Thursday, December 23, 2010

MENGINGATI ZAHID HAMIDI SEBAGAI SEORANG PENGKHINAT

Oleh Tun Paduka Tuan


Itu, (orang yang ketika bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berada di puncak kekuasaan dan kegemilangan sangat gembira bila digelarkan sebagai satu kiblah dengannya), Ahmad Zahid Hamidi telah mencipta istilah “politik sate”, sambil merujuk perbalahan di dalam Umno hari ini di mana katanya ada tukang cincang daging, tukang cucuk daging kemudian tukang kipas – nyalakan api.


Menurut Zahid (yang kemudiannya menafikan yang beliau satu kabilah dengan Anwar dan mengakui bahawa Anwar yang menyucuknya), menimbulkan istilah itu ketika merasmikan mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Kuala Kubu Baharu kelmarin. Menurut Zahid, budaya itulah (budaya sate) yang memecah belahkan perpaduan Umno hari ini.


Betapa nampak idealis sekali Timbalan Menteri Penerangan itu. Seolah beliau begitu bersih dan sangat jujur di dalam politik. Biasanya orang yang memberi nasihat dan pandangan selalunya dia bersih dan jujur tidak terlibat dengan politik jatuh menjatuh. Tetapi begitukah dengan diri politik Zahid?


Kita akui akan kata-kata bekas Ketua Pemuda Umno yang berundur dengan cara tidak bermaruah itu. (Zahid berundur dan melepaskan jawatan Ketua Pemuda kerana didesak atau pun kerana silap membuat perhitungan politik).


Politik sate seperti mana katanya itu tidak patut berlaku dalam mana-mana organisasi orang Melayu yang sangat memerlukan kepada kekuatan dan perpaduan. Kuasa politik sesuatu bangsa itu akan hancur lebur bila tidak ada perpaduan. Perpecahan perpaduan itu pula berlaku disebabkan adanya tukang-tukang sate itu, yang berketurunan Raja Mendaliar dan juga Datuk Patih Karma Wijaya.


Bagaimanapun dalam hal ini, kita ingin tanya kepada si Zahid itu. Sebelum beliau bercakap atau membuat analogi itu, apakah beliau sedar di manakah bermulanya budaya itu. Atau siapakah di antara orang yang memulakannya, sekurang-kurang di era reformasi yang meletus pada tahun 1998 dahulu?


Zahid barangkali melupai apa yang beliau sendiri telah lakukan. Mungkin kerana termimpi nak menjadi menteri di era Najib kelak maka beliau terlupa di atas apa yang berlaku ke atas dirinya. Ataupun beliau kini terdesak untuk membersihkan reputasi politiknya sendiri?


Sebenarnya, tiga sifat kumpulan bejat yang Zahid sebut itu semuanya terhimpun ke atas dirinya. Tukang cincang, tukang cucuk dan tukang kipas semuanya bertompok di atas dirinya. Zahid nampaknya benar-benar bercakap berdasarkan pengalaman dan jalan dilaluinya sendiri.


Ingat di era reformasi siapa yang menjadi tukang cincang Pemuda Umno hingga terbelah dua? Jawabnya Zahid. Beliaulah yang mencincangkan pemuda Umno menjadi dua kumpulan. Satu yang menyokong beliau dan satu yang setia dengan kumpulan menyokong bapa Marina.


(Sebenarnya kerja Zahid mencincang Pemuda Umno ketika Pemuda Umno di bawah pimpinan si pemakan budak sekolah lagi! Selepas mencincang dan menyucuk serta mengipas Pemuda Umno itulah beliau muncul menjadi Ketua Pemuda selepas menang dalam pertandingan tiga penjuru, lawan Isa Politik Wang dan pemilik Mercedes WCE 1).


