Wednesday, March 10, 2010

POPULARITI NAJIB MENJUNAM - TV3

Dipetik Daripada : Blog Malaysia Waves


Kita berasa amat bersyukur ke hadrati Ilahi kerana seorang PM Malaysia yang baru memegang kuasa tidak sampai satu tahun sudah tidak popular di kaca mata rakyat yang dipimpinnya. Kita juga turut bersyukur kepada Allah swt dengan tidak popularnya PM, maka secara tidak langsung populariti UMNO yang gah dengan slogan ‘juara rakyat’ turut terjejas. Kita berharap slogan tersebut akan tinggal slogan sahaja. Biar rakyat yang akan menilainya. UMNO telah pun menghampiri hari senjanya.


1 Mei ini usia UMNO semakin tua. UMNO akan mencapai usia ke-64 tahun. Dalam usia itu, UMNO sudah tidak dapat berlari sekuat dulu lagi. Usia tua melemahkan segala urat saraf. UMNO tidak berupaya untuk bergerak cergas seperti ketika usianya masih muda re
maja. Walaupun begitu, UMNO masih lagi bernasib baik. Ia ada tongkat untuk berpaut. Tongkat UMNO ialah institusi Raja-raja Melayu, PDRM, SPRM, SPR, system kehakiman yang tempang dan jentera-jentera kerajaan. UMNO terus bergantung kepada institusi-institusi ini untuk melengah-lengahkan ia ditalqinkan. UMNO juga serupa dengan mahklok-mahklok ciptaan Allah lainnya. UMNO bersifat baharu. Setiap yang baharu akan tetap menemui ajalnya. Ia tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah swt sahaja.


Berapa banyak kerajaan-keraj
aan [bermaksud parti juga] terdahulu dihapuskan oleh Allah kerana sifat tamak haloba meraut kekayaan negara sepuas hati, rakus dengan kuasa, zalim dan penindas rakyat, rasuah, pecah amanah dan menjadikan kuasa sebagai alat untuk kepentingan peribadi, bukan untuk kepentingan rakyat dan negara. GOLKAR,di Indonesia pimpinan Suharto, jatuh. LDP di Jepun turut tumbang. Marcos dan Shah Iran juga ditumbangkan oleh rakyat dengan izin daripada Allah. Parti Baat pimpinan Saddam Hussein juga turut dimusnahkan oleh Allah. Sekarang kita perlu bersabar menunggu detik-detik kehancuran UMNO. Tanda-tandanya mulai jelas kelihatan hanya masa dan Allah akan tentukan harinya.


Najib Tun Razak PM yang bermasalah. Mana ada PM di Malaysia yang perlantikan
nya dipertikaikan oleh rakyat. Rakyat telah menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong untuk menghalang Najib dilantik sebagai PM ke-6. Najib banyak tercalit dengan tuduh-tuduhan yang amat memalukan. Berbagai skandal melibatkan dirinya. Oleh kerana itulah, Najib menjadi PM yang tidak popular baik di dalam Negara mahu pun di luar negara.


TV3 mengakui hakikat ini. Sumber TV3 menyebut, hanya 270,000 orang menonton sahaja yang menonton wawancara Ahmad Talib dengan Najib pada 18 Januari lalu. Untuk bacaan seterusnya sila
disini.

"UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA"
"SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO "

No comments:

Post a Comment