DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, January 15, 2010

UMNO PENGKIANAT ATAU PEMBELA MELAYU-ISLAM?

Sumber : MalaysiaWaves


After independence in 1957, while the Malaysian Constitution did stress that the socio-economic development of the Malay was to be promoted, active government intervention in the economy to help the Malay was not implemented immediately.

The ruling Alliance government continued the laissez-faire economic policy of thecolonial government. The laissez-faire approach nevertheless resulted in rapideconomic growth. Real GDP growth rate was 4.1% in 1956-1960 period, 5.0% in the1961-1965 period and 5.4% in the 1966-70 (Bank Negara 1994, p.4). However,despite the rapid growth, the trickle down process did not appear to work as expected.

Towards the end of 1960s, about half the population was living under poverty asindicated in the incidence of poverty (see Table III.1).


Ini bererti selama 12 tahun selepas Merdeka, UMNO telah tidak membuat apa-apa usaha untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. Tiada usaha serius membantu orang Melayu dengan meningkatkan taraf pendidikan mereka, taraf ekonomi mereka, taraf kebolehan mereka, latihan kepada orang Melayu dan sebagainya.

Selepas merdeka UMNO telah meneruskan dasar ekonomi peninggalan penjajah, yakni “laissez-faire” yang secara otomatik telah meminggirkan orang Melayu itu sendiri. Itu adalah sebab utama orang Melayu hidup miskin dan melarat sebelum 1969. Bukan sebab orang Cina.

Dalam keadaan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu sentiasa berkembang dan tidak mengalami apa-apa kemelesetan sepanjang 12 tahun pemerintahan Perikatan/UMNO pada masa itu.

UMNO kekal sebagai parti “feudal” selepas Merdeka. Jadi, mereka tak nampak keperluan untuk membangunkan orang Melayu. Lebih-lebih lagi Melayu jadi miskin dan melarat sebelum 1969 bukan sebab orang Cina tapi sebab kelemahan UMNO yang ketara.

Orang Cina sebelum 1969 ada yang kaya dan ramai yang miskin dan melarat. Sampai ke tahap ada di antara mereka yang menyerahkan anak-anak mereka untuk menjadi anak angkat kepada orang Melayu. Kita dah lupa ke? Dalam keluarga saya sendiri ada anak-anak angkat dari keluarga Cina yang diserahkan kepada keluarga saya untuk dibela.

Malahan, rupa-rupanya kejayaan orang Cina dalam ekonomi Malaysia pada masa itu bukan kerana orang Cina ada konspirasi untuk menindas serta menjatuhkan orang Melayu. Orang Cina lebih maju dalam ekonomi kerana mereka rata-rata terlibat dalam sektor ekonomi yang moden dan berproduktiviti tinggi.


Bacaan seterusnya di sini:


http://www.malaysiawaves.com/2009/12/umno-ditubuhkan-bukan-untuk-membangun.html


ULASAN :


UMNO melihat "amanah" yang diberikan oleh rakyat adalah sebagai alat untuk
mencari kekayaan,kedudukan dan kuasa. Bukan untuk melihat amanah itu sebagai bebanan yang perlu dipikul dan akan dipersoalkan oleh Allah swt di akhirat kelak. Oleh sebab itu, salah satu factor menyebabkan DEB gagal kerana masalah UMNO yang enggan melaksanakan dasar tersebut secara adil dan tulus. UMNO hanya memberi peluang kepada kroni dan UMNOputra sahaja. Melayu dan bumiputra lain yang bukan ahli UMNO dinafikan hak yang terkandung dalam DEB.


Kelemahan perlaksanaan DEB menyebabkan sasaran 30% pegangan ekuiti orang Melayu tidak kesampaian. DEB disalahgunakan untuk hanya menolong sesetengah orang Melayu yang ‘mempunyai cable‘ seperti dinyatakan di atas. Penyalahgunaan DEB ini paling ketara dalam pemberian kontrak, di mana kontrak-kontrak diberikan kepada kroni-kroni pemerintah yang kadangkala hanyalah proksi kepada orang lain.

Ianya juga ketara dalam aspek-aspek seperti pemberian biasiswa kepada mereka yang tidak memerlukannya, pemberian rumah kos rendah, rumah PPRT dan rumah mesra rakyat kepada mereka dari golongan pemerintah [diwajibkan menjadi ahli UMNO] walaupun mereka tidak memerlukannya, opsyen pembelian saham Bursa Malaysia, pemberian AP dan macam-macam lagi. DEB telah gagal dengan tragisnya.

Di bawah UMNO setelah lebih 35 tahun DEB dilancarkan, ekuiti BUMIPUTRA hanya 17%. Walaupun UMNO tidak menghadapi apa-apa halangan dari luar dan dalam untuk melaksanakan program ini. Di dalam berbagai sektor ekonomi, orang Melayu masih terkebelakang mengejar bangsa asing. Di dalam sektor perniagaan, boleh dikatakan kehadiran orang Melayu amat sikit. Apatah lagi hartanah di bandar-bandar besar di seluruh Negara. Yang ada hanyalah kontraktor-kontraktor yang bergantung pada UMNO untuk dapat kontrak. Jumlah professional Melayu juga amat sedikit. Ini dapat dilihat dari penguasaan badan-badan professional seperti pertubuhan-pertubuhan professional seperti AMA, IEM, Bar dan sebagainya dan ia masih dikuasai oleh bangsa asing walaupun sudah lebih 52 UMNO memerintah.


Sehubungan itu, UMNO menentang perlaksanaan hukum Islam dari dilaksanakan dalam Negara ini yang cuba dilaksanakan oleh PAS di Kelantan dan di Terangganu. Para pemimpin, ahli dan penyokong serta NGO-NGO UMNO yang berimejkan Islamik bangkit menentang perlaksanaan hukum Islam ini dengan mengeluarkan berbagai pendapat dan perkataan yang kesat, mencaci, mencela, menghina, memperlekeh dan memaki-hamun melalui tulisan, perbuatan dan lisan sehingga boleh menjejaskan keimanan seseorang.

Seseorang itu boleh menjadi kufur dan murtad dengan menghina hukum Islam, hukum ciptaan dan datang daripada Allah swt, bukan datang dari manusia biasa yang mempunyai berbagai kelemahan. Allah maha besar, Allah maha berkuasa dan Allah maha mengetahui apa yang manusia tidak mengetahui. Menghina hukum Allah samalah juga dengan menghina Allah swt itu sendiri.


Dengan tiba-tiba, para pemimpin, ahli dan penyokong serta NGO-NGO UMNO yang berimejkan Islamik muncul, membela penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan The Herald yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu. Mereka bangkit [didalangi oleh UMNO laknatullah] menghangatkan suasana untuk mendapatkan kepentingan politik ‘juara rakyat’ dalam jangka pendik. Begitu juga dengan kes kepala lembu dan isu kuil di Selangor turut melibat anggota UMNO dajal laknattullah ini jugalah.

Golongan celaka ini bertindak macam orang dirasuk jembalang. Macam orang gila babi-tidak siuman kerana hanya dengan satu perkataan ‘Allah’, sedangkan tiada ada nas atau larangan bukan Islam menggunakan kalimah Allah semacamlah selama ini mereka menyangjung tinggi martabat dan kemuliaan Allah swt.

Dengan kehendak Allah jua, strategi UMNO untuk menangguk diair keruh gagal. Strategi mereka untuk merangkap PAS yang berada dalam Pakatan Rakyat, akhirnya makan diri sendiri. Rakyat tidak percaya. Itu semua adalah mainan politik UMNO untu digelar sebagai juara rakyat. Rakyat semakin benci dan meluat dengan perangai UMNO yang mengaku sebagai ‘Juara Rakyat’. Sebenarnya UMNO ‘Juara Merampas Hak Rakyat’.


Hakikatnya, UMNO takut kepada Islam untuk dijadikan ‘Ad-Din’ kerana Islam akan menjadi batu penghalang untuk mencapai cita-cita peribadi masing-masing untuk mendapatkan tender, kontrak dan saham-saham mewah.Kalau dulu zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn, 99 untuk rakyat 1 untuk pemimpin, tetapi sekarang telah terbalik, 99 untuk pemimpin dan 1 untuk rakyat.

Budaya kehidupan pemimpin-pemimpin UMNO bermegah dengan kereta mewah,rumah besar-besar, duit banyak dan menunjuk-nunjuk kekayaan kepada rakyat.Mengetepikan kepentingan rakyat yang dipimpin. Pemimpin UMNO menjadi raja,rakyat menjadi hamba. Dalam Islam perbuatan begini sangat dikutuk oleh Allah,menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat marhaen yang tidak ada apa-apa.Nabi sendiri dalam kehidupannya terlalu bersederhana daripada segi pakaian,makanan dan tempat tinggal, kalau Nabi hendakkan kekayaan dunia ini,maka Nabi akan dapat lebih hebat lagi daripada pemimpin-pemimpin UMNO haprak ini.Oleh itu, Hudud [hukum Islam] tidak boleh dilaksanakan kerana ia boleh menyama-ratakan kedudukan manusia.


52 tahun UMNO memerintah, budaya rasuah, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, menyeleweng berlaku di pelbagai institusi, sektor, individu dan terutama pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa. Membolot harta kekayaan negara, memonopoli keperluan rakyat untuk keuntungan dan faedah diri dan kepentingan kroni. Pembudayaan ini telah menjadi darah daging dalam UMNO. Begitu juga dengan arak, judi, penzinaan, hiburan yang membangkitkan syahwat lagi melalaikan, menipu, pembohong memutar-belitkan berita, melarikan duit ke luar negara, menahan orang tanpa sebab dan pelbagai lagi gejala maksiat yang dilakukan. Kenapa golongan CELAKA yang menentang penggunaan kalimah Allah ini berdiam diri?


Perjuangan golongan ini bukan untuk Islam khususnya mengajak orang ramai [khususnya orang Melayu yang anti Islam] kembali beriman kepada Allah dan RasulNya.


Mengakhir ulasan ini, suka saya bertanya :


Siapakah yang menyekat kewangan pusat[makan duit haram hasil royalty petroleum] kepada kerajaan ‘Melayu’ dan ‘Muslim’ di Terengganu dan Kelantan?

Siapakah yang menggadaikan tanah rezab orang Melayu?


Siapakah yang meminggirkan Bahasa Melayu dan sastera Melayu?


Siapakah yang menyekat ilmuan Melayu, ilmuan Muslim dengan segala ancaman, ugutan, hingga masjid dan surau lebih baik dibiarkan sepi daripada makmur dengan pengajian yang tidak serasi dengan kehendak politik?


Siapakah yang gagal melaksanakan DEB yang diformulakan sendiri oleh mereka untuk kononnya membantu orang Melayu?


Siapakah yang memerintah ketika Melayu Muslim Pulau Pinang terpinggir dan akhirnya merempat di tanah sendiri?


Siapakan menimbulkan berbagai masalah kepada rakyat tidak kira Melayu, Cina, India dan kaum-kaum minority yang lainnya?


Kenapa tidak bangun wahai golongan celaka [yang kini beria-ia benar untuk mendaulatkan kalimah Allah] menentang ketidakadilan yang dilakukan oleh UMNO laknattullah itu- apa niat kamu sebenarnya?


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

Thursday, January 14, 2010

LAKONAN TERBAIK UMNO DIAWAL TAHUN 2010



Sehari sebelum demontrasi NGO Umno bagi membantah penggunaan nama Allah di Masjid Negara 8 Januari lepas, Menteri dari "Parti Pembela Bangsa & Agama", UMNO di Wilayah Persekutuan, Nong Chik Zainal Abidin telah meluluskan rayuan memperbaharui lesen 5 kelab malam. Sebelum ini lesen-lesen kelab berkenaan telah dibatalkan kerana bunyi bising melebihi hadNampaknya, pemimpin UMNO juga tidak lupa untuk mempertahankan pusat-pusat pesta arak dan gejala sosial ini. Baguslah tu, siang berdemo bela nama Allah, malam pi pulak layan demo kat kelab malam... bila PPIM dan NGO nak pi berdemo kat Kelab Malam..?


Lima buah kelab malam terkemuka di Jalan P. Ramlee di sini yang sebelum ini lesen hiburannya dibatalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menghasilkan bunyi bising melebihi had kini dibenarkan untuk memperbaharui lesen berkenaan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau membuat keputusan itu setelah pengusaha-pengusaha kelab itu merayu dan berjanji untuk mengawal paras bunyi berkenaan.

“Setelah berbincang dengan pengusaha-pengusaha kelab ini, saya dah buat keputusan untuk memberi laluan kepada pengusaha-pengusaha kelab ini memperbaharui lesen mereka.

“Mereka telah menulis surat rayuan, di mana mereka telah merayu dan mohon maaf kepada Datuk Bandar dan juga DBKL atas tindakan lalu iaitu berkenaan dengan pengawalan paras bunyi dan mereka berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya selepas ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kelab malam yang terlibat ialah Rum Junggle, Bar & Restaurant, Beach Club Cafe, Thai Club & Bistro, Passion atau Padi House serta Aloha. Beliau berkata, kelima-lima pengusaha kelab berkenaan memberi jaminan kepadanya bahawa tidak akan wujud paras bunyi yang lebih daripada had ditetapkan.Menurutnya, standard bunyi pada waktu siang tidak melebihi 55 desibel dan pada waktu malam tidak melebihi 65 desibel.

Sementara itu, di Petaling Jaya, Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, beliau menemui Raja Nong Chik meminta agar DBKL menimbangkan tindakan mereka.Ng berkata, penutupan premis hiburan tidak sepatutnya berlaku kerana sepanjang Jalan P.Ramlee dikenali sebagai kawasan hiburan di waktu malam.Beliau berkata, Raja Nong Chik juga mempunyai pandangan sama dan bersetuju mengkaji semula garis panduan dan peraturan mengenai gangguan ketenteraman awam disebabkan bunyi daripada premis hiburan.


Ulasan :


Seluruh dunia tahu [walaupun dinafikan berkali-kali oleh Najib dan regimnya] termasuk pihak berkuasa, bahawa UMNO yang menjadi dalang dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan The Herald. UMNO bertindak pantas tanpa menunggu rayuan yang dikemukakan oleh KDN kepada Mahkamah Rayuan untuk mencabar keputusan yang dibuat oleh Hakim Lau Bee Lan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu.

Tujuan UMNO ialah untuk mempolitikan isu ini supaya umat Islam di negara ini yang masih dalam kegelapan di siang hari bangun menyokong UMNO yang kononnya UMNO adalah 'Juara Rakyat'. Hakikat sebenarnya ialah 'UMNO : Pengkianat Rakyat".

Seluruh pencacai, barua-barua dan dajal-dajal UMNO menggunakan berbagai organisasi bertopengkan Melayu-Islam bangun tunjuk taring masing-masing dengan mengadakan demontrasi di sana-sini yang dulunya mereka keji dengan kata 'Demontrasi Bukan Budaya Kita'.

Sekarang mereka guna kaedah demontrasi yang mereka kutuk dulu untuk menyampaikan mesej kepada umum. Dasar UMNO muka tempok bersalut dengan kulit babi, muka tidak malu. Menjilat ludah balik. UMNO mesti berlakon bagi menunjukkan kononnya merekalah pembela Islam nombor wahid dalam negera ini, tetapi sebenarnya merekalah pengkianat terhadap kesucian dan martabat Islam sehinggakan agama Islam boleh dihina dan diperlecehkan oleh sesiapa sahaja yang berhajat berbuat sedemikian.

52 tahun UMNO memerintah, Islam tetap diperintah bukan Islam yang memerintah. Semakin hari, semakin ramai umat Islam meninggalkan ajaran Islam dalam amalan kehidupan hariannya. Islam terpinggir dan dipinggirkan.

Sebelum isu ini muncul, golongan celaka ini tidak pernah bangkit untuk mempertahankan Islam yang sering dihina secara tidak langsung atau tanpa disedari dalam berbagai sektor masyarakat di negara ini.

Nasib baik, ramai rakyat semakin sedar akan hakikat sebenar tindakan UMNO menghangatkan suasana adalah untuk kepentingan politiknya, bukan kerana Islam.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

Friday, January 8, 2010

SERUAN KEPADA PERTUBUHAN, PERSATUAN DAN NGO ISLAM

dan

SUMBER DARI ARKIB BERNAMA.COM LIM GOH TONG, TAUKEI JUDI ADALAH KAWAN BAIK NAJIBNAJIB SURUH CONTOHI DAN IKUTI LIM GOH TONGJOM MAI BUKAK KASINO, PUSAT URUT, SATU MALAYSIA


GENTING HIGHLANDS, 28 Okt (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberikan penghormatan kepada pengasas Genting Berhad Tan Sri Lim Goh Tong, yang meninggal dunia akibat sakit tua pada Selasa, sebagai seorang yang berpegang pada janji dan terhormat.

Beliau berkata Goh Tong adalah seorang yang amat istimewa yang berani melakukan perkara yang dianggap mustahil dan berjaya mencapainya."Mendiang merupakan contoh unggul bagi seseorang yang datang ke sini tanpa apa-apa tetapi menerusi azam yang kuat dan prinsip dan nilai yang teguh, beliau mampu mencipta kejayaan besar dan menjadi satu warisan.

"Bukan sahaja membangunkan perusahaan yang akhirnya menjadi konglomerat terkemuka antarabangsa, tetapi mendiang telah mewajudkan satu warisan di sini di Genting (Highlands)," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada hartawan itu di kediamannya di Gohtong Villa.

Timbalan Perdana Menteri [sekarang PM] turut mengucapkan takziah kepada balu Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, dan anak mendiang Tan Sri Lim Kok Thay.

Najib diiringi adiknya Datuk Mohamed Nazim.Goh Tong, 90, yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada 23 Oktober 200 lalu meninggalkan enam orang anak dan 19 cucu. Mayat mendiang akan disemadikan esok."Banyak perkara yang kita boleh kagumi dan belajar (daripada beliau).
Saya berharap generasi muda akan membuat kajian mengenai mendiang Tan Sri, khususnya ciri-ciri Tan Sri dan kualiti yang ada pada dirinya yang dapat diteladani oleh orang lain," kata Najib.

Timbalan Perdana Menteri berkata Goh Tong amat rapat dengan allahyarham datuknya Datuk Hussein Mohammad Taib yang banyak menghabiskan masa bersama.Najib berkata semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang pada 1980-an, beliau juga selalu berhubungan dengan Goh Tong dan hubungan Goh Tong dengan keluarganya sudah lama terjalin dan berterusan sehingga sekarang dan
juga di masa depan.
Renung : Gambar ini


PENDAPAT PENULIS:

Saranan Najib supaya seluruh rakyat Malaysia mencontohi
LIM GOH TONG [TOKEH JUDI] sewajarnya mendapat respon daripada petubuhan, persatuan dan NGO Islam yang kini teramat sibuk memperjuangkan kalimah Allah agar tidak diterbitkan dalam akhbar katholik The Herald seperti yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Seruan saya kepada NGO-NGO ini, disamping melalak siang malam meminta orang Islam dan Melayu bersatu dan bangkit menentang dalam isu Nama Allah yang tidak jelas haram atau harusnya. Saya menyeru kepada kamu semua untuk bangkit dan menentang Najib Tun Razak dalam isu judi yang jelas haram.


Saya bimbang, nanti anda jangan jadi bahan marahan rakyat. Nanti anda digelar golongan celaka memperalatkan Islam demi kepentingan politik UMNO laknattullah.


Rujuk juga kes ini::
2.3 billion Dari Hasil Judi di Malaysia dan ramai-ramai mari Kita sama-sama Berdemonstrasi.

UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

INI DIA PERANGAI PEMIMPIN UMNO-KAKI KELENTONG

EYE ON MALAYSIA DISITA : DUIT RAKYAT LEBUR
Oleh: Sofi Wahab
Dipetik daripada Laman Era Pakatan

Eye On Malaysia yang menjadi tarikan pelancong sejak setahun lalu telah disita semalam. Tindakan ini menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian dan duit rakyat lebur begitu sahaja.

"Diberitakan pula syarikat Belgium, Fitraco NV nak ambik balik buaiannya kerana ada pihak pengurusan yang terdiri daripada MSt Ad & Kumpulan Melaka Berhad tak bayar RM 17 juta.

Sebelum ini, indah sungguh perkhabaran, kos 24 juta ditanggung swasta, tidak melibatkan wang rakyat. Seolah-olah ada syarikat swasta yang ada duit lebih. nak tolong tanggung kos buaian itu," jelas Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Sofi Wahab.
Kerajaan negeri katanya lemah dan lembap dalam membuat perancangan semula memulakan sesuatu program dan dan projek.

"Disaat Melaka dikatakan Maju 2010, Eye On Malaysia pula kena sita, Siapa yang malu dan siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal ini. Sejak dari awal lagi saya sudah menjangkakan ini adalah projek membazir. Duit rakyat hangus begitu sahaja," jelas Sofi lagi.

Eye On Malaysia di muara Sungai Melaka yang menjadi antara tarikan utama pelancongan sejak lebih setahun lalu, disita jam 9.30 pagi semalam, sekali gus terpaksa memberhentikan operasinya.

Tindakan menyita kawasan berkenaan dilakukan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 November lalu, membenarkan permohonan pemilik asal roda gergasi berkenaan dari Belgium, Fitraco NV untuk mengambilnya balik dari Eye On Malaysia Sdn Bhd (Eom), pemilik roda itu di sini.

Arahan bagi memaklumkan mengenai tindakan menyita tempat itu disampaikan oleh seorang peguam yang mewakili Fitraco NV kepada Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Eom, Mahadzir Yunus di tapak roda gergasi terbabit, kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”

"SELAMATKAN RAKYAT, SELAMATKAN NEGARA"
“PROTES SAMPAI TURUN”

BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

NAJIB AKAN DISIASAT OLEH POLIS PERANCIS?

Dipetik daripada Laman Marhaen:
http://www.marhaen.info/v2/mar_a_greenboc10.html



Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.


Sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Datuk Seri Najib Razak oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.


Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan.


Menurut sumber berkenaan semua dokumen dan laporan mengenai kematian Altantuya serta dakwaan rasuah berhubung pembelian dua kapal selam oleh kerajaan Malaysia sudah diserahkan kepada dua peguam Perancis.


"Kedua-dua peguam tersebut tiba di Malaysia kira-kira tiga minggu lalu untuk berbincang mengenai laporan polis yang akan dibuat di Paris tidak lama lagi,” kata sumber berkenaan.


"Pihak kami sudah serahkan semua dokumen termasuk keratan akhbar dan laporan media mengenai isu pembunuhan Altantuya dan Scopene,” tambah beliau.


Altantuya adalah bekas kekasih Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan syarikat Peri Mekar. Syarikat itu dilaporkan menerima RM540 juta daripada pembekal kapal selam berkenaan menerusi perjanjian yang direstui oleh Najib.


Abdul Razak adalah kenalan rapat Najib malah pernah bertindak sebagai penasihat kepada beliau.


Altantuya mati dibom pada tahun 2006 apabila beliau dikatakan tiba di Malaysia untuk menuntut komisyen USD500,000 dari hasil penjualan kapal selam itu.


Razak dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya tetapi dua pegawai polis disabit kesalahan atas tuduhan itu dan dihukum gantung.


Seorang penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang di upah oleh Abdul Razak membuat perakuan bersumpah mengesahkan bahawa Razak sendiri memberitahunya Najib mempunyai hubungan dengan Altantuya .


Bala kini berlindung di luar negara tetapi sanggup memberi keterangan kepada SPRM dengan syarat disoal siasat di negara ketiga kerana bimbangkan keselamatannya jika kembali ke Malaysia. Tawaran itu tidak disahut SPRM.


Bala sebelum ini turut mendedahkan adik Perdana Menteri, Nazim Razak mengugut beliau untuk menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Najib Razak dengan kes Altantuya.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
"SELAMATKAN RAKYA, SELAMATKAN NEGARA”

Sunday, January 3, 2010

AWAS JANGAN TERPERANGKAP DAKYAH UMNO BARUA LAKNATULLAH

Oleh : Tun Telanai

Semua umat Islam di negara ini khususnya umat Islam dalam PAS, PKR dan NGO-NGO Islam lainnya, awas tindakan, tektik dan strategi UMNO barua lagi laknatullah ini sedang bermain sandiwara kononnya untuk mempertahankan maruah Islam. Itu semua pembohong. UMNO selama ini adalah kaki kelentong. Para pemimpinnya adalah lanun dan perompak besar dalam negara ini. Mereka ada imuniti dan mereka di atas undang-undang.Tidak pernah ada tindakan yang diambil.

Siapa tidak kenal Khir Toyo, Muhammad Mohd.Taib, Abdul Rahim Tamby Chik, Rafidah Aziz, dan ramai lagi.......berlori/berduyun-duyun kalau dihimpun di mahkamah.

Selama ini UMNOlah yang merosakkan, menghina dan menjatuhkan maruah Islam sehingga Islam di negara ini berada ditahap marhaen yang boleh dihina dan dikeji sesuka hati.

Para pemimpinnya seperti Dr. Mahathir dan Najib sendiri pernah memperlekehkan kesucian Islam [sekiranya kelapangan saya akan tulis menghinaan mereka terhadap agama Islam]. UMNO perlu dimusnahkan segera dengan apa cara sekali pun. Jangan terlambat, sekiranya kita terlambat, kita akan dikorbankan oleh UMNO kerana ada beberapa pemimpin dalam PAS dan juga PKR sendiri yang sedang berangan-angan hendak berkerja sama dengan UMNO celaka ini dengan alasan yang sengaja direkacipta untuk mengelabui mata umat Islam yang pekak dan buta iaitu untuk 'perpaduan Melayu dan menjaga Islam.

UMNO selamanya ialah musuh kepada orang Melayu yang bukan dikalangan UMNO.UMNO pengkianat bangsa dan agama.Ingat apa yang UMNO buat kepada Melayu Islam yang bukan ahli UMNO atau bukan penyokong UMNO di Terangganu ketika PAS memerintah 1999-2004. Lagi 20 tahun di Kelantan, UMNO menyeksa Melayu Islam bukan UMNO. Jangan lupa hakikat ini.

Tidak ada parti di dunia ini sejahat UMNO yang sanggup melihat orang Melayu Islam bukan UMNO merana. Semua bantuan disekat, apatah hendak berniaga dengan pertolongan kerajaan. Lesen, kontrak dan berbagai bantuan semuanya untuk Melayu UMNO. UMNO zalim dan kejam.

Awas tektik UMNO yang menggunakan agama dan bangsa untuk kembali berkuasa. Cuba tanya diri sendiri-tepuk dada tanya akal : Selama 52 tahun memerintah, adakah Islam bertambah kuat atau lemah?
“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Friday, January 1, 2010

2009 : PAKATAN RAKYAT MEMUSNAHKAN HARAPAN RAKYAT

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt



Selamat bersua kembali kepada peminat blog ini. Selama dua minggu saya tidak berkesempatan untuk menulis. Satu minggu berada di luar Negara dan kembali ke tanah air pula disibukkan dengan tugas-tugas yang ditinggalkan. Walau bagaimana pun, saya masih mengikuti perkembangan semasa yang melingkari kehidupan rakyat terutama mengenai isu-isu yang ada hubungkait dengan dasar politik Pakatan Rakyat [PR] yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.


Tahun 2009 telah pun menutup tirainya. 2009 banyak meninggalkan kenangan peristewa-peristewa suka-duka, pahit-manis perjuangan menentang kezaliman UMNO setengah abad yang lalu. Semuanya itu telah m
enjadi bahan sejarah yang akan dikaji oleh genarasi akan datang. Kini, tahun 2010 menjelma yang pastinya akan melakarkan sejarah hitam-putih kehidupan rakyat, Islam, bangsa dan Negara.


Sepanjang tahun 2009, keadaan politik di negara ini sentiasa tegang, panas dan menimbulkan berbagai kontroversi di antara Pakatan Rakyat [PR] dan Barisan Nasional [baca: UMNO]. Terdapat banyak isu yang dicetuskan oleh kedua-dua pakatan politik ini. Di satu pihak [PR] berjuang untuk mendapatkan kuasa, manakala UMNO [BN] berjuang untuk mengekalkan kuasa. Rakyat menjadi sandarannya.


Membuka tirai tahun 2009, PR tersenyum bangga dengan kemenangan dalam pilihan raya kecil parlimen Kuala Terangganu pada bulan Januari dan diikuti 7 pilihan raya kecil lagi berikutnya. Sebanyak 9 pilihan raya kecil diadakan selepas pilihan raya umum 2008, Kebanyakan keputusannya menunjukkan bahawa UMNO [bermaksud BN juga]masih gagal memulihkan sokongan rakyat terhadapnya. UMNO tewas dalam 6 pilihan raya kecil, termasuk DUN Penanti yang tidak ditandinginya.


Dari 9 pilihan raya kecil yang diadakan, PR boleh tersenyum lebar. Pakatan melalui PAS memenangi 4 kerusi [Kuala Terangganu, Bukit Gantang, Permatang Pasir dan Manik Urai], manakala PKR memenangi 3 kerusi [Permatang Pauh, Penanti dan Bukit Selambau].UMNO hanya menang dua kerusi sahaja, iaitu di Batang Ai, Serawak [kawasan ulu, kad
ar buta huruf tinggi, miskin dan mundur] dan di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Di negeri dan di kawasan yang rakyatnya masih ramai yang jahil tentang hukum-hakam beragama dan manifestasi politik yang benar.


Mereka telah memilih bapak perasuah yang dikatakan banyak berjasa kepada rakyat. Mereka menolak calon PAS yang bersih daripada segala kekotoran yang menjadi budaya para pemimpin UMNO lakukan, mengamalkan rasuah, ambil komisyen, menyalahgunaan kuasa dan kedudukan untuk mengejar kemewahan hidup. Keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan bahawa kemenangan besar Isa Samad menandakan sikap pengundi yang semacam tidak kisah dengan soal integriti dan kebersihan calon akibat daripada kejahilan yang mereka anuti.


Hasil analisis keputusan pilihan raya kecil di Bagan Pinang menunjukkan bahawa 67% pengundi Melayu menyokong Isa [UMNO], manakala 73% pengundi bukan Melayu turut berbuat sedemikian. UMNO mula mendabik dada, melalui media massa yang dikawalnya memberi gambaran bahawa UMNO kini kembali diterima rakyat. Kebetulan selepas pilihan raya kecil tersebut, UMNO mengadakan perhimpunan tahunannya. Dalam perhimpunan itu, kemenangan Isa disambut penuh kegembiraan dan Pakatan Rakyat dihina, diperlekehkan, diejek dan dipersenda-sendakan. Mereka terlupa bahawa kemenangan tersebut adalah hasil sumbangan terbesar daripada undi tentera dan mereka berkempen ala gengstar, ganas dan menggunakan kaedah 3 M yang selalu mereka amalkan dan telah diangkat sebagai budaya mereka dalam setiap kali ada pilihan raya.


Sebaliknya, di pihak Pakatan keputusan tersebut diterima dengan hati yang terluka dan bercadang untuk mencabar keputusan tersebut di mahkamah bagi membongkar segala penyelewengan yang UMNO lakukan dalam proses pengundian tersebut. Keputusan itu menimbulkan berbagai kritikan pro dan kontra terhadap masa depan Pakatan Rakyat. Ia amat membimbangkan kerana UMNO ada kaedah tertentu untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadapnya. Kesan dari kekalahan tersebut telah mencetuskan krisis dalaman PAS yang agak kritikal di antara dua kelompok dalam PAS. Satu pihak bersikap pro kepada UMNO yan
g berminat untuk mengadakan kerjasama bagi membentuk kerajaan perpaduan. Kelompok ini diketuai oleh Presiden dan disertai oleh Timbalan Presiden, Timbalan Mursyidul Am, beberapa kerat di kalangan AJK PAS pusat, kepimpinan PAS Terangganu dan termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor.


Manakala satu kelompok lagi menentang sebarang usaha untuk berkerjasama dengan UMNO. Kelompok yang diketuai Presiden ini mendapat tentangan paling hebat sebarang cubaan untuk PAS mengadakan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Ia diketuai oleh Mursyidul Am sendiri sehinggakan beliau mencadangk
an PAS mengadakan muktamar khas bagi membicangkan perilaku beberapa pemimpin PAS yang menjadi tali barut UMNO. Isu ini berakhir dengan PAS mengadakan Seminar Memperkasa Parti sehari di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar pada 7 November lalu.


Keghairahan Pakatan Rakyat untuk mengejar kuasa dan mendaki Putrajaya terhenti seketika kerana masing-masing sibuk berbahas di parlimen mengenai bajet 2010. Begitu juga dengan negeri-negeri juga turut sibuk dengan pembentangan dan perbahasan bajet masing-masing. Krisis rampasan kuasa di Perak yang didalangi oleh Najib Tun Rasak, kes kematian Teoh Beng Hock angkara SPRM bertindak melebihi tindakan yang pernah dilakukan oleh mossad Israel, skandal PKFZ dan institusi mahkamah diperalatkan oleh UMNO khususnya penyelesaian kes perlembagaan di Perak kurang diberi perhatian kerana masing-masing sibuk dengan tugas rasmi menghadiri siding dewan.


Tiba-tiba, malam 14 Disember 2009, peluang keemasan untuk merebut kuasa dari tangan UMNO yang sudah memerintah 52 tahun telah menjelma di hadapan mata. Peluang sebegini tidak akan muncul lagi, walaupun 1000 tahun akan datang. Pakatan Rakyat benar-benar tolak tuah. Rezeki datang bergolek, tetapi akibat angkara sebahagian para pemimpin Pakatan Rakyat yang melarikan diri daripada medan perang, yang mana perang belum lagi tamat mendatangkan padah kepadanya. Pakatan Rakyat terlepas peluang merebut kuasa dari tangan UMNO.


Proses pengundian untuk meluluskan bajet 2010 kerajaan pimpinan Najib Tun Razak hanya diluluskan dengan majoriti 3 undi sahaja. 66 orang [UMNO/BN] menyokong dan 63 orang daripada Pakatan Rakyat [PAS, PKR dan DAP] menentang bajet tersebut. Bajet 2010 hampir-hampir tidak diluluskan kerana terdapat perbezaan undi yang tipis antara penyokong kerajaan dan Pakatan Rakyat. Dari segi komposisi, BN mempunyai 137 wakil [70 orang wakil tidak hadir] di Dewan Rakyat berbanding 82 Pakatan Rakyat [18 orang wakil tidak hadir] dan tiga anggota Bebas. Berdasarkan konvensyen bagi sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak diluluskan, maka kerajaan UMNO akan hilang kuasa dan parlimen terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan.


Saya menganggap 70 Ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir itu adalah sebahagian daripada gerakan untuk memsebotaj pentadbiran Najib, tetapi isyarat ini tidak dapat dihidu oleh 18 [PAS-4, PKR-7 dan DAP-7] orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak hadir itu bagi acara penutupan perbahasan bajet 2010 yang memakan masa lebih daripada dua bulan [mulai 23 Oktober]. Adalah malang sekiranya wakil-wakil rakyat Pakatan tidak menyedari bahawa penghujung perbahasan mengenai bajet 2010 memerlukan proses pengundian untuk meluluskannya yang mereka perlu hadir bagi mengambil bahagian dalam proses pengundian tersebut. Apa pun alasan yang diberi, kesimpulan yang boleh dibuat oleh rakyat ialah mereka lebih mementingkan urusan peribadi diri masing-masing daripada urusan rasmi di parlimen yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka.


Analoginya mudah, permainan bola sepak belum tamat, tetapi pihak lawan telah memberi satu peluang keemasan menjaring gol untuk menang tanpa ada halangan. Mereka bertindak keluar padang lebih awal bersama-sama dengan penjaga gol sekali sebelum pengadil peniup wisel penamat, hanya tinggal beberapa pemain yang kurang upaya dan yang mengalami keceraan berada di tengah-tengah padang. Malangnya, Pakatan tidak mengambil kesempatan ini untuk menjaring gol. Pemain kita culas, malas dan curi tulang tidak masuk padang yang dikosongkan. Pakatan tidak terdaya menjaring gol kerana kekurangan pemain, walaupun pintu gol ternga-nga luas. Pakatan Rakyat gagal.


Peristewa ini juga mengingatkan saya peristewa perang Uhud. Peperangan ini telah berlaku pada bulan Syawal tahun ke 3 Hijrah di Bukit Uhud sebelah utara bandar Madinah. Orang-orang Quraisy telah menggerakkan seramai 3,000 orang angkatan bersama-sama dengan tentera bersekutunya untuk membalas dendam terhadap umat Islam dan menebus kembali kekalahan mereka yang sangat teruk di dalam peperangan Badar.


Nabi saw keluar bersama-sama dengan angkatan tentera baginda ke medan Uhud. Baginda menjadikan Bukit Uhud berada di belakang angkatan tentera baginda dan musuh berada di hadapannya. Baginda membuat pemeriksaan yang rapi terhadap kawasan peperangan tersebut dan mendapati bahawa bahaya akan datang dari arah belakang tentera. Lalu baginda menyediakan seramai 50 tentera dari kalangan pemanah-pemanah yang mahir.


Pasukan ini diketuai oleh Abdullah bin Jubair Al-Ansari di mana mereka ini diperintahkan supaya mengambil tempat yang strategik di atas puncak Bukit Uhud yang berada di belakang mereka. Ekoran dari peristiwa inilah bukit ini dinamakan dengan Bukit Pemanah. Kemudian tentera memberi kata putus kepada mereka: Peliharalah belakang kami dan kami juga tidak akan memberikan peluang kepada mereka menyerang dari belakang kamu. Baginda memerintahkan kepada mereka supaya memanah orang-orang musyrikin dengan menggunakan anak panah dan mereka tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan tempat mereka samada umat Islam mendapat kemenangan atau umat Islam mengalami kekalahan kerana kedudukan lokasi tersebut yang sangat bahaya. Memandangkan perkara ini sangat penting, baginda mengulangi arahan tersebut beberapa kali.


Semasa berlaku peperangan, pada peringkat awal umat Islam mendapat kemenangan tetapi oleh kerana sikap mereka yang tergesa-gesa merebut kemenangan dan mereka tidak bersabar malah mereka menyangka bahawa peperangan telah tamat, orang-orang yang berada di medan meninggalkan peperangan dan mereka mula menghimpunkan harta ghanimah serta orang-orang yang berada di atas bukit pula membelakangi perintah Nabi saw dan perintah panglima mereka Abdullah bin Jubair di mana mereka meninggalkan tempat-tempat mereka untuk bersama-sama mengumpul harta ghanimah.


Melihat keadaan tersebut, Khalid bin Al-Walid yang ketika itu masih belum memeluk Islam terus merebut peluang tersebut, menyerang dengan menggunakan tentera berkuda dari belakang menggunakan kesempatan yang terbuka secara tiba-tiba kerana tentera pemanah meninggalkan tempat mereka menyebabkan beliau berjaya menukar perjalanan peperangan dari kemenangan umat Islam kepada kekalahan umat Islam dengan menggunakan gerakan ketenteraannya.


Ternyata peperangan tersebut memang berakhir dengan kekalahan teruk bagi umat Islam di mana seramai tujuh puluh orang tentera yang gugur syahid. Peristiwa tersebut menjadi pengajaran yang sangat kuat bagi umat Islam. Allah telah menurunkan ayat Al-Quran sebanyak lebih dari enam puluh potong ayat di dalam surah "Aali Imran" mengenai keadaan tersebut sambil menjelaskan kepada mereka faktor-faktor yang mencetuskan tragedi yang telah berlaku dan kekalahan tersebut adalah kerana mereka melanggar perintah Rasulullah saw dan terlalu tamak untuk mengumpulkan harta.


Jadi, peristewa perang Uhud berulang kembali terhadap Pakatan Rakyat, di mana 18 Ahli Parlimennya meninggalkan medan perang, walaupun Penasihat parti PKR [Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia], Presiden PAS dan Penasihat DAP masih tetap di medan perang, ke sana ke mari, resah, kelam kabut mencari-cari pemain yang sudah melarikan diri dan tidak menghadirkan diri dalam proses pengundian yang masih dijalankan [peperangan sengit masih berlaku].


Dengan apa alasan sekali pun [kecuali yang benar-benar uzur dan yang digantung], rakyat sebagai penonton tidak mudah boleh dimaafkan begitu sahaja. Rakyat yang amat benci dan meluat dengan kerakusan UMNO yang telah berkuasa sejak sekian lama amat marah terhadap sikap malas, culas dan lalai yang amanah dipertanggungjawab di atas bahu mereka. Mereka telah mensia-siakan peluang yang ada dihadapan mata.


5 tahun sekali mereka datang bertemu rakyat, merayu undi kononnya untuk mendapatkan kuasa untuk membentuk kerajaan. Melalui kuasa, Pakatan kononnya boleh membela rakyat, bangsa, agama dan negara, tetapi apabila undi diberi dan mereka diangkat sebagai wakil rakyat, mereka sendiri mengagalkan usaha merebut kuasa dan membentuk kerajaan mengambil alih kuasa daripada UMNO.


Sebagai kesimpulannya, Allah swt masih sayang pada Najib Tun Razak, saya yakin sungguh pun Najib diserang setiap hari dari segenap peluru, tetapi pastinya di dalam sanubarinya terdapat sekelumit keikhlasan dalam perjuangan, oleh sebab itu Allah swt tetap mengekalkan kerajaannya dan mengelak beliau dari menanggung malu. Berbanding Pakatan Rakyat, Allah swt menurunkan sedikit penyakit ‘kelalaian, malas dan cuai’ serta diberi kedudukan dalam zon selesa untuk terus meninggalkan perjuangan dalam saat-saat yang amat genting dan amat memerlukannya. Pakatan Rakyat perlu banyak bermuhasabah kenapa pertolongan Allah tidak tiba di saat-saat yang amat diperlukan.


Tarikh 14 Disember 2009 telah meninggalkan titik hitam dalam perjuangan Pakatan Rakyat kerana kegagalannya merebut kuasa daripada tangan UMNO tanpa perlu berjuang dalam pilihan raya, hanya melalui undi tidak percaya di parlimen. Walau pun kuasa hampir dalam genggaman, namun Pakatan Rakyat tetap gagal memunafaatkannya peluang yang ada. Ia sekali gus menghilangkan keyakinan rakyat [khususnya pengundi atas pagar] terhadap Pakatan Rakyat. Pakatan telah menghancurkan impian dan harapan rakyat yang menyokongnya selama ini.


Kepada yang terlibat-tiada maaf bagi mu.

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”