Friday, May 31, 2013

NAJIB PERLU TUNGGALKAN UMNO BUKAN JADIKAN BN SEBAGAI PARTI TUNGGAL



Najib Razak terus mencari alasan untuk menjustifikasikan 'kekalahan' UBN dalam pilihan raya lalu. Najib perlu berbuat sesuatu untuk memperlihatkan dia kuat dan UBN khasnya Umno dibawah pimpinannya masih ampuh.



NAJIB BAYANGKAN DIA MASIH KUAT DAN GAGAH SEMACAM ORANG TUA KAHWIN ANAK DARA SUNTI

Ternyata dalam pilihan raya lalu memberi keputusan yang sangat mendukacitakan Najib. Najib telah pun memadamkan rekod kecemerlangan Umno dan BN selama ini. Justeru Najib kena cari apa saja helah untuk bercerita yang Umