DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, June 21, 2007

DUA WAJAH DALAM SISTEM PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Oleh : Tun Telanai
[Pertama kali disiarkan dalam Laman Marhean pada 26.11.2003
-diubahsuai dan kini disiarkan semula sebagai satu 'flashback']

Assamu'alaikum wm.wbt
I. KEADILAN

Sepanjang 46 tahun Malaysia [kini 50 tahun] mencapai kemerdekaan, kita tidak pernah menyaksikan berlakunya sebarang pertukaran kerajaan, walaupun dalam tempoh tersebut banyak isu yang berbentuk “mega“ berlaku dalam negara kita dari masa ke semasa, tetapi rakyat Malaysia terlalu baik hati.

Beberapa contoh akan disebut di sini sebagai imbas kembali skandal terbesar yang berlaku di tanah air kita tetapi rakyat Malaysia tidak pernah ambil pusing, asalkan perut kenyang. Tanpa memikirkan masa depan negara, negara yang akan diwarisi kepada generasi akan datang yang sudah kekeringan sumber untuk diterokai lagi.

Isu BMF yang menggemparkan negara sedikit masa dulu tidak pernah menyentuh perasaan rakyat Malaysia yang mana ia melibatkan kewangan negara yang mengalami kerugian lebih RM2 bilion. Seorang pegawai dari Bank Negara yang menyiasat kes ini dibunuh dengan kejam di Hong Kong sehingga kini kes ini tergantung tidak tahu siapa yang membunuh Allahyarham Abdul Jalil dari Melaka itu.

Kerugian yang terbesar itu menyebabkan kerajaan terpaksa “bail out“ Bank Bumiputra Malaysia Berhad sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1984 sebanyak RM2.3 bilion dan tahun 1989 sebanyak RM982 juta [hampir satu billion lagi] dan pada 1998 ketika krisis kewangan berlaku BBMB terus mengalami kerugian akibat memberi hutang yang terlalu besar kepada kroni-kroni tanpa mengikut prosedur biasa yang diamalkan oleh bank. Kali ketiga ini kerajaan tiada berwang lagi untuk membantu BBMB dan memaksa BBMB bergabung dengan Bank Of Commerce dan hilang hak orang Melayu ke atas bank ini. BBMB dihasilkan dari cita-cita orang-orang Melayu dalam kongres bumiputra pada tahun 1963. Sekarang bank ini dikenali sebagai Bank Bumiputra Commerce Berhad.

Pada tahun 1994, sekali lagi Malaysia mengalami kerugian kewangan sejumlah RM30,000 juta akibat Bank Negara berspekulasi dengan urusniaga pasaran hadapan mata wang asing [semacam permainan Soros]. Bayangkan ketika itu rakyat Malaysia berjumlah 19 juta, maka sebanyak 1.2 juta rumah murah berharga RM25,000.00 sebuah dapat dibina untuk rakyat marhaen yang tidak berumah. Jumlah wang sebanyak itu juga dapat membina 45 buah universiti untuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat. 5 projek lebuhraya seperti Lebuhraya Utara-Selatan dapat dibina dan 4 buah lapangan terbang dapat dibina setaraf dengan yang ada di KLIA sekarang.

Kewangan Petronas dibelanjakan secara boros dan tidak berhemat. Pada tahun 1999, misalnya pendapatan Petronas melalui cukai pendapatan, royalti, duti eksport, duti import, duti eksais dan dividen berjumlah RM11.6 bilion iaitu 20% dari KDNK [tahun 2000 sehingga bulan Jun pendapatan RM 4.3 bilion iaitu 15.4 % dari KDNK]. Satu sen pun tidak pernah dikeluarkan zakat untuk membantu orang-orang miskin semenjak Petronas ditubuhkan, tetapi wang Petronas habis dibelanjakan untuk Mirzan anak lelaki Mahathir sebanyak RM1.3 bilion belian balik MISC, untuk formula 1 RM286 juta, untuk HICOM RM999 juta, Perwaja Steel RM3.6 bilion, RM22 bilion untuk Putrajaya dan MSC, MAS RM668.8 juta, RM1.8 bilion untuk KLCC dan RM3.8 bilion pembelian bon.

Demi kelangsungan UMNO di bumi Malaysia ini, kredilibiti Jabatan Peguam Negara, Pasukan Polis dan Mahkamah dipergunakan secukup-cukupnya. Maruah ketiga-tiga institusi ini jatuh menjunam di kalangan masyarakat tempatan dan luar negara. Pelbagai penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO/BN tidak didakwa dan dikenakan hukuman setimbal dengan kesalahan yang mereka lakukan.
Umpamanya segala penyelewengan, menyalahgunakan kuasa, rasuah dan skandal seks Abdul Rahim Tamby Chik dengan Norhayati Md Yusuf tidak diambil tindakan, malah budak ini ditangkap dan dihantar ke pusat pemulihan. Pada tahun 1985, seorang wanita Serani yang bekerja sebagai pelayan bernama Josephine Nunis menyaman beliau kerana mungkir janji untuk berkahwin dengannya. Kes ini diselesaikan di luar mahkamah dengan Rahim membayar ganti rugi berjuta ringgit.

Dalam buku Ahmad Lutfi Othman yang bertajuk: “Siapa Dalang-Cerita Di Sebalik Tabir” m.s.150 hingga 114 menceritakan secara detail berkenaan salahlaku dan amalan rasuah yang dilakukan oleh Rahim. Lim Guan Eng ketika itu sebagai MP Kota Melaka merangkap Ketua Pemuda DAP membuat 10 laporan polis dan kepada BPR [sekadar menyebut beberapa siri tarikh Lim membuat laporan iaitu pada 21.4.1993, 23.7.1993, 14.8.1993, 21.8.1993, 24.8.1993, dan 1.11.1993] untuk menyiasat kes ini. Sebanyak 29 kes dakwaan salahlaku Rahim dilaporkan, hanya 3 kes di bawa ke mahkamah dan pada tahun 1996 melalui Peguam Negara kes ini ditarik balik tanpa memberitahu alasan yang munasabah.

Undang-undang Malaysia mempunyai dua kategori:

Pertama, untuk pemimpin UMNO/BN seperti kes salahlaku yang dilaporkan pembahagian saham oleh Pengerusi Saham Bumiputra di MITI Rafidah Aziz, laporan polis oleh Fauzi Abdul Rahman, kini bekas ADUN Beserah terhadap kes pembalakan di Pahang terhadap Menteri Penerangan Khalil Yaakob dan MB Pahang sekarang [MB paling kurang ajar dan panas baran] juga turut didakwa terlibat dalam kes rasuah pembalakan seluas 10,000 hektar di hutan Pahang [kesnya belum selesai, masih tersangkut di Mahkamah Tinggi Kuantan dan banyak laporan dibuat] oleh seorang taukeh Cina bernama Lee Sin, Pengarah Syarikat Seruan Gemilang Makmor telah hilang lesap entah ke mana. Laporan daripada berbagai pihak [parti KeADILan dan NGO]terutama laporan yang yang disertakan dengan bukti-bukti dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman sebanyak dua kali membuat laporan BPR di Putrajaya dan di Shah Alam perbuatan rasuah, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan yang dilakukan oleh Dr.Khir Toyo, tidak kedengaran lagi bermakna fail sudah ditutup dengan alasan yang sudah diagendakan, simple dan senang buat kerja dengan memberi alasan 'kekurangan bukti'. Habis cerita. Tutup panggung.
Pecah amanah melibatkan duit orang miskin melalui PPRT di selewengkan oleh Menteri sendiri dan Menteri sendiri [Azmi Khalid yang baru mengambilalih tugas] telah membuat laporan polis dan BPR, tetapi yang ditangkap hanyalah sebuah kereta mercedes kepunyaan Annuar Musa. Annuar masih bebas sampai sekarang. Paling menyedihkan apabila bekas KSU Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar yang Annuar sebagai Menterinya didapati bersalah dan dijatuhi hukuman oleh mahkamah dan beliau telah hilang segala haknya sebagai bekas pegawai kerajaan seperti pembayaran pencen bulanan dan sebagainya. Kini, Annuar yang dapat perlindungan politik telah bebas daripada sebarang dakwaan skandal dan rasuah, tetapi tidak difikiran rakyat. Rakyat susah untuk melupakannya, tetapi Mahathir kata 'Melayu Mudah Lupa' . Annuar kini bergelut dengan PAS untuk menjadi MB Kelantan. Sekiranya Annuar berjaya mengalahkan PAS dan UMNO kembali berkuasa di Kelantann dan Annuar dilantik sebagai MBnya [minta-minta dijauhi oleh malaikat 44], maka rakyat Kelantan menempah maut. Annuar ibarat anjing, tidak makan tahi, tetapi tetap menghidunya.
Mohamad Mohd.Taib boleh melarikan Ku Yah anak Sultan Selangor [bermusuh dengan Sultan kerana Sultan sangat murka] berkahwin [melakukan pembohongan [munafik] yang paling besar sebagai pemimpin Melayu-Islam no.1 di Selangor kerana nafsu seksnya yang gagah perkasa menghasilkan seorang anak lelaki] di Selatan Thailand dan melarikan RM2.4 juta wang tunai dalam brifcase ke Australia untuk membeli hartanah yang bernilai jutaaan ringgit. Mohamad juga dibebaskan di mahkamah Brisbine, Australia atas faktor kononnya beliau buta huruf dalam Bahasa Inggeris dan beliau juga didapati tidak bersalah oleh mahkamah di Malaysia berkiatan isu tanah.
Laporan polis dan BPR mengenai salahlaku dan menggunakan kedudukan sebagai Menteri, bekas Presiden MCA dan yang juga bekas Menteri Pengangkutan, Dr.Ling Liong Sik dibuat oleh Lim Kiat Siang pada 13.6.1997 yang melibatkan anak dan isterinya dalam urusan perniagaan seperti mana yang diceritakan oleh Soh Chee Wen. kes ini telah pun ditutup dan beliau telah diarah meletakkan jawatan dan diganti dengan Ong Ka Ting.
Begitu juga dengan S.Samy Vellu dengan isu Maika Holdingnya, tetap selamat kerana beliau mendapat perlindungan politik juga. Semua laporan yang dibuat yang melibatkan para pemimpin UMNO/BN dibakul-sampahkan dan ada menteri bercakap bahawa laporan-laporan yang dibuat ini hanya membuang masa sahaja. Rais Yatim, ketika menjadi Menteri yang menjaga perundangan di JPM pernah membuat satu kenyataan bahawa terdapat 18 kes berprofail tinggi yang menanti masa yang sesuai untuk disiasat dan mengambil tindakan selanjutnya. Disebabkan ada campur tangan politik terutamanya datangnya daripada Abdullah Ahmad Badawi sendiri selaku PM, yang mana BPR dan PDRM serta Jabatan Peguam Negara diletakkan di bawah pegawasan dan pengawalannya secara langsung.
Agensi-agensi ini bertindak mengikut arahan, bukan mengikut peraturan dan perlembagaan negara. Perangi rasuah habis-habisan adalah agenda politik regim Abdullah. Abdullah tidak mempunyai 'political will' yang kuat untuk mengurangkan amalan rasuah yang berlaku secara meluas dalam berbagai sektor. Rasuah berlaku dihadapan mata beliau. Dalam karbinet beliau sendiri penuh dengan manusia-manusia yang bergelomang dengan noda-dosa dengan amalan rasuah, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk mencari kemewahan melampau. Abdullah tidak mampu bertindak hanya sekadar berslogan dan tidur.
Kedua, undang-undang yang digunapakai untuk menentang musuh-musuh politik pemimpin UMNO/BN dan untuk rakyat biasa [dikatakan sebagai undang-undang sarang labah], sila rujuk kes-kes yang melibatkan Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Ezam Mohd. Noor sekadar menyebut beberapa nama sahaja. Pegawai-pegawai kerajaan dan rakyat marhaen. Mereka ini sahaja akan didakwa dan kenakan hukuman yang berat dan tidak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan [rujuk kes hukuman terhadap Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng] berbanding hukuman yang dikenakan ke atas Abdul Rahim Noor bekas Ketua Polis Negara dan Waad Saad bekas Exco Negeri Sembilan.
Saya telah bercakap mengenai kredilibiti Jabatan Peguam Negara dan Pasukan Polis jatuh menjunam akibat tindakan tanduk institusi berkenaan. Saya ambil contoh kes Rahim TC, pada tahun 1994, Rahim dituduh mempunyai hubungan seks dengan Norhayati Md Yusuf dan untuk menyelamatkan Rahim pihak Peguam Negara dan polis telah mendakwa dan menghukum 14 lelaki yang mendakwa mempunyai hubungan dengan Norhayati.
Norhayati melalui akuan bersumpahnya di Mahkamah Tinggi Melaka di depan Hakim Dato’ Mohamad Noor pada 27.2.1997 sebagai saksi Lim Guan Eng, Norhayati sekali lagi mengakui bahawa beliau mempunyai hubungan seks dengan Rahim. Pada 27.1.1999, di Hotel Federal, KL, Lim Guan Eng membawa dua pucuk surat yang mengandungi akuan sumpah Norhayati sebagai sokongan untuk memperolehi pengampunan dari Yang DiPertuan Agong dan Yang DiPertua Dewan Rakyat, tetapi pada 2.11.1999, Norhayati membuat kejutan dengan membuat akuan bersumpah mengaku yang beliau tidak mempunyai hubungan seks dengan Rahim. Akuan bersumpah itu bertarikh 2.9.1998 ketika Anwar Ibrahim dipecat. Norhayati mendakwa dia dipaksa berbohong kepada PM, ditahan 50 hari di Bukit Aman, di turning over yang akhirnya dia membuat pengakuan yang beliau mempunyai hubungan seks dengan Rahim. Akuan sumpah Norhayati diguna-pakai. Berbeza dengan kes Anwar Ibrahim, semua akuan bersumpah yang dibuat oleh Dr. Munawar Ahmad Anees, Sukma, Meor Razak dan Nalla Kurapan ditolak oleh mahkamah.
Satu lagi yang menghilangkan kredilibiti Jabatan Peguam Negara dan Pasukan Polis ialah kes misteri Nallakaruppan a/l Solaimalai [baru keluar daripada PKR] yang ditahan di bawah ISA kerana didakwa memiliki senjata api berbahaya. Jika bersabit dengan kesalahan tersebut, beliau akan dikenakan hukuman mati. Dalam perbicaraan kes rasuah Anwar Ibrahim, peguambela, Anwar Zainor Zakaria mendedahkan surat peguambela Nalla kepada Peguam Negara ketika itu Mokhtar Abdullah bahawa ada pakatan di antara Ghani Patail [kini AG] dan Azhar Mohamad [sudah tentu dalam pengetahun Mokhtar Abdullah] dengan peguambela Nalla Manjet Singh Dhillon untuk meringankan hukuman Nalla dengan syarat Nalla bersetuju menjadi saksi pendakwa memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau adalah pembekal wanita-wanita cantik kepada Anwar, tawaran ini tidak dipersetujui oleh Nalla dan akhirnya beberapa perundingan dijalankan, pendakwaraya meminda tuduhan di bawah Akta Senjata Api 1960 yang membawa hukuman penjara 6 bulan dan denda RM2,000.00. Manakala Zainor dihukum 3 bulan penjara kerana menghina mahkamah oleh Hakim cokelat Hack [Augustin Paul] , Mahkamah Rayuan mengekalkannya dan Mahkamah Persekutuan membebaskannya dengan alasan penghakiman yang membusukkan sistem kehakiman di Malaysia.
Walaupun dengan pelbagai isu yang berbentuk “mega“ di samping harta negara difaraidkan di kalangan mereka yang berkuasa dan rakyat marhaen terus miskin, yang kaya terus kaya kerana mereka diberi peluang dan anugerah untuk menjadi jutawan mee segera, namun setiap kali pilihan raya diadakan empat atau lima tahun sekali pembangkang tidak pernah menguasai jumlah kerusi yang besar sehingga membolehkan mereka membentuk kerajaan pusat. Hanya tahun 1999 pada pilihan raya ke 10 [bagaimana dengan PRU ke-12?], parti pembangkang khususnya PAS mencapai kemenangan besar dan undi popular UMNO merosot teruk di semua negeri di semenanjung sehinggakan UMNO menjadi tidak siuman meminda pelbagai undang-undang pilihan raya, persempadanan semula kawasan pilihanraya, mempergunakan SPR, mempergunakan jentera-jentera kerajaan tanpa segan silu, mempergunakan pasukan polis bagi menghalang ceramah pembangkang sehingga telah berani menceroboh ke dalam dewan persidangan bagi menjaga survival UMNO.
Banyak sebab mengapa pembangkang sering mengalami masalah yang saya sebutkan itu, di antaranya ialah proses perjalanan pilihan raya yang berat sebelah memihak kepada UMNO/BN, penyalah-gunaan jentera-jentera, institusi-institusi dan pasukan penguatkuasaan kerajaan serta pengunaan media yang berbentuk nazi di zaman Hitler dan kelemahan pembangkang sendiri turut membantu UMNO/BN mengekalkan kuasa berkekalan sehingga sekarang.
II. DEMOKRASI
Dalam tulisan ini saya akan menganalisis tentang kefahaman masyarakat kita sendiri yang kurang faham mengenai konsep demokrasi itu sendiri. Kefahaman masyarakat kita mengenai demokrasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu pertama, kumpulan masyarakat yang memahami demokrasi dalam rangka kerajaan moden dan kedua, kumpulan yang memahami demokrasi dalam pengertian yang dianjurkan oleh pemerintah.
Kumpulan pertama menganggap demokrasi sebagai satu bentuk kerajaan yang memperolehi sumber kekuasaan daripada rakyat menerusi proses pilihanraya, satu bentuk kerajaan yang mementingkan pengagihan kuasa, mengiktiraf kewujudan pembangkang dan kumpulan seminat [kesatuan sekerja,persatuan pelajar, NGO], membenarkan kebebasan media dan kegiatan bertukar pendapat [tanpa sekatan] dan hal-hal bersangkutan.

Kumpulan ini mendefinisikan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kerajaan. Mengkritik kerajaan, kepada golongan ini bukan satu kesalahan kerana sumber kekuasaan datang dari rakyat dan bukan dari langit. Kalau dari sumber kekuasaan itu datang dari rakyat, maka mereka juga boleh menarik sokongan jika kerajaan melakukan kesilapan atau penyalah-gunaan kuasa.

Parti pembangkang, kumpulan seminat dan media tidak harus disekat kerana juga ingin membuat bakti kepada masyarakat. Kerajaan boleh datang dan pergi, tetapi masyarakat dan negara tetap tidak berubah. Konsep nasionalisme [berbeza dengan perjuangan PAS yang berasaskan Islam mengutamakan Islam memerintah bukan Islam diperintah] kumpulan ini ialah mengutamakan masyarakat dan bukannya kerajaan yang ada. Kerajaan yang takut membenarkan semua unsur tersebut kepada kumpulan ini ialah kerajaan yang takut kepada rakyat dan tidak berhasrat menjaga kepentingan rakyat.

Kumpulan ini bagaimanapun tidaklah besar, mereka terdiri daripada golongan professional, berpendidikan dan golongan menengah yang kebanyakannya tinggal dalam bandar dan segelintir masyarakat luar bandar yang senantiasa mengikuti perkembangan politik semasa.

Kumpulan kedua ialah masyarakat yang menganggap demokrasi sebagai “pesta“ yang dianjurkan 4 atau 5 tahun sekali. Melalui pesta tersebut, mereka mendapat wang, hadiah dan kenduri. Pilihan raya pada mereka bukan proses memilih pemimpin atau kerajaan, tetapi memberi mandat kembali kepada pemimpin dan kerajaan yang sedia ada sebagai tanda “syukur“ dan berterima kasih atas segala “sumbangan“ dan “jasa“ pemimpin tersebut selama ini.

Pemimpin yang baik bagi kumpulan ini ialah pemimpin yang boleh membina jalan raya, jambatan, balai raya, menyediakan jersi bola, suka memberikan hadiah, mencari peluang pekerjaan untuk anak-anak mereka dan menghulurkan bantuan.

Bagi kumpulan ini, kerajaan tidak boleh dikritik apatah lagi ditentang kerana itu “menderhaka“ dan “tidak bersyukur“ namanya. Kerajaan yang ada itu tidak pernah salah dan tidak mungkin melakukan “kesalahan“. Kerajaan yang ada itu diangkat oleh Tuhan, suci dan kata-kata pemimpin wajib ditaati sebagai wahyu turun dari langit.

Kumpulan pembangkang, kumpulan seminat dan NGO-NGO serta media yang menentang kerajaan dan rakyat tidak perlu ditunjukkan belas kasihan sekiranya tindakan diambil oleh kerajaan. Kumpulan ini hanya dikenali sebagai kumpulan “penyebar fitnah“, “menjadi agen negara asing“, dan “agen yang memecahbelahkan masyarakat“. Kumpulan kedua ini lebih besar daripada kumpulan pertama, mereka biasanya terdiri daripada kumpulan yang tidak mendedahkan diri mereka dengan maklumat sebenar [maklumat sebenar diputarbelitkan untuk mengelirukan mereka sepanjang masa oleh media-media nazi di Malaysia].

Sumber maklumat politik mereka diperolehi daripada bacaan akhbar harian dan tv yang dikawal 100% oleh kerajaan. Terdapat juga mereka yang berpendidikan tinggi tetapi tidak suka mendedahkan diri dengan persoalan politik. Politik kepada mereka ini adalah sesuatu yang kotor dan patut dijauhi. Memang kita telah merdeka, merdeka dari membebaskan diri dari belenggu kezaliman bangsa asing, sekarang kita menuntut kemerdekaan kedua dari belenggu dan kezaliman yang dilakukan oleh bangsa sendiri ke atas bangsanya sendiri.

Itulah apa yang saya maksudkan dua wajah demokrasi di Malaysia yang memerlukan banyak kesungguhan, tenaga, wang ringgit, masa, keringat, pakar-pakar strategis merangka pelan bertindak, berdakwah, pemimpin-pemimpin yang bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT supaya memberi hidayah dan petunjuk bagaimana untuk memecahkan tembok kumpulan kedua yang terbesar ini.

Sekian. Wassalam.
Tun Telanai 26.11.2003 (suntingan M@RHAEN)

ANTARA 2 WATAK : MANUSIA DAN IBLIS

Oleh : Tun Telanai - Laman M@RHAEN
[Asalnya disiarkan di dalam Laman ini]



Assalamu’alaikum wm.wrt.,


Seperti apa yang dijangkakan dalam tulisan saya bertajuk: Syabas dan Tahinah kepada PDRM [Rujuk : http://marhaen.ngepeng.com/mar_b_tun_telanai62.html] adalah tepat sekali. Pasukan polis boleh tahan sabar [beri peluang] hanya dua kali sahaja untuk parti-parti pembangkang dan NGO-NGO melakukan gerakan demonstrasi menentang kenaikan kadar tol yang mahal di Lembah Kelang bermula 1 Januari lepas.

Pertama, demonstrasi di plaza tol bandar Sunway di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran di hadapan kompleks membeli-belah Sunway Pyramid, Kuala Lumpur pada hari Ahad, 7.1.2007. Demonstrasi ini dianggap paling berjaya menghantar mesej kepada sebuah kerajaan yang zalim dan merampas keselesaan kehidupan rakyat [kecuali syaitan-iblis yang berkampung dalam UMNO].

Kedua pada hari Ahad 14.1.2007 di plaza tol Gombak. Kedua-dua perhimpunan dapat berjalan dengan lancar, aman dan teratur dan pihak pasukan polis hanya bertindak mengawal dan mengawasi perhimpunan. Tetapi sebaliknya pada demontrasi kali ke-3 berlaku pada hari Ahad, 21.1.2007 lalu, pasukan polis telah bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan aman membantah kenaikan tol di tol Batu 11 Cheras-Kajang.

Pihak Polis telah menyurai demonstrasi itu dengan tindakan yang kurang ajar, biadap, kasar dan menangkap 17 aktivis termasuk Setiausaha Protes Kenaikan Harga Tol, Dr Hatta Ramli yang juga Bendahari PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat [PKR], Tian Chua, Pemimpin DAP, Ronnie Liu dan lain-lain aktivis. Mereka semua telah dijadikan seperti binatang, disepak, diterajang dan dipukul oleh anjing peliharaan UMNO [Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/62451 dan juga lihat ini http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=6139&Itemid=28]


Kejadian seumpama ini [mengekang gerakan parti-parti pembangkang dan menjaga survival UMNO] berlaku berulang kali semenjak daripada tarikh 1.7.2001 [tarikh berkuatkuasanya pengharaman ceramah di tempat umum] sehingga ke hari ini [termasuk dalam pilihan raya umum 2004]. Kerja-kerja melepaskan gas pemedih mata, menyembur asid, memukul, menumbuk, menendang, menyepak dan menyiksa OKT dalam lokap seperti yang berlaku dalam kes keganasan pasukan polis di Lebuhraya Kesas pada tahun 2001 dahulu, kini menjadi tugas hakiki [utama] PDRM, tugas menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat tidak lagi diberi keutamaan.

Oleh sebab itulah munculnya berbagai-bagai kes-kes jenayah seperti merompak, mencuri, merogol hatta membunuh semakin membiak dalam masyarakat kita dewasa ini. Tenaga pasukan polis ini akan digunakan semaksimumnya bagi mematahkan sebarang tindakan atau gerakan [walaupun mengikut Undang-undang dan Perlembagaan] yang boleh memberi imej yang buruk terhadap kerajaan pimpinan UMNO [tidak kiralah sama ada di zaman Dr. Mahathir Mohamad memerintah dahulu-ketika era Reformasi memuncak atau di era Abdullah Ahmad Badawi memerintah sama sahaja]. Pihak polis mudah diperalatkan sebagai agen proksi UMNO bertindak tegas memadamkan suara bantahan rakyat.

Jadi, apa persiapan kita untuk menghadapi tindakan pasukan polis yang selama ini menjadi tali barut UMNO untuk terus mengekalkan kuasa. Banyak langkah atau tindakan yang kita boleh ambil. Kita tidak boleh lagi selama-lamanya mengamalkan budaya defensive. Amalan ini menjadikan kita seperti ‘binatang’ yang boleh disepak, diterajang, disembur dengan gas pemedih mata, dipancut dengan air berasid dan dibuli dalam lokap ikut suka hati.

Kita mesti memulakan langkah ke depan secara membudayakan gerakan ofensif. Panggungkan dan dongakkan kepala ke atas, tidak perlu melihat ke bawah selama-lamanya. Kita tidak mahu lagi melihat majlis-majlis rasmi parti kita [PAS] yang dihadiri oleh Presiden, Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin kanan parti diganggu oleh pihak polis. Kita mahu majlis-majlis seumpama ini dapat berjalan lancar tanpa gangguan seperti mana majlis-majlis rasmi anjuran UMNO. Jangan sekali-kali mengamalkan dasar meng’apartheid’kan masyarakat di dalam Negara ini.

Semua kaum, bangsa dan agama mempunyai hak masing-masing. Kita tidak mahu lagi melihat Presiden kita dibuli dengan disembur gas pemedih mata dan air berasid seperti yang berlaku di Masjid Al-Taqwa, Batu 6, Kuala Terengganu dan kita juga tidak mahu melihat MB kita terpaksa dibawa lari di tengah-tengah kesejukan malam buta daripada kepungan polis seperti penjenayah besar seperti yang berlaku di Kuala Ketil, Kedah.

Kita hendakkan semua pihak menghormati hak orang lain, masing-masing ada haknya dalam ruang lingkup Undang-undang [pemberian permit dipermudahkan] yang menjadi amalan Negara demokrasi. Tindakan biadap dan kurang ajar pihak polis selama ini merendahkan martabat kita sebagai insan yang mulia. Kita bukan penjenayah, kita bukan penagih dadah dan kita bukan pengemis di jalanan.

Kita bergerak di dalam sebuah organisasi yang berlandaskan Undang-undang yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Sekiranya UMNO takut hilang kuasa melalui pilihan raya, UMNO tidak perlu melakukan penipuan dan penyelewengan dalam pilihan raya, tidak payah mencurah duit berbillion-billion ringgit, menggunakan SPR, menggunakan pasukan polis, Jabatan Pendaftaran Negara, kemudahan awam, memperalatkan Jabatan/agensi dan kakitangan awam untuk menang, UMNO hanya perlu berani mengisytiharkan bahawa Negara ini adalah Negara dictator ala-Nazi Adolf Hitler.

Maka, dengan itu Negara ini terus ditadbir oleh UMNO buat selama-lamanya. Selama ini pilihan rata di Malaysia adalah sandiwara semata-mata. Pemenangnya telah ditetapkan. Pemboikotan pilihan raya kecil Batu Talam adalah langkah yang bijak. Rakyat DUN Batu Talam bakal menerima seorang wakil rakyat berperangai ‘iblis’ dan penyamun tarbus. Pada 25.1.2007, kes penyamun tarbus yang menyamun harta rakyat akan di dengar di Mahkamah Tinggi Temerloh. Kita telah dapat menjangka apa yang akan diputuskan oleh mahkamah ini, hari ini. Sila ikuti link ini :
http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=5899&Itemid=28 http://www.tvpas.com/material.php?cat=berita&id=4532

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Tun Telanai - 25.01.2007 (suntingan M@RHAEN - Emel:
marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
http://marhaen.kelatedaily.net/

Wednesday, June 20, 2007

GAYA SEORANG BAKAL MB

Oleh : Tun Telanai

Assalamu'alaikum wm.wrt,

KJ bakal MB Negeri Sembilan?

Roslan SMS yang juga pengendali web.TV8 telah membuat komen berkaitan Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah Ahmad Badawi yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO yang mempunyai cita-cita politik yang tinggi. Matlamatnya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia termuda dalam sejarah. Gerak politiknya banyak mempengaruhi tindak-tanduk politik Abdullah. Buat masa sekarang Khairy sedang merangka strategi dan tektik dengan mengumpul pengikut, melebarkan networking dan memperkukuhkan kedudukan kewangan bagi menghadapi masa depan politiknya.

Saya tertarik dengan ulasan yang dibuat oleh Roslan berdasarkan sebuah artikel yang disiarkan di Malaysiakini menggambarkan seramai 7 orang MB akan mengosongkan kerusi masing-masing pada Pilihanraya Umum ke-12 yang akan datang. Ada beberapa yang dikatakan akan dipanggil ke Pusat termasuklah Khir Toyo, Adnan Yaakub, Mahdzir Khalid dan Mohamad Hassan (MB NS). Selebihnya dikatakan akan digugurkan iaitu Shahidan Kasim, Tajol Rosli dan Ghani Othman.

Perubahan ini dikatakan ekoran penilaian Presiden Umno terhadap prestasi masing-masing pemimpin termasuklah manfaat mereka kepada kelangsungan politik Dollah. Khir Toyo contohnya dikatakan berkrisis dengan menantu Dollah iaitu Khairy Jamaluddin. Dan beliau memang berada dalam senarai hitam Dollah sekian lama atas sebab-sebab tertentu. Mungkin Khir akan diberikan kerusi kabinet, mungkin juga jadi Timbalan Menteri seperti Ramli Ngah Talib dulu atau lebih parah lagi sekadar Setiausaha Parlimen sebagaimana terjadi kepada bekas KM Melaka satu ketika dahulu.

Lanjutan daripada artikel tersebut, beliau telah mendapat maklumat sebenarnya perubahan besar ini lebih merupakan pembukaan laluan buat menantu Dollah bagi memasuki gelanggang politik perdana negara. Menurut maklumat itu mereka yang di keliling Dollah merasakan telah tiba masanya untuk Khairy dilonjakkan ke atas bagi memain peranan yang boleh mengukuhkan kedudukan politik Dollah dan menjamin masadepan politiknya sendiri.Lonjakkan tersebut mestilah sekuat-kuat lonjakkan agar peranan yang dapat dimainkan Khairy nanti cukup bermakna dan berkesan.
Ini bermakna Khairy nanti bukan sekadar akan dinobatkan sebagai seorang ahli parlimen atau ADUN, bukan sekadar menjadi seorang Setiausaha Parlimen atau Timbalan Menteri. Status Khairy nanti mestilah setanding dengan pimpinan kanan Umno.Untuk itu adalah diyakini Khairy akan bertanding sebuah kerusi ADUN Negeri Sembilan dan terus dinobatkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru, manakala Mohamad Hassan (seorang yang rapat dengan Khairy) akan memegang kerusi kanan di dalam kabinet.Tidakkah pada usia 31 tahun Khairy nanti dikira terlalu muda?Sebenarnya jika anda anak atau menantu PM atau bekas PM segalanya istimewa belaka. Bukankah Najib Tun Razak diangkat sebagai MB Pahang pada bulan Mei 1982 ketika usia beliau 29 tahun.

Jika Najib boleh mengapa Khairy tidak boleh sedangkan Khairy adalah menantu PM manakala Najib ketika itu bukan lagi anak PM (kerana Tun Razak telah meninggal dunia)Sebagai MB nanti Khairy akan otomatik berperanan dalam Majlis Tertinggi Umno. Beliau duduk setanding dengan YAB PM dan TPM dan MB-MB serta KM-KM yang semuanya bergelar YAB. (Kerana itulah pemilihan MT Umno perlu ditangguhkans ehingga selepas pilihanraya umum)Ketika itu pengaruh Dollah dan sekaligus pengaruh Khairy akan semakin kukuh.

Ketika itu juga mereka yang dikeliling-kelalang Khairy akan semakin menonjol terutama Azeez Ketua Putera Umno yang jika tidak silap boleh pula di bawa ke Kedah untuk menjadi MB yang baru!Demikianlah sifir dan sepak terjang politikDollah dan keluarga. Dengan Khairy mempunyai kedudukan sedemikian sebarang cita-cita Najib dan kumpulannya untuk mencabar Dollah akan segera ditangani. Keupayaan mereka akan semakin terkawal dan dengan itu Dollah dapat duduk tenang di takhtanya kerana menantu dan kawan-kawan menantunya nanti akan bersiap-siaga berhaapan dan menetang sebarang kemungkinan.Najib dan sepupunya Hishamuddin memang dilihat berpotensi mencabar kedudukan Dollah dan sekaligus Khairy yang masih dianggap berhingus dalam politik itu. Lantas tidak ada cara lain menanganinya melainkan Khairy dinobatkan sebagai YAB MB Negeri Sembilan yang baru.

Petikan daripada blog Roslan SMS :http://n32.blogspot.com/190607

Kalaulah telahan ini menjadi menjadi satu kenyataan "dream become reality", maka tunggulah bencana yang paling dashat akan berlaku macam stunami melanda Acheh sedikit masa dulu. Ia akan memusnahkan segala-segalanya yang kita pupuk semenjak kita bebas daripada sistem feudal beratus tahun lalu dan belenggu daripada penjajahan British. Selepas merdeka, kita bangunkan negara ini mengikut acuan kita sendiri, kita membela agama dan bangsa. Agama diletakkan dalam kedudukan paling tinggi dalam semua sektor kehidupan rakyat, walaupun ia mendapat tentangan hebat daripada pihak penguasa. Namun, Islam tetap menjadi pegangan hidup kebanyakan orang Melayu.

Dibawah ini disertakan beberapa gaya Khairy dalam posting yang amat membimbangkan terhadap agama dan bangsa.

1. Gambar Khairy dengan isterinya, Nori.
Apa yang direnungkan oleh Khairy sampai terkerut dahinya itu?

2. MayaKarin didakwa ada hubungan dengan Khairy, tetapi Khairy dengan keras menafikanny3. Khairy suka melepak di hotel-hotel ternama untuk berpesta sakan

4. Akhbar The Sun ada menyiarkan hobi Khairy itu






5. Sikap kurang ajar yang tidak sepatutnya ada dalam diri Khairy. Khairy lambang "Kaki samseng"pemuda UMNO
























“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam

Tuesday, June 19, 2007

BERSEDIAKAH PAS MENGHADAPI PILIHANRAYA KE-12?

Oleh : Tun Telanai


Assalamu'alaikum wm.wrt,


Saya amat tertarik membaca artikel dalam blog http://kedahlanie.blogspot.com/ yang mana penulisnya, SHEIKH AL-STARI Ph.D mengutarakan pandangan yang bernas yang patut dijadikan bahan kajian oleh kepimpinan PAS khususnya di negeri Kedah dan di negeri-negeri lain amnya [yang PAS mempunyai prestasi yang baik].

Sebaik sahaja PRU ke-11 melabuhkan tirainya pada tahun 2004, gerak kerja PAS yang mengalami kekalahan yang paling buruk dalam sejarah pilihanraya yang PAS menyertainya telah menghentikan segala aktivitinya untuk mendekatkan PAS dengan masyarakat, kecuali ceramah umum diadakan sekali-sekala tidak berupaya melawan propaganda politik UMNO/BN

UMNO/BN berjaya menguasai suasana kerana mereka menjadi kerajaan yang berkuasa. Mereka menguasai media, mempunyai kemudahan saluran untuk bertemu rakyat sepanjang masa atas alasan urusan rasmi, mempunyai jentera dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.


Buat permulaan, saya mengajak para pembaca membaca, merenung, memahami dan menelaah artikel-artikel yang disiarkan ini yang ditulis oleh pendokong dan pencinta parti PAS. Bacalah secara serious dan mendalam dalam usaha merangka strategi dan tektik untuk menghadapi PRU ke-12 nanti
Artiek Pertama :
BERBALOIKAH MENGUNDI PAS?
Kajian saintifik oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat amat menarik. Dapatan beliau menunjukkan PAS hanya akan mampu peroleh 40% undi, dan undi itupun sudah dikira tepu. Seperkara lagi yang menarik diutarakan oleh bekas Pensyarah USM itu ialah, matlamat utama PAS sama ada mahu menjadi parti politik atau badan dakwa
Ini pada saya punyai makna tersendiri dan menentukan halatuju, modus operandi PAS dalam usahanya untuk mendapat, mengekal dan menambahkan kuasa yang sedia ada.

Jika mengambil saranan Aristolle, 'man is political animal' menunjukkan percaturan hidup manusia adalah berpunca dari usaha bersaing, berebut sumber asas yang sedikit sedangkan kehendak manusia adalah pelbagai. Ini termasuklah unsur kuasa, dan pemerintahan.

Tokoh-tokoh realis dalam persada politik antarabangsa turut melihat dua elemen yang menjadi tarikan dan minat bagi aktor negara dalam menjalin hubungan diperingkat antarabangsa iaitu 'kuasa' dan 'kepentingan'.

Misalnya Hans J. Morgentahu berpandangan 'interest is the perennial standard in which political action must be judge and directed'. Begitu juga Harold D. Laswel, tokoh dan pengkaji politik terkenal era 40-an, menegaskan 'politics is who gets what, when and how?

Petikan ungkapan atau lontaran pandangan yang disuarakan menunjukkan politik adalah 'to choose the lesser evils".

Dalam konteks ini apa keutamaan PAS sebenarnya? Menjadi pembangkang, sekadar beroleh beberapa kerusi DUN atau Parlimen dan hanya mahu mempertahankan Kelantan?. apakah prioriti dan minat PAS dalam soal pembahasan isu-isu dasar negara? Adakah hanya mengkritik orang yang melaksanakan dasar itu ataupun dianalisa dasar berkenaan kemudian dicadangkan alternatifnya? Adakah cukup dengan gerakerja di sebalik keterbatasan sumber kewangan, modal, aset sumber manusia PAS untuk membolehkannya menguasai beberapa buah negeri sasaran seperti Kedah, Trengganu, sebahagian DUN di Pahang?

Apakah mekakisme terbaik yang harus diupayakan untuk menarik minat pengundi muda, pengundi atas pagar, masyarakat bukan Islam untuk yakin dan mengundi PAS? Adakah keupayaan PAS hanya bersifat seasonal dan bergantung kepada perpecahan dalaman UMNO?.

Apakah kekuatan genuine PAS dan sejauh mana ianya telah dimaksimakan penggunaanya? Cukupkah Kelantan sebagai 'breeding ground' dan menjadi 'pilot project' untuk demonstrasi keupayaan PAS memperkenalkan dasar pentadbiran, sosial dan ekonomi berasaskan blue-print 'Membangun Bersama Islam". Sudahkan diidentifikasikan tokoh, calon yang berupaya diyakini pengundi bagi memimpin negeri jika sekiranya PAS menang di negeri-negeri yang disasarkan?. Dan akhir sekali tentunya, pengundi yang seramai 11 juta orang akan bertanya satu soalan 'cepumas' berbalaikoh jika sekiranya mengundi PAS?

Apa nasib dan jaminan bagi survival, status-quo mereka?. Apakah keadaan menjadi lebih baik, rencam atau kembali ke belakang?

Persepsi, tanggapan, dan tafsiran sebegini sukar dijawab hatta oleh pimpinan tertinggi PAS sendiri. Atas dasar politik berkait rapat dengan persepsi dan konsep 'demonstration effects', maka amat sulit bagi PAS sebenarnya untuk membuktikan bahawa jaminan itu tetap ada sekiranya PAS menjadi pilihan pengundi. Apatah lagi dengan keberkesanan kempen propaganda, the use of force and purposive depoliticization akan menambahkan lagi kerumitan bagi PAS beroperasi pada kadar yang sepatutnya?

Ini belum dihitung dengan kekurangan sumber 5-M, yang dimiliki pemerintah yakni Money, Media, Machinery, Manpower dan Manipulation. Bandingannya apa tahap sumber 5M yang PAS miliki dan bagaimana ianya mampu dimobilisasikan demi menggapai impian mendapatkan kuasa menerusi proses pilihan raya? Saya kira jika persoalan ini didetailkan, dicari pendekatan terbaik untuk diupayakan, maka gerakerja PAS akan lebih terarah dan mampu menggugat legasi BN dalam Pilihan Raya Umum ke-12 nanti.


Artikel Kedua :

Jangan terkejut kalau pilihan raya ke-12 ulangi mimpi ngeri 2004
Pak Tam Mat, Jitra
Thu Mar 29, 07 04:17:11 PM

Saya masih tak puas hati dengan gerak kerja gabungan parti-parti pembangkang untuk menuntut pilihan raya adil dan bersih. Hal ini sudah saya ulangi berulangkali. Tapi mungkin ada pembaca mencemuh saya balik: "Anda tak puas hati atau tidak, apa kami peduli, yang penting pembangkang dan Bersih sudah melaksanakan apa yang terdaya."

Okey, saya sedar siapa saya, dan saya sedar bahawa keluhan dan kebimbangan saya tidak memberi sebarang bekas kepada perjalanan politik negara kita. Tapi sebagai pemerhati politik, sebenarnya saya cukup risau dengan prestasi aktivis pembangkang sekarang, khususnya bagi memastikan proses pilihan raya di negara ini dijalankan di atas padang sama rata.

Isu memang banyak, bahang pilihan raya pun terasa di mana-mana tetapi selepas saya tinjau secara rambang, bahang itu tidak sampai ke bawah pun. Sekadar suam-suam kuku. Yang saya bimbang, bila sampai pilihan raya suasana tidak berubah, panas pun tidak, sejuk pun tidak, keadaan mengulangi suasana 2004 dulu.

Kalau itu keadaannya maka keputusannya juga sudah boleh kita ramalkan: Pembangkang mungkin lebih baik sedikit daripada Mac 2004 tetapi ia tidak membawa sebarang makna. Kerusi di Parlimen macam itu juga dan Kelantan mungkin kita dapat pertahankan. Sebenarnya dalam hati saya tercetus kerisauan PAS akan kalah di Kelantan dan Terengganu kita terus terlepas.

Saya andaikan begitu kerana ramai-ramai aktivis PAS yang saya jumpa, saya lihat semangat mereka tidak pula berkobar-kobar walaupun gendang pilihan raya seperti sudah dipalu. Saya tekankan soal semangat kerana kepada ahli-ahli pembangkang, kalau semangat sudah jatuh, cakap benda-benda besar lain pun tak ada gunanya. Semangat dan jihad untuk berjuang itu yang perlu ditingkatkan dulu.

Perjalanan pilihan raya pun terus sarat dengan tipu muslihat, tuntutan Bersih tidak dihiraukan, mood rakyat untuk menyokong pembangkang tak kuat, maka saya rasa kebimbangan saya tadi berasas. Ahli-ahli pembangkang mesti dimotivasi secukupnya.

Tapi bila saya kata hal ini kepada seorang kawan, dia balas balik: "Jangan tumpu kepada ahli-ahli saja, yang lebih penting pemimpin PAS yang di atas sana mesti dimotivasi dulu. Mereka mesti sedia turun ke bawah, bahu membahu dengan petugas di akar umbi, jangan hanya berteori di atas sana."

Saya mohon maaf kerana menganggu mood anda yang yakin pilihan raya ini kita berubah berbanding 2004. Saya belum nampak riak-riak perubahan itu. Bagi saya, kalau keadaan terus macam ini, tiada fokus kerja yang digemblengkan, tidak mustahil trauma 2004 itu akan berulang. Dan ketika itu kita nak letak muka di mana kerana kekalahan nanti di atas kealpaan, kelemahan dan kemalasan (maaf kalau saya sebut kebodohan) kita sendiri.
Rujukan :

Artikel Ketiga :
Ijok: Harap ulasan Harakah tidak stereotaip
Kawan Pak Tam
Mon Apr 30, 07 06:15:22 PM


Saya harap Harakahdaily dan akhbar Harakah dapat membuat analisis terhadap keputusan dan perjalanan pilihan raya kecil Ijok secara jujur. Usah ditumpukan hanya kepada membuat perulangan lama seperti pengundi hantu, rasuah politik BN, curahan projek, dan pelbagai lagi alasan yang selalu kita tampilkan selepas pembangkang pengalaman kekalahan.

Bukan maksud saya mahu menafikan sebab-sebab kekalahan seumpama itu. Tapi jangan sampai orang ramai berkata, "kalau dah tahu akan ditipu, kenapa masuk juga pilihan raya, sudahlah kalah, habis segala duit dan tenaga." Kita menerima alasan dan punca sedemikian, tapi cubalah selongkar bahan-bahan lebih terkini.

Lainlah kalau Barisan Alternatif juga boikot Ijok macam Batu Talam. Apabila kita bersedia masuk, bermakna kita harus bersedia untuk menampilkan satu "persembahan terbaik" walaupun modal kita serba kekurangan.

Sudah pasti banyak tempat dalam diri kita yang lemah dan perlukan perubahan segera. Bagaimana dengan persiapan jentera kita, PAS dan KeADILan, adakah segalanya berjalan lancar, denganjalinan kerjasama paling erat, terutama di peringkat negeri Selangor?

Bagaimana dengan strategi berdepan pengundi Cina dan India, selain mempertahankan kubu di kawasan majoriti Melayu? Apakah kita terlalu mengejar sokongan baru daripada pengundi bukan Melayu sedangkan penyokong kuat kita abaikan.

Mengapa nampaknya kita seperti begitu mudah diprovokasi sehingga saya perhatikan misalanya TV3 dapat merakamkan adegan yang membuatkan umum makin yakin bahawa pembangkang sering menimbulkan kekecohan?

Saya bimbang tohmahan bahawa pembangkang, khususnya KeADILan itu ganas dan emosional, makin terpasak kuat dalam pemikiran rakyat Malaysia bila mereka saksikan rakaman TV3 itu.

Kalah memang sudah kalah. Yang penting semua aktivis dan pihak yang terlibat dalam membantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini dapat merenung sejenak, berfikir sedalam-dalamnya. Carilah kelemahan sendiri, baiki apa yang ada, dan seperti kata Penulis Khas, sehari sebelum pilihan raya: "Kita usah memandang rendah strategi kempen BN dengan mengatakan parti itu hanya bergantung kepada politik wang, ugutan ataupun janji-janji pembangunan, di samping kemudahan jentera kerajaan dan manipulasi media. Ada elemen yang patut dicontohi dalam gerak kerja BN."
Rujukan :


JIKA benar pilihanraya semakin hampir, apakah pembangkang bersedia. Melihat, merenung dan membaca situasi semasa, jelas kepada kita bahawa seperti dalam pilihanraya umum 2004, pembangkang amat-amat tidak bersedia dan jangan terkejut jika mereka saling bertelagah sesama sendiri tidak lama lagi.

Saya katakan begitu kerana kita semua tidak lupa bagaimana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP ketika itu Lim Kit Siang bertelagah secara terbuka beberapa minggu sebelum pilihanraya. Kedua-duanya diperangkap oleh media arus perdana untuk saling serang menyerang. hasilnya pembangkang yang rugi. Begitu juga soal Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diperangkap media untuk membuat komen bahawa Timbalan Presiden Keadilan Dr Syed Husin Ali tidak boleh bertanding di Parlimen Kota Bharu kerana 'sosialis adik komunis.'

Dan kini, ketika pilihanraya umum bakal muncul lagi, apakah mereka tidak belajar dari sejarah tersebut, saya katakan begitu kerana saya melihat pembangkang, PAS, DAP dan Keadilan amat-amat lemah.Di mana pemimpin utama pembangkang, tokoh karismatik, Anwar Bin Ibrahim, jawapannya mudah, beliau sibuk membuat 'PR exercise' dengan kawan-kawan arab dan mat sallehnya di Washington DC. Sedang pilihanraya amat hampir, dan beliau sedar bahawa hayat politiknya amat bergantung dengan pilihanraya ini, Anwar lebih gembira melayan Paul Martin, bekas Perdana Menteri Kanada yang mengundangnya makan malam. (sila baca blognya anwaribrahimblog.com)

Bagaimana dengan PAS, selepas Muktamar awal Jun lalu, sudahkah diumumkan pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri masing-masing, tanpa ketua tidak mungkin jentera pilihanraya dapat digerakkan. Kita semua tertunggu-tunggu pengumuman tersebut.Begitu juga dengan Keadilan, masih belum mengumumkan perlantikan Pengerusi Perhubungan negeri, sedangkan pilihanraya makin hampir.

Jika PAS dan Keadilan tiada ada pemimpin tertinggi di negeri masing-masing, maka kita boleh andaikan mereka masih belum berbincang soal pembahagian kerusi dalam pilihanraya lagi.Mungkin ada perundingan awal, tetapi jika mengambil kira pilihanraya tiga bulan lagi parti-parti pembangkang sepatutnya sudah mula memperkenalkan calon di kawasan masing-masing bukan baru berbincang soal agihan kerusi.

Dan saya percaya, persoalan penting ini jika tidak diselesaikan cepat akan menjadi perangkap mudah untuk melihat pembangkang bertelagah. Episod Hadi dan Kit Siang akan berulang, kali ini mungkin bertambah meriah dengan kemasukan Anwar Ibrahim.Sedang pembangkang terpinga-pinga, Barisan Nasional (BN) sudah menyelesaikan masalah pembahagian kerusi mereka lama dahulu, beberapa tempat bertindih sudah dikenal pasti dan dirundingkan. Barangkali dari 219 Parlimen hanya 8 kawasan bertindih, itupun mengambil kira pakatan BN yang mempunyai 14 parti politik.

Melihat gaya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi memarahi pegawai kerajaan dalam soal banjir di Kuala Lumpur kemarin (siarkan dalam Buletin Utama) mudah untuk BN andaikan beliau sedang bersiap sedia menghadapi pilihanraya. Masej tersirat tindakan Abdullah itu adalah, 'Jangan buat rakyat tidak selesa, dan BN menjadi mangsa kemarahan mereka dalam pilihanraya akan datang,'. Kerana itu Pak Lah tekankan berkali kali 'can you speed up'.

Percepatkan dalam kata lain, pilihanraya dekat dah, projek semua kena siapkan.Sedangkan pakatan pembangkang (kalau boleh dipanggil pakatan) amat longgar dan carca merba. Sebab itu, kami di klpos.com memberi ingatan awal bahawa jika pembangkang kalah teruk lagi, berhenti menyalahkan SPR, BN dan pengundi hantu, mereka perlu menyuluh diri mereka di cermin, beristigfar, kerana jelas mereka tidak bersedia, lemah dan memalukan.Bukankah terdapat hadis Nabi SAW yang bermaksud, kebatilan yang tersusun, akan mengalahkan kebenaran yang berserabut.Kepada pemimpin pembangkang; jangan lena banyak sangat, mulalah kerja sekarang, untuk meminjam perkataan Pak Lah' 'Speed Up" atau pilihanraya ke 13 nanti cuba lagi.

Artikel kelima :
TIADA JALAN MUDAH DEPANI PILIHAN RAYA KE-12
Ahmad Lutfi Othman Mon Dec 11, 06 05:42:57 AM

Fungsi Harakah sebagai sebuah akhbar dimusnahkan KKDN apabila kekerapannya dihadkan daripada dua kali seminggu kepada sekali dalam masa 15 hari, mulai Mac 2000.

Kebanyakan majalah hiburan pun terbit dua kali sebulan, sama dengan Harakah, malah ada majalah wanita terbit seminggu sekali.

Lalu, apa yang dapat disandarkan kepada lidah rasmi PAS ini, untuk berdepan akhbar-akhbar harian yang dikuasai mutlak pemerintah, dalam pelbagai bahasa, tanpa sebarang sekatan, dan hayatnya terjamin.

KeADILan menerima nasib lebih malang apabila buletin rasminya masih diterbitkan tanpa permit, menyebabkan pengedarannya sukar dikembang, dan risiko untuk dirampas begitu cerah!

Keterbukaan pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi tidak pernah wujud kepada pembangkang. Dia tetap keras dan tidak bertimbang rasa terhadap apa jua usaha untuk menyaingi kuasanya walaupun penguasaan BN di Parlimen lebih 91 peratus. Salah satu buktinya: Budaya takut di kampus dan sektor awam makin dahsyat.

Ulangan basi

Mukadimah tulisan pendek ini sememangnya ulangan basi kepada fenomena pasca pilihan raya 1999. Umno yang dibesarkan dengan dulang emas kuasa bersedia melakukan apa yang tidak terfikir dek akal bagi memastikan kekalahan tiada dalam kamus hidupnya. PAS pula nampak mudah menerima takdir walaupun banyak faktor kelemahan boleh diperbaiki segera.

Tanpa media penghubung ke akar umbi, PAS dan pembangkang boleh dipersudutkan seperti alien. Majlis ceramah yang disekat pada awal tahun 2000 masih belum dapat diaktifkan. Polis dan agensi penguatkuasa bertindak menurut skrip BN meskipun sekatan nampak tidak sedahsyat dulu. Yang penting, iklim politik dapat dikawal tinggi rendahnya, manakala amarah rakyat tidak menimbulkan gelombang atau sentimen dalam tempoh lebih panjang.

Mudah menyebut, siapa yang mengawal maklumat, ia mengawal teraju kuasa. Cukupkah sekadar Harakah yang diterbitkan setahun 24 kali, sedangkan untuk 340 hari lagi pasaran kontang setandusnya dengan bahan penerbitan alternatif? Selain Suara Keadilan yang diterbitkan tanpa permit, tiada "penerbitan gila" lain yang mahu melakukan "kerja bodoh" itu.

"Apa susah? Kita 'kan boleh meluahkan apa saja melalui laman web dan lebih mudah, blog, tanpa perlu kebenaran pemerintah. Malah kekerapannya pun terbuka luas, tiap saat boleh melabun." Mungkin itu penyedap rasa atau satu jalan keluar untuk kita menyapa rakyat. Kini, mengusahakan webtv pun menjadi lebih mudah, seperti pengalaman tvpas dan wtv8.

Melimpah ruah

Menerbitkan media yang berkesan dan boleh mempengaruhi audien tidak semudah itu. Ia perlu ongkos yang besar, komitmen dan kebolehan petugas yang cukup tinggi, kreativiti bukan sekadar melimpah ruah tapi dapat diempang dengan baik untuk mengapungkan media berwibawa di tengah masyarakat.

Tugas ini menjadi lebih sukar di kala emosi rakyat "stabil" dan banyak terarah kepada hal-hal kehidupan harian. Internet memang banyak membantu pada era reformasi namun "mood" itu mungkin datang sekali dalam hayat hidup kita. Masing-masing individu bergerak sendiri tanpa perlu ada pengarahan khusus, tapi semuanya menuju matlamat yang sama.

Bahan laman-laman web reformasi dicetak dan diedar seluasnya ke ceruk rantau paling terpencil, walaupun diakui ada yang "separuh benar". Risalah dan poster beredar tangan, selain buku-buku, juga novel politik, seperti Shit, turut dijual peniaga buah di tepi jalan.

Saya kira lebih 150 judul buku tentang Anwar dihasilkan sekitar September 1998 hingga akhir 1999, sebahagiannya oleh penulis yang baru pertama kali (dan terakhir) menulis buku politik!

Sekarang suasana kembali normal. Hentakan bersepadu pemerintah untuk mematikan kemarahan dan protes rakyat boleh dikira berjaya.

Kemurungan episod duka pilihan raya Mac 2004 sepatutnya sudah berlalu, namun mengharapkan keajaiban 1998-99 berulang tidak lebih angan-angan kosong. Pimpinan dan aktivis harus bekerja lebih gigih, terarah, mampu memilih strategi terbaik, turun segera ke medan, menampung kelemahan, dan biar rakyat terasa kehadiran dan keperluan pembangkang.

Wadah paling ampuh

Isunya, sekali lagi, soal penyampaian maklumat, berita dan analisis, yang tentunya berwibawa dan boleh dipercayai, sama ada untuk menyerang dan mematahkan "tongkat sakti" Umno atau menonjolkan tawaran lebih baik buat rakyat. Dan saya yakin, tiada wadah paling ampuh untuk barisan pembangkang mendekati rakyat, setiap detik, saban waktu, selain memanfaatkan sepenuhnya ruang di alam maya ini, yakni internet.

Namun harakahdaily harus bersedia, dalam waktu singkat, memperlengkapkan segala kemudahan yang diperlukan, mental dan fizikal, teknikal dan editorial - dengan menyedari usaha untuk melumpuhkannya juga dilipatgandakan musuh - agar rakyat mendapat pilihan sewajarnya, mengenal mana kaca mana permata, sambil mengharapkan proses pilihan raya berjalan lebih telus, jujur dan adil.

Perit untuk memaklumkan, tapi itulah hakikatnya. Ada laman terpaksa mengunci diri dan mengenakan bayaran untuk memastikan liputan berita dapat dibuat secara profesional.

Rujukan : http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=5621

Kesimpulannya, keseluruhan ahli dan penyokong yang insaf akan situasi ini sangat bimbang , kemungkinan besar kita akan dimalukan sekali lagi. Apa tindakan yang boleh diambil umtuk mengatasi masalah ini. Bagi saya, ianya sudah agak lewat untuk mengerakkan ahli-ahli, pendokong dan pengundi untuk memilih kita kerana kita gagal mengerakan jentera pilihanraya sebaik sahaja tamat PRU ke-11 dulu. Seluruh aktiviti PAS di seluruh negara lumpuh, kina baru kita mula gerakkan, bagaikan orang mamai baru bangun dari tidur yang nyenyak.

InsyaAllah, saya akan ulas isu ini kenapa ia terjadi sedemikian berdasarkan kajian rambang tumpuan di Daerah Parlimen dan dua DUN di tempat saya yang sedang saya kumpulkan maklumat sekarang. Bila selesai nanti saya akan siarkan hasil kajian tersebut.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam

Monday, June 18, 2007

HEBATNYA PASUKAN POLIS KITA

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,

Kecelaruan [tidak faham atau taat membuta-tuli] tidak dapat membezakan di antara tugas-tugas rasmi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dengan tugas -tugas [yang diarahkan] menjaga survival UMNO dengan mengambil tindakan keras dan ganas [brotul] terhadap sesiapa sahaja yang berani bangkit menentang kerajaan [yang dibenarkan oleh undang-undang] melalui amalan demokrasi telah disalah anggap oleh para anggota pasukan polis sebagai 'PENGGANAS' telah melakukan perbuatan di luar batas-batas kemanusiaan. Sila lihat gambar-gambar yang dirakamkan di bawah :

















Memo Pemuda PAS terhadap salahlaku polis
Kepada;


YABhg Tun Mohamed Dzaiddin Haji Abdullah

Pengerusi,
Suruhanjaya Khas Penambahbaikan
Perjalanan dan Pengurusan PDRM,
Wisma Selangor Dredging,
Jalan Ampang,
KUALA LUMPUR
15JULAI 2004

YABhg Tun,
MEMORANDUM CADANGAN PENAMBAHBAIKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

Pengenalan

Malaysia, sebagai sebuah negara demokrasi yang bebas dan merdeka, jaminan hak dan keselamatan rakyat merupakan elemen asas negara yang penting.

Jaminan hak dan keselamatan kepada rakyat ini menjadi sebahagian daripada tugas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam negeri.

Bagi rakyat, jaminan hak dan keselamatan ini mesti ditunaikan oleh kerajaan selaras dengan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh rakyat termasuk memberikan taat setia kepada negara.

Dalam konteks Malaysia, hak-hak dan jaminan ini telah ditegaskan oleh Perlembagaan Persekutuan. Perkara 5 hingga 10 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan jaminan terhadap hak-hak yang berkaitan secara langsung dengan tugas polis.

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan khususnya telah menyentuh secara langsung tentang hak-hak politik yang dinikmati oleh rakyat, termasuk parti politik seperti Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Secara khusus, Akta Polis adalah suatu akta yang berkaitan secara langsung dengan tugas-tugas polis.

Malangnya beberapa peruntukan dalam akta ini telah melampaui semangat (ultra virus) Perlembagaan Persekutuan terutama Seksyen 27 iaitu berkenaan kuasa polis terhadap perhimpunan ramai. Turut menjadi persoalan di kalangan rakyat dan parti politik ialah cara Seksyen 27 ini dikendalikan.

Rakyat sering melihat pengendalian kuasa yang telah diberikan kepada pihak Polis ini sebagai tidak selaras dengan niat dan semangat undang-undang itu diwujudkan. Selain itu, kuasa penyiasatan polis yang diperuntukan oleh Kanun Presedur Jenayah juga sering menimbulkan persoalan kerana berlakunya penyiasatan terpilih, aduan ‘diperap’, siasatan lambat dan sebagainya.

Persoalan-persoalan ini telah menjejaskan kredibiliti polis sebagai penguatkuasa undang-undang apabila mereka gagal mengendalikan undang-undang secara adil dan saksama kepada rakyat.
Beberapa Pengalaman PAS dengan polis.Sebagai sebuah parti politik yang berpengaruh di negara ini, PAS juga mempunyai banyak pengalaman dalam berurusan dengan pihak polis yang boleh dilihat sebagai satu tanda terhadap kelemahan pengurusan polis.

Bersama ini dinyatakan secara ringkas beberapa kes untuk diberikan perhatian oleh Suruhanjaya:

1.Sikap prejudis polis terhadap PAS

Adalah sangat memalukan bagi sebuah pasukan keselamatan seperti PDRM apabila mereka tidak bertindak secara adil dan memiliki sikap prejudis terhadap parti pembangkang yang merupakan sebahagian daripada elemen yang diwujudkan hasil daripada proses demokrasi negara. Walaupun keadaan ini mungkin dipengaruhi oleh tekanan politik parti pemerintah, PDRM sepatutnya lebih bebas dan bersikap berkecuali malah pegawai-pegawai PDRM tidak sepatutnya mempunyai tanggapan peribadi yang buruk terhadap PAS yang mempengaruhi tindakan mereka sebagai pasukan PDRM. Beberapa kes yang berlaku menjadi contoh kepada sikap tidak profesional polis ini.

i.Permohonan bekas Ketua Pembangkang / Presiden PAS untuk bertemu Ketua Polis Negara tidak dilayan

Satu isu yang penting dalam sejarah politik Negara ialah keengganan Ketua Polis Negara melayan permohonan rasmi Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai pada 2001 bagi membincangkan isu permit ceramah dan keganasan. Tetapi ternyata Ketua Polis Negara tetap melihat Allahyarham sebagai Presiden PAS, kerana itu permohonan rasmi itu tidak dilayan. Kedudukan Allahyarham sebagai Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Pendang dan ADUN Kedah tidak dipertimbangkan langsung. Bahkan sehingga hari ini surat permohonan tersebut tidak dijawab, walaupun ia telah dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh Allahyarham. (Lihat lampiran 1 – Surat Setiausaha Agung PAS kepada Ketua Polis Negara).

ii.Sikap Ketua Polis Terengganu terhadap Kerajaan PAS Terengganu
Pengalaman PAS sebagai kerajaan di Terengganu (1999-2004) berhadapan dengan polis juga turut menjadi satu contoh sikap tidak profesional polis dalam menjalankan tugasnya. Sikap tidak professional bekas Ketua Polis Terengganu, Datuk Othman Talib yang sentiasa berkonfrantasi dengan kerajaan negeri seperti mengkritik dasar-dasar kerajaan, tidak mahu memberikan kerjasama kepada kerajaan, mencabar Exco Kerajaan Negeri berdebat dan sebagainya. Tindakan-tindakan Datuk Othman Talib jelas memperlihatkan bahawa beliau mempunyai kecenderungan politik kepartian yang tidak menggambarkan keberkecualian kakitangan awam.

Sikap tidak profesional pegawai polis seperti Datuk Othman Talib ini menunjukkan bahawa terdapat pegawai tinggi polis yang masih tidak dapat memisahkan di antara profesion kepolisan dengan politik kepartian. Bahkan beliau dilihat begitu memihak kepada BN, walaupun PAS adalah kerajaan di Terengganu. Ini menunjukkan Datuk Othman Talib adalah seorang pegawai yang tidak profesional dalam menjalankan tugas sebagai pegawai tinggi polis sehingga mencemarkan nama polis.

iii.Sikap berat sebelah polis terhadap PAS dalam pilihan raya umum 2004
Polis juga telah bertindak berpihak kepada BN dalam pilihan raya umum 2004 yang lalu. Dalam kes penamaan calon di kawasan Parlimen Kuala Kedah pada 13 Mac 2004 misalnya, PAS telah bertanding untuk kerusi Parlimen Kuala Kedah (Sdr Mohamad Sabu), DUN Anak Bukit (Sdr. Ir Amiruddin Hamzah) dan DUN Pengkalan Kundur (Sdr Ir Fakharulrazi Zawawi), selain calon KeADILan di DUN Kubang Rotan (Sdr Saifuddin Nasution Ismail). Keempat-empat calon BA ini telah dihalang oleh ASP Mokhtar daripada memasuki pusat penamaan calon walaupun diarahkan sebaliknya oleh Pengurus SPR Kedah, Haji Mohamed Yusof. Ternyata tindakan polis ini melanggar peraturan pilihan raya yang membenarkan sesiapa sahaja mengemukakan borang pencalonan antara jam 9.00 hingga 10.00 pagi. (Sila lihat Lampiran 2 – Aduan Polis oleh Sdr Saifuddin Nasution Ismail).

Di Selangor, kes penggunaan harta awam seperti balai raya oleh pihak BN semasa pilihan raya telah dibiarkan oleh polis walaupun menyedari bahawa tindakan tersebut melanggar peraturan pilihan raya. Apabila PAS membuat laporan polis pada 15 Mac 2003, polis tidak terus mengambil tindakan segera, sebaliknya membiarkan penyalahgunaan tersebut terus berlaku. Polis hanya bertindak menghalau penyokong BN daripada menggunakan harta awam dua hari sebelum pilihan raya, iaitu setelah didesak oleh PAS. Mengapakah polis boleh bersikap acuh tak acuh dalam menguatkuasakan undang-undang kepada BN, bahkan sehingga laporan polis dibuatpun, perkara tersebut terus dibisukan sehingga menjelang pilihan raya.

2.Halangan polis terhadap kebebasan bersuara

PAS sebagai parti pembangkang utama telah dinafikan hak untuk bersuara melalui televisyen, radio dan akhbar. Sebagai alternatif, PAS telah memilih untuk menggunakan ceramah sebagai wacana untuk menyalurkan maklumat dan memeriahkan lagi amalan demokrasi di Negara ini. Melalui ceramah-ceramah, PAS menyampaikan maklumat politik semasa kepada rakyat.

Tetapi selepas 1999, PAS telah dihalang oleh polis daripada mengadakan perhimpunan aman dan ceramah umum seperti yang dibenarkan oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. PAS walaupun mempertikaikan beberapa peruntukan di dalam Akta Polis, tetap mematuhi undang-undang termasuk memohon kebenaran untuk berceramah, tetapi permohonan PAS sering kali ditolak dan tidak diberikan permit (kebenaran) oleh polis atas alasan yang tidak munasabah. Alasan-lasan yang sering diberikan untuk menghalang ceramah PAS lebih dipengaruhi oleh sentimen politik kepartian yang berpihak kepada parti politik berkuasa. Polis tidak bertindak secara bebas dan adil. Perhimpunan-perhimpunan anjuran PAS tidak pernah berakhir dengan kekacauan, tetapi polis tetap menjadikan ia sebagai sebab untuk tidak meluluskan permit kepada PAS.

3.Gangguan-gangguan polis terhadap kebebasan PAS untuk berhimpun secara aman

Selain tidak meluluskan permit untuk PAS mengadakan ceramah-ceramah terbuka di tempat awam, pihak polis juga turut melakukan gangguan, serbuan dan tangkapan terhadap ceramah-ceramah politik PAS walaupun ceramah-ceramah itu diadakan di premis-premis PAS dan di dalam rumah persendirian yang tidak memerlukan permit untuk berhimpun. (Lihat lampiran 3 – Beberapa gangguan polis terhadap program PAS)

Polis sepatutnya arif bahawa permohonan permit hanya disyaratkan bagi perhimpunan di tempat awam sahaja. Ceramah-ceramah tertutup di dalam premis persendirian tidak memerlukan kebenaran polis. Tetapi polis telah bertindak ke atas perhimpunan-perhimpunan PAS berasaskan tekanan politik daripada parti pemerintah, BN dan Umno. Dua keputusan terbaru Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan Mahkamah Majistret Pekan telah menegaskan bahawa perhimpunan aman ditempat persendirian tidak memerlukan permit polis. Polis sepatutnya menghormati keputusan mahkamah tetapi sebaliknya masih meneruskan sikap yang sama dalam kejadian terbaru di Pahang di mana Dr Hatta Ramli ditangkap setelah mengadakan ceramah disebuah markas PAS.

Polis sebenarnya bukan setakat mengganggu perhimpunan-perhimpunan PAS, tetapi juga turut menangkap dan menggari beberapa pemimpin PAS. Dalam beberapa kes di Pahang, Selangor dan Johor, Polis telah bertindak membawa Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang lengkap dengan jentera pemancut air (water canon) seolah-olah PAS akan melakukan rusuhan. Polis juga turut mengadakan sekatan-sekatan jalan raya untuk menghalang orang ramai daripada mengikuti ceramah PAS. Polis seolah-olah diperalatkan oleh pihak tertentu untuk menimbulkan ketakutan rakyat terhadap PAS. Beberapa kes pencerobohan polis ke atas premis-premis PAS ketika perhimpunan di dalam premis juga telah berlaku seolah-olah perhimpunan tersebut dibuat oleh penjenayah, bukannya oleh sebuah parti politik yang sah.

4.Nasib laporan-laporan polis yang dibuat oleh PAS

Semenjak 1998, PAS telah membuat berpuluh-puluh laporan polis sama ada atas nama PAS, Pemuda PAS, PAS Negeri, PAS Kawasan atau Barisan Alternatif (BA) tentang penyelewengan yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi negara. Tetapi sehingga hari ini laporan-laporan polis tersebut seolah-olah tidak disiasat atau dipendamkan sahaja. Buktinya, pengadu-pengadu tidak pernah dipanggil oleh polis untuk disoal siasat, seolah-olah kes-kes tersebut telah ditutup.

Kecuali kes Laporan Polis Terhadap Dr Mahathir Mohamed yang dibuat pada 31 Oktober 2003, kes-kes lain pengadu tidak pernah dipanggil untuk soal siasat. Walau bagaimanapun laporan polis 31 Oktober 2003 tersebutnya bukannya disoal siasat, tetapi lebih mirip memberikan tekanan kepada pengadu supaya tidak membuat laporan polis terhadap pemimpin tertinggi negara. (Lihat lampiran 4 – Beberapa aduan polis PAS yang tidak diambil tindakan). Polis seolah-olah menyalahgunakan kuasa yang diperuntukan oleh Kanun Prosedur Jenayah untuk membekukan laporan-laporan polis yang dibuat tentang penyelewengan pemimpin tertinggi negara.

5.Penyiasatan polis

Seperti juga tindakan-tindakan lain, penyiasatan polis juga telah banyak melanggar prinsip undang-undang dan keadilan. Beberapa ahli PAS yang pernah ditahan di bawah ISA, misalnya telah mengadu kepada peguam-peguam tentang layanan yang diterima daripada pihak polis semasa penyiasatan dilakukan. Polis bukan sahaja melakukan penderaan mental, tetapi juga penderaan fizikal kepada orang kena tahan (OKT).

Pendedahan yang dibuat oleh Harakah dan Suara PRM membuktikan perkara ini memang berlaku semasa penyiasatan polis. Bahkan beberapa tahanan ISA seperti Saari Sungip dan Hishamuddin Rais telah menulis pengalaman mereka didera oleh polis semasa penyiasatan melalui buku-buku dan juga web portal.
Tekanan mental juga turut dilakukan oleh polis terhadap keluarga OKT. Ramai keluarga OKT mengadu kepada PAS bahawa mereka diganggu, diugut dan diancam oleh agen-agen polis sehingga menjejaskan hak sivil mereka.

Dalam kes pembunuhan Mohamad Farid Ibrahim, seorang pelajar sekolah agama di Negeri Sembilan, Mahkamah Tinggi Seremban telah diberitahu bahawa pegawai penyiasat polis, Cif Inspektor Prama Kuram telah menyebut “awak adalah pejuang PAS, suka bunuh orang” kepada tertuduh kelima semasa penyiasatan sedang dilakukan. Mengapa polis mengaitkan PAS dalam penyiasatan kes bunuh yang melibatkan samseng sekolah, sedangkan PAS tidak terlibat dengan kes tersebut. Bahkan tidak ada pelajar sekolah yang menjadi ahli PAS, termasuk tertuduh kelima dalam kes ini.

Cadangan-cadangan untuk Pembaikpulihan Perjalanan Polis

Setelah menyedari pengalaman pahit PAS berurusan dengan PDRM, maka satu pembaharuan dan pembaikpulihan harus dilakukan terhadap PDRM untuk membaiki semula imejnya yang tercalar. Suruhanjaya pada asasnya wajar dicadangkan supaya menyarakan kepada kerajaan agar mengambil beberapa langkah proaktif ke arah pemulihan tersebut. Berikut adalah beberapa cadangan PAS untuk maksud penambahbiakan perjalanan dan pengurusan PDRM:

1. Meminda Akta Polis

Akta Polis yang diamalkan selama ini telah disedari oleh rakyat bahawa ia telah melampaui semangat Perlembagaan Persekutuan, khususnya dalam memberikan hak-hak asasi kepada rakyat. Seksyen 27 Akta Polis secara khusus telah mencabuli Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan di mana hak untuk berhimpun secara aman telah dinafikan. Dalam sebahagian besar kes yang berlaku, sama ada dialami oleh PAS atau pihak-pihak lain, polis sering kali menyalahgunakan Seksyen 27 Akta Polis untuk menghalang perhimpunan aman, ceramah umum dan juga perjumpaan di premis persendirian. Seksyen 27 Akta Polis secara jelas mencabul hak asasi manusia dan memberikan kuasa yang terlalu besar kepada polis, termasuk membuka peluang kepada penyalahgunaan kuasa.

2. Meminda Kanun Prosedur Jenayah

Kanun Prosedur Jenayah telah memberikan kuasa kepada polis untuk menyisat sebarang kes jenayah. Yang menjadi masalah ialah penyalahgunan kuasa dalam melakukan siasatan. Selain berlakunya kes-kes penderaan mental dan fizikal kepada OKT, dalam kes-kes melibatkan politik, khususnya pemimpin tertinggi kerajaan, kuasa ini sering disalahgunakan. PAS mempunyai banyak pengalaman laporan-laporan polis tidak disiasat kerana Kanun Prosedur Jenayah telah menjadikan kuasa polis terlalu eksklusif sehingga siasatan menjadi tidak transparen, bahkan terlalu rahsia. Pengadu tidak berhak mengetahui perkembangan siasatan atau laporan mereka telah disiasat atau tidak. Bahkan polis mengambil kesempatan daripada kuasa ini untuk memberikan tekanan kepada pengadu.

3. Menjadikan PDRM sebuah badan bebas yang bertanggungjawab terus kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong.

Kedudukan PDRM pada hari ini yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) menjadi faktor utama ketidakcekapan polis terutama dalam kes-kes yang melibatkan politik. Sebahagian besar penyalahgunaan kuasa polis termasuk menghalang siasatan ke atas pemimpin kerajaan, mengganggu perhimpunan aman, tidak mengeluarkan permit ceramah, tekanan mental kepada tahanan, prejudis polis terhadap pembangkang dan sebagainya adalah bertolak daripada campur tangan politik di KDN. Oleh itu, untuk mengukuhkan semula pengurusan dan organisasi PDRM, satu pemisahan daripada KDN mesti dilakukan.

KDN boleh bertindak untuk menjadi pentadbir (administrative) kepada PDRM, tetapi bukannya tempat PDRM memberikan ketaatan. Suruhanjaya boleh mencontohi bagaimana Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditadbir oleh Kementerian Pertahanan tetapi bertanggungjawab terus kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong. ATM tidak pernah dipersoalkan oleh rakyat dalam menjalankan tanggungjawab mereka kerana tidak berlaku campur tangan politik. Panglima ATM berkhidmat terus kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya Ketua Polis Negara bertindak mengikut arahan Menteri KDN.

4. Menubuhkan sebuah badan bebas bagi memantau perjalanan polis, menerima aduan dan menyiasat tentang polis serta menghakimi kes-kes melibatkan polis.

Polis yang diberi kuasa untuk menerima aduan dan menyiasat aduan-aduan tentang pelbagai pihak, tidak sepatutnya turut berkuasa untuk menerima aduan dan menyiasat aduan tentang polis sendiri. Sebuah badan bebas harus ditubuhkan bagi tujuan memantau perjalanan polis secara komprehensif. Badan ini harus bertindak untuk menerima sebarang aduan yang dibuat terhadap penyelewengan polis, supaya tidak berlaku seperti kes aduan calon KeADILan, Sdr Saifuddin Nasution tentang ketidakadilan polis semasa penamaan calon pada 13 Mac 2003 kepada Ketua Polis Daerah Kota Setar. Sehingga hari ini tidak ada sebarang perkembangan tentang aduan tersebut.

Oleh itu, aduan-aduan tentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kesalahan polis mesti diadukan kepada sebuah badan lain yang bebas daripada pengaruh politik. Badan ini juga perlu diberi kuasa untuk menyiasat setiap laporan tersebut. Hasil siasatan hendaklah dikemukakan kepada sebuah badan pendakwaan yang juga di dalam bidang kuasa badan bebas ini. Kuasa penakwaan ini hendaklah diberikan kepada badan ini, bukannya kepada Peguam Negara. Pengalaman Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang diberi kuasa menerima aduan dan menyiasat tanpa kuasa pendakwaan terbukti tidak memberikan kesan yang positif. Badan bebas ini mesti berkuasa untuk mendakwa setiap mereka yang didapati mempunyai kes selepas diadukan.

Kerajaan juga perlu menubuhkan Mahkamah Khas untuk polis bagi menjalankan perbicaraan dan pengadilan terhadap mana-mana anggota dan pegawai polis yang didapati mempunyai kes setelah disiasat oleh badan bebas ini. Mahkamah ini sepatutnya berfungsi untuk mewujudkan ketelusan dan keadilan dalam pasukan polis. Badan bebas ini pada setiap tahun hendaklah melaporkan kepada Parlimen tentang perjalanannya untuk membolehkan pihak legislatif mengambil tindakan-tindakan jika perlu. Selain itu juga, Parlimen harus turut menubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih (Select Committee) yang terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang bagi memantau perjalanan PRDM, badan bebas ini dan semua perkara berkaitan kepolisan.

5. Mewujudkan Kod Etika Polis dan Perintah-perintah Am Polis

Sebagai langkah pengukuhan terhadap pengemasan organisasi polis, sebuah Kod Etika Polis perlu diwujudkan oleh kerajaan bagi memastikan polis bukan sahaja melaksanakan undang-undang ke atas orang awam, tetapi turut bertindak secara positif dalam melaksanakan undang-undang. Sikap tidak beretika polis seperti terlibat dengan jenayah, berpihak, prejudis politik, melakukan kekerasan kepada OKT dan sebagainya menjadi asas yang penting kepada kemerosotan imej polis. Oleh itu, satu pengawalan melalui penguatkuasaan etika harus dibuat kepada polis melalui kod etika.

Selain mewujudkan kod etika yang meningkatkan akhlak dan moral anggota dan pegawai polis, sebuah Perintah-perintah Am (General Order) juga harus dibentuk khusus untuk polis. Perintah-perintah Am yang digunakan pakai kepada kakitangan awam pada hari ini seolah-seolah tidak begitu relevan kepada anggota polis kerana perbezaan suasana kerja mereka. Dalam banyak keadaan, PAS mempunyai pengalaman bahawa polis telah tidak mematuhi Bahagian D Perintah-perintah Am terutama tentang kecenderungan kepada mana-mana parti politik dalam menjalankan tugas. Oleh itu sebuah Perintah-perintah Am Polis boleh berperanan untuk mengawal pergerakan polis supaya tidak menjejaskan nama baik polis.
Di samping itu juga, satu kajian terhadap kualiti latihan yang diterima oleh anggota polis semasa menjalani latihan juga perlu dibuat. Kerajaan sepatutnya menyediakan latihan dan kursus yang lebih berkesan terutama dalam membina minda anggota dan pegawai polis supaya lebih bertanggungjawab, mempunyai kecenderungan untuk taat kepada Tuhan dan memahami undang-undang yang terkini. Tiga masalah ini telah menjadi anasir yang meruntuhkan jati diri anggota polis. Pemulihan terhadap jati diri ini mesti digerakkan serentak dengan perlaksanaan Kod Etika dan penguatkuasaan Perintah-perintah Am.

6. Mewujudkan Jabatan Agama Polis

Bagi menjamin akhlak, moral dan kehidupan beragama terus menjadi benteng kepada ketegalan jati diri polis, proses membudayakan ketaatan kepada Tuhan harus dilakukan secara berterusan. Kehidupan beragama yang hanya diberi semasa menjalani latihan tidak berupaya untuk terus mengekalkan ketaatan anggota dan pegawai polis kepada Tuhan. Mereka terdedah dengan pelbagai anasir termasuk maksiat, sogokan, tekanan dan sebagainya yang memungkinkan mereka melakukan sesuatu yang di luar etika dan profesionalisme polis. PAS sangat percaya bahawa ketaatan kepada Tuhan sangat mempengaruhi minda sesiapa sahaja agar hidup berakhlak dan menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.

Kerana itu, PDRM wajar mewujudkan sebuah jabatan yang berperanan menjana kehidupan beragama di kalangan anggota dan pegawai polis secara berterusan sebagai kesinambungan daripada latihan yang ditetima. Jika polis boleh mewujudkan jabatan-jabatan tertentu untuk mengawal akhlak masyarakat, mengapa sebuah Jabatan Agama Polis tidak boleh ditubuhkan seperti mana ATM menubuhkan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) bagi membina kehidupan beragama di kalangan anggota mereka.

7. Polis perlu mengambil kira pandangan Suhakam dalam setiap tindakan

Suhakam adalam badan yang diberi kuasa oleh Parlimen untuk memantau, menerima aduan dan menyiasat kes-kes yang melibatkan hak asasi manusia. Suhakam sebelum ini telah memberikan pandangan-pandangan dan saranan-saranan tentang beberapa isu yang berkaitan secara langsung dengan polis seperti halangan ceramah, penyiasatan polis, tahanan polis dan sebagainya. Dalam melaksanakan tugas polis, PDRM sepatutnya mengambil kira dan menghormati pandangan-pandangan Suhakam supaya polis dilihat menghormati hak asasi manusia.

Suhakam dari masa ke masa mengemukakan pandangan dan saranan tentang isu semasa hak asasi manusia, selain memberikan cadangan melalui laporan tahunannya. Polis harus meneliti setiap pandangan dan cadangan ini supaya setiap tindakan polis tidak melampaui batas-batas hak asasi manusia. Jika polis terus bertindak meminggirkan Suhakam, bukan sahaja kredibiliti Suhakam sebagai badan bebas akan terjejas, tetapi imej polis juga turut tercalar.

8. Bertindak adil kepada semua pihak

Sesuai dengan kedudukan polis sebagai badan penguatkuasa yang bertanggungjawab untuk menjamin hak-hak dan keselamatan rakyat, maka PDRM sendiri hendaklah mempunyai kemahuan untuk bertindak secara adil dan saksama kepada semua pihak termasuk parti-parti pembangkang, NGO-NGO dan individu-individu. Tidak boleh sama sekali mana-mana pihak dilayan oleh polis dengan sikap prejudis, bias, memihak, pilih bulu atau berasaskan arahan pihak tertentu.

Keadilan dan kesaksamaan ini bukan sahaja terhadap layanan semasa, tetapi juga terhadap laporan-laporan yang dibuat, penyiasatan-penyiasatan kes dan juga layanan kepada OKT. Laporan-laporan sesiapa sahaja hendaklah diambil tindakan, penyiasatan tidak boleh dilakukan secara terpilih dan layanan kepada OKT juga mestilah dengan penuh kemanusiaan. Kemahuan polis untuk bersikap adil kepada sesiapa sahaja akan dilihat sebagai maksud sebenar ‘mesra’ polis.

Penutup

Daripada pengalaman PAS yang panjang bersama PDRM dalam pelbagai urusan, terlalu banyak perkara yang boleh dibangkitkan untuk memberikan gambaran tentang ketidakcekapan polis dalam menjalankan amanahnya untuk menjamin hak dan keselamatan negara, khususnya hak-hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Menjadi hasrat semua pihak termasuk PAS untuk melihat Malaysia memiliki sebuah pasukan polis yang berwibawa dan dihormati oleh setiap rakyat.

Menyedari hakikat inilah, PAS mengemukakan beberapa saranan kepada Suruhanjaya sebagai satu wacana untuk bersama-sama membangunkan kepolisan negara ini selaras dengan hasrat menjadi Malaysia sebuah negara maju.

Sekian, pandangan dan cadangan kami.
Yang menjalankan amanah,


SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,
Ahli Parlimen Malaysia
http://www.parti-pas.org/modules.php?name=News&file=article&sid=319

TINDAKAN PASUKAN POLIS DISELAR :

Polis cabul perlembagaan, perhimpunan tidak perlu permit
Nyza Ayob Fri Mar 23, 07 05:44:57 PM

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Suhakam mendapati polis mencabuli perlembagan berikutan 'kekasaran berlebihan' ketika menyuraikan perhimpunan bantahan kenaikan harga minyak pada 28 May 2006 di KLCC yang dikenali sebagai 'Demo berdarah'.
Berdasarkan Inkuiri Awam yang bermula pada 5 Oktober dan berakhir pada 18 Oktober 2006, ahli Panel Inkuiri mendapati perhimpunan berlaku dalam keadaan aman dan tindakan polis menyuraikan perhimpunan telah mengganggu hak-hak ahli untuk berhimpun.

Inkuiri tersebut dihadiri wakil Peguam Negara, polis, Majlis Peguam dan Biro Bantuan Guaman.Sepanjang Inkuiri tersebut 54 saksi telah dipanggil dan panel menerima 52 lampiran termasuk rakaman video sepanjang kejadian.

Antara saksi yang dipanggil ialah mereka yang terlibat sewaktu perhimpunan tersebut dan penganjur perhimpunan tersebut, Protes yang diwakili penyelarasnya, Dr Hatta Ramli, polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan(FRU), beberapa orang peserta perhimpunan termasuklah mereka yang mengalami kecederaan pada hari tersebut.

Ahli panel inkuiri mendapati terdapat dakwaan kekasaran berlebihan yang dilakukan oleh anggota polis serta mengenal pasti salah seorang daripada anggota polis yang terlibat telah menyebabkan kecederaan pada mangsa.

Dalam hal ini panel inkuiri mencadangkan kepada pihak polis yang mempunyai kuasa untuk menyiasat melakukan penyiasatan mereka sendiri untuk mengenal pasti anggota polis yang patut dikenakan tindakan disiplin atau tindakan lain.

Dalam sidang media ketika melancarkan laporan inkuiri tersebut hari ini, Pengerusi Inkuiri Awam bagi kes tersebut, Dato' K.C Vohrah mencadangkan permit polis tidak diperlukan bagi perhimpunan awam supaya tidak mencabuli Perlembagaan negara yang memberikan hak berhimpun.

Beliau juga mencadangkan Seksyen 27A, Akta Polis 1967 yang memerlukan orang ramai mendapat permit perhimpunan dihapuskan.

Laporan setebal 355 muka surat itu mengandungi fakta berkaitan dengan isu seperti permohonan lesen untuk mengadakan perhimpunan, menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan, serta penahanan seseorang dalam sebarang perhimpunan aman. Ahli Panel dalam inkuiri tersebut juga telah menyiasat semua bukti sepanjang prosiding.

Selain Vohrah, Pesuruhjaya yang terlibat sebagai ahli panel inkuiri ialah Dato' Choo Siew Kioh, Dato Dr Michael Yeoh Onn Kheng dan Datin Paduka Zaitoon Othman.

Pelancaran Laporan Inkuiri turut dihadiri wakil Suaram, Chang Lih Kang; bekas tahanan ISA, Saari Sungip; wakil Protes, Ronnie Liu dan Aiman Athirah.

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=6939&Itemid=28

Saya amat sukacita apabila membaca berita HARAKAH DAILY.NET pada 2.12.2004 melaporkan Dr Hatta Ramli, salah seorang AJK PAS Pusat telah memfailkan saman berhubung tindakan polis yang menangkapnya pada 10 Jun 2004 yang lalu bersama-sama dengan dua pemimpin PAS Rompin iaitu Nazri Haji Ahmad dan Mazlan Yassin, terhadap Hanapi Haji Daud (Ketua Polis Daerah Rompin) di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuantan melalui Firma Guaman Mohamad Hanipa @ Associates.

Menurut fakta kes, pada 10 Jun 2004 pada jam 9.40 malam PAS Kawasan Rompin mengadakan majlis perhimpunan ceramah di dalam premis Markas PAS Muazam Shah Kawasan Rompin di No 42-110, Desa Teratai, Muazam Shah dengan dihadiri lebih kurang 50 orang. Plaintif pertama (Dr Hatta Ramli) adalah penceramah utama di dalam majlis tersebut manakala plaintif kedua dan ketiga hadir di dalam majlis itu. Beliau ditangkap pada pukul 11.20 malam ketika beliau sedang memberi ceramah oleh sepasokan polis yang beruniform yang diketuai oleh OCPD Rompin. Beliau dibawa ke Balai Polis Muazam Shah dan kemudian dipindahkan ke Balai Polis Rompin pada jam 4.30 pagi. Pada keesukan harinya pada pukul 11.30 pagi, beliau dikeluarkan dari lokap dengan tangan yang bergari [lihat gambar]seperti seorang penjenayah maha besar untuk diambil kenyataan dan diikat jamin sebanyak RM2000.00.

Ketiga-tiga Plaintif, memohon Mahkamah membuat deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan plaintif pada 10 Jun 2004 jam 11.20 malam adalah tidak sah, terbatal, tidak berperlembagaan (unconstutional) dan tidak mempunyai apa-apa kesan, membuat deklarasi majlis ceramah yang diadakan di Markas PAS Kawasan Rompin (pada 10 Jun 2004) tidak memerlukan permit polis di bawah seksyen 27 Akta Polis 1967, deklarasi bahawa defenden telah bertindak melampaui kuasanya di bawah Akta Polis 1967 dan tindakan Defenden tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa (abuse of power). Terdahulu, mahkamah di Johor dan di Pahang sendiri telah membebaskan orang yang dituduh dan orang yang terlibat dalam menganjurkan majlis ceramah di markas PAS sendiri. Kita tengoklah nanti apa yang akan terjadi dengan kes Dr. Hatta ini.

TINDAKAN TIDAK PROFESSIONAL KADAR JENAYAH MENINGKAT


“The Sunday Star (too) had two full-page articles about Johor Baru being a crime-infested city and on police ineffectiveness in crime prevention, (written by) by editor Wong Chun Wai and former IGP Tan Sri Hanif Omar,” Lim said.

He criticised Leow for trying to sweep the issue under the carpet by urging the public not to “racialise and politicise” the issue. “The Chinese community cannot understand how police incompetence, indifference and inability to stop crime can be racialised and politicised when the victims and criminals come from all races and religions.”

Lim pointed out the case of Form 3 student Syafiqah Mohd Borhan who was found dead in a drain in Bandar Baru Uda last year and a 10-year old Nurulhuda Ghani who died after being raped and strangled in Gelang Patah in 2001.

The News Straits Times reported today that a some 200 Johoreans had staged a protest in front of the mentri besar’s residence in Jalan Rahman Andak yesterday to express dissatisfaction over the rising crime rate. This was organised through text messages sent out over the past few days. Police had set up roadblocks but those who came for the gathering parked their vehicles at a school some 500m away and walked to the residence.The assembly started peacefully as 100 police and Federal Reserve Unit personnel monitored the situation.


Increase in crime rate According to the official crime index released in the PDRM website, the country had 198,622 crime incidents in 2006 compared with 157, 459 in 2005, which is a 12 percent hike. In the first two months of 2007, the police recorded 35, 076 crime cases.

The biggest crime in all the years is theft including property theft, petty theft, house break-ins and vehicle theft. Equally disturbing was that the crime-solving rate had slid during the same period.

In 2005, the police managed to solve 76,284 cases, which amounted to 48.9 percent while only 73,281 or 36.8 percent of the cases were solved in 2006. In January and February this year, 13,386 or 38.1 percent of the cases have been solved.

In the past when DAP raised this issue in Parliament, the government had claimed that the national crime-solving rate was always above the international accepted level of 40 percent. However, Chow said Abdullah owed the public an explanation on why there was a decrease in the crime-solving rate for 2006, which was below the international mark. "Have the police slowed down and become inefficient in solving crime?" he asked.

Primary concern The statistics also revealed that Selangor is the most crime-prone state with 47,499 reported cases in 2005, 54,270 in 2006 and 6,771 in January and February this year. Other leading crime-prone states are Johor with 24,945 cases in 2005, 28,469 in 2006 and 3,524 in last January and February, Federal Territory of Kuala Lumpur with 20,689, 25,236 and 4,547 cases; and Penang with 12,407, 16,229 and 3,822 cases respectively. A recent survey done by the Penang-based Guang Ming Daily revealed that most Penangites were worried about the swelling crime rate in the state. The crime rate in the state had grown by 30 percent between 2005 and 2006.
Kesimpulannya, apa yang kita boleh katakan bahawa pasukan polis kita memang bertugas untuk UMNO bukan untuk rakyat. Ini dapat dibuktikan dalam pilihanraya kecil Batu Talam, Machap dan di Ijok. Pihak polis telah melampaui tugasnya merosakkan amalan demokrasi yang sihat.
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Seian.Wassalam