Wednesday, October 24, 2007

Mahkamah Ketepikan Saman RM149 Juta Terhadap Dr Ling

Dibawa Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,

BPR dan pasukan polis sekarang ini sibuk dengan isu tape_ Lingam gate. B agaimana pula dengan kes ini yang sudah lama tutup kedai:

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan saman RM149 juta yang dikemukakan oleh ahli perniagaan Datuk Soh Chee Wen terhadap Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Ling Liong Sik dan tiga yang lain.

Hakim Datuk Abdul Hamid Said membenarkan permohonan Dr Ling untuk mengetepikan saman itu di kamarnya selepas mendengar hujah daripada peguam yang mewakili pihak terbabit.

Hakim juga memerintahkan Soh supaya membayar kos kepada Dr Ling, anaknya Ling Hee Leong, menantunya Carol Ong Lee Choo, dan Linksun Avenue Sdn Bhd (sebuah syarikat di mana Ling Hee Leong adalah pengarahnya) yang dinamakan sebagai defendan dalam saman Soh yang menuntut RM149,212,663.40 daripada penjualan saham yang dikatakan dimilikinya (Soh).

Hasil kutipan daripada penjualan itu didakwa digunakan untuk membeli saham Berjaya Industrial Bhd, yang kini dikenali sebagai Rekapacific Bhd.

Saman itu adalah antara tiga saman yang dikemukakan oleh Soh menerusi Datuk Ho Seng Chuan pada 30 Jun tahun lepas, yang menuntut RM152 juta daripada beberapa pihak termasuk Dr Ling. -- BERNAMA

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”



Sekian, wassalam. Terima kasih. Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment