hampir semua media internet seperti Laman Marhaen, Tranungkite.net,Black14.net dan Harakahdaily net.(disiarkan semula dilaman saya 19.1.2004. Dan, kini diulang tayang untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa dakwaan rasuah terhadap Khir Toyo adalah sandiwara UMNO menjelang PRU ke-13 dan PR Kecil DUN Tenang. Berbakul tuduhan rasuah bersama-sama bukti terhadap para pemimpin UMNO dibakulsampahkan pihak polis, BPR (kini SPRM) dan pejabat Peguam Negara.)

Ikuti surat saya ini :


Kepada ;

YAB DATO SERI HJ ABDULLAH HJ AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Dato Seri' ;

SENARAI LAPORAN PENYALAH GUNAAN KUASA

Merujuk kepada beberapa siri kenyataan YAB Dato Seri di media arus perdana sejak kebelakangan ini, nampaknya YAB Dato Seri sedang cuba memperlihatkan kesungguhan untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan adil. YAB Dato Seri juga menegaskan untuk mewujudkan sebuah kerajaan sedemikian semua rakyat perlu bekerja bersama YAB Dato Seri dan semua terutamanya kakitangan awam perlu jujur dan melaporkan apa jua kepincangan yang berlaku.

Namun di sini kami wargakerja http://www.black14.net dengan ikhlas dan jujur ingin mengingatkan kembali YAB Dato Seri berkenaan beberapa laporan penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang telah begitu banyak dibuat tetapi sebelum ini laporan - laporan tersebut kelihatan hanya di tong sampahkan. Kami menuntut untuk YAB Dato Seri untuk sama - sama bekerja bersama rakyat untuk mengembalikan keadilan di negara ini.

Untuk perhatian YAB Dato Seri bahawa laman ini menyertai kempen 100 hari PM ke 5 iaitu satu kempen yang menuntut YAB Dato Seri secara serius melakukan perubahan dan memperbaiki sistem yang telah teruk dirosakkan oleh regim sebelum ini. Jesteru itu kami ingin bertindak adil iaitu jika ada perkembangan atau tindakkan YAB Dato Seri yang rasanya perlu diketahui oleh kami atau pembaca - pembaca kami, emailkanlah maklumat tersebut kepada kami. Kami bersedia mengeluarkan kenyataan dari Pejabat YAB Dato' Seri.

Laporan yang disenaraikan ini hanyalah beberapa laporan beberapa kes yang dibuat laporan polis dan BPR,yang sempat dirakamkan dari beratus-ratus laporan yang lain. Dan apa yang saya rasa lebih menarik perhatian saya ialah terdapat juga kes yang melibatkan nama anggota keluarga YAB Dato Seri sendiri.


Kes-kes yang dilaporan adalah seperti berikut:

Laporan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim pada 9.7.1999 [Jumaat] di Balai Polis Tun H.S Lee berkaitan kenduri saham oleh Rafidah Aziz yang ketika itu, beliau (Rafidah) sebagai Pengerusi Pembahagian Saham Bumiputra di MITI. Pendedahan kes ini mengakibatkan Ezam Mohd. Noor meringkuk dalam penjara.

Laporan polis juga dibuat oleh Anwar Ibrahim pada 19.7.1997 [Isnin] di balai polis yang sama berhubung dengan skandal PERWAJA. Secara terperinci, kes ini boleh dilihat dalam sebuah buku yang diterbitkan oleh Saudara Baharudin Ismail. Dalam buku ini terkandung dokumen-dokumen penting dan maklumat berharga bagaimana skandal ini boleh berlaku.

Laporan Anwar juga di Balai Polis yang sama pada 30.7.1999 [Jumaat] berhubung dengan Tun Daim Zainuddin menerima RM600 juta daripada Tajudin Ramli, Halim Saad dan Wan Azmi.

Laporan Anwar juga berhubung perlakuan rasuah Rahim TC di Balai Polis [BP] yang sama pada 20.8.1999 [Jumaat].

Laporan Anwar juga pada 12.11.1999 di BP yang sama berhubung dengan skandal Projek Empangan Bakun yang melibatkan anak-anak KM Sarawak, anak bekas PM ke-4 dan proksi orang-orang politik tertentu.

