DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, March 1, 2012

NAJIB CUBA MALUKAN MAHATHIR MENGENAI ISRAEL

Melihat kepada ketiga-tiga pucuk surat yag pernah ditulis oleh Mahathir kepada tiga Perdana Menteri Israel iaitu Yitzhak Rabin pada 1993, Benjamin Netanyahu pada 1997 dan Ehud Barak pada 1999, jelas sekali bahawa ia tidak banyak membantu memulihkan persepsi rakyat terhadap bekas Perdana Menteri itu yang sebelum ini dikaitkan dengan pelbagai perkara mengenai Israel.

Ia juga jauh dari sasaran untuk menghenyak Anwar yang dalam temubualnya dengan AWSJ mahu menjamin keselamatan negara Israel dengan syarat aspirasi perjuangan rakyat Palestin dipenuhi dulu. Temubual dengan Anwar yang hanya dikutip separuh dan ditinggalkan separuh lagi telah digunakan semahu-mahunya untuk menjejaskan reputasi Anwar dan PR menjelang pilihanraya akan datang.

Di sebalik pelbagai rentetan lainnya, Mahathir juga membuat dakwaan bahawa Amerika dan Israel memang menghendaki Anwar sebagai pemimpin Malaysia supaya boleh dijadikan boneka oleh mereka. Anwar juga dituduh akan mengiktiraf Israel dan menjalin hubungan diplomatik sekiranya menjadi Perdana Menteri.

Serangan balas kemudian bermula dan berterusan agak lama. Dan Najib yang melantik APCO, sebuah firma perhubungan awam antarabangsa yang dikaitkan dengan Yahudi serta dengan kos RM77 juta setahun, turut terpalit sama.

Mahathir, di sebalik wataknya yang keras terhadap Barat dan sokongan yang berterusan kepada Palestin, telah dikaitkan mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin Israel. Lebih dari itu Mahathir juga dituduh membenarkan hubungan dagang yang aktif dengan Israel serta memberi kebenaran kepada beberapa kunjungan pasukan dan ahli sukan Israel ke nagara ini.

Untuk menangkis secara tuduhan dan cakap-cakap itu dan juga disamping untuk membuktikan keada umum bahawa kononnya hanya Anwar Ibrahim yang cenderung ke arah menyokong Israel berikutan temubualnya dentan AWSJ baru-baru ini, Najib telah mengambil keputusan untuk mendedahkan surat-surat Mahathir itu kepada pengetahuan umum.

Tujuannya ialah untuk rakyat menilai dan juga membuktikan bahawa Mahathir tetap menyokong perjuangan rakyat Palestin dan tidak sesekali pernah mengiktiraf negara Israel.

Namun sebaik meneliti surat-surat Mahathir itu, walaupun ia memperlihatkan sokongan Mahathir kepada perjuangan rakyat Palestin, ia juga menyerlahkan watak sebenar Mahathir yang cuba berbaik dan menjalin hubungan dengan Israel.

Di sebalik sikap kerasnya kepada Barat dan kecaman yang lantang terhadap Israel serta penglibatannya dalam banyak program membantu rakyat Palestin, Mahathir nyata mempunyai pendirian berbeza melalui surat-suratnya itu.

Dalam surat kepada ketiga-tiga surat itu ternampak jelas niat dan keinginan Mahathir untuk menjalin hubungan dengan Israel, suatu pendekatan yang nyata berbeza dengan pendirian Anwar sebagaimana temubualnya dengan AWSJ. Walaupun Anwar mahu menjamin keselamatan Israel setelah aspirasi perjuangan Palestin dipenuhi tetapi menolak sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

Dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin, antara yang ditulis Mahathir ialah "Demi prinsip umum, Malaysia sedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai."

"Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel." (Bahagian ini ditulis tangan oleh Mahathir).

Dalam suratnya kepada Benjamin Netanyahu pula, Mahathir menulis "Kami bersedia mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi belum dapat berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik saja mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan menjadi hubungan yang tetap"

Sementara dalam suratnya kepada Ehud Barak, Mahathir menyatakan "Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel."

Ternyata amat jelas niat dan keinginan Mahathir untuk menjalin hubungan dengan Israel itu diluahkan dalam bahasa yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

Kalau Anwar dikaitkan untuk menjamin keselamatan negara Israel setelah aspirasi perjuangan rakyat Palestin dipenuhi terlebih dahulu, maka apakah yang mahu ditafsirkan melalui surat-surat Mahathir ini. Nyata sekali Mahathir sudah pergi ke jauh ke depan dengan niat dan keinginan untuk membina hubungan diplomatik dengan Israel.

Yang pastinya surat-surat ini sama-sekali tidak menguntungkan Mahathir, sebaliknya mendedahkan tembelangnya yang sebenar kepada umum.

Apakah dengan pendedahan ini, ia sebenarnya merupakan muslihat halus Najib untuk memalukan Mahathir dan juga strategi supaya bekas Perdana Menteri itu perlu banyak berdiam diri sekarang ini?

Tersangat jelas bahawa kandungan surat-surat ini tidak membantu Mahathir langsung. Ia malahan berjaya meremehkan watak keras dan sokongan Mahathir kepada Palestin selama ini.

Dalam masa yang sama, tersebar pula berita bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdulah Badawi atau Pak Lah akan terus dikekalkan bertanding di Kepala Batas dalam pilihanraya akan datang kerana dianggap memenuhi ciri-ciri "winnable" yang menjadi garis panduan Najib ketika ini.

Mahathir yang kini amat rapat dengan Najib tentunya tidak gembira dengan berita Pak Lah dicalonkan semula ini, malahan dirasakan dendam dan kebencian Mahathir terhadap Pak Lah hanya berakhir setelah nyawa terpisah dari badan.

Selain itu, Khairy Jamaluddin atau KJ pula dikhabarkan akan dilantik sebagai Pengerusi PUNB dalam waktu terdekat ini sebagai sebahagian usaha Najib memberinya kekuatan tambahan menghadapi PRU 13 ini. Sudah tentu KJ juga akan dicalonkan sekali lagi mempertahankan kerusi Rembaunya.

Kedua-dua perkhabaran mengenai Pak Lah dan KJ ini tentunya tidak menggembirakan Mahathir. Tekanan darahnya mungkin sedang memuncak tetapi dengan pendedahan surat-surat kepada Perdana Menteri Israel yang melondehkan watak dan niat Mahathir mengenai Israel itu, tiada apa yang boleh dilakukan Mahathir. Mulutnya bagaikan terkunci dan kebolehpercayaan umum terutama umat Islam kepadanya juga mulai berkurangan berikutan pendedahan surat-surat itu.

Beliau terpaksa berdiam diri dan menelan hakikat bahawa itulah dirinya yang sebenar. Dan Najib mungkin sedang tersenyum sendirian sambil mempunyai sedikit keselesaan untuk menentukan calon-calon dalam pilihanraya yang bakal tiba.

Oleh : SDR SHAHBUDIN BIN HUSIN

Mahathir : Fatwa Hudud Dr.Mahathir.MP4

Jawapan Tun Dr Mahathir Tentang hukum HUDUD

Dr Mahathir : Hudud_Tiada_Dalam_Al-Quran_Tidak_Adil_-_Tun_Mahathir.mp4

SAHKAN!!! KEBENARAN DAKWAAN DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SURAT DR.MAHATHIR KEPADA ISRAEL

Pendedahan Surat Dr.Mahathir Kepada Israel

Pendedahan surat-surat yang ditulis Tun Dr Mahathir Mohammad kepada 3 Perdana Menteri Israel – Yitzhak Rabin, Benjamin Netanyahu dan Ehud Barak mengesakan kebenaran dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membuktikan sikap kepura-puraan Dr Mahathir selama ini.


Ketika beliau sering tampil dengan imej luaran yang mengambil sikap keras dengan Israel dan memfitnah Anwar sebagai ‘pro-Yahudi’, secara senyap-senyap beliau mengambil pendekatan berbeza dengan pemimpin Zionis.

Kenyataan Anwar yang diserang oleh media UMNO-BN dibuat apabila disoal akhbar antarabangsa Wall Street Journalberkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Beliau menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Kemahuan ini merangkumi Baitul Muqaddis sebagai ibu negara Palestin, kepulangan pelarian Palestin, penghentian penerokaan tanah dan pengiktirafan negara Palestin yang merdeka oleh Israel.

Beliau juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Namun Anwar juga menolak hubungan diplomatik dengan Israel di dalam wawancara tersebut.

Mahathir pula bertemu dan berhubungan dengan PM-PM Israel dan menegaskan berulang kali keinginannya mengadakan hubungan antara Malaysia dengan Israel. Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin.

Sikap ini diteruskan oleh Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang melantik APCO sebagai perunding mereka. Antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel.

Kerajaan Malaysia juga selama ini mengambil sikap berat sebelah di dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf Fatah, tanpa mengambilkira Hamas yang telah dipilih rakyat Palestin. Ini membuktikan kerajaan UMNO-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel.

Pendedahan ini telah mengesahkan apa yang dikatakan KEADILAN selama ini. Mahathir dan Najib harus menghentikan kepuraan ini. KEADILAN akan terus menyokong usaha mencapai kedamaian berkekalan di Timur Tengah dan keadilan buat rakyat Palestin.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

Sumber : DI SINI

NAJIB AKAN DI BOGELKAN!!!!! - BEKAS ADUN BN

Bekas Adun BN akan dedah tembelang Najib

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, beliau sedia mendedahkan tembelang sebenar sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pendedahan tentang Najib yang menguasai perlimen Pekan sejak Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia itu akan dibuat dalam satu ceramahnya bersama Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu pada 15 Mac ini di Pekan, Pahang.

Mohd Ariff berkata demikian ketika ditemui dalam sesi Cakap-cakap Bersama Harakah di Pejabat Editorial Harakah dekat sini baru-baru ini.

Mohd Ariff yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan berkata, beliau sangat mengenali Najib dan peribadi Perdana Menteri itu dalam berpolitik serta pentadbiran.

Ini kerana beliau pernah menjadi orang penting Umno selaku Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan dalam mengembalikan sokongan ke atas Najib selepas hampir tewas pada Pilihan Raya Umum ke-10 (tahun 1999).

Mohd Ariff yang terkenal dengan blog Sakmongkol berkata, Najib bukanlah seorang yang tegas dalam kepimpinannya, sebaliknya hanya menggunakan taktik 'membayar' untuk mendapatkan sokongan.

Beliau yang sangat Ariff dengan sikap politik Najib berkata, Perdana Menteri itu hanya mahu dengar yang 'indah-indah sahaja'.

Ia termasuklah apa yang berlaku di Pekan semasa hampir tewas di tangan PAS pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999, katanya.

"Saya ada sebutkan dalam blog saya, penerima subsidi terbesar di Malaysia ini ialah Najib, kerana beliau dapat Parlimen Pekan kerana subsidi daripada kawasan Allahrayham Tun Razak, jadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebab baba saudaranya Perdana Menteri, dia jadi Naib ketau Pemida Umno sebab dia ikut Dato' Seri Anwar Ibrahim,

"Dia (Najib) tidak pernah berlawan, gaya dan kepimpinan itu dia tidak ada, dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin sendiri mengakui bahawa keburukan Najib ini tidak tahu mentadboir negara ini dan hilang punca,

"Najib ini tiada wawasan, dia ini mentadbir dan urus negara macam urus Umno Bahagian Pekan, dia baik dengan sana-sini bukannya untuk menyatukan, dia ini juga tidak berani, dia ini macam lalang," ujarnya lagi.

Beliau juga memaklumkan, sewaktu bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menetang Tun Dr Mahathir, Najib menyokong Ku Li pada walnya.

Namun, pada saat-saat akhir mengalih sokongan kepada Mahathir kerana Mahathir mempunyai rahsia besar mengenai Najib.

"Najib ini kebersihan ini tiada sangat, saya tahu sebab saya sangat kenal dia, keduanya dia ini tidak boleh buat keputusan yang tegas, dia boleh berubah atas tekanan.Dia ini ingin semua sokong dia, dan dia akan mendapatkan kesetiaan semua orang dengan dia bayar orang sana-sini," katanya lagi.

Satu cara Najib menyelesaikan masalah hanya dengan membayar dan menyogok pihak yang dikehendaki, katanya.

Disebabkan itulah, Najib terbawa-bawa kaedah itu dalam dasar Belanjawan yang dibentangkannya sebelum ini, ujarnya.

Dalam belanjawan, rakyat dapat melihat Najib memberikan bantuan 'one off' sejumlah RM500 dan RM100, yang kesemuanya hanya untuk mendapatkan sokongan bersifat sementara, katanya.

"Ini bukan duit Umno atau dia (Najib), tetapi ini duit kerajaan, yang dia mahu lihat bahawa dia ini nampak pemurah," katanya.

Beliau yakin, zaman 'bayar dan sokong' yang diamalkan Najib ini sudah berlalu kerana rakyat kini semakin sedar akan masa depan mereka.

"Umno berada dalam kepayahan, saya tidak merasa yakin jika rakyat mendapat sokongan rkyat dengan bayaran ini.

"Najib ini dia rasuah semua orang, dia pergi ke Haji pun tuhan dia nak rasuah.Bayar Dam ini hanya dalam kes tertentu sahaja seperti Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kata, " katanya sinis.

Bercakap mengenai peribadi Najib, Mohd Ariff berkata, Najib hanya menjadi 'Melayu' pada tahun 1976 selepas pulang daripada luar negara setelah ketiadaan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein (bekas Perdana Menteri yang juga ayahnya).

"Selepas Ayahnya meninggal, barulah dia berjinak dengan Melayu, masa dia balik pelat (loghat) dia itu masih pelat Inggeris, perangainya yang saya tahulah," katanya sinis.

Mohd Ariff juga memaklumkan, Najib sangat tidak rapat dengan keluarganya di Pekan, malah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sangat tidak disukai masyarakat di Pekan

Sumber : DI SINI

BEKAS PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL POLIS DAKWA GANI PATAIL PERGUNA SPRM!


KUALA LUMPUR, 2 Mac - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuf (foto) mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah mempergunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga menyebabkan beliau dan pegawainya didakwa di mahkamah.

Dakwaan itu dibuat Ramli ketika menyampaikan ucapan dalam satu majlis sambutan hari lahirnya malam tadi. Katanya, kesemua dakwaan yang dihadapinya itu bermula apabila pasukannya ditugaskan untuk mengambil tindakan ke atas seorang anggota sindiket yang dihantar ke Jeli, Kelantan untuk menjalani perintah tahanan terhad.

Lelaki didakwa terlibat dalam jenayah terancang, termasuk dalam kegiatan 'Along', loteri haram, pelacuran dan juga pengedaran dadah, kata Ramli. "Maklumat ini telah diberikan oleh timbalan menteri dalam negeri pada waktu itu (Datuk Johari Baharom) dan perkara itu dianggap "rahsia tertinggi" dan kes yang amat sulit. "Kemudian, saya diberitahu untuk melaporkan kepada beliau secara terus selepas fail tersebut (siasatan) dilengkapkan," katanya dalam ucapan tersebut. "Saya mengarahkan pegawai saya untuk (membuka) kes ke atas anggota sindiket itu, yang kemudiannya diserahkan kepada Timbalan Nenteri berkenaan untuk tindakan di bawah perintah RR (tahanan terhad). "Bagaimanapun selepas nasihat Peguam Negara, anggota sindiket berkenaan kemudiannya dibebaskan, tanpa syarat," kata Ramli. "Sebaliknya, pegawai saya didakwa kerana mengambil kenyataan palsu dan rekaan yang melibatkan ketua polis negara pada waktu itu (Tan Sri Musa Hassan). "Pada masa itulah AG Gani Patail memanggil fail kes asal itu, yang diklasifikasikan sebagai sangat sulit, dan menyerahkan kepada SPRM untuk ganggu saksi," kata Ramli lagi.

[Dakwaan Ramli Yusoff ini sebenarnya tidak mengejutkan rakyat Malaysia, kerana Gani Patail jugalah yang dikatakan terbabit dengan isu "Lebam Mata" Anwar bersama Musa Hassan dulu. Semua ini masih segar dalam ingatan rakyat. Lantaran itu mereka tidak hairan jika beliau terlibat dalam mempergunakan agensi lain untuk kepentingan peribadi pemimpin tertentu. Amalan guaman dan kehakiman di negara kita sudah lama tercemar bilamana individu yang terpalit dengan kerja-kerja jijik seperti ini akhirnya dianggat ke kedudukan selesa seperti sekarang. Akhirnya mereka akan laksanakan tugas seperti apa yang ditelah ditetapkan oleh majikannya iaitu kerajaan sekarang. Rakyat dianggap sebagai pengacau kepada penguasa zalim untuk terus berkuasa. Senario inilah yang menyebabkan kemarahan rakyat itu makin membuak-buak yang akhirnya mahu melakukan perubahan. Inilah yang amat ditakuti mereka sekarang].

Sumber : DI SINI