DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, March 11, 2008

KINI WAKTU BERTERUS TERANG

Oleh A. Kadir Jasin - The Scribe ( http://kadirjasin.blogspot.com/ )


SESUDAH pengundi Malaysia membuat kata putus dengan memberi kejutan voltan tinggi kepada Barisan Nasional adalah tidak tetap dan tidak wajar lagi bagi sesiapa pun berselindung-selindung dan teragak-agak.


Realitinya BN kehilangan banyak kerusi Parlimen, terlepas kawalan ke atas Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak serta ketewasan beberapa tokoh berprofil tingginya, termasuk tiga orang menteri.


BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji, mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu-isu massa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah.


Kerana dinasihati oleh anggota “kabinet dapur” yang jahil tetapi bongkah serta rakus – mereka yang digelar 3K, JKKK dan Budak Tingkat Empat -- dan menyisihkan jentera serta veteran parti, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN sering tersilap membuat perkiraan.


Kepemimpinan kerajaan dan parti dilihat sebagai mempersendakan suara dan aspirasi rakyat dengan membuat kenyataan-kenyataan yang menyinggung perasaan yang kemudiannya dihebahkan secara meluas oleh media massa arus perdana yang pro-pemerintah.


Misalnya:


1. Perdana Menteri, pada hari penamaan calon, menyifatkan pakatan pilihan raya pembangkang sebagai “syok-syok sahaja”.


2. Perdana Menteri yang mencabar penunjuk perasaan supaya menggunakan peti undi sebagai tempat mutakhir menunjuk perasaan.


3. Menteri Kerja Raya yang mengatakan dia sedia berhenti jika rakyat jelata tidak mahukan dia lagi. Dia terus bertanding dan rakyat menyahut seruannya dengan mengundi pembangkang. Maka kecundanglah dia pada hari jadinya yang ke-72.


4. Menteri Penerangan (yang kalah di Sungai Petani) yang menyifatkan para blogger sebagai “syok sendiri.".


5. Dia juga “bersumpah” akan memastikan lawannya hilang wang pertaruhan. Lawanya tidak hilang wang pertaruhan sebaliknya dia yang hilang kerusi.


6. Timbalan Ketua Pemuda (yang menang di Rembau) yang berkata tugasnya adalah memporak-perandakan pembangkang. Malangnya yang berlaku adalah di sebaliknya. Pembangkang memporak-perandakan BN.


S
ekali pun benar bahawa keperibadian, gaya, kaedah serta prestasi Perdana Menteri menjadi pertikaian, faktor yang benar-benar menyebabkan pentadbiran beliau menjadi begitu tidak popular adalah persepsi mengenai kesombongan dan keangkuhan segelintir kecil manusia di sekelilingnya.


Dalam tempoh kerjaya kewartawanan saya selama hampir 40 tahun, saya tidak pernah melihat sekumpulan orang di sekeliling seorang Perdana Menteri yang begitu dicurigai dan dibenci tetapi pada masa yang sama sangat ditakuti.


Hasil mengejutkan keputusan pilihan raya ini tidak dapat tidak akan mencetuskan tanda tanya mengenai kewibawaan, integriti serta kesahihan kedudukan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan Presiden Umno.


Apatah lagi banyak calon yang dikaitkan terus dengan Perdana Menteri dan “kabinet dapurnya” seperti Azim Zabidi (Bukit Gantang), Osman Desa (Sik), Zainuddin Maidin (Sungai Petani), Annuar Musa (Ketereh) dan Awang Adek Hussin (Bachok) kecundang.


Di pihak pembangkang pula, tindak-tanduk mereka akan diperhatikan dan dinilai bagi memastikan sama ada mereka juga akan menjadi sombong, angkuh dan pendendam kerana kuasa.


Atau mereka menjadi pemegang amanah yang berhemah, merendah diri, sederhana dan bertimbang rasa.


Dan apakah dasar-dasar dan program-program mereka lebih baik daripada BN.

Sekian.Wassalam.

Thursday, March 6, 2008

PILIH UMNO JADI MACAM NI...............
















UMNO ANTI_ISLAM




TERUKNYA KAU TIPU RAKYAT PAK LAH




IMAM SEJATI V IMAM HADHARI

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt
Sepertimana saya katakan, gambar memberi seribu erti dan makna yang tersirat dan yang tersurat. Perhatikan gambar-gambar yang disertakan ini. Perlawanan di antara yang haq dan yang bathil. Kalau ini tidak ada dalam fikiran orang-orang muslim, maka hancurlah agama dan bangsa Melayu masa hadapan akibat tersalah memilih pemimpin. Tersalah memilih kaca, intan bercahaya diketepikan yang akhirnya kaca akan pecah berkecai, maka ketika itu kita tidak lagi boleh mencerminkan diri sendiri.

TOK GURU PELUK BAYI YANG MASIH KECIL
UMPAMA KAIN PUTIH

TOK GURU TAK SOMBONG DAN EGO
BERSIFAT ZUHUD


AJAK RAKYAT BERSEMBAHYANG
BUKAN AJAK BUAT MAKSIAT



INI DIA WAJAH SEBENAR IMAM ISLAM HADAHRI




BERPELUK-PELUKAN DAN BERPEGANG-PEGANGAN
DENGAN WANITA BUKAN MUHRIM




HEBATNYA IMAM BESAR ISLAM HADHARI











Jadi, cukuplah Pak Lah usah berlakon lagi. Anda guna dan memperalatkan Islam untuk kepentingan politik anda sendiri bukan untuk Islam. Rakyat sudah meluat melihat gelagat anda. AWAS_Pak Lah, Kalau kau main tipu lagi dalam PRU ini, nahas besar kau Pak Lah rakyat sedang memerhati kau dan jangan bagi rakyat marah.Buat teladan apa yang terjadi di Indonesia dan Filipina.Rakyat Malaysia tidak mahu jadi macam itu kerana kedua-dua belah rugi. Yang pentingnya kau berundur buat sementara waktu. Kau letih, beri peluang orang lain untuk bermain, lepas itu kau masuk balik. Negara aman tidak ada kacau-bila. Ini semua orang susah kerana kau seorang. SPR susah, pasukan polis susah, AG pun susah, JPN pun susah dan Hakim pun akan jadi susah kerana hendak membetulkan perkara yang tidak betul.Cukuplah Pak Lah!

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"

Sekian.Wassalam.






















8 MAC BUATLAH PILIHAN YANG BETUL

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,
Esok adalah hari membuang undi bagi PRU ke-12. Gunakan hak anda memilih pemimpin yang boleh memberi anda kebahagian di dunia dan di akhirat. Memilih UMNO bererti anda menempah maut. Lihatlah gambar-gambar di bawah kerana gambar mengambarkan seribu bahasa :


INI KEAZAMAN KITA UNTUK MEMBANTU RAKYAT
YANG DIHIMPIT KEMISKINAN KESAN DARIPADA
KERAKUSAN PARA PEMIMPIN UMNOMEREBUT HARTA RAKYAT
UNTUK DIRI SENDIRI, ANAK-MENANTU DAN KRONI
INI LAGI KEAZAMAN KITA KALAU
DIIZINKAN OLEH AL
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


GAMBARAN DIBAWAH BUKAN AZAM KITA.
INI KERJA-KERJA JAHAT UMNO

Marilah kita buat perubahan bagi satu bentuk pengajaran kepada UMNO yang angkoh dan sombong. Katakan kepadanya kuasa dan harta kekayaan tidak akan dibawa sampai ke mati. Marilah kita tolak UMNO beramai-ramai.Dah lama dah kita beri kuasa kepaa mereka, namun mereka tidak buat apa-apa untuk memperbaiki taraf hidup rakyat.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"
Sekian.Wassalam,

KEJAHATAN UMNO

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,
I. Baca temu ramah dengan Mufti Perlis. Kemudian renung, fikir dan buat keputusan parti yang mana baik dan parti mana yang jahat. Undi parti yang baik pada 8.3.2008 nanti :
II.UMNO: LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN

Nampaknya politik di negara kita menuju ke arah kemusnahan dan kekacauan yang mungkin akan tercetus akibat permainan kotor UMNO. Untuk menang, UMNO mula bermain jahat dengan politik yang sinonim dengannya iaitu politik : “Lempar Batu, Sembunyi Tangan”. UMNO mula bertindak dengan mengunakan SPR [mengucar-kacirkan daftar pemilih], Peguam Negara [memberi nasihat undang-undang] dan pasukan polis [berkeras dengan pembangkang, berlembut dengan UMNO] dan Jabatan Pendaftaran Negara [memindahkan pengundi dari satu tempat ke satu tempat lain dan mengeluarkan ID palsu bagi membolehkan orang yang tidak hak mengundi boleh mengundi]

Mula-mula sekali UMNO memperalatkan SPR membatalkan duti setem, kemudian diikuti membatalkan celup jari selepas mengundi dengan alasan keselamatan negara dan keteteraman awam. Selepas ini [dalam tempoh dua hari lagi] mungkin peti undi lutsinar mungkin dbatalkan, kalau sekiranya peti undi lut sinar boleh menjejaskan peluang untuk menang. Seribu kemungkinan akan berlaku dalam tempoh hari-hari mendatang ini [termasuk di hari membuang undi dan di waktu perkiraan undi] yang tidak terfikir oleh kita semua. Hanya Allah yang tahu. Kedudukan kita ketika ini mengingatkan saya kepada peristewa penghijrahan Nabi s.a.w ke Madinah. Baginda dikepung disetiap penjuru alam ini sehinggakan para sahabat kelaparan [kesan daripada sekatan ekonomi yang dilakukan oleh kaum Qaurish Mekah] dan menghadapi berbagai penderitaan zahir dan batin yang sukar untuk digambarkan.

Berita terbaru, Roslan SMS, Setiausaha akhbar Presiden PAS telah disiasat oleh pihak polis ekoran dari suatu laporan polis yang dibuat oleh pihak polis sendiri iaitu oleh Asisten Komisioner Mohd Hazam Abdul Halim, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontigen Terengganu. Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dan dibuat atas alasan kononnya kenyataan Roslan yang terbit dalam Berita Harian muka hadapan 4 Mac lalu bersifat menghasut dan boleh membawa kepada kejadian yang tidak diingini. Sekarang kita berada dalam kedudukan yang dikepung dan ditekan daripada segenap sudut yang menyukarkan untuk kita menarik nafas.

Seingat saya, ini adalah kali kedua pihak polis mengambil peranan sebagai orang yang ada kepentingan. Sepatutnya UMNO dan kuncu-kuncunya yang membuat laporan bukan pihak polis. Kali pertama dahulu berlaku terhadap Ezzam Mohd Noor, yang ketika itu beliau sebagai Ketua Pemuda Keadilan. Ezzam selepas membentuk briged pemudanya, beliau telah membuat satu kenyataan akhbar, yang kemudiannya disiarkan di muka depan akhbar Mingguan Malaysia yang ia dan briged yang dibaru ditubuhkannya itu akan bergerak ke seluruh negara mengajak seluruh rakyat bersatu membebaskan Anwar daripada kezaliman Mahathir. Kenyataan tersebut digunakan oleh seorang anggota polis untuk dibuat laporan polis, kalau tidak silap ingatan saya Ezzam ditangkap dan dilongkapkan di malam kita menyambut raya haji.

Kita sangat bimbang, penipuan secara besar-besaran dan secara terang-terangan ini akan mencetuskan suasana tidak puas hati dikalangan para pemimpin, ahli dan pendokong-pendokong pembangkang. Rasa ketidakpuasan hati ini boleh mencetuskan berbagai perkara yang kita semua tidak mahu ia berlaku kerana ia merugi kedua-dua belah pihak. Tidak sesiapa yang untung. Musuh kita yang akan menangkuk diair keruh. Kita menang sorak, tetapi kampung tergadai.

Sepatunya, UMNO belajar daripada sejarah kejatuhan kerajaan-kerajaan di Filipina dan di Indonesia yang melakukan penipuan besar-besaran dalam pilihan raya sepertimana yang UMNO lakukannya sekarang ini. Ferdinand Edralin Marcos yang menjadi Presiden memerintah Filipina dari tahun 1965 hingga 1986 jatuh tergolek dan terhina akibat kebangkitan rakyat menentang pemerintahannya yang zalim, penindasan politik, korupsi, nepotism, depotism, melanggar hak asasi manusia dan sebagainya. Marcos yang melakukan penipuan dalam pilihan raya pada tahun 1986. Dalam pilihan raya tersebut, Marcos ditentang oleh Corazon Aquino, balu Benigno Aquino yang dibunuh [ditembak dari jarak dekat] secara terancang mati di lapanganterbang Manila sejurus beliau tiba daripada Amerika Syarikat [Benigno Aquino pelarian politik ke US dan kembali semula ke Filipina untuk menyertai pilihan raya umum].

Dalam pilihan raya tersebut, Aquino hanya memperolehi 800,000 sahaja melalui parti pimpinannya Laban ng Bayan, manakala Marcos mendapat undi sebanyak 1.6 juta melalui parti-parti gabungannya bernama
Kilusang Bagong Lipunan ng Nagkakaisang Nacionalista dan Parti Liberal memboikot pilihan raya tersebut. Kemenangan amat besar ini menyebabkan rakyat tidak yakin bahawa badan yang mengurus pilihan raya iaitu Suruhanjaya Pemantauan Pilihan Raya berlaku adil. Selepas pilihan raya dan Marcos dilantik semula sebagai Presiden, banyak bukti-bukti penyelewengan dan penipuan dalam pilihan raya itu ditemui, maka rakyat keseluruhannya bangun serentak menentang keputusan pilihan raya tersebut. Hari demi hari tunjuk-tunjuk perasaan semakin membesar dan merebak ke seluruh negara. Banyak pejuang-pejuang kebenaran yang terkorban yang akhirnya US yang menjadi sekutu rapat Marcos menarik balik sokongan kerana US melihat kebangkitan rakyat atas KUASA RAKYAT tidak boleh dibendong, maka Marcos dan keluarga dilarikan berlindong di US.

Begitu juga apa yang terjadi kepada Suharto yang memerintah Indonisia dari tahun 1967 hingga 1998. Setiap kali pilihan raya diadakan Suharto akan memenanginya hampir 99% undi. Di Indonesia ketika di bawah pemerintah Suharto, hanya 3 parti sahaja dibenarkan menyertai pilihan raya, iaitu GOLKAR parti pimpinannya sendiri, parti-parti yang berunsurkan Islam akan bergabung di bawah Parti Pembangunan Bersatu [PPP] dan Parti Demokratik Indonesia [PDI]. 100 daripada 500 kerusi diperuntukan khas kepada tentera dan pasukan polis. Penentang-penentang Suharto ditangkap dan dipenjarakan. Suharto berjaya memecah-belahkan parti PDI pimpinan Megawati Sukarno sehingga muncul parti baru pimpinan Mega iaitu PDI-P. Oleh itu, Suharto memanangi pilihan raya 1973, 1978, 1983, 1988, 1993 dan 1998 tanpa ada tentangan. Suharto, sebelum kejatuhan regimnya baru sahaja memenangi pilihan raya dan melantik anaknya perempuannya sebagai menteri dan beliau berlepas ke luar negara kerana tugas rasmi.

Akibat krisis ekonomi yang berlaku pada tahun 1997-1998 menyebabkan banyak rakyatnya dibebankan dengan kos belanja hidup meningkat tinggi. Rakyat hilang pekerjaan dan hilang punca pendapatan. Harga barangan dan perkhidmatan sangat tinggi di pasaran menyebabkan sebahagian rakyatnya merempat. Jurang kaya-miskin Sangay luas. Atas kesedaran rakyat mengenai kebobrokan pemerintahan Suharto, sama seperti apa yang dilakukan oleh Marcos di Filipina. Rasuah, depotism, nepotism, penindasan politik, anti hak asasi manusia dan sebagainya, maka muncullah sebahagian rakyat yang sedar dan bangkit menuntut pembaruan. Denganlah itu bergemalah ‘Reformasi’ di seluruh rantau Indonesia terutamanya di universiti-universiti. Banyak yang menjadi korban pihak berkuasa yang mempertahankan kekuasaan Suharto. Kebangkitan yang rakyat seperti air yang diturun dari gunung tidak boleh disekat-sekat lagi, maka memaksa Suharto berundur. Dan sekarang rakyat Indonesia boleh berbangga dengan apa yang mereka miliki hasil perjuangan yang memakan korban tidak ternilai harganya.

Sekarang nampaknya UMNO di Malaysia menuruti jejak-jejak apa yang telah dilakukan oleh Marcos dan Suharto. Peringatan kepada UMNO. Beringatlah sebelum rakyat bangkit daripada tidur yang panjang yang diulet mimpin oleh para pemimpin yng rakus dengan kuasa, rasuah, penipu, pembohong dan perompak harta rakyat. Awas UMNO masa itu hampir tiba. Yang pasti UMNO tidak akan untuk selama-lamanya. Tipulah, bohonglah, selewenglah secara beradap, jangan secara kurang ajar. Nanti buruk padahnya. Dua contoh di atas sudah cukup membuktikan bahawa segala perbuatan UMNO seolah-olah mengali kuburnya sendiri. Mana-mana manusia yang berakal tidak sudi untuk ditipu bagi kali kali kedua.

UMNO di Malaysia sangat buruk perangainya terutamanya ketika UMNO dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi. Dosa besar Mahathir adalah melantik Abdullah menjadi Perdana Menteri, berbanding tindakan Mahathir terhadap Anwar Ibrahim. Saya kata begitu kerana pertama, Abdullah seorang manusia munafik [rujuk hubungan sosialnya yang tidak selari dengan Islam, apatah lagi beliau membentuk Islam Hadhari mengajak umat berakhlak terpuji]. Kedua, pembohong dan penipu. Ketiga, kurang cerdik, urusan pentadbiran negara kepada menantu dan keluarganya serta orang tingkat 4 untuk menentukannya. Keempat, lemah dan lembik [kaki tidur tidak kira tempat dan waktu]. Kelima, ingatan pendik [selalu sebut : saya tidak tahu, saya tidak pasti, tunggu laporan dsbnya] dan keenam, mengcampur-adukan yang haram dengan yang halal.

Terlalu banyak kisah-kisah kejahatan para pemimpin UMNO lakukan. Semua rakyat tahu. Kita tidak berupaya melakukannya, kecuali keseluruhan rakyat sedar dan bangkit bersama seperti yang ditunjukkan oleh rakyat Indonesia dan Filipina, maka baharulah UMNO boleh ditumbangkan.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SEHINGGA TURUN”

Sekian.Wasssalam.