Wednesday, October 31, 2007

UMNO LETIH SAJA, PETRONAS BERI DUIT KEPADA PAS?

Oleh : Mohd Sayuti Omar
[http://malaysia-today.net/blog2006/sayuti.php]
Dibawa Khas Oleh : Tun Telanai

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Seronok dan menaruk membaca tulisan saudara Mohd Sayuti Omar yang disiarkan oleh Malaysia today.net berhubung dengan majlis pelancaran Ecer. Ada 3 perkara yang menarik perhatian saya yang turut disentuh oleh MSO dalam tulisannya ini. Pertama, majlis tersebut menjdi ‘hari ini dalam sejarah’ dalam kehidupan YAB Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan. Nik Aziz telah 17 memerintah Kelantan, inilah kali pertama beliau dijemput dan diberi peluang berucap di hadapan Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO [di zaman Tun Dr.Mahathir, beliau sekali-sekala dijemput dan hadir duduk bersebelahan dengan Mahathir dan tidak dibenarkan berucap] dan juga dihadapan para pemimpin UMNO Kelantan. Ucapan beliau menaikan kemarahan para pemimpin tersebut.

Kedua, majlis ini dianjurkan oleh Petronas bukan melalui UMNO Kelantan [JPP akan diarahkan melaksanakannya memakan belanjaan jutaan ringgit] yang biasanya menganjurkan berbagai program, tetapi pada kali ini JPM telah mengarahkan Petronas yang menganjurkannya dan perlu melibatkan kerajaan negeri Kelantan. Ini kerana pada pandangan saya, setiap kali UMNO menganjurkan program yang melibatkan PM, tidak ada sambutan. Pada kali ini rakyat Kelantan turun beramai-ramai merai Abdullah dan Nik Aziz kerana Petronas tidak melibatkan kepentingan politik. Petronas hanya nampak kepentingan pembangunan bukan kepentingan politik sempit seperti yang selalu diamalkan oleh UMNO.

Ketiga, majlis ini tidak disangka-sangka memberi impak yang besar ke atas perkembangan politik PAS khususnya di Kelantan. Ini menambah keyakinan rakyat Kelantan untuk mengegalkan PAS memerintah selepas PRU ke-12 nanti. Ini yang menimbulkan kemarahan UMNO Kelantan kepada Petronas,tetapi mereka tidak boleh apa-apa kerana ini adalah arahan yang keluarkan oleh JPM.

Tahniah PAS Kelantan
-------------------------------------------------------------------------------------
Baca tulisan MSO seterusnya
MAJLIS Perlancaran Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) merangkumi negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Mersing sudah selesai dengan jaya dan sempurnanya. Majlis itu menjadi sejarah terutamanya di Kota Bharu kerana ia menampilkan dua pemimpin dari parti berbeza, Abdullah Ahmad Badawi selaku PM dan Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan.
Seperti mana diakui Nik Aziz itulah kali pertama beliau diajak untuk duduk dalam majlis rasmi dan diberi peluang berucap selama 17 tahun menjadi MB dan mentadbir Kelantan. Mungkin beliau tidak akan melupainya dan sekaligus menolak tanggapan buruk ke atas Abdullah selama ini yang kurang menghormatinya berbanding Dr Mahathir Mohamad.


Tiada apa yang tidak sempurna pada majlis berkenaan, melainkan seperti yang dicatat sebelum ini berhubung ucapan Nik Aziz yang dianggap kurang manis. Lainnya berjalan dengan lancar. Kira-kira lebih 20,000 yang hadir (3/4 adalah orang Pas) berpuas hati. Rakyat Kelantan bangga dan gembira apabila MB mereka diberi peluang berucap di pentas sama dengan Perdana Menteri walaupun ucapan Nik Aziz tidak disiarkan secara langsung. Pendeknya semua bersurai dan pulang dengan senyum lebar, mulut hingga sampai ke pipi. Setidak-tidak terbetik dalam hati mereka 'selepas ini Kelantan akan maju' dan mereka mengakui janji Abdullah selama ini bahawa beliau adalah PM untuk semua negeri dan tidak akan menyisihkan Kelantan. Begitulah persepsi dan tanggapan rakyat bawahan. Sepasang suami isteri berusia 60 tahun ketika berjalan pulang berbisik sesama sendiri, apakah Nik Aziz dah berbaik dengan Dollah Badawi?


Boleh berangan


Sama ada pelan itu akan mencapai sasaran sukar untuk dibayangkan kerana mengambil masa 12 tahun. Jika mengikut pandangan pengkritik yang dengki kepada Abdullah dan sentiasa prejudis, mereka melihat pelan itu hanya sekadar pelan sahaja sedangkan wangnya tidak ada! Namun yang jelasnya rakyat Kelantan kini boleh berangan-angan dengan projek itu sama dengan negeri-negeri lain yang juga mendapat pelan sedemikian.


Rasa puashati juga nampaknya timbul di kalangan pemimpin Pas. Bagi Pas majlis itu adalah majlis mereka. Apabila Petronas yang menjadi arkiteknya memberi kuasa dan kepercayaan untuk mengatur dan mengundang jemputan kepada kerajaan Kelantan.


Terutamanya Tok Guru merasakan mereka kali ini dihormatinya dan kejadian itu adalah takdir Allah kepada Pas Kelantan di atas kesabarannya selama ini.Timbul juga rasa pelik atas apa yang berlaku itu. Apakah kepercayaan Petronas itu kerana mereka bimbang kalau majlis itu diserahkan kepada Umno dari segi jemputan dan undangan majlis itu tidak akan semeriah itu? Kemungkinan ini ada kebenaran apabila kehadiran Abdullah ke Kelantan tidak lama dulu kurang mendapat sambutan.


Jadi bagi mengelakkan majlis itu muram dan kurang mendapat sambutan serta tidak mengecewakan Perdana Menteri setiap kali menjejak kaki ke Kelantan, Petronas bijak menyerahkan kepada Kerajaan Kelantan untuk mengundang orang ramai dan membelakangnya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan juga Umno Kelantan.


Dan ternyata tugas kerajaan Kelantan dan Pas itu tidak sia-sia apabila jumlah yang hadir kelmarin adalah jumlah teramai pernah berlaku dalam majlis melibatkan Abdullah di Kelantan. Seluruh pegawai Kerajaan dan Exco juga hadir.
Bagaimanapun bak kata pepatah, pahat tetap akan berbunyi kandatipun rumah sudah siap. Seperti dalam kenduri ada-ada saja orang yang tidak berpuashati mengatakan dia tidak dapat itu dan tidak dapat ini. Begitu juga dengan majlis semalam terdengar di telinga saya bahawa apa yang berlaku semalam kurang disenangi oleh pihak Umno.


Umno Kelantan dikatakan merasa terhina dan marah dengan perjalanan majlis dan menganggap ianya telah memberi political mileage percuma kepada Pas Kelantan.


Menjadi kenyataan


Umno Kelantan kesal dengan apa yang berlaku dan menganggapnya tidak sepatutnya berlaku. Perkara yang berlaku itu juga khabarnya telah dibimbangi awal-awal lagi yang mana majlis itu akan mendapat political mileage kepada Pas, telah menjadi kenyataan.


Kononnya nasihat dan pandangan sudah diberi supaya jangan membabitkan kerajaan Kelantan terlibat begitu jauh. Sewaktu perbincangan dengan pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sudah ada pihak yang tidak senang dengan tindakan Petronas melibatkan Kerajaan Kelantan itu dan mendesak agar Umno yang menguruskannya.


Bagaimanapun desakan itu tidak dipedulikan oleh Petronas kerana Petronas telah mendapat arahan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) agar Kerajaan Kelantan dibabitkan sama. Sememangnya arahan JPM itu rasional kerana pelan itu melibatkan Kerajaan Kelantan secara langsung.


Khabarnya apa yang menjadi kemarahan dan timbul rasa terkilan Umno apabila MB telah mengambil kesempatan menyinis sebegitu rupa para pemimpin Umno terdahulu di hadapan Prersiden parti mereka, Abdullah. Dan ada orang Umno menyifatkan majlis pelancaran semalam juga telah merugikan Umno. Umno hanya 'letih saja' (buang tenaga percuma) sementara yang untungnya Pas. Petronas pula turut sama dikecam kerana telah menghabiskan wang berjuta-juta ringgit untuk memberi imej kepada Pas Kelantan dalam saat parti itu sudah mulai diperkatakan ekoran tindak-tanduk beberapa kerat pemimpinnya.


Mendengar jeritan pahat ini timbul juga kemusykilan. Kenapa mereka harus mempersoalkan tindakan Petronas itu? Kalau mereka mendapat arahana dari JPM, bermakna arahan itu adalah atas kehendak PM sendiri. Dan kalau PM sudah berkehendak begitu usahlah pertikai dan terima sahajalah dengan hati terbuka. Lagipun selama ini Umno Kelantan termasuk Annuar Musa sendiri sering melaungkan yang beliau bersedia bekerjasama demi masa depan rakyat Kelantan.


Apa yang penting sekarang ialah buktikan.


Dinasihatkan, untuk menyedapkan hati atas ketidaksempurnaan itu, bagi Umno anggaplah apa yang berlaku itu sudah ditakdirkan demikian atau pun tersalah teknik kerana terlalu sangat ingin bermain politik.


UMNO…..UMNO…..apa dah jadi


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian.Wassalam.

Monday, October 29, 2007

50 TAHUN MERDEKA: BALA ALLAH MULAI MENIMPA PDRM?-SIRI AKHIR

Oleh: Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,



Saya telah menulis tiga siri mengenai isu kebejatan dan kebobrokan Pasukan Polis DiRaja Malaysia [PDRM].

Siri pertama [http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_tun_telanai013.html], saya membangkitkan persoalan, bagaimana sebuah institusi PDRM yang telah mencapai usia 200 tahun [dua abad] pada bulan Mac lalu, namun tindak-tanduk PDRM semakin hari semakin jauh kebelakang.

PDRM nampaknya menuju kembali ke zaman batu, iaitu zaman yang tidak bertamadun yang bertuhankan alam. Ketika itu, siapa kuat, dialah yang berkuasa dan mengamalkan undang-undang rimba [jungle law]. Tidak ada sesiapa yang berani bangkit bersuara menentang ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak yang mempunyai kuasa dan kekuatan ketika itu.


Dalam tulisan saya itu, saya nyatakan PDRM tidak menjalankan tugasnya secara professional. PDRM menjalankan tugasnya secara bias dan mengdiskriminasikan pihak lain. Pada umumnya, kita lihat peranan utama PDRM ialah menjaga survival UMNO. Ini boleh dibuktikan melalui tingak-laku PDRM. PDRM tidak pernah menganggu, menyekat, menghalang, menyeroboh, menangkap, menumbuk, menyepak, memukul, melepaskan gas pemedih mata dan menembak peluru hidup, malah PDRM membantu, mengalak dan menyokong segala aktiviti-aktiviti atau majlis-majlis yang dianjurkan oleh parti UMNO [ bukan majlis rasmi kerajaan].


Berbeza layanan yang diterima oleh parti-parti pembangkang khususnya parti PAS dan PKR. Parti-parti pembangkang teruk dikerjakan oleh PDRM yang motonya “Cepat, Mesra dan Betul” yang bangun bangkit membela rakyat marhaen [bukan untuk kepentingan peribadi seperti amalan biasa para pemimpin UMNO yang rasuah di sana-sini-dulu, kini dan selama-lamanya] dalam berbagai isu seperti menentang kenaikan harga minyak, tol, kadar tariff elektrik, air, barangan dan perkhidmatan.


Semuanya ini adalah untuk rakyat [termasuk para anggota polis sendiri]. Lihat peranan PDRM dalam setiap kali pilihanraya umum atau kecil yang pernah diadakan. Contohnya pilihanraya kecil di Indera Kayangan, Sanggang, Kuala Berang, di Permatang Pasir dan pada tahun ini di Batu Talam, Macap dan paling hebat di Ijok. Kita boleh merumuskan bahawa tugas dan peranan PDRM hanyalah untuk berkhidmat kepada UMNO.


Peranan dan tanggungjawab PDRM telah menyempang jauh daripada Perlembagaan Negara. PDRM sepatutnya menjadi payung untuk rakyat bertumpang teduh untuk mencari sekelumit keadilan dalam suasana UMNO gilakan kuasa, kerakusan para pemimpinya merembat peluang-peluang ekonomi dan khazanah rakyat, menimbunkan kekayaan peribadi dengan meminggirkan kebajikan rakyat [datang setahun sekali ketika hendak sambut raya aidil fitri], kekejaman serta kezaliman yang dilakukan oleh UMNO berterusan tanpa ada halangan. Apakah warna biru tua yang menjadi lambang Barisan Nasional [BN] yang menghiasai setiap bangunan yang menempatkan PDRM membawa erti PDRM adalah milik mutlak UMNO?


Siri kedua [
http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_tun_telanai014.html] pula saya menelanjangkan kejahatan PDRM khususnya Special Branch [SB] yang berperangai lebih teruk dan ganas seperti IBLIS laknatullah yang melakukan kezaliman sesama insan yang tidak berdosa [melainkan bangit menentang UMNO yang zalim dan kejam melalui perlaksanaan dasar-dasar dan peraturan yang tidak mendatangkan faedah kepada sebahagian besar rakyat, malah rakyat menjadi lebih sengsara hasil perlaksanaan dasar-dasar tersebut].Sifat kebinatangan dan keIBLISan ini didedahkan oleh bekas mangsa salah-tahan di bawah ISA Abdul Malik Hussin.


Siri ketiga [
http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_tun_telanai015.html] , saya menceritakan pula sifat dungu dan banggang sebahagian para angota PDRM. Sebahagian daripada mereka ini berperangai lebih UMNO daripada UMNO. Setiap kali ada arahan yang dikeluarkan oleh para pemimpin untuk menghalang aktiviti-aktiviti pembangkang khususnya PAS, maka mereka cepat-cepat bertindak melampaui batas-batas sebagai seorang insan yang mempunyai aqal dan hargai diri seperti peristewa ‘Sunday Bloody’ dan peristewa hitam Pantai Batu Buruk. Tidak boleh ada langsung bendera, banner, sticker, risalah, surat khabar untuk didedahkan kepada rakyat melainkan ianya mesti datang daripada UMNO. Kalau tidak ia akan dimusnahkan. Kadang-kadang terfikir juga di kepala saya : Adakah orang-orang yang menganggotai PDRM keluaran sekolah Hundry Gurney atau pun para anggotanya terdiri daripada robot atau mesin yang boleh disetkan?


Dalam siri terakhir ini, saya cuba menjawab beberapa persoalan : Adakah PDRM kita bertindak menegakkan keadilan kepada semua pihak dan menjunjung Perlembagaan Negara atau pun mereka bertindak mengikut telunjuk arahan pemimpin UMNO?


Seiring dengan sambutan dua abad penubuhan PDRM, satu laporan telah diterbitkan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia [PDRM] untuk tatapan umum. Suruhanjaya ini adalah lantikan kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu baru sahaja mengambilalih kuasa daripada Tun Dr.Mahathir Mohamad. Tujuan dibentuknya suruhanjaya ini kononnya untuk memperbaiki imej PDRM yang kelihatan amat buruk dan jelak di bawah pentadbiran lama. Namun, laporan yang diterbitkan itu sangat memalukan imej pasukan polis Malaysia [yang sebelum ini tidak diketahui oleh rakyat] yang menyebut bahawa penguatkuasa undang-undang negara ini merupakan jabatan kerajaan yang paling korup dan bersalah atas “berleluasa dan pencabulan hak asasi yang konsisten.”


Suruhanjaya berkenaan mengemukakan 125 saranan kepada kerajaan. Diantaranya ia menyeru diwujudkan sebuah badan pemantau yang bebas bagi menyiasat dakwaan pencabulan yang dilakukan oleh pasukan polis. Suruhanjaya berkenaan juga meminta : Pertama, disiasat kematian semasa dalam tahanan polis. Perkara ini menimbulkan kebimbangan kepada kumpulan hak asasi manusia. Laporan itu menyebut terdapat seramai 80 orang telah mati dalam tahanan antara 2001 dan 2004, tetapi siasatan hanya dibuat ke atas enam kes sahaja, bagaimana pula terhadap 74 kes yang lain? Kedua, mengenai cadangan untuk menghapuskan amalan rasuah di kalangan anggota polis dan ketiga, PDRM perlu meningkatkan pematuhan kepada hak asasi manusia seperti yang diperuntukkan undang-undang Negara.


Walau bagaimana pun saranan tersebut ditentang oleh institusi kepolisan di negara ini dengan alasan bahawa [pendapat penulis] mereka tidak perlu dipantau oleh rakyat kerana mereka berpendapat selama ini mereka melaksanakan penguatkuasaan undang-undang mengikut Perlembagaan dan peraturan yang ditetapkan, malah mereka mempunyai pertanggungjawaban yang besar terhadap keamanan dan ketenteraman awam terutama dalam menjaga survival UMNO [bukan untuk rakyat dan negara]. Lagi pun hanya segolongan kecil para anggotanya yang terlibat dalam kegiatan rasuah, menyalahgunaan kuasa dan lain-lain gejala negatif yang dipandang jejek oleh rakyat turut dilakukan dan amalkan [sudah dibudayakan oleh UMNO] oleh kelompok lainnya terutamanya dikalangan ahli politik khususnya para pemimpin UMNO. Imej pasukan polis 2 x 5 dan 5 x 2 dengan sikap dan tingkahlaku para politikus UMNO dan BN. Jadi, pihak polis tidak ambil berat terhadap saranan-saranan tersebut kerana ‘kita serupa’.


Penentangan ini diterima baik oleh kerajaan Abdullah dan Abdullah secara langsung telah menepikan saranan yang dibuat oleh Suruhanjaya tersebut yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong dan dengan Abdullah sendiri sebagai penasihatnya. Hakikat sebenarnya ialah Abdullah amat takut berhadapan dengan pasukan polis yang selama ini menjadi benteng pertahanan bagi sebuah kerajaan yang korup dan kepimpinan beliau sendiri yang lemah [asyik tidur, tidur, tidur, tidur] dalam berbagai sektor urusan mentadbir negara ini. Pasukan polislah yang menjadi harapan UMNO dulu, kini dan selama-lamanya menjadi ‘batu penghalang’ yang mempunyai berbagai sumber kekuatan yang mematikan serangan pihak pembangkang dan mengekalkan UMNO terus berkuasa. PDRM tahu mengenai kelemahan UMNO ini, maka PDRM menggunakan strategi mengugut dan mengancam kerajaan pimpinan Abdullah, sekiranya saranan Suruhanjaya itu terutama dalam penubuhan Pemantau yang akan membuat pemantauan terhadap sebarang tindak-tanduk pasukan polis, maka mereka tidak lagi memberi sokongan [mereka akan bertindak adil dan tidak bias mengikut Perlembagaan dan undang-undang] kepada UMNO dalam pilihanraya umum ke-12 nanti.


UMNO tahu, tanpa sokongan [dalam pelbagai bentuk] daripada pasukan polis, UMNO bakal menghadapi masalah besar ketika berhadapan dengan pihak pembangkang [PAS dan PKR]. Oleh itu, Abdullah membiarkan sahaja saranan itu tinggal saranan dalam sebuah dokumen yang tebal, tidak dilaksanakannya. Dalam mendiamkan diri selama ini bermakna Abdullah telah membentuk satu kerjasama yang erat dengan pasukan polis. Kerjasama timbal-balik ini bererti Abdullah [UMNO] amat perlu perkhidmatan pasukan polis dan pasukan polis juga perlu mendapat perlindungan daripada UMNO untuk meneruskan gaya hidup yang levish. Mereka saling perlu- memerlukan di antara satu sama lain.


Abdullah [baca : UMNO] memerlukan pasukan polis bagi menutup segala ruang [saluran maklumat] yang ada bagi menghalang rakyat mengetahui maklumat yang sebenar mengenai UMNO dan para pimpinannya serta menghalang kebangkitan rakyat menentang kerajaan UMNO yang korup dan pasukan polis pula perlu mendapat hak keistemewaan bagi meneruskan kegiatan ‘mengganas’ membelasah rakyat Melayu-Islam sewenang-wenangnya [bukan Melayu tidak terlibat dalam agenda ini kerana golongan ini mempunyai kuasa politik yang besar-rujuk kes isu babi di Bukit Bruang, Melaka dan juga rujuk kes babi Kampung Nipah, Negeri Sembilan] dan mereka bebas [pegawai bawahan dikecualikan] melakukan amalan rasuah seperti yang didakwa oleh mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar tanpa diambil sebarang tindakan [rujuk kes Musa Hassan, anak Bakri Omar dan beberapa orang pegawai kanan polis yang rasuah yang disebut dalam laporan Suruhanjaya berkenaan]. Untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai tingkah-laku pasukan polis kita, sila rujuk link-link yang disediakan di bawah ini:


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/8/12/focus/18562367&sec=focus
http://n32.blogspot.com/130807
http://malaysia-today.net/blog2006/letters.php?itemid=7261
http://malaysia-today.net/blog2006/guests.php?itemid=7819http://www.parti-pas.org/modules.php?name=News&file=article&sid=319


Amat malang buat rakyat Malaysia kerana PDRM sendiri tidak faham atau buat-buat tidak faham kerana dipengaruhi oleh kepentingan politik pimpinan atasan UMNO, disamping untuk menjaga kepentingan peribadi [kenaikan pangkat dan mencari kekayaan peribadi] tidak mematuhi Perlembagaan dan undang-undang [rujuk kes keputusan mahkamah di Johor dan kes Mohamad Sabu di Negeri Sembilan mengadakan aktiviti dalam primis sendiri]. Pasukan polis perlu patuh dan memberi perlindungan terhadap hak asasi manusia. Mematuhi undang-undang, membuang budaya bebas daripada hukuman yang berleluasa dalam PDRM, mengancam untuk menyiasat dan mendakwa pengadu membuat laporan palsu. serta mengiktiraf, mencegah dan mengawasi pencabulan terhadap hak asasi manusia dan undang-undang termaktub dalam sistem kepolisan adalah cabaran utama pihak pasukan polis sekiranya mereka mahu institusi kepolisan negara ini dipandang mulia dan dihormati.


