Friday, March 12, 2010

PARA PEMIMPIN UMNO ‘THE GREAT OF DAJAL ‘

Tun Telanai


Sejarah seluruh Menteri Besar (Selangor), sejarah mereka dicatit dengan sejarah hitam, black history," katanya merujuk kepada 13 orang bekas MB Selangor BN sebelum Khalid Ibrahim menyandang jawatan tersebut selepas PRU ke-12. Beliau sempat mengusik Khir Toyo, dengan berkata, "...Menteri Besar UMNO BN akhir sebelum Khalid Ibrahim, rumah di Shah Alam, (bernilai) 24 juta."


Saya bersetuju sangat dengan kata-kata Hassan Ali itu. Mana ada pemimpin UMNO yang bersih. Pemimpin yang bersih tidak boleh hidup lama dalam UMNO. UMNO adalah tong najis. UMNO tong sampah sarap yang amat kotor lagi amat menjijikkan alam sekitar. Baunya busuk dan hanyir seluruh dunia, sepertimana kata Hassan lagi : "Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, tak ada orang tak kata. Satu dunia kata. Yang tak kata Utusan Melayu. Yang tak kata Berita Harian. Yang tak kata TV3. Yang tak kata TV1. Yang tak kata TV2. Tapi satu dunia kata pimpinan UMNO Barisan Nasional, zaman berzaman, adalah pimpinan yang paling korup!"


Petikan
ucapan Hassan Ali sempena sambutan ulang tahun ke-2 Pakatan Rakyat memerintah Selangor disiarkan oleh Merdeka Review. Ia amat sesuai untuk rakyat membuat penilaian terhadap para pemimpin UMNO yang diseliputi lumpur dan najis.


Hukumnya tentu berdosa mengadakan berkerjasama dengannya. UMNO seperti seekur kerbau yang membawa lumpur, semua akan terpalit dengan lumpur yang dibawanya itu. Semua menjadi kotor. Berkawan atau berkerjasama dengan UMNO dalam apa jua bentuk dan apa jua alasan, lebih-lebih lagi alasan yang sering kali diberi untuk mempertahankan kedaulatan Melayu dan Islam hanyalah sebagai satu strategi UMNO untuk terus berkuasa dengan memperalatan orang lain [PAS].


UMNO sebuah parti yang tidak boleh dibuat baik. Lebih baik berbuat baik atau berkawan dengan babi dan anjing daripada berbuat baik atau berkawan dengan UMNO. Menjalin hubungan atau berkerjasama dengan UMNO samalah hukumnya dengan orang yang melibatkan diri dalam industri arak dan judi. Semuanya turut terpalit dengan dosa. UMNO sebuah parti yang teramat zalim terhadap bangsa seagama dengannya dalam banyak sudut. Yahudi yang dikutuk oleh Allah dalam al-Quran tidak sejahat dan sezalim UMNO. Yahudi tidak menindas bangsanya, tetapi melakukan kezaliman terhadap bangsa lain.


Tindakan Nasharudin Mat Isa menghadiri pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata dalam majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang kemudiannya melancarkan buku tersebut merupakan satu tindakan kurang ajar dan biadap. Beliau telah membelakangkan keputusan jemaah, demi cintanya kepada UMNO. Tepatlah apa yang disuarakan oleh Musyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bahawa Nasharudin ini patut keluar dari PAS. Beliau adalah musang berbulu ayam. Lebih baik beliau masuk menjadi pemimpin UMNO sepertimana yang dilakukan oleh barua-barua pro dan agen UMNO yang keluar daripada Pakatan baru-baru ini.


Melayu-Islam dalam PAS amat berbeza dengan Melayu-Islam dalam UMNO. Melayu-Islam dalam PAS berpegang kepada al-Quran dan al-Hadith dan mengamalkan amal makrof nahi mungkar. Tidak dalam UMNO, al-Quran sekadar dipertandingkan, tidak mengamalkan apa yang al-Quran suruh.Tidak mungkin dan mustahil PAS akan bersatu dengan UMNO lakanatullah itu seperti yang diangan-angankan oleh
Fatini Yaacob penulis buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata. Pujian patut diberi kepada pemimpin PKR tidak menghadiri majlis pengampu [mendapatkan sedikit keuntungan perniagaan] demi menjaga maruah dan harga diri parti dan Pakatan, tidak seperti Nasharudin yang merendahkan martabat PAS dan ahli-ahlinya serta Pakatan.


Pemimpin adalah khalifah Allah di muka bumi ini. Pemimpin akan ditanya di akhirat kelak apa yang telah mereka lakukan terhadap agamanya, amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat yang dipimpinnya serta harta rakyat di mana dibelanjakan. Perkara ini tidak pernah dipedulikan oleh para pemimpin UMNO. Mereka berebut-rebut hendak menjadi pemimpin untuk mendapatkan kuasa. Dengan kuasa itu memudahkan mereka mencipta kemewahan duniawi. Mereka mengabaikan dan mempersia-siakan amanah yang diberikan oleh rakyat.


Seperti yang disebut oleh Hassan Ali, adalah didapati tidak ada seorang pun MB UMNO yang bersih. Semuanya terpalit dengan budaya amat buruk, perasuah, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan berluasa dalam elit politik UMNO. Mereka gunakan kuasa yang diamanahkan oleh Allah untuk memperkayakan sukat sakat masing-masing. Sebagai contoh Mohamad Muhd Taib pernah membawa keluar sejumlah wang seberat 19 kilogram dalam bentuk mata wang asing iaitu Singapura, Malaysia, New Zealand dan AS$75,000 bernilai A$1.26 juta atau RM2.8 juta. Beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane ketika beliau ingin menaiki sebuah pesawat di Australia pada 16 Disember 1996 untuk ke New Zealand.


Semasa perbicaraan di Mahkamah Daerah Brisbane, Australia beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau menggunakan nama isterinya Asbi Rohani Hasnan untuk membeli beberapa harta di Australia dan New Zealand. Ini termasuk tanah bernilai A$460,000 dan banglo yang juga bernilai A$460,000 di Sovereign Island, Gold Coast, ladang di Currajong kedua-duanya di Australia bernilai A$3.7 juta, rumah bernilai NZ$500,000 dan dua bidang tanah bernilai kira-kira NZ$4 juta di New Zealand.


Itu adalah secebis kisah di belakang tabir kemewahan yang dinikmati oleh sebahagian besar para pemimpim UMNO yang menggunakan kuasa yang yang ada untuk memunggah kekayaan negara [rakyat] untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni. Macam mana pula dengan Khir Toyo? Khir Toyo kelihatan lebih hebat daripada Mat Taib, tetapi malang bagi rakyat Malaysia. Harta mereka dirompak macam lanun, tetapi perompak dibebaskan. Bertan dan berlori-lori kertas laporan kepada polis dan SPRM terhadap Khir Toyo dibuat sertakan dengan bukti-bukti sekali. Tetapi agensi yang menjadi barua UMNO ini tidak pernah disiasat. Berbeza dengan pemimpin Pakatan, hanya denagn satu laporan yang dibuat oleh pihak UMNO. Meluru SPRM dan polis menyiasat pemimpin Pakatan sehingga mati.


Kesimpulannya, lebih baik menjalinkan hubungan dengan babi dan anjing, daripada mengadakan hubungan dengan UMNO. Babi dan anjing lebih mulia daripada akhlak dan peribadi yang dimiliki oleh para pemimpin UMNO.


Oleh itu :


“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”
“HAPUSKAN UMNO TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

No comments:

Post a Comment