Istana Negara hari ini menyaksikan
berlangsungnya Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran
Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim
Mu'adzam Shah dalam suasana penuh adat istiadat dan gemilang.
Majlis
dimulakan dengan Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah
Haminah berkenan berangkat ke upacara memeriksa perbarisan kawalan kehormat
utama dengan panji-panji diraja.
Sebanyak 21 das tembakan meriam
kehormat turut dilepaskan pada acara pemeriksaan perbarisan yang diadakan di
Dataran Istana, memecahkan kesunyian pagi Istana Negara yang mempunyai 22 kubah
kuning itu.
Perkarangan Istana Negara mula
dibanjiri kereta yang membawa penerima darjah-darjah kebesaran, pemimpin negara
dan perwakilan negara asing seawal 7.30 pagi.
Balairong Seri Istana Negara yang
terletak di Sayap Rasmi pula dipenuhi tetamu yang berpakaian istiadat, baju
Melayu hitam atau bersuit manakala tetamu wanita pula berpakaian tradisional
seperti baju kurung lengkap berselendang atau pakaian tradisional kaum
masing-masing, mencerminkan semangat muhibah.
Antara tetamu yang menarik perhatian
selain daripada pemimpin-pemimpin negara sudah pasti adalah pelakon tempatan
yang pernah mejadi 'Wanita Bond' Datuk Michelle Yeoh yang dianugerahkan Darjah
Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
Bernama juga melaporkan.. Istiadat
pengurniaan seterusnya kepada Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa,
yang menerima Darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ''Tan
Sri''.
Seramai 45 individu lain dikurniakan
Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM)yang turut membawa gelaran ''Tan Sri'' hari
ini, antaranya bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim, bekas Menteri
Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Peter Chin Fah Kui, Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Setiausaha
Perbendaharaan Datuk Seri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah
Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Datuk Shukry Mohd
Salleh.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Ketua
Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Ab
Aziz Kasim dan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Datuk Ir Dr
Sahol Hamid Abu Bakar dan Datuk Michelle Yeoh Choo-Kheng turut dikurniakan PSM.
Langsung tak disebutnya nama YB
Dato' Seri DiRaja Azizan bin Abdul Razak, Bekas Menteri Besar Kedah yang turut
tersenarai dalam 45 individu yang menerima pingat Darjah Panglima Setia Mahkota
itu..
Semakan dilaman web rasmi Bahagian
Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa menunjukkan nama Ustaz Azizan
turut tersenarai sebagai penerima Darjah Panglima Setia Mahkota yang
menjadikannya kini bergelar Tan Sri Azizan bin Abdul Razak...
kawhi leonard shoes
ReplyDeletepandora charms
pandora jewelry
steph curry shoes
jordans shoes
nike react
golden goose sneakers
supreme
golden goose
yeezy shoes