Laporan Anwar juga di Balai Polis Tun H.S. Lee Jalan Stadium pada 12.11.1999 [Jumaat] berhubung dengan akuan bersumpah Dato’ Shafei Yahya, bekas KP BPR yang mana Mahathir menghalang BPR mensiasat dan menutup kes bekas KP Unit Perancang Ekonomi, JPM Dato’ Ali Abdul Hassan Sulaiman [yang kemudiannya dilantik sebagai Gabenor Bank Negara].

Kes ini dibuat laporan polis di seluruh Negara :

i. Mahfoz Omar buat laporan di Balai Polis Jalan Stadium, Alor Setar pada 15.6.2000.
ii. Tian Chua, Dr.Sanusi Osman dan Dr. Zulkifli Ahmad buat laporan di BP Dang Wangi pada pukul 3.51 petang pada 25.6.2000 dengan 310 tandatangan.
iii. Roslan Kassim di BP Seremban dengan 177 penyokong pada 7.7.2000.
iv. Saifudin Nasution di buat BP Jitra.

[Kes ini sama dengan kes tuduhan Anwar menghalang tugas polis dalam kes penyiasatan terhadap beliau yang membabitkan Umi Hamifida dan Azizan Abu Bakar]

Laporan polis oleh Ezam Mohd. Noor berhubung Penswastaan Rumah Masak Tentera kepada Syarikat Desatera Sdn, Berhad kepunyaan Kamaluddin Abdullah.

Laporan polis oleh Jawatankuasa DAP mengenai JE FUND yang mengumpul sumbangan RM16 juta dan pembagiannya tidak mengikut peraturan dan orang yang tidak berhak, tetap menerima habuan masing-masing.

Laporan polis oleh Lim Kiat Siang pada 13.6.1997 berhubung kekayan melampau yang dimiliki oleh anak Dr. Ling Leong Sik, Ling Hee Leong. Kes mahkamah Dr. Ling vs Soh Chee Wen [bekas pemimpin MCA Selangor dan rakan perniagaan anak dan isteri Ling Leong Sik belum berakhir, tetapi beliau telah meletakkan jawatan Menteri dan Presiden MCA. Bagaimana kedudukan kes ini sekarang?

Kes kerugian dan salahurus MAS dan pembelian balik oleh kerajaan telah dibuat laporan polis pada 27.1.2001 di BP KLIA oleh Ezam Mohd. Noor, Mahfuz Omar dan Faisal Sanusi bersama-sama dengan 1,336 tandatangan.

ii. Roslan Kassim dan Ibrahim pada 17.2.2001 di BP Seremban.

iii. Nga Kor Miang melaporkan di BPR Ipoh, pegawai yang menerimanya ialah Abu Kasim Mohamad.

Laporan kes rasuah terhadap Dr. Khir Toyo, Menteri Besar Selangaor dibuat secara detail dan dilakukan penyelidikan secara teliti kepada BPR, di Putrajaya oleh Ahmad Lutfi Othman pada 23.10.2001. Sekali lagi pada 8.11.2003 setelah sumber dari BPR Putrajaya menyatakan lapaoran Lutfi pada 23.10.2001 hanyalah sebagai maklumat bukan aduan rasmi [ berlainan pula dengan kes di Terangganu, BPR bertindak pantas walaupun ia hanya dibekalkan dengan makluman bukan aduan rasmi]. Sekali lagi pada 9.11.2001 di BPR Shah Alam kepada Penguasa Azni Yahya. Aduan tambahan pada hari Selasa 4.12.2003 jam 10.30 pagi berkaitan pembelian tapak banglo di lot no.14 jalan 2/1 G. Lagi laporan dibuat laporan polis dan BPR pada bulan mei 2002 terhadap salahurus pembelian kereta rasmi MB dan exco yang tidak mengikut peraturan.

Menteri Pembanguan Luar Bandar, Dato’ Azmi Khalid buat laporan polis dan BPR pada 21.11.2001 penyelewengan peruntukan PPRT sebanyak RM40 Juta. Projek penetasan ayam di Gading Galoh, Kok Lanas RM20 juta. Projek ternakan ikan hiasan dan tanaman orkid di bukit Sireh, Kuala Krai RM15 juta, projek ayam telor di Gading, Galoh RM5.69 Juta dan pilihanraya 1999.
Laporan polis untuk menyiasat bangunan yang didirikan dengan mengunakan duit kerajaan di atas tanah lot 1431 mukim Bukit Kampung Chengal Daerah Kadak atas nama Annuar bin Musa no.kp; 4978615.

Laporan polis atas penyelewengan wang ihsan pada 19.12.2001 oleh Abd.manaf Ahmad dari Kg Peris Ajil [mewakili 20 orang yang berhak] di BP Kuala Brang.