Sebelum tercetusnya peristewa hitam di Pantai Batu Buruk, Kuala Terangganu pada 8 September lepas, para penyokong dan ahli-ahli parti pembangkang khususnya PAS tidak pernah bertindak balas terhadap ‘keganasan’ yang dilakukan oleh pihak polis. Pihak polis bertindak melampaui sempadan sebagai seorang insan. Para penyokong pembangkang datang menghadiri ceramah untuk mendengar pandangan kedua [pandangan pertama dari sudut pandangan kerajaan selalu benar mereka dengar 24 jam melalui saluran hubungan udara, bumi dan lautan-sudah muak] daripada pihak pembangkang pula tanpa membawa sebarang senjata, yang mereka bawa hanyalah ‘pistol asli dengan dua butir peluru hidup yang tergantung dicelah kangkang’ yang hanya digunakan ketika tidur bersama dengan isteri. Salahkah mendengar pandangan kedua ini dalam negara yang diwar-warkan sebagai negara demokrasi?


Tahap keganasan polis sudah sampai ke tahap yang melampau. Kesabaran sesiapa pun sebagai manusia biasa, pasti ada hadnya. Selama ini para penyokong dan ahli PAS [PKR juga] dihalau, dikejar, dipukul, ditendang, disepak dan diterajang bagaikan seekur anjing kurap yang tidak ada nilai di mata pasukan polis yang jelas dan terang dipengaruhi dan diarah oleh pemimpin UMNO yang korup. Pihak polis tidak perlu atau mencari helah atau membuat penafian tentang perkara ini. Kami tidak perlu lampu untuk menyuluh di malam hari, apatah lagi di hari siang, sudah tentu ianya terang benderang. Politik baling batu, sembunyi tangan bukan asing bagi rakyat Malaysia. Ianya adalah mainan para pemimpin UMNO yang takut pada bayang-bayangnya sendiri. Begitu juga mengkambinghitamkan pihak lain juga adalah budaya politik baru yang dibawa oleh UMNO bagi menutup keburukan dan kejahatan yang mereka lakukan terhadap rakyat dan negara ini. Mereka semuanya haprak. Mereka bukan lagi menjadi platform untuk membela agama, bangsa dan negara.


Para pemimpin UMNO yang korup ini merasakan bahawa mereka boleh menipu semua orang dalam waktu yang sama. Kepercayaan itu tidak benar, ada kalanya penipuan yang berterusan itu boleh menghempap ke atas kepala sendiri. Di zaman NAZI di bawah pengarauh Adoft Hitler dahulu, Menteri Propagandanya bernama Joseph Geobbles pun tidak boleh menipu semua rakyatnya. Terdapat segolongan rakyat yang prihatin bangkit menentang Hitler secara senyap-senyap dan mendapat sokongan daripada pihak Berikat [Baca buku : Hitler’s War-Germany’s Key Strategic Decisions 1940-1945 oleh Heinz Mangenheimer].


Begitu juga di Malaysia, masih ramai lagi rakyat di luar sana yang boleh berfikir dan lebih cerdik daripada para barua-barua UMNO yang terkurung di IPTA-IPTA di seluruh negara. Mereka ini [para pemimpin di IPTA] boleh juga diumpamakan sebagai sekumpulan ‘anjing-anjing’ yang senantiasa berkelaparan yang selalu menjelirkan lidah, menjilat dan menganggat ekur untuk membodek tuannya untuk mendapatkan sesuap nasi. Mari kita sama-sama berdoa mudah-mudahan manusia jenis ini mendapat latnat daripada Allah s.w.t dihari akhirat kelak kerana kedudukan dan kuasa yang ada pada mereka adalah kurniaan Allah tidak digunakan ke jalan yang haq dan benar, tetapi digunakan untuk menegakkan sebuah kerajaan yang zalim dan korup.


Keganasan pihak polis tidak setakat mengejar, menyepak-terajang, memukul dan melepaskan gas pemedih mata terhadap ahli, penyokong dan pimpinan bawahan, malah kepemimpinan atasan PAS juga turut menjadi mangsanya. Allahmarhom Dato’ Fadzil Mohd.Noor, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Dato’ Abdul Aziz Nik Mat turut juga merasainya [siri akan datang saya akan senaraikan perangai syaitan para anggota pasukan polis yang kita harapkan untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan kita semua].


Di Terangganu, khususnya selepas UMNO dapat menawan semula Terangganu melalui strategi pemindahan atau membawa pengundi luar [bukan rakyat Terangganu] untuk mengundi di Terangganu [seperti yang akan digunakan di Kelantan pada PRU ke-12 nanti dan di negeri-negeri lain yang pembangkang kuat], UMNO mengambil tindakan yang paling keras untuk menghalang sebarang maklumat disampaikan kepada rakyat melalui ceramah-ceramah PAS yang diadakan di seluruh Terangganu. Ceramah-ceramah dan aktiviti PAS sering diganggu dan diceroboh oleh pihak polis, walaupun diadakan diprimis sendiri. Sila ikuti kronologi sekatan polis terhadap majlis-majlis ceramah PAS pada tahun 2005 sebagai contoh:


23 Mac 2005 – Merobohkan 13 binaan rumah peserta RTB Belimbing Api, Jabi, Besut.
24 Mac 2005 – Bantahan dan penyerahan memorandum kepada Pentadbir Tanah Besut membantah tindakan tersebut.
18 Mei 2005 – Penyerahan memorandum kepada Pejabat Tanah Setiu membantah tindakan yang bakal diambil kepada Peserta RTB Pengkalan Merbau dan Padang Setar, Setiu.
19 Mei 2005 – Operasi meroboh rumah peserta RTB Pengkalan Merbau, Setiu di mana polis melepaskan gas pemedih mata terhadap peserta RTB.
26 Mei 2005 – Operasi meroboh rumah peserta RTB Bujal Kemaman termasuk sebuah masjid yang hampir siap dibina. Satu memorandum bantahan telah dihantar pada jam 8.00 pagi kepada Pejabat Tanah Kemaman sebelum operasi tersebut dijalankan.
30 Mei 2005 – Bantahan dan penyerahan memorandum kepada Ketua Polis Daerah Kemaman, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kemaman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman dan Pentadbir Tanah Kemaman.
19 Jun 2005 – Demontrasi dan penyerahan memorandum kepada Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman.
6.7.2005: Kronologi ringkas operasi khas meroboh masjid dan keganasan FRU di ceramah Mat Sabu


Jam 12 malam- FRU dan PGA (Pasukan Gerak Am) bertolak dari Kuala Terengganu menuju Kemaman. Lebihkurang 200 orang bersama anjing-anjing pengesan.


Jam 6 petang-2 jentolak dan 2 lori bersangkar memasuki Balai Polis Kijal.


Lebihkurang jam 7 petang- 15 buah lori Pejabat Daerah Dungun dan K. Terengganu, MDD dan MPKT memasuki Pupuk Semangat di Teluk Kalong, Kemaman.


7.7.2005: 3.00 pagi-FRU dan PGA memasuki Kg Bujal. Semua jalan menuju ke Bujal ditutup.


5.30 pagi-FRU dan PGA mengepung masjid dan menangkap 8 orang yang sedang bersolat.


8.30 pagi-Operasi pembersihan masjid dilakukan sehingga jam 4.30 petang.


6.00 petang-FRU dan 6 buah trak berada di tapak ceramah di Kampung Mak Cili, Kemaman.9.30 malam- Ceramah diteruskan.


10.20 malam-OCPD bersama FRU memasuki pekarangan pentas ceramah dan dikepung.10.35 malam-Gas pemedih mata ditembak sebanyak 10 buah. Selepas 20 orang ditangkap, operasi dihentikan.


7 Julai 2005–Operasi membersihkan sisa runtuhan Masjid Bujal, Kemaman. Pasukan polis telah menghantar bala-tenteranya menghalang orang ramai mempertahankan kesucian tempat masjid. Pada sebelah malamnya pula, ceramah anjuran PAS di Pasti Mak Chili diganggu pihak Polis dengan tembakan gas pemedih mata dan semburan air asid. 20 orang ditahan dan beberapa orang cedera.


12 Julai 2005 – Penyerahan memorandum kepada SUHAKAM diketuai oleh Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS di pejabat SUHAKAM, Kuala Lumpur dan pada malamnya di Kg. Gong Manok, Kuala Besut, pasukan polis bertindak menghalang ceramah daripada diteruskan walaupun telah ada perundingan sebelum itu.


13 Julai 2005-Pasukan polis telah bertindakan ganas mengarahkan majlis ceramah di Kampung Gong Manok, Kuala Besut dihentikan, walaupun PAS telah mengemukakan permohonan mengikut prosedur yang betul bagi menganjurkan ceramah tersebut, bahkan polis telah memberikan kerjasama yang amat baik. Pihak polis telah berkunjung ke tempat ceramah pada sebelah petang sebelum ceramah diadakan dengan meminta penganjur memastikan orang ramai berada dalam kawasan berpagar. Malangnya, pada jam 10.45 malam, sepasukan FRU dan beberapa anggota polis telah masuk dan mengarahkan supaya ceramah tersebut dihentikan dengan memberi tempoh selama lima minit kepada penganjur. PAS angkur dengan arahan tersebut dan bersurai.


6 Ogos 2005-Di Kg. Gong Kiat, Kuala Terengganu, pasukan polis sekali bertindak menghalang terus ceramah daripada diadakan.


7 Ogos 2005-Di Banggol Tok Jiring, Kuala Terengganu, pasukan polis dengan gaya kumpulan pengganas menghalang ceramah daripada diadakan.


8 Ogos 2005 – Ceramah PAS di Pengkalan Atap yang diadakan di dalam Surau Kampung Tanjung, Batu Rakit diserang oleh pihak Polis. 8 orang ditahan dan beberapa orang cedera. Salah seorang dari yang ditahan mengalami cederaan yang agak serius iaitu patah tulang betis kanan (right fibula) akibat dipukul dan dipijak oleh beberapa orang anggota FRU sebaik dia ditahan selepas ceramah.


11 Ogos 2005 (Banggol Katong, Kuala Terengganu) – ceramah yang dibuat dalam rumah persendirian turut dihalang. Ceramah dipindah ke Surau Pengadang Baru turut diganggu dengan menyekat laluan utama ke surau berkenaan.


12 Ogos 2005-Di Bukit Kubang Jambu dan Seberang Takir, Kuala Terengganu, pasukan polis semakin menjadi-jadi menganggu ceramah PAS. Ceramah di Seberang Takir dihalang daripada menggunakan pembesar.


Di Batu Rakit sebelum ini, polis telah menembak gas pemedih mata ke satu majlis yang hampir tamat tanpa memberikan sebarang amaran supaya berhenti akibat dari rasa tertipu kerana tersalah tempat ceramah PAS. Ceramah yang diberikan oleh Naib Presiden PAS di Kemaman juga berakhir dengan gas pemedih mata.


26 Ogos 2005-Keganasan dan ‘brutal’ pasukan polis telah sampai kemuncaknya apabila menyerang ceramah Israq dan Mikraj yang sempat diadakan selama 20 minit adalah anjuran Perhubungan PAS Negeri yang diadakan dalam Masjid Taqwa Batu 6, Kuala Terangganu. Pencerobohan secara biadap dan kurang ajar ini mengakibatkan berlaku kekecohan dan pertempuran antara pihak polis dan orang ramai yang marah dengan tindakan tersebut. 12 orang telah ditahan dan diremankan untuk siasatan lanjut. Dalam kejadian itu, pihak polis telah melepaskan kira-kira 20 gas pemedih mata termasuk ke dalam Masjid At Taqwa bagi menyuraikan orang ramai serta para pemimpin PAS dari masjid itu.


Antara yang terkena gas itu adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS, Dato' Harun Taib. Ceramah yang sepatutnya berjalan di Padang Bola Pekan Batu 6 telah dipindahkan ke dalam Masjid At Taqwa selepas polis mula mengacau majlis itu. Polis juga tidak membenarkan majlis itu diadakan di Masjid At-Taqwa dan menambak gas pemedih mata dan water canon (semburan air bercampur asid) sehingga beberapa orang telah pengsan. Seorang tua bernama Pak Ya, 58 tahun berasal daripada Kg Paloh Kuala Terangganu yang berada dalam masjid jatuh diatas lantai akibat gas FRU yang disedut kedalam paru paru.Beliau memang sudah mengindap lemah jantung sebelum ini. Akibat dari gas FRU itu , Pak Ya meninggal dunia pada 27.8.05.


Penulis skripnya adalah orang yang sama seperti apa yang digambarkan dalam media massa kawalan UMNO laknatullah terhadap peristewa 8 September lalu. Digembar-gemburkan hanya rakyat yang menjadi ahli dan penyokong parti PAS yang merusuh, membantah serta merosakkan bangunan UMNO di kawasan kuala Nerus dan merosakkan harta awam, tetapi Idris Jusoh dajal laknatullah ini terlupa untuk mengadakan upacara membakar bendera dan memanggil wartawan untuk merakamkan gambar upacara tersebut seperti yang terjadi di Pantai Butu Buruk.


Hasil munajat dan doa daripada orang-orang yang kena zalim, maka Ketua Operasi yang juga yang juga Ketua SB Terangganu, ACP Tun Majid Tun Abdul Rahim dan isteri nya Patimah Hassan, terkorban akibat kemalangan jalan raya di 102.6km Jalan Jerangau-Jabor pada 30 Ogos 2005, iaitu selepas tiga hari Haji Hadi kena sembor gas pemedih mata. Kita doakan kepada Allah s.w.t semoga roh sidajal ini dimasukkan ke dalam neraka jaham kerana sepanjang hidupnya adalah penyokong sebuah kerajaan yang zalim dan korup yang menentang perjuangan untuk menegakkan Islam sebagai ad-din dalam kehidupan umat manusia di bumi Allah ini.


Kesan daripada peristewa ini telah merintis jalan pertemuan dengan mantan Ketua Polis Negara, Bakri Omar dan pegawai-pegawai kanan polis lainnya. Hasil daripada pertemuan tersebut, ceramah-ceramah PAS di seluruh Negara perlu mengikut prosedur yang ditetapkan dan pihak polis tidak menganas lagi memburu ahli dan penyokong PAS seperti penjenayah besar. Keadaan kembali tenang dan PAS dapat meneruskan kegiatan ceramahnya di seluruh negara seperti biasa aman tanpa menimbulkan keadaan kacau-bilau sehinggalah meletusnya peristewa hitam 8 September lalu.


Hampir dua bulan peristewa ‘Black September 8’ di Pantai Batu Buruk, Kuala Terangganu. Kita amat perlu memberi perhatian serious kesan daripada peristewa tersebut. Kita perlu mengucapkan syabas dan tahniah di atas keberanian penduduk-penduduk di Terangganu, khususnya penduduk-penduduk yang tinggal disekitar Batu Buruk, Kuala Terangganu kerana mereka semua berani bangkit menentang PDRM yang lengkap bersenjata. Amat menghairan dalam tempoh 200 tahun pasukan polis kita ditubuhkan di Negara ini, tetapi segala tindak-tanduknya melambangkan pemikiran yang kolot dan tidak professional dalam menjalankan tugasnya. Pasukan polis kita masih lagi mahu mengekalkan lebel ‘anjing’ kepada UMNO yang boleh diarah mengikut hawa nafsu para pemimpinnya yang korup.


Kepada para anggota yang tidak terlibat dalam sebarang aktiviti ganas mengikut telunjuk para pemimpin UMNO yang dayus dari dulu sehingga kini menghentam PAS dan PKR, saya memohon berbanyak-banyak maaf. Maafkan saya kerana menyamakan pasukan polis sama dengan seekur anjing. Anjing pada kebiasaannya akan mengkut apa sahaja kemahuan tuannya. Gelar-mengelar ini bukan asing dalam budaya orang Melayu. Ia telah dibudayakan dan etikanya sepertimana Abdullah selaku Imam Besar Islam Hadhari pernah mengelar Dr.Mahathir sebagai ‘IBLIS’ dan menantunya suka mengelar orang atau golongan yang menentang kerajaan sebagai monyet.


Sebagaimana yang kita semua sedia maklum selama bahawa pasukan polis kita bolehlah dianggap sebagai segerombolan anjing-anjing gila peliharaan UMNO dulu, kini dan selama-lamanya. Oleh kerana mereka binatang, maka cara mereka bertindak bukan berasaskan fikiran, tetapi berasaskan arahan tuannya. Atas sifatnya sebagai binatang, mereka akan bertindak membuta-tuli seperti yang diarahkan oleh tuannya itu. Keberanian anda semua bangkit menentang kerakusan anjing-anjing ini amat mengkagumkan. Selama ini kita hanya membiarkan [sedikit penentangan mulai berlaku sebelum ini] anjing-anjing ini menganas semahu-mahunya, kita selalu mengalah dan lari lintang-pukang apabila dikejar anjing-anjing ini. Keberanian anda itu telah membakar semangat kami yang berada berselerak di seluruh negara supaya bangun secara bersama dan berkerjasama menentang golongan anjing-anjing ini yang menjadi alat UMNO untuk mempertahankan diri dan mengekalkan kuasa bagi memudahkan golongan laknatullah ini memfaraidkan khazanah Negara sesama mereka.


Anggaplah pasukan polis kita sekarang ini adalah sebahagaian daripada musuh-musuh Allah kerana mereka ini bersusah payah dan berusaha mempertahankan sebuah kerajaan haram [mengekalkan kuasa secara menipu, menyalahgunaan kuasa dan mengamalkan rasuah] yang dipenuhi dengan para pemimpin yang korup. Sebuah kerajaan yang memaksa rakyatnya menganut ajaran Islam Hadhari yang sesat lagi menyesatkan dari ajaran Islam sebenar. Kerajaan kurop ini berusaha membawa rakyatnya ke lubang api neraka dengan mengalakkan rakyatnya bergelumang dengan maksiat dan gejala hiburan yang melampau seperti yang ditunjukkan dalam program menyambut perayaan 50 tahun negara merdeka. Untuk berhibur sahaja kerajaan haprak ini membelanjakan sebanyak lebih daripada RM100 juta, membazir duit rakyat.


Episod hitam ini telah memberikan implikasi negatif terhadap integriti, kredibiliti dan profesionalisme institusi kepolisan kita. Apakah kewajaran pasukan polis kita pencegah rusuhan dengan menimbulkan suasana 'huru-hara' dalam menyuraikan perhimpunan ceramah politik yang memerlukan mereka mencegah rusuhan bertindak keras, menembak menggunakan peluru hidup dan bertindak di luar batas-batas kemanusiaan. Alasan membela diri yang didakwa Ketua Polis Terangganu memerlukan satu justifikasi undang-undang apakah kewajarannya pihak polis yang lengkap bersenjata perlu menggunakannya ketika berhadapan dengan rakyat yang tidak bersenjata.


Peristewa ini bukan sekadar kelakuan ganas dan gila pihak polis yang seringkali kita lihat bertindak ‘brutal’ terhadap activist PAS dan PKR yang berdemontrasi menentang dasar-dasar kerajaan yang dianggap merugikan rakyat seperti demontrasi menentang kenaikan harga minyak, tol, tariff elektrik, air dan sebagainya, tetapi peristewa ini lebih merupakan satu rangkaian konspirasi pemimpin UMNO. Tindakan ini terpaksa diambil bagi melindungi mereka [para pemimpin UMNO] daripada kebangkitan rakyat. Mereka akan selamat daripada dituduh terlibat kerana pihak polis berada dihadapan bagi membantu menyelamatkan UMNO dan para pemimpinya, maka sebagaimana selalu mereka lakukan adalah dengan memperalatkan pasukan polis menjalankan peranan bagi pihak UMNO bagi mencetuskan keadaan yang cemas, ketakutan dan mengujudkan suasana yang boleh dianggap mengancam ketidaktenteraman awam dicampakkannya ke tengah-tengah masyarakat yang ghairah menanti bila akan tibanya pilihanraya umum ke-12. Harapan mereka ialah rakyat menjadi panic dan menuding jari ke arah PAS dan PKR. Harapan mereka lagi semoga peristewa hitam ini terpahat kukuh dalam fikiran rakyat bahawa PAS dan PKR adalah parti jahat dan UMNO parti yang tersangat suci lagi mengsucikan.


Merujuk kenyataan dalam sidang akhbar, Pesuruhjaya PAS Terangganu, Dato’ Mustaffa Ali menyebut PAS mempunyai bukti yang cukup untuk mengaitkan Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri [Menterinya Abdullah Ahmad Badawi] dan rapat dengan kaki samseng Naib Pemuda UMNO, yang juga menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin, dajal Senator Wan Ahmad Farid Wan Salleh bersekongkol dengan pihak polis untuk menggagalkan ceramah anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.


Wan Farid adalah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan bakal MB mengantikan Idris Jusoh. Farid adalah adik kepada Exco Kerajaan Negeri Terengganu Wan Hisham yang haprak. Wan Farid dikatakan telah mengarahkan pihak polis mengambil tindakan membatalkan ceramah tersebut yang dihadiri oleh beberapa pemimpin politik pembangkang, iaitu Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang, Leong Ngah Ngah.


Mereka [pasukan polis dan UMNO] yang bertanggungjawab mercetuskan suasana kekecuhan tersebut, tetapi media massa milik UMNO tidak mengenengahkan isu ini secara adil dan saksama, hanya menuding jari ke arah PAS. Setelah 43 hari berlalu, pada 21 Oktober lepas, UMNO Terangganu melalui Timbalan Pengerusi UMNO Negeri dan Setiausahanya, Tengku Putera Tengku Awang dan Rasol wahid telah membuat laporan polis. Pihak polis telah mengambil kenyataan daripada Mustafa selaku Pesuruhanjaya PAS Negeri.


Tengku Putera menyatakan bahawa laporan polis terpaksa dibuat kerana PAS telah melemparkan berbagai tuduhan dan fitnah terhadap UMNO berhubung dengan tragedy Pantai Batu Buruk. Sebenarnya UMNOlah yang menjadi dalangnya. Politik baling batu sembunyi tangan, bukan asing buat UMNO laknatullah ini. Sebagai contoh di Kedah berlaku satu peristewa yang amat melucukan di mana pihak polis membakar trak polis sendiri [di Pantai Batu Buruk, pihak polis atau agen-agennya telah membakar jalur gemilang dan merosakkan harta awam bernilai jutaan ringgit] bagi menunjukkan kepada masyarakat bahawa PAS itu ganas. Peristewa ini berlaku di Kampung Kubang Bok, Kuala Ketil pada 10 Febuari 2002. Polis pelbagai unit Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerak AM (PGA), Cawangan Khas, polis trafik mengepung kawasan kebun getah dan ladang kelapa sawit di sekeliling kawasan ceramah, mengempor kawasan itu dengan melepaskan gas pemedih mata, mengejar, menangkap dan memukul hadirin yang bertempiaran lari menyelamatkan diri akibat gas pemedih mata. Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan terpaksa di bawa lari dari kepungan polis dalam kesujukan dinihari meredah belukar dan anak sungai.