Jadi siapa pula tukang menyucuk? Beliaulah menjadi tukang menyucuk. Beberapa kerat Pemuda yang bergabung di bawah Yayasan Gerak Bakti pimpinannya, mereka itu termasuklah, Johari Abdul, Zahid Mat Arif, Hanafiah Man, Ruslan Kassim, Hamdan Taha dan ramai lagi. Orang-orang ini semua dicucuk dan dicucuk oleh Zahid agar mengutuk bapa Marina ketika itu. Apa lagi bagaikan orang gila anak-anak muda bertajak tumpul dan bersayap rebeh ini mengutuk bapa Marina dan kononnya ada yang bersumpah akan sanggup mati tanpa kubur demi perjuangan reformasi. Porahhh...


Dan selepas dicincang dan dicucuk, siapa yang menjadi tukang kipasnya? Jawabnya sekali lagi Zahid Hamidilah yang jadi tukang kipasnya. Kipasnya sangat besar ketika itu. Kononnya kalau Anwar Ibrahim menang dan menjadi PM, semua mereka (anak buahnya itu) akan ditempatkan pada kedudukan yang istimewa, setidak-tidak kerani ataupun opis boy!


Itu sejarah dan semua orang ingat. Zahid dan isterinya, Datin Hamidah Khamis juga ingat segala peristiwa ini. Tetapi apa yang berlaku kemudian, lepas cincang, lepas cucuk dan kipas, Zahid yang tidak ada batu peler (maaf terkasar sikit!) (tidak... memang wajar pun perkataan itu digunakan!) itu tinggalkan sate itu terpanggang di atas bara api perjuangan sampai hangit. Setengah mereka terus menjadi hangit dan ada yang tidak terbakar menjadi arang dan debu.


Di antara mereka yang terbakar ialah Johari Abdul sementara yang lagi semuanya hangus menjadi debu-debu termasuk Ruslan Kassim, Zahid Mat Arif, Hamdan Taha dan Hanafiah Man dan lain-lain. Mereka hangus dan menjadi debu daki bersama Zahid. Hari ini semua debu-debu itu bersimpuh di hadapan Zahid Hamidi bersekongkol dengan penyokong bekas bapa Marina, anak Razak Hussein.


Jadi, sebelum membuat istilah itu atau nak menjadi pendeta di dalam Umno Zahid kena suluh dan belek diri sendiri. Ambil tempurung kencing dan lihat diri sendiri di dalam bayangan tempurung itu. Kalau kita berparut, kurap dan kerapu janganlah hendak menasihat atau pun berpesan kepada orang lain. Ertinya kalau kita ada penyakit kurap jangan sesekali cuba hendak menjual ubat kurap. Cara Zahid menasihat pemecah-belah di dalam Umno tak ubah seperti lanun menasihati penyamun!


Walaupun niat Zahid hendak menebuskan dosa-dosanya kerana melarikan diri dari perjuangan reformasi, tetapi sejarah dan parut masa lalu tidak akan mudah hilang begitu saja. Ia tetap terpampang di mana-mana tubuh bekas Ketua Pemuda Umno itu.


Zahid perlu ingat sejarah dan parut itu juga akan menjadi phobia kepadanya. Apa yang pernah dilalui, ditinggalkan dan dikhianati Zahid orang akan mengenangnya sampai ke bila-bila pun. Dan sejarah itulah juga yang menyebabkan orang akan terkedu dan sakit hati apabila mengenang karenah hipokrasi Zahid Hamidi.


Sahsiah yang kelihatan baik, mempunyai PR yang kelas satu atau pun pandai membaca hadith tidak akan mudah untuk mengambusi segala kejahatan dan juga dosa-dosa lampau. Segala sejarah hitam itu tidak mudah untuk dipadamkan dengan membuat istilah ataupun slogan muluk-muluk untuk mempamerkan diri kita bersih. Sebab, sebab orang sudah mengenali apa yang pernah kita lakukan. Bahawa Zahid pernah berak di tengah jalan! – Reformasi.


Sumber :
http://marhaen.kelatedaily.net/mar_a_tunpaduka125.html
Pada : 4.9.2006

No comments:

Post a Comment