Laporan polis oleh Fauzi Abdul Rahman terhadap Khalili Yaakob pada 28.3.2001 penyelewengan balak dan politik wang.

Penyusunan semula TimeDotCom dan disenarai di BSKL, sahamnya tidak dilanggani menyebabkan ia mengalami kerugian. Penanggung utama tidak mahu menanggung kerugian tersebut [seperti yang dijanjian], kerajaan terpaksa masuk campur dengan mengunakan duit KWSP, KWAP dan Dana Harta bagi membeli saham yang tidak dilanggani itu. Perkara ini dilaporakan oleh akhbar The Sun pada 12.3.2001. Berasaskan laporan The Sun, Lim Kiat Siang membuat laporan polis untuk menyiasat penyusunan semula itu di BP Tun H.S Lee, Jalan Stadium. Ini bersamaan dengan kes Ezam Mohd. Noor yang mana pada 14.3.2001, Mingguan Malaysia melaporkan yang Ezam akan megerakkan rakyat seluruh Negara untuk mengadakan demontrasi. Laporan ini digunakan oleh Zulkifli Alwi [agen pemuda UMNO] dan Yusri pemberita yang terlibat dalam melaporkan berita itu terus membuat laporan polis dan Ezam ditangkap pada malam Raya Haji dan disoalsiat serta didakwa di bawah akta hasutan di mahkamah.

Laporan polis dan BPR mengenai sekumpulan pegawai atasan PUNB yang memasarkan bon bernilai 19.0 Billion [USD5 Billion] di pasaran kewangan London, siapa yang terlibat?

Laporan polis dan BPR oleh Lim Jak Wong [ADUN Bachang], Sim Tong Him [ADUN Bandar Hilir] dan Goh Liong San [ADUN Tenggara] pada 12.5.2001 mengenai 157 tuntutan T&T yang bernilai RM168,099.00. Ini bukan tugas rasmi, sebaliknya tugas parti berkempen di Lunas 1,500 KM 4 hari berturut dan urusan peribadi seperti meraikan bakal-bakal haji dan menghadiri majlis perkahwinan yang dilakukan oleh 18 orang BN termasuk Ali Rustam KM Melaka.

Laporan polis dan BPR oleh Mazlan Aliman dan Exco Pemuda PAS Johor terhadap Ketua Pegawai Eksekutif, Zainal Abidin Osman yang juga merupakan ADUN Endau berhubung salah-urus kewangan KPYPJ pada 6.8.2002 di BP Central JB.

YAB Dato Seri, begitulah sedikit sebanyak yang boleh saya senaraikan perlakuan rasuah dan menyalahgunaan kuasa yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan BN tetapi tidak disiasat. Jadi masalah rasuah ini akan terus merebak sebagai api dalam sekam akan merosakkan sistem pentadbiran.

YAB Dato Seri, perlu menyelesaikan segera kes - kes tersebut kerana rakyat melihat laungan YAB Dato Seri, untuk membasmi rasuah dan menyalahgunaan kuasa hanyalah sekadar penyedap telinga mendengarnya. Atau janganlah BPR atau agensi penguatkuasa hanya digunakan untuk menjinakkan musuh politik YAB Dato Seri sahaja.

Semua institusi di Malaysia kini sudah hilang kredibiliti dan kebebasan. Keadilan sukar untuk ditegakkan kerana semua institusi seperti kehakiman, Jabatan Peguam Negara, polis, BPR dan SPR telah menjadi 'barua' UMNO. Barua di sini bermaksud seperti maksud kamus DBP ialah seseorang yang menjalankan tugas atau kerja bagi pihak orang lain. Bila disuruh sahaja orang itu terus melakukannya tanpa memikirkan baik-buruk tugas yang diberikan itu. Boleh juga dikatakan sebagai tali barut. Di sebelah utara bahasa barua bermaksud hamba.

Akhir sekali kami ingin memperingatkan YAB Dato Seri supaya bertindaklah segera jangan hanya beretorik semata - mata. Jangan malu untuk mengangkat keadilan di persadanya walaupun terpaksa menelan pahitnya. Jika tersilap jangan takut minta maaf, jika bersalah redha dengan hukumannya.

Kami berbangga mendapat Perdana Menteri berketurunan ulama' tapi jangan malukan nama baik keturuan YAB Dato Seri sendiri.

Sekian dan terima kasih.

No comments:

Post a Comment