Saturday, October 27, 2007

Dulu Kini dan Selamanya... Inikah kerajaan

Petikan daripada Laman
Marhaen:
http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_kaum_marhaen02.html
Dulu Kini dan Selamanya... Inikah kerajaan

Bersorak anak-anak sekolah dihiburkan oleh RTM yang menayangkan kepulangan angkasawan kita dari melancong. Maka diberitakanlah berbagai-bagai kejayaan yang dicapai semasa beberapa hari di sana. Tetapi pemimpin kita lupa akan tangisan ibu bapa anak anak ini. Kerajaan telah merompak hak mereka. Kerajaan telah mengikat perut mereka. Dengan angkuh Perdana Menteri menolak hak rakyat untuk mendapat bonus. Dengan bersahaja kerajaan menyatakan tarif elektrik akan naik kerana harga minyak naik. Tol akan naik kerana kerajaan telah berjanji pada tuan punya lebuh raya. Minyak tidak akan naik tahun ini (tapi 1hb Januari tahun hadapan akan naik). Pembelajaran di Malaysia adalah yang termahal di dunia. Banyak lagi yang dah naik dan akan naik. Di manakah keperihatinan kerajaan?


Dalam sesebuah kerajaan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan itu untuk menyediakan beberapa keperluan asas seperti air, api, pelajaran, kesihatan dan perumahan. Tetapi hari ini kerajaan yang kita lantik telah menggunakan keperluan-keperluan itu untuk mencari keuntungan. Apakah ertinya kerajaan?


Wahai rakyat Malaysia, sedarlah bahawa kita memilih kerajaan adalah untuk mentadbir harta negara dengan sebaiknya untuk kebajikan kita. Cuba kita nilai kembali apakah hari ini kita sudah mendapat kebajikan yang sepatutnya kita perolehi? Kalau tidak, kita ada peluang. Tukar kerajaan yang mampu memberi apa yang kita layak dapati dari kerajaan.


Ingatlah wahai Perdana Menteri. Rasullallah bersabda,
"Tiga golongan manusia yang ALLAH tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menganggap mereka orang yang bersih, tidak melihat kepada mereka dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dengan azab yang amat pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina, pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong."


Ulama telah menghuraikan 'pemimpin yang berbohong itu ialah pemimpin yang diberi amanah oleh Allah tetapi tidak berlaku adil. Tidak menunaikan apa yang dijanjikan kepada rakyat.'


- Kaum Marhaen }

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian, wassalam. Terima kasih. Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment