Oleh : Mohd Sayuti Omar
[http://malaysia-today.net/blog2006/sayuti.php]
Dibawa Khas Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Seronok dan menaruk membaca tulisan saudara Mohd Sayuti Omar yang disiarkan oleh Malaysia today.net berhubung dengan majlis pelancaran Ecer. Ada 3 perkara yang menarik perhatian saya yang turut disentuh oleh MSO dalam tulisannya ini. Pertama, majlis tersebut menjdi ‘hari ini dalam sejarah’ dalam kehidupan YAB Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan. Nik Aziz telah 17 memerintah Kelantan, inilah kali pertama beliau dijemput dan diberi peluang berucap di hadapan Perdana Menteri dan juga Presiden UMNO [di zaman Tun Dr.Mahathir, beliau sekali-sekala dijemput dan hadir duduk bersebelahan dengan Mahathir dan tidak dibenarkan berucap] dan juga dihadapan para pemimpin UMNO Kelantan. Ucapan beliau menaikan kemarahan para pemimpin tersebut.
Kedua, majlis ini dianjurkan oleh Petronas bukan melalui UMNO Kelantan [JPP akan diarahkan melaksanakannya memakan belanjaan jutaan ringgit] yang biasanya menganjurkan berbagai program, tetapi pada kali ini JPM telah mengarahkan Petronas yang menganjurkannya dan perlu melibatkan kerajaan negeri Kelantan. Ini kerana pada pandangan saya, setiap kali UMNO menganjurkan program yang melibatkan PM, tidak ada sambutan. Pada kali ini rakyat Kelantan turun beramai-ramai merai Abdullah dan Nik Aziz kerana Petronas tidak melibatkan kepentingan politik. Petronas hanya nampak kepentingan pembangunan bukan kepentingan politik sempit seperti yang selalu diamalkan oleh UMNO.
Ketiga, majlis ini tidak disangka-sangka memberi impak yang besar ke atas perkembangan politik PAS khususnya di Kelantan. Ini menambah keyakinan rakyat Kelantan untuk mengegalkan PAS memerintah selepas PRU ke-12 nanti. Ini yang menimbulkan kemarahan UMNO Kelantan kepada Petronas,tetapi mereka tidak boleh apa-apa kerana ini adalah arahan yang keluarkan oleh JPM.
Tahniah PAS Kelantan
-------------------------------------------------------------------------------------
Baca tulisan MSO seterusnya
MAJLIS Perlancaran Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Ecer) merangkumi negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Mersing sudah selesai dengan jaya dan sempurnanya. Majlis itu menjadi sejarah terutamanya di Kota Bharu kerana ia menampilkan dua pemimpin dari parti berbeza, Abdullah Ahmad Badawi selaku PM dan Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan.
Seperti mana diakui Nik Aziz itulah kali pertama beliau diajak untuk duduk dalam majlis rasmi dan diberi peluang berucap selama 17 tahun menjadi MB dan mentadbir Kelantan. Mungkin beliau tidak akan melupainya dan sekaligus menolak tanggapan buruk ke atas Abdullah selama ini yang kurang menghormatinya berbanding Dr Mahathir Mohamad.
Tiada apa yang tidak sempurna pada majlis berkenaan, melainkan seperti yang dicatat sebelum ini berhubung ucapan Nik Aziz yang dianggap kurang manis. Lainnya berjalan dengan lancar. Kira-kira lebih 20,000 yang hadir (3/4 adalah orang Pas) berpuas hati. Rakyat Kelantan bangga dan gembira apabila MB mereka diberi peluang berucap di pentas sama dengan Perdana Menteri walaupun ucapan Nik Aziz tidak disiarkan secara langsung. Pendeknya semua bersurai dan pulang dengan senyum lebar, mulut hingga sampai ke pipi. Setidak-tidak terbetik dalam hati mereka 'selepas ini Kelantan akan maju' dan mereka mengakui janji Abdullah selama ini bahawa beliau adalah PM untuk semua negeri dan tidak akan menyisihkan Kelantan. Begitulah persepsi dan tanggapan rakyat bawahan. Sepasang suami isteri berusia 60 tahun ketika berjalan pulang berbisik sesama sendiri, apakah Nik Aziz dah berbaik dengan Dollah Badawi?
Boleh berangan
Sama ada pelan itu akan mencapai sasaran sukar untuk dibayangkan kerana mengambil masa 12 tahun. Jika mengikut pandangan pengkritik yang dengki kepada Abdullah dan sentiasa prejudis, mereka melihat pelan itu hanya sekadar pelan sahaja sedangkan wangnya tidak ada! Namun yang jelasnya rakyat Kelantan kini boleh berangan-angan dengan projek itu sama dengan negeri-negeri lain yang juga mendapat pelan sedemikian.
Rasa puashati juga nampaknya timbul di kalangan pemimpin Pas. Bagi Pas majlis itu adalah majlis mereka. Apabila Petronas yang menjadi arkiteknya memberi kuasa dan kepercayaan untuk mengatur dan mengundang jemputan kepada kerajaan Kelantan.
Terutamanya Tok Guru merasakan mereka kali ini dihormatinya dan kejadian itu adalah takdir Allah kepada Pas Kelantan di atas kesabarannya selama ini.Timbul juga rasa pelik atas apa yang berlaku itu. Apakah kepercayaan Petronas itu kerana mereka bimbang kalau majlis itu diserahkan kepada Umno dari segi jemputan dan undangan majlis itu tidak akan semeriah itu? Kemungkinan ini ada kebenaran apabila kehadiran Abdullah ke Kelantan tidak lama dulu kurang mendapat sambutan.
Jadi bagi mengelakkan majlis itu muram dan kurang mendapat sambutan serta tidak mengecewakan Perdana Menteri setiap kali menjejak kaki ke Kelantan, Petronas bijak menyerahkan kepada Kerajaan Kelantan untuk mengundang orang ramai dan membelakangnya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan juga Umno Kelantan.
Dan ternyata tugas kerajaan Kelantan dan Pas itu tidak sia-sia apabila jumlah yang hadir kelmarin adalah jumlah teramai pernah berlaku dalam majlis melibatkan Abdullah di Kelantan. Seluruh pegawai Kerajaan dan Exco juga hadir.
Bagaimanapun bak kata pepatah, pahat tetap akan berbunyi kandatipun rumah sudah siap. Seperti dalam kenduri ada-ada saja orang yang tidak berpuashati mengatakan dia tidak dapat itu dan tidak dapat ini. Begitu juga dengan majlis semalam terdengar di telinga saya bahawa apa yang berlaku semalam kurang disenangi oleh pihak Umno.
Umno Kelantan dikatakan merasa terhina dan marah dengan perjalanan majlis dan menganggap ianya telah memberi political mileage percuma kepada Pas Kelantan.
Menjadi kenyataan

Umno Kelantan kesal dengan apa yang berlaku dan menganggapnya tidak sepatutnya berlaku. Perkara yang berlaku itu juga khabarnya telah dibimbangi awal-awal lagi yang mana majlis itu akan mendapat political mileage kepada Pas, telah menjadi kenyataan.
Kononnya nasihat dan pandangan sudah diberi supaya jangan membabitkan kerajaan Kelantan terlibat begitu jauh. Sewaktu perbincangan dengan pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sudah ada pihak yang tidak senang dengan tindakan Petronas melibatkan Kerajaan Kelantan itu dan mendesak agar Umno yang menguruskannya.
Bagaimanapun desakan itu tidak dipedulikan oleh Petronas kerana Petronas telah mendapat arahan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) agar Kerajaan Kelantan dibabitkan sama. Sememangnya arahan JPM itu rasional kerana pelan itu melibatkan Kerajaan Kelantan secara langsung.
Khabarnya apa yang menjadi kemarahan dan timbul rasa terkilan Umno apabila MB telah mengambil kesempatan menyinis sebegitu rupa para pemimpin Umno terdahulu di hadapan Prersiden parti mereka, Abdullah. Dan ada orang Umno menyifatkan majlis pelancaran semalam juga telah merugikan Umno. Umno hanya 'letih saja' (buang tenaga percuma) sementara yang untungnya Pas. Petronas pula turut sama dikecam kerana telah menghabiskan wang berjuta-juta ringgit untuk memberi imej kepada Pas Kelantan dalam saat parti itu sudah mulai diperkatakan ekoran tindak-tanduk beberapa kerat pemimpinnya.
Mendengar jeritan pahat ini timbul juga kemusykilan. Kenapa mereka harus mempersoalkan tindakan Petronas itu? Kalau mereka mendapat arahana dari JPM, bermakna arahan itu adalah atas kehendak PM sendiri. Dan kalau PM sudah berkehendak begitu usahlah pertikai dan terima sahajalah dengan hati terbuka. Lagipun selama ini Umno Kelantan termasuk Annuar Musa sendiri sering melaungkan yang beliau bersedia bekerjasama demi masa depan rakyat Kelantan.
Apa yang penting sekarang ialah buktikan.
Dinasihatkan, untuk menyedapkan hati atas ketidaksempurnaan itu, bagi Umno anggaplah apa yang berlaku itu sudah ditakdirkan demikian atau pun tersalah teknik kerana terlalu sangat ingin bermain politik.
UMNO…..UMNO…..apa dah jadi
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian.Wassalam.
Assalumua'laikum.
ReplyDeleteTak kira apa nama parti pun, yang penting hala tujuan dan matlamat apa yang diperjuangkan.
Dalam umno, matlamat perjuangannya tak begitu jelas. Samar-samar. Pelembagan dan undang-undang yang umno gunakan pun kurang jelas, lebih-lebih lagi yang sudah berumur dan kurang maklumat, hanya satu sumber maklumat yang diperolehi.
Malah umno menjalankan umdang-undang yang mengelirukan. Pada mereka umno itu kerajaan, kerajaan itu umno.
Konon kata mereka, tidak ada pilih kasih dalam segala peraturan. Tapi sebenarnya terserlah porak peranda dan kacau bilau yang mereka lakukan terhadap rakyat, malah kepada ahli-ahli mereka sendiri!
Kepada ahli umno yang berasa ada iman dan harga diri tu, fikirlah dengan akal yang waras dalam menyokong kepada pemimpin atasan.
Setiap sokongan yang diberikan itu akan menjadi tanggung jawab kepada diri sendiri. Adakah sokongan itu berpahala di redhai oleh Allah atau sebaliknya akan berdosa yang mungkin Allah laknati.
Terutama dalam hal menyokong perkara yang maksiat dan syirik itu besar didosanya kepada Allah.
Sebelum terlambat, fikir dan buat tindakan yang diredhai oleh Allah dan RasulNYa.