OCPD Baling ketika itu, Supt.Hassan Ismail mendakwa dia dilempar dengan palastik yang diisi dengan cuka getah yang menyebabkan badannya gatal-gatal dan Hassan juga menghalang Taulan Rasul sebagai peguambela menemui orang yang ditahan. Pas Kedah yang diketuai oleh mantan Presiden PAS, Allahyarham Dato’ Fadzil Mohd. Noor telah membuat laporan polis Di Ibu Pejabat Polis Alor Setar dan Allahyaryam ketika itu sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia telah membawa isu ini ke Parlimen untuk dibincangkan. sehingga kini siasatan belum selesai-selesai lagi seperti kes Memali sudah 14 kali perbicaraan ditangguhkan. Kita tidak tahu bila kes ini akan diselesaikan.


Segala tindak tanduk PDRM mendapat perhatian SUHAKAM. SUHAKAM mendapati PDRM telah mencabuli Perlembagaan dan melanggar Hak Asasi Manusia. Contohnya dalam kes perhimpunan aman di lebuh Raya Kesas-Jalan Kebun pada November 2000, SUHAKAM mendapati pihak polis melanggar Perlembgaan dan Hak Asasi Manusia dan begitu juga dalam kes demontrasi menentang kenaikan harga minyak dan tariff elektrik pada 28 Mei 2006 yang lebih dikenali sebagai ‘Sunday bloody’. Suhakam mendapati polis mencabuli perlembagan berikutan 'kekasaran berlebihan' ketika menyuraikan perhimpunan tersebut. PERLU diambil ingatan : Perhimpunan yang dianjurkan oleh BERSIH yang akan diadakan pada 10 November ini bakal menerima nasib yang sama seperti dua kes yang saya sebutkan di atas.


Sengaja saya tayangkan semula kes ini sebagai satu peringatan. Pasukan polis tidak akan berdiam diri kerana kepentingan UMNO akan tergugat, lebih-lebih lagi UMNO baharu sahaja selesai mengadakan perhimpunan agung tahunannya dan diambang PRU ke-12. Saya amat pasti ketika ini PDRM sedang merancang untuk membatalkan perhimpunan tersebut. Oleh itu, pihak BERSIH mesti ada plan A dan plan B untuk menentang UMNO melalui tindakan ganas pasukan polis pada hari itu.


Selamanya UMNO, atas kedudukannya sebagai sebuah parti politik, tidak mampu untuk berdepan dengan saingan parti-parti pembangkang, selain memperalatkan pelbagai institusi kerajaan, media dan juga membeli undi dengan rasuah, sogokan dan ugutan. Pembabitan pasukan polis bukan satu rahsia lagi khususnya Cawangan Khas, bagi menekan pembangkang dan melakukan gerak saraf memburuk-burukkan siapa saja seteru politik pemerintah.


Kerajaan UMNO yang dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi kelihatan amat lemah, kaki tidur, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan amat membebankan rakyat, kaki tidur, peningkatan secara drastic kegiatan jenayah berat, memuja budaya hiburan yang melampau, timbulnya berbagai gejala social dalam masyarakat, para pemimpinnya yang korup menyebabkan banyaknya kes-kes penyelewengan dan rasuah yang timbul di sana-sini memburukkan lagi masa depan Negara ini. Agama Islam dibawah pentadbiran Islam Hadhari dibiarkan dihina dan diperlecehkan oleh orang Islam sendiri dan bukan Islam. Islam berada dalam sangkar dan terkurung, tidak boleh berkembang sekiranya ia tidak selari dengan kehendak Islam Hadhari [sila rujuk kes yang Hj Nasrudin Hassan TantawiTimbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang tidak benarkan menyampai ilmu kepada penduduk Selangor
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-wilayah-persekutuan/kisah-jais-gagal-tangkap-ustaz-nasrudin-di-bulan-ramadan.html].


Islam Hadhari membawa kesesatan, mundur kebelakang dalam urusan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dalilnya, Imam besarnya sendiri mencampuradukan yang halal dan haram seperti yang ditunjukkan dalam majlis makan malam sempena pertandingan Monson Cup tahun lepas. Mengadaka konsert di kediaman rasminya, sebelum in tidak pernah ada PM-PM terdahulu mengadakannya.


Tidak cukup setakat itu sahaja, Abdullah mengamalkan ekonomi kroni, politik diktator, mengaplikasikan jungle law dalam system kehakiman negara, isu klip video Lingam mengelapkan lagi system keadilan Negara ini, tidak beramanah dalam membelanjakan khazanah Negara dan lebih malang lagi kerajaan Abdullah mengamalkan ‘amal-makrof’ tetapi tidak kepada ‘nahi mungkar’. Islam dalam tenat sekarang. Banyak orang Islam murtad di bawah pentadbiran Abdullah. Jadi,UMNO perlu mencari jalan bagi menangkis dan mematikan serangan dan ofensif daripada PAS.


Hasil kekejaman dan kezaliman yang tidak ada peri kemanusia dan dari doa serta munajat siang-malam daripada orang-orang dan keluarga yang kena dizalimani, maka PDRM pada hari telah menerima bala diturunkan oleh Allah s.w.t sebagai pengajaran. Lihat tajuk utama akhbar-akhbar tempatan pro UMNO laknatullah seperti yang disiarkan oleh Utusan Malaysia :


Dua maut: PM kecewa polis gagal guna strategi betul
KEPALA BATAS 26 Okt. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan kematian dua anggota polis yang ditembak oleh penjenayah dalam operasi membanteras dadah di Sungai Buloh malam tadi kerana kejadian itu sepatutnya dapat dielak jika pasukan polis menggunakan strategi yang betul.


Perdana Menteri berkata, daripada maklumat yang diterimanya daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan, pasukan polis yang hendak membuat operasi itu sepatutnya memaklumkan kepada pasukan polis yang lain terlebih dahulu sebelum mereka bertindak.


“Apa yang dimaklumkan kepada saya oleh Musa ialah sepatutnya, sebelum mereka membuat serangan, mereka maklumkan kepada pihak-pihak polis sendiri supaya diadakan satu strategi mengepung dan cara-cara yang lain untuk mengelak apa yang berlaku.


“Tapi dia punya pendekatan tu tak kena. Kalau dibuat dengan betul dan dapatkan bantuan skuad-skuad tertentu, maka dapat kepung dan gunakan pembesar suara bagi tahu yang polis mengepung dan minta mereka keluar, maka tentulah pihak polis bersedia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hospital Kepala Batas di sini hari ini.


Dalam kejadian di Jalan TS2 Taman Suria, Kampung Desa Aman, Sungai Buloh pada 7.30 malam tadi, dua anggota polis dari cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ditembak mati, manakala dua lagi cedera parah.Bacaan seterusnya :
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm


Serbuan antidadah: Hanya dua anggota polis ditembak mati
KUALA LUMPUR 26 Okt. - Hanya dua anggota polis mati ditembak penjenayah dalam serbuan antidadah di sebuah rumah di Taman Suria, Kampung Desa Aman malam tadi, kata Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini.


Beliau berkata, dua anggota yang terbunuh — L/Kpl Jaya Balan Krishman dari Ibupejabat Polis Daerah Gombak dan L/Kpl Alageson Malappan dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur — dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.


Katanya, dua yang cedera — Cif Insp Rajakuma Laju dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan Cif Insp Helmi Zakaria dari Cawangan Narkotik Polis Gombak — dirawat di Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh.Bacaan seterusnya :
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm


PM marah -- Insiden 2 anggota polis mati ditembak penjenayah di Sungai Buloh
Oleh: HAIRULAZIM MAHMUD dan ZULKIFLI MANZOR


KUALA LUMPUR 26 Okt. – Polis akan menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti sama ada serbuan antidadah di sebuah rumah di Sungai Buloh malam tadi yang menyebabkan dua anggotanya mati ditembak penjenayah, dibuat mengikut prosedur atau sebaliknya.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, antara perkara yang diteliti dalam siasatan itu termasuk aspek pemakaian baju kalis peluru dan siapa komandan yang memberi arahan.


“Saya kena jalankan pemeriksaan terlebih dahulu. Ini termasuk siapa komandan yang beri arahan dan banyak perkara lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Hari Masyarakat Bersama Polis 2007 di Balai Polis Sungai Besi di sini, hari ini. Bacaaan seterusnya :
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


Kami akan tumpaskan mereka – Musa
KUALA LUMPUR 26 Okt. – Polis melahirkan kebimbangan mengenai kewujudan ‘kumpulan pembunuh’ yang semakin berani menjadikan anggota pasukan keselamatan sebagai sasaran mereka sejak kebelakangan ini.


Ini berdasarkan kejadian terbaru, dua anggota polis mati manakala dua lagi cedera parah ditembak penjenayah ketika serbuan ke atas sebuah rumah disyaki tempat menyimpan dadah di Jalan TS2, Taman Suria, Kampung Desa Aman, Sungai Buloh, pukul 7 malam tadi.


Sebelum ini, dua anggota polis cedera ditembak oleh sekumpulan penyamun yang diburu pihak berkuasa dalam kejadian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah utara, Lebuh Raya Utara Selatan, pukul 2.55 pagi, Selasa lalu.


Sehari sebelumnya, dua anggota polis cedera manakala seorang penjenayah terbunuh dalam kejadian tembak-menembak berhampiran premis menjual kenderaan terpakai di kawasan Kilometer 12 Jalan Ipoh, berhampiran Pasar Borong Selayang.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mengulas mengenai trend penjenayah menjadikan anggota polis sebagai sasaran menegaskan, pihaknya tidak gentar malah sama sekali tidak akan berdiam diri. Bacaan seterusnya:
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


Gerakan besar-besaran buru penjenayah tembak polis
SUNGAI BULOH 26 Okt. – Polis menemui cap jari dan bahan bukti lain termasuk gambar, peluru hidup, kelongsong peluru serta alat membungkus dadah di rumah teres tempat dua anggota polis maut ditembak sekumpulan penjenayah di Kampung Desa Aman di sini malam tadi. Bacaan seterusnya:
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm


PDRM beli 2,000 lagi baju kalis peluru
PUTRAJAYA 27 Okt. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membeli 2,000 lagi baju kali peluru sebagai persediaan untuk menjalankan lebih banyak operasi membanteras jenayah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Dengan itu, katanya, Jabatan Logistik PDRM diarah untuk mengkaji jenis baju kalis peluru yang diperlukan.
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm


Kesimpulan yang boleh dibuat daripada penelitian saya terhadap isu yang dibangkitkan ialah pasukan polis kita sebenarnya gagal bertindak menegakkan keadilan kepada semua pihak [rakyat] yang menganut berbagai fahaman politik dan tindak-tanduk pasukan polis menyempang jauh daripada asas yang diletakkan oleh Perlembagaan Negara.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian, wassalam. Terima kasih. Wallahua'lam

SEJARAH KEZALIMAN ISA

KISAH 1


OPS LALANG: PENGALAMAN BEKAS WARTAWAN WATAN
Oleh : Muda Mohd Muda
Oct 29, 07 12:31pm
Daripada Malaysiakini.com :
http://www.malaysiakini.com/news/74091



Pada di sekitar 1980-an, akhbar tabloid politik Melayu popular - Watan - sangat laris di kalangan pembaca Melayu kerana keberaniannya menyiarkan laporan-laporan 'dari dalam kain' yang tidak terdapat dalam akhbar-akhbar lain. Tidak hairanlah, tabloid tersebut merupakan satu daripada tiga akhbar yang digantung penerbitannya dalam Operasi Lalang 1987.

Ia diterbit dua kali seminggu - hari Rabu dan Sabtu. Dua lagi ialah akhbar berbahasa Inggeris The Star dan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Jit Poh. Keluaran terakhir Watan sebelum digantung penerbitan ialah edisi 22-30 Oktober 1987 yang memuatkan cerita utama 'Kim Sai temui MT Umno' yang dijual dengan pada harga 80 sen senaskhah .Watan beroperasi di Taman Tun Dr Ismail di ibu negara dengan jumlah edaran 60,000 hingga 70,000 naskhah setiap keluaran dan diuruskan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, syarikat penerbitan milik Bumiputera yang banyak menerbitkan majalah.


Bagaimanapun, bagi seorang bekas wartawan Watan - Samsuri Roslan - penggantungan permit akhbar tersebut penuh misteri dan sehingga sekarang masih menjadi tandatanya. "Saya tidak tahu...tetapi saya percaya ada hubungkait dengan laporan-laporan mengenai politik negara ketika itu.


Laporan telus "Laporan Watan sangat telus kerana ia tidak memihak sama ada kepada kerajaan atau pembangkang. "Watan hanya melaporkan apa yang berlaku ketika itu, terutama mengenai persaingan antara pemimpin dua komponen utama Barisan Nasional (BN) - Umno dengan MCA.


"Ketika itu, politik negara secara tiba-tiba menjadi panas apabila tercetus isu keistimewaan orang Melayu dan isu pendidikan yang dibangkitkan oleh kaum Cina," katanya dalam temubual dengan Malaysiakini. Samsuri yang kini berusia 47 tahun, mula menjadi wartawan Watan pada tahun 1985, khusus untuk menulis mengenai perkembangan politik negara, khususnya di kalangan orang Melayu terutama Umno.


Ketua Pengarang Watan ketika itu ialah Fickry Yaakub, manakala pengarangnya adalah Mohd Khairune Ali. Akhbar tersebut mempunyai hampir 20 wartawan. Selain Samsuri, wartawan lain termasuklah Azlan Ghanie, Haris Ribut, Misrom Mat Leham dan Lokman Abdullah.


Pada 1987, menurut Samsuri secara tiba-tiba tercetus persaingan politik antara pemimpin Umno dengan MCA yang turut dibantu oleh DAP, musuh BN. Beliau berkata, pemain-pemain utama ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Tan Sri Muhamad Muhd Taib dan Tan Sri Mohamad Rahmat di sebelah Umno dan Tan Sri Lee Kim Sai di pihak MCA.


Akhbar berkecuali "Kemuncaknya ialah Umno mengadakan perhimpunan di Stadium TPCA, Kampung Baru, manakala MCA dan DAP pula mengadakan perhimpunan di sebuah tokong Cina tidak jauh dari Stadium Merdeka. "Najib, Muhd Taib dan Mohamad Rahmat berucap berapi-api dengan diiringi jeritan Hidup Melayu. Bukan sahaja dalam stadium pernah sesak, tetapi kawasan sekitarnya juga dibanjir orang Melayu.


"Kedai-kedai milik peniaga kaum Cina awal-awal lagi telah ditutup, seolah-olah mereka telah mengetahui lebih awal," katanya. Samsuri berkata, ketika itu akhbar Watan baru diambilalih oleh Karangkraf dari Pustaka Antara.


Permit dimiliki oleh bekas seorang pemimpin Umno, Tan Sri Mohd Khir Johari yang pernah menjadi menteri pelajaran. Walaupun Watan mahu menjadi akhbar berkecuali, namun ia tidak disenangi oleh para pemimpin Umno dan pembangkang.


"Pernah dalam perhimpunan agung Umno, perwakilan mencadangkan permitnya digantung, manakala pembangkang pula menuduhnya sebagai akhbar adu domba," kata Samsuri lagi. Beliau berkata, anehnya dalam kemelut politik negara itu, PAS tidak terbabit tetapi entah bagaimana dua pemimpinnya - Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar - turut ditahan di bawah ISA.


Berikutan itu, beliau beranggapan isu itu tercetus apabila pemimpin Umno mahu mencari publisiti, kononnya mahu menjadi pembela kepada orang Melayu. Isu pendidikan Manakala, pemimpin MCA dan DAP pula, katanya, mahu dilihat sebagai pejuang kaum Cina, khususnya dalam isu pendidikan kaum tersebut.


"Ahli dan penyokong Pemuda Umno telah menyambut kepulangan Anwar dari luar negeri di Lapangan Terbang Subang," katanya. Samsuri berkata, beberapa pemimpin utama Umno ketika itu memberi jaminan kepada akhbar Watan bahawa ia bebas membuat laporan dan tiada tindakan akan diambil.


Bagaimanapun, keyakinan tersebut mula berubah apabila editor yang menemui seorang pemimpin Umno di Bangunan Parlimen, memberitahu akhbar Watan akan digantung permit penerbitannya.


Berikutan itu, semua kakitangan diminta mengadakan solat hajat dan tahajud bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Katanya, apabila penerbitan akhbar The Star dan Chew Jit Poh digantung, kakitangan Watan sudah mula dapat merasakan akhbar itu akan dikenakan tindakan serupa.


"Satu hari, pegawai polis Bukit Aman datang ke pejabat Watan, berjumpa dengan pengarah dan memberitahu supaya akhbar itu ditutup tetapi tidak diketahui berapa lama. "Selepas itu semua wartawan diarahkan berkumpul dalam sebuah bilik sebelum dimaklumkan bahawa operasi Watan ditutup," katanya.


Operasi lalang Samsuri berkata, sebahagian wartawan Watan telah diserapkan ke bahagian majalah terbitan Karangkraf manakala yang lain terpaksa diberhentikan dan akibatnya ada yang terpaksa bekerja di pasar malam.


Katanya, apa yang mengecewakannya ialah pemimpin-pemimpin besar yang terbabit secara langsung dalam isu politik negara itu, bebas dan mereka berada di luar negara ketika Operasi Lalang diadakan. "Sebab itu saya percaya ada perancangan pihak tertentu. Saya juga merasakan Lee Kim Sai seolah-olah diberi laluan untuk mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu.


"Bagi saya siapa yang buat salah perlu dihukum dan bukannya diambil tindakan ke atas orang kecil sahaja," katanya. Samsuri berkata, isu tersebut berlaku kerana pemimpin-pemimpin politik hendak menjadi juara kepada kaum masing-masing. Katanya, ia perlu menjadi pengajaran kepada wartawan politik khususnya supaya lebih berhati-hati dengan janji-janji pemimpin-pemimpin politik.


"Dalam kes akhbar Watan, pemimpin politik bersungguh-sungguh memberi jaminan tiada tindakan yang akan diambil tetapi semuanya tidak boleh dipercayai. "Saya merasakan Watan terleka dengan janji-janji bahawa tiada tindakan yang akan diambil terhadap akhbar itu.


"Kerajaan tidak memberi amaran kepada Watan sebaliknya terus tutup," katanya lagi. Samsuri berkata, isu itu selesai selepas para pemimpin politik ditahan di bawah ISA.


KISAH KE DUA

OPS LALANG'S 20TH YEAR: BURY THE ISA
Oleh : Bede Hong
Oct 27, 07 4:33pm

Daripada Malaysiakini.com :
http://www.malaysiakini.com/news/74075

It may be 20 years ago but to those incarcerated under the ISA during Ops Lalang (Operation Weeding), memories of the difficult event are still fresh.
Some of them re-lived their days of horror in a public forum in Kuala Lumpur today.


The Internal Security Act - which allows detention without trial - is an affront to humanity, said former detainee Khalid Samad. “This right can only be refused him when he is found guilty of a crime through due process which among others allows him the right of defence in an open court. The ISA, by its very nature, guarantees abuse and the miscarriage of justice,” he told the forum. Two decades after the Ops Lalang sweep, detainees still speak bitterly of having being detained without trial - some for over two years - under the ISA. Ordered by former premier Dr Mahathir Mohamad, the mass arrest of 106 opposition politicians, trade unionists, activists and Chinese educationists is now widely described as having severely curtailed the nation’s civil liberties and judicial independence.


'Mr ISA' in the dock In a theatrical tit-for-tat, ‘Mr ISA’ – in the form of a black cardboard – was put in the dock in a forum held in the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall this morning. Judging the proceedings were detainees and the lawyers who represented them. The attending public members acted as jurors. The forum was organised by Suaram. Also speaking at the forum were former ISA detainees, Mohd Yusof Husin and former DAP MPs Dr Kua Kia Soong and Lau Teck Gee. PKR vice-president and former ISA detainee lawyer Sivarasa Rasiah and lawyer Ngeow Yin Ngee gave a legal breakdown of the Act. Khalid spoke on how he felt after being arrested at the Subang International Airport, after which he was questioned in the Petaling Jaya police station. “We were then brought to a place in a Black Maria (police truck), if I remember correctly. I could not see where the place was but judging by the time it took, it was probably in Kuala Lumpur.


"On arrival we were all given our ‘prison clothes’ and brought to our detention cells but only after ‘special designer’ dark glasses were put over our eyes preventing us from seeing the surrounding area. The cells were small rooms with a built-in toilet and a brick-and-cement platform with a plywood top used as a bed. “I was placed in this cell with no interaction with anyone besides the ‘jailer’ who would open the ‘window’ of the steel plate to put in the nasi bungkus. Not a word was spoken.


During this period I could hear the other detainees being brought out of their cells to meet their IOs (investigating officers).


"I was however left for five days on my own and no IO appeared. I was beginning to think that after having placed me there, if they were then to forget all about me, throw away the keys, no one would be the wiser,” he said. Khalid also spoke of the feeling of helplessness during his detention.


Reverse psychology“I was not physically tortured. The basic facilities, including sleeping on the bare plywood ‘bed’ without a mattress, pillows or a blanket for the first few days is to my mind, not worth complaining about.


"I have roughed it out before. I suppose the most difficult part for me to accept was the total helplessness which I felt, being put at the mercy of the IOs who would act as judge, jury or executioner,” he said. “They could paint you yellow, red or green or any colour they chose and you would have no avenue to challenge their judgement.


"Alternatively, they could report you as being completely harmless and of no threat to anybody but you would still be detained if the powers-that-be decide to do so anyway,” he said. Khalid added that during the period of detention in Kamunting, the favourite phrase of the rehabilitation officers were “the detention order is for two years, it can be less, it can be more”, “your two-year detention can be further extended for another two years”, “it’s up to you, we don’t want to keep you here longer than necessary” and “the knife is in your hand, the cucumber is in your hand - whether to cut, slice or slash it’s up to you."“This reverse psychology aimed at making us blame ourselves for our detention was both an insult to our intelligence...


“Emergency laws, the category presumably within which is the ISA, should only be revived for the use only when the country is in a state of emergency. The country must be at war or in another form of emergency before an emergency law can be used,” he said. “Even then, all must be done to ensure that the principles of justice are observed at all times by ensuring an independent,” he added. After the question-and-answer session and an open discussion, the jurors not surprisingly found 'Mr ISA' guilty.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wassalam

Saturday, October 27, 2007

Ekonomi gila babi


Petikan daripada laman
The Antic of Husin Lempoyang

Ekonomi gila babi

Cara Dolah Badawi
Menantu aturkan diri
Haru biru jadi
Kaya keluarga sendiri
Ekonomi mati


Jalan keretapi dibatal
Proton akan dijual
Jambatan johor isu mual
Airasia tak kawal
Singapura jangan lawan
Mari kita kawan


Satu juta
Dua juta
Tiga juta
Ampat juta!
Lima juta


Satu juta
Dua juta
Tiga juta
Ampat juta!
Lima juta
Selesai


WPI serambi ekonomi
Jual tanah ujong negeri
NCER Patrick Badawi
ECER trick basi
Temasek juga akan beli
Ide Badawi


Bonus kerajaan tak kasi
Suruh rakyat belanja lagi
Duit KWSP kasi joli
Pencen tak ada lagi
Minyak tak ada subsidi
Toll dinaiki,


Seratus juta
Dua ratus juta
Tiga ratus juta
Ampat ratus juta lah!
Lima ratus juta


Seratus juta
Dua ratus juta
Lapan ratus!Satu billion!


Hancai!


Jangan tipu sendiri
Rakyat tak sayang lagi
Buang kerja tak ada gantiI
ndustri mati
Bina banyak universiti
Nganggur berdegree


Duit nak pakai lagi
Lima ratus billion lagi
Belanja tak henti-henti
Duit mana mari
Hutang lagi, bankrup nanti
Jual negeri


Telunjuk siapa
Arah mana pergi
Tidak teliti Tidak awasi
Pantau lepas beri

Catatan : Ikut rentak irama lagu "Gila Judi"

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian, wassalam. Terima kasih. Wallahua'lam

Dulu Kini dan Selamanya... Inikah kerajaan

Petikan daripada Laman
Marhaen:
http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_kaum_marhaen02.html
Dulu Kini dan Selamanya... Inikah kerajaan

Bersorak anak-anak sekolah dihiburkan oleh RTM yang menayangkan kepulangan angkasawan kita dari melancong. Maka diberitakanlah berbagai-bagai kejayaan yang dicapai semasa beberapa hari di sana. Tetapi pemimpin kita lupa akan tangisan ibu bapa anak anak ini. Kerajaan telah merompak hak mereka. Kerajaan telah mengikat perut mereka. Dengan angkuh Perdana Menteri menolak hak rakyat untuk mendapat bonus. Dengan bersahaja kerajaan menyatakan tarif elektrik akan naik kerana harga minyak naik. Tol akan naik kerana kerajaan telah berjanji pada tuan punya lebuh raya. Minyak tidak akan naik tahun ini (tapi 1hb Januari tahun hadapan akan naik). Pembelajaran di Malaysia adalah yang termahal di dunia. Banyak lagi yang dah naik dan akan naik. Di manakah keperihatinan kerajaan?


Dalam sesebuah kerajaan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan itu untuk menyediakan beberapa keperluan asas seperti air, api, pelajaran, kesihatan dan perumahan. Tetapi hari ini kerajaan yang kita lantik telah menggunakan keperluan-keperluan itu untuk mencari keuntungan. Apakah ertinya kerajaan?


Wahai rakyat Malaysia, sedarlah bahawa kita memilih kerajaan adalah untuk mentadbir harta negara dengan sebaiknya untuk kebajikan kita. Cuba kita nilai kembali apakah hari ini kita sudah mendapat kebajikan yang sepatutnya kita perolehi? Kalau tidak, kita ada peluang. Tukar kerajaan yang mampu memberi apa yang kita layak dapati dari kerajaan.


Ingatlah wahai Perdana Menteri. Rasullallah bersabda,
"Tiga golongan manusia yang ALLAH tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menganggap mereka orang yang bersih, tidak melihat kepada mereka dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dengan azab yang amat pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina, pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong."


Ulama telah menghuraikan 'pemimpin yang berbohong itu ialah pemimpin yang diberi amanah oleh Allah tetapi tidak berlaku adil. Tidak menunaikan apa yang dijanjikan kepada rakyat.'


- Kaum Marhaen }

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian, wassalam. Terima kasih. Wallahua'lam

Friday, October 26, 2007

50 TAHUN MERDEKA :ADAKAH SEMUA ANGGOTA PASUKAN POLIS KITA BERSIFAT IBLIS?-SIRI 4

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Minggu lepas, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2007 memutuskan bahawa kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri [bermaksud pegawai-pegawai polis yang terlibat seperti Abdul Rahim Md. Noor ketika itu Ketua Polis Negara dan Borhan Daun Pegawai Polis melakukan tindakan biadap seperti seekur binatang ganas berperangai IBLIS ’ menyeksa Abdul Malik Hussin tanpa ada sedikit IHSAN] menjadi tajuk besar semua media massa di Malaysia khususnya di internet membincangkan isu ini.


Isu ini menjadi menarik kerana pertama, hujah-hujah penghakiman yang dibuat oleh Hakim Dato’ Mohd Hishamudin Mohd Yunus. Kedua, kes ini menelanjangkan keseluruhan tindakan ganas, biadap, kurang ajar, zalim, pengganas berlesen, binatang dan iblis telah berjaya melekat di pasukan polis ketika berhadapan dengan orang-orang yang ditahan untuk disoalsiasat. Ketiganya ialah peribadi Hakim Mohd Hishamudin itu sendiri menarik perhatian public.Tidak banyak hakim-hakim di Malaysia [termasuk bekas-bekas Ketua Hakim yang lalu] bersifat adil, berani, tegas dalam menegakkan kebenaran. Seorang lagi yang berani ialah Hakim Mohamad Kamil Awang yang terlibat dalam kes pilihanraya di Likas.


Dalam blog saya kali ini saya kutip berita yang ditulis oleh Lee Ban Chen daripada Malaysiakini.com dan Shahanaaz Habib (The Star yang disiarkan oleh laman Detik daily. Ikuti kisah yang menarik ini:


---------------------------------------------------------------------

PENGHAKIMAN BERSEJARAH MENGENAI ISA
Lee Ban Chen
Oct 24, 07 5:36pm
DipetikDaripadanMalaysiakini.com
: http://www.malaysiakini.com/columns/73955


Bila mata saya terbaca tajuk berita “Malek dapat RM2.5 juta salah tahan ISA”, amat sukar hendak saya mempercayai kebenarannya. Kerana pada prinsip perundangan, mana ada penahanan ISA tanpa dibicarakan di mahkamah itu bukan “salah tahan” pada erti kata sebenarnya, tapi pada beribu-ribu bekas tahanan ISA itu, siapakah yang pernah dibayar gantirugi?


Bagaimanapun, justeru kerana kemenangan Abdul Malek Hussin - seorang bekas tahanan ISA - itu adalah di luar jangkaan, maka ia harus dialu-alukan sebagai suatu kemenangan bersejarah bagi perjuangan menentang kezaliman ISA, bukan cuma dari segi bayaran gantirugi, tetapi yang lebih bermakna ialah dari segi peningkatan semangat juang untuk memansuhkan undang-undang zalim itu.


Maklumlah, apa yang dialami Abdul Malek bukan kes terpencil, tetapi pengalaman tipikal para tahanan ISA yang dianggap ‘keras’ dan ‘degil’, dan ingin sangat dipatahkan semangatnya agar dapat di‘turn-over’ ke pihak kerajaan.


Seksaan mental dan fizikal yang dialami Abdul Malek - termasuk kurungan seorang diri, dibogelkan dan dipaksa berdiri di depan penghawa dingin, dibelasah beramai-ramai sehingga pengsan dengan tangan digari ke belakang dan mata tertutup, kemaluan dan duburnya dipukul dan dicucuk dengan benda keras, dipaksa minum air kencing dan makan tahi anjing, digertak akan disuntik dengan virus HIV dan anak-anak dan isterinya akan diganggu, dilarang berjumpa dengan doktor, ahli keluarga dan peguamnya, dilarang membuat aduan polis dan memfailkan permohonan habeas corpus, diugut akan ditahan semula bila-bila saja dan sebagainya - memang amat dahsyat dan menakutkan.


Namun berbanding dengan tahanan-tahanan - yang selepas diseksa menjadi tidak siuman, membunuh diri atau cuba membunuh diri, mati dalam tempat tahanan atau tak lama selepas dibebaskan menghidap pelbagai penyakit kronik dan sebagainya - Abdul Malek masih boleh dianggap bernasib baik, meskipun dari segi psikologi kesan pasca-seksaan masih terus-menerus menghantuinya.


Yang amat menggalakkan ialah dalam penghakiman setebal 41 halaman itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus telah memutuskan bahawa Abdul Malek berhak mendapat gantirugi kerana penahanannya pada malam 25 September 1998 di bawah ISA itu adalah menyalahi undang-undang dan dilakukan secara mala fide (dengan niat jahat).


Katanya, pelakuan para defendan adalah tidak berperikemanusiaan, kejam dan hina, kerana plaintif (Abdul Malek) bukan sahaja ditangkap dan ditahan secara salah selama 57 hari tetapi juga turut disakiti, diaibkan dan didera secara fizikal dan mental.


'Dakwaan kosong'


Tambahnya lagi, dakwaan defendan bahawa plaintif terlibat secara langsung di dalam perhimpunan-perhimpunan haram yang diakhiri dengan kacau bilau, hanya dakwaan kosong tanpa bukti material.


Dan cara soal siasat jelas untuk tujuan politik bagi mengumpul maklumat risikan dan tidak ada kena-mengena dengan soal keselamatan negara. Dengan kata lain, penahanan sejak dari awal adalah mala fide.


Tidak dapat dinafikan bahawa penahanan Abdul Malek adalah sama seperti penahanan Tian Chua, Hishammuddin Rais, Saari Sungip, Ezam Mohd Nor, Dr Badrulamin Bahron, Lokman Adam dan pemimpin-pemimpin Gerakan Reformasi yang lain, yang tiada kena-mengena dengan keselamatan negara, tetapi untuk tujuan politik bagi mensabotaj dan mengkucar-kacirkan Gerakan Reformasi yang dianggap telah mengancam pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).


Jika diimbas kembali proses perkembangan politik negara kita, Undang-undang Darurat 1948 telahpun diperalatkan penjajah British untuk menumpaskan PKM, PKMM, API, AWAS dan pertubuhan-pertubuhan kiri yang lain pada hujung tahun 1940-an hingga awal 1950-an. Selepas ‘merdeka’, peranan Undang-Undang Darurat telah diambil alih oleh ISA 1960 dan diperalatkan Perikatan/BN untuk menumpaskan Barisan Sosialis dahulu dan Barisan Alternatif sekarang.


Pendek kata, jika ISA tidak dimansuhkan, maka sudah barang tentu ia akan terus diperalatkan oleh BN untuk menindas parti-parti dan badan-badan bukan-kerajaan yang menganjurkan reformasi politik untuk menentang hegemoni Umno/BN yang mengamalkan dasar-dasar korapsi, kronisme dan nepotisme, dan apa yang dinamakan sistem demokrasi berlandaskan pilihanraya umum juga merupakan tipu daya semata-mata.


Rasanya, Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus telah menyedari peranan Jabatan Cawangan Khas Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai ejen kerajaan dalam menindas pembangkang, maka ditegasnya bahawa jabatan tersebut bukan sahaja perlu bersikap berkecuali, tetapi juga perlu dilihat berkecuali dan tidak memihak kepada sesiapa, termasuk dalam politik.


Datuk Shahrir Abdul Samad, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagaimanapun menolak andaian bahawa PDRM telah dijadikan ejen oleh parti pemerintah untuk menekan pengaruh parti pembangkang pada masa itu dengan alasan kes terbabit berlatarbelakangkan rusuhan.


'Taktik basi'



Mengaitkan Gerakan Reformasi dengan ‘rusuhan’ - umpama mengaitkan pimpinan Barisan Sosialis dengan ‘aktiviti subversif ’ dan ‘komunis’ - adalah suatu taktik yang sudah basi. Seperti hujah penghakiman, tanpa bukti material ia hanya dakwaan kosong!


Yang signifikan ialah Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus telah menekankan amalan mendera tahanan oleh polis tidak pernah dan tidak akan disokong oleh mahkamah. Mahkamah perlu menunjukkan kebenciannya terhadap perbuatan itu.


Justeru, tambahnya, pemberian gantirugi teladan itu perlu untuk menunjukkan kebencian mahkamah terhadap penyalahgunaan kuasa di bawah ISA. Sebarang penyalahgunaan kuasa perlu ditimbal balas dengan pemberian gantirugi teladan bagi memastikan penyalahgunaan kuasa itu dapat disekat pada tahap seminimalnya, jika pun tidak dapat dibasmikan sama sekali.


Dalam hiruk-pikuk skandal klip video Linggam yang memberi pukulan tuntas terhadap kredibiliti dan kebebasan kehakiman negara kita, penghakiman berani terbabit memberi nafas baru kepada bidang kehakiman yang menghampakan. Kini yang dinanti-nantikan ialah sama ada kerajaan Abdullah Ahmad Badawi juga mempunyai kebencian yang sama terhadap penyalahgunaan kuasa di bawah ISA.


Jika jawapannya adalah positif, maka penghakiman terbabit akan dikekalkan sebagai suatu 'precedent' yang membanggakan dan disusuli dengan pemansuhan ISA yang terbukti bertentangan dengan prinsip perundangan dan hak-hak asasi manusia.

MOHD HISHAMUDIN MOHD YUNUS, HAKIM YANG MENCETUSKAN KONTROVERSI
Oleh Shahanaaz Habib (The Star)
Terjemahan Muhamad Nor Abd Samad
http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?
name=News&file=article&sid=930&mode=thread&order=0&thold=0


Dia bukanlah orang baru dalam bidangnya. Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang memerintahkan supaya seorang bekas tahanan ISA dibayar ganti rugi sebanyak RM2.5 juta kerana ditahan tanpa mengikut prosedur undang-undang, dan dipukul sewaktu dalam tahanan, jelas merupakan seorang hakim yang perlu diberikan perhatian.


Dari satu sudut, beliau pernah mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi dan cukup menarik. Selain itu, beliau pernah membuat beberapa penghakiman yang dianggap mercu tanda dan untuk beberapa kali komennya dalam mahkamah telah mengejutkan kalangan ahli politik.


Ambil satu contoh, dalam bulan May 2001 dalam penghakimannya beliau memerintahkan supaya dua orang aktivis reformasi, N. Gobalakrishnan dan Abdul Ghani Haroon yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan segera. Kedua-duanya merupakan individu yang cukup lantang bersuara dan terlibat aktif dalam gelombang reformasi berikutan pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Lima puluh hari selepas mereka ditangkap, Hakim Hisahamudin memutuskan bahawa penahanan mereka salah dari segi undang-undng atas hujah terdapatnya penyalahgunaan kuasa di pihak berkuasa yang membuat penahanan dan kegagalan pegawai yang menangkap mewajarkan penangkapan tersebut.


Beliau memutuskan bahawa terdapatnya keputusan yang tidak matang di pihak Ketua Polis Negara (KPN) dan pengarah Polis Cawangan Khas untuk menahan kedua-duanya selama lebih 30 hari dan mereka juga didapati 'tidak diberikan dan dinafikan' khidmat guaman serta hak berhubungan dengan ahli keluarga sehingga kepada tarikh kes mereka didengari.


Hakim Hishamudin, yang mempunyai Ijazah Undang-Undang daripada London School of Ekonomics and Political Science yang berprestij itu, telah menimbulkan kekecohan dalam penghakiman 28 muka suratnya apabila beliau berkata bahawa masanya telah tiba bagi Parlimen mengkaji semula kesesuaian ISA yang pada asalnya diwujudkan untuk membanteras keganasan.


Beliau menyeru undang-undang tersebut dikaji semula bagi menghalang ia disalahgunakan.


Sementara pengamal undang-udang bergembira dengan cadangan beliau itu, namun ia tidak mendapat sambutan yang baik di pihak kerajaan.


Dato' Rais Yatim yang pada ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, bukan tugas hakim untuk menentukan undang-udang mana yang perlu dipinda.


Tetapi Pertubuhan Undang-Undang Asean dipetik sebagai berkata, para hakim boleh memberi komen terhadap undang-udang yang digunakan dan mempunyai tanggung jawab untuk memberitahu Parlimen apabila terdapatnya undang-undang yang sudah lapuk dan tidak lagi sesuai.


Hisahamudin, anak kelahiran Negeri Sembilan yang menjadi Hakim Mahkamah Tinggi pada bulan Oktober 1995, juga pernah mengendalikan kes-kes politik yang menarik.


Dalam bulan Ogos 2005, beliau telah menganugerahkan RM4.5 juta kepada Anwar dalam saman malunya terhadap Dato' Abdul Khalid @ Khalid Jafri Bakar Shah, pengarang buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.


Menjelaskan keputusannya memberikan anugerah yang begitu besar, Hisahamudin berkata, fakta dan keadaan kes tersebut adalah unik, justeru ganti rugi yang diberikan mesti mencerminkan kekhususan kes tersebut.


Dalam kes lain yang diidengari pada bulan Ogos 2005 di mana Anwar menyaman Kerajaan, Menteri Dalam Negeri dan KPN Tan Sri Rahim Noor berhubung tindakan ganas polis dan insiden mata lebamnya sewaktu dalam tahanan polis pada bulan September 1998, Hishamudin juga mengendalikan kes tersebut.


Beliau membatalkan saman tersebut apabila semua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahmakah di mana Timbalan Perdana Menteri yang dipecat telah dibayar dengan sejumlah bayaran yang tidak didedahkan, dan Rahim telah memohon maaf secara terbuka di mahkamah kepada Anwar.


Kes lain yang juga penting pernah didengar Hishamudin melibatkan Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik yang menyaman bekas ketua penerangan Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat) Ruslan Kassim sebanyak RM15 juta kerana menyebarkan fitnah.


Tetapi sekali lagi Hakim Hishamuddin tidak perlu membicarakan kes tersebut kerana dalam bulan Januari 2004, beliau mengumumkan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah, dan Ruslan telah memohon secara terbuka dimahkamah kepada Rahim.


Beliau juga turut mendengari kes yang menggemparkan negara dalam bulan Oktober 200 di mana pemandu bas ekpress Hanafi Mat Hassan dituduh merogol dan membunuh jurutera komputer Noor Suzaily Mukhtar, penumpang bas tersebut.


Suzaily mengalami 44 kecederaan dan retak tulang leher. Beliau mati akibat dicekik.


Hakim Hishamudin mendapati Hanafi bersalah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas beliau.


Tahun lepas, Hakim Hishamudin juga telah membuat keputusan yang mencetuskan perdebatan berhubung kes kontoversi Ayer Molek.


Beliau memutuskan bahawa panel Mahkamah Persekutuan yang mendengar kes melibatkan perbalahan saham sebagai tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan kerana hanya dua daripada tiga hakim - bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Eusoff Chin dan Dato' Dr Zakaria Mohamed Yatim - sahaja yang layak menduduki mahkamah paling tinggi itu.


Katanya, hakim yang ketiga, Dato' Pajan Singh tidak boleh mendengar kes tersebut kerana beliau pada waktu itu hanyalah hakim Mahkamah Tinggi.


Justeru katanya, beliau tidak terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat 11 tahun lalu itu, sebaliknya memilih untuk mengikuti keputusan Mahkamah Rayuan.


Jadi, tidak ada harapan untuk kita bergantung nasib mengharapkan pasukan polis kita untuk bersikap lebih professional dalam menjalankan tugas. Saya menyokong penuh tindakan sebegini dilakukan terhadap penjenayah besar, bukan terhadap activist NGO dan parti-parti pembangkang yang juga turut berjuang sama-sama berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan Negara, tetapi format atau pendekatan yang dilakukan adalah berbeza apa yang dilakukan oleh UMNO parti yang berkuasa. Lagi pun NGO-NGO dan parti-parti politik pembangkang adalah sah mengikut perlembagaan dan undang-undang Negara dan prinsip demokrasi.


Harapan kami semoga PDRM kembali bertamadun, berilmu dan beramal denganNYa.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian, wassalam. Terima kasih. Wallahua'lam

Wednesday, October 24, 2007

Mahkamah Ketepikan Saman RM149 Juta Terhadap Dr Ling

Dibawa Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,

BPR dan pasukan polis sekarang ini sibuk dengan isu tape_ Lingam gate. B agaimana pula dengan kes ini yang sudah lama tutup kedai:

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan saman RM149 juta yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen terhadap Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Ling Liong Sik dan tiga yang lain.

Hakim Datuk Abdul Hamid Said membenarkan permohonan Dr Ling untuk mengetepikan saman itu di kamarnya selepas mendengar hujah daripada peguam yang mewakili pihak terbabit.

Hakim juga memerintahkan Soh supaya membayar kos kepada Dr Ling, anaknya Ling Hee Leong, menantunya Carol Ong Lee Choo, dan Linksun Avenue Sdn Bhd (sebuah syarikat di mana Ling Hee Leong adalah pengarahnya) yang dinamakan sebagai defendan dalam saman Soh yang menuntut RM149,212,663.40 daripada penjualan saham yang dikatakan dimilikinya (Soh).

Hasil kutipan daripada penjualan itu didakwa digunakan untuk membeli saham Berjaya Industrial Bhd, yang kini dikenali sebagai Rekapacific Bhd.

Saman itu adalah antara tiga saman yang dikemukakan oleh Soh menerusi Datuk Ho Seng Chuan pada 30 Jun tahun lepas, yang menuntut RM152 juta daripada beberapa pihak termasuk Dr Ling. -- BERNAMA

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”



Sekian, wassalam. Terima kasih. Wallahua'lam