Lim Hong Siang
Merdeka Review
"Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, tak ada orang tak kata. Satu dunia kata. Yang tak kata Utusan Melayu. Yang tak kata Berita Harian. Yang tak kata TV3. Yang tak kata TV1. Yang tak kata TV2. Tapi satu dunia kata pimpinan UMNO Barisan Nasional, zaman berzaman, adalah pimpinan yang paling korup!"
Bacaan seterus di sini
"Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, tak ada orang tak kata. Satu dunia kata. Yang tak kata Utusan Melayu. Yang tak kata Berita Harian. Yang tak kata TV3. Yang tak kata TV1. Yang tak kata TV2. Tapi satu dunia kata pimpinan UMNO Barisan Nasional, zaman berzaman, adalah pimpinan yang paling korup!"
Bacaan seterus di sini
Saya fakir Hassan Ali ini buat satu kesilapan paling besar. Salah buat tafsiran. Pemimpin terbaik di dunia dan akhlak terpuji lebih daripada malaikat ialah para pemimpin UMNOlah. Mana ada para pemimpin UMNO kaki songlap. Kaki rasuah. Kaki botol dan kaki betina. Saya hendak bagi tahu Hassan Ali, semua pemimpin UMNO kecil-besar, tua-muda, pangkat tinggi atau rendah, tidak pernah melakukan sebarang dosa apatah lagi hendak songlap duit rakyat. Mereka jadikan harta negara, harta rakyat. Mereka semua berebut-rebut membahagikan khazanah negara kepada rakyat. Rakyat Malaysia semua kaya-kaya belaka, tetapi sayangnya, para pemimpin UMNO hidup susah. Rumah buruk. Rumah rakyat mewah.
Mereka membahagikan harta dan kekayaan Negara mengikut nisbah 1 pemimpin, 9 rakyat [1:9]. Oh.. moleknya pemerintahan UMNO selama 52 tahun ini. Nama-nama mashyor seperti Rafidah Aziz, kenduri saham dan AP bukan rasuah itu beri kepada rakyat bukan kepada menantunya. Mohamad bin Mohd Taib larikan duit sebanyak RM2.4 juta ke Australia, duit dia sendiri bukan duit rakyat. Semua orang tahu Mohamad keturunan bangsawan dan kaya-raya sebab itu dia nikah dengan Ku Yah di Siam kerana menghormati Almarhum Sultan Selangor.
Khalili Yaakob, Gabenor Melaka, ambil balak, jual balak untuk rakyat, bukan untuk kepentingan dia. Abdul Rahim Tamby Chik orangnya waraq, pandai-pandai parti-parti pembangkang tuduh dia rasuah dan kaki betina. Silap itu, sebab itulah Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang sekarang ini masuk penjara. Nazri A.Aziz beri 6,000 lesen teksi kepada individu, bukan kepada syarikat. Tenguklah semua pemandu teksi di Negara ini milik mereka sendiri. Bukan mereka sewa kepada syarikat atau individu tertentu.
Sebut pasal Khir Toyo, tidak payah cakaplah. Orangnya alim. Bibirnya senantiasa basah dengan zikir ayat-ayat Allah. Orang macam ini takut kepada Allah, lagi pun dia kaya raya sebelum jadi MB. Buka klinik gigi sendiri. Bapanya orang kaya. Pendek kata semua nama besar dalam kepemimpinan UMNO adalah bebas sebarang salah laku, apatah lagi untuk songlap duit rakyat untuk kepentingan diri. Semua para pemimpin UMNO yang dituduh rasuah, semua dibebaskan oleh Ghani Pataail seperti Johari Baharom, Osu Sukam dan ramai lagilah yang tidak ada kes untuk didakwa. Musa Hassan pun tidak siasat, sebab mereka ini baik-baik belaka.
Yang jahat, kaki songlap, perasuah, kaki pembohong putar alam, tipu sana, tipu sini, salah guna kuasa dan kedudukan dan berbagai yang perkara buruk itu datangnya dari para pemimpin Pakatan Rakyat, hatta Nik Aziz Nik Mat dan Haji Abdul Hadi Awang [semasa jadi MB dulu], Lim Lit Siang terlibat dengan rasuah [kaki botol atau kaki betina tidak tahulah pula]. Oleh sebab itulah satu sahaja laporan dibuat terhadap para pemimpin Pakatan, oii bukan main lagi SPRM dan polis turun siasat sampai mati. Cari kesalahan sampai ke lubang cacing, tetapi berpuluh lori, bertan-tan kertas laporan polis dan SPRM yang dibuat oleh Pakatan kepada para pemimpin UMNO tidak disiasat.
Oh lupa hendak bagi tahu bahawa semua yang menjadi pemimpin UMNO itu, Allah datangkankan khas dari langit untuk memimpin kita semua. Allah akan memastikan mereka semua dalam keadaan bersih, tidak melakukan dosa kecil dan besar. Mereka hampir-hampir maksum serupa dengan para Nabi dan Rasul-rasul jua. Mereka akan masuk syurga dahulu dan di padang masyar nanti para pengikut dan yang memangkah UMNO bolehlah ramai-ramai datang mohon syafaat.
Akhir kata :
“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTER”
”SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO LAKNATULLAH”
semua party serupe je..ade kaki songlap.gelap mata tgk duit juta2! jgn nk kata org tu org nih....
ReplyDeleteTelanai,
ReplyDeletesamalah kita Tun. Kat Kelantan, wakil rakyat, exco2, pengarah2 syarikat milik kerajaan semakin kaya. Berebut rebut projek kerajaan. Bukan saja perojek kerajaan negeri, projek Federal pun pakat berebut gak sebab imbuhannya, atau harga kontrak tinggi.
Aku tengok rumah masing bukan setakat bangalo, tapi istana. Tapi yang sakit mata di sekeliling istana2 rumah rumah usang rakyat Kelantan. Jadi macam mana kita tak sama erk? Rakyat susah tetap susah, nak harap duit royalti? makin buncitlah perut perut exco2, YB etc. Selagi dinamakan manusia selagi itu penuh dengan nafsu serakah. Makin besar serban makin kuat nafsunya.
Pembuka blog saudara ni, dihias dan dimulai dengan surah Al Quran, surah Ibrahim! untuk apa tu Telanai weh? Nak tunjuk Telanai ni warak? Tapi kalau warak, content blog telanai ni tak menjurus ke arah itu. Fitnah, "hearsay", megumpat etc. Jadi nasihat saya wahai Telanai, usahlah gunakan Al Quran untuk kepentingan politik kotor. berdosa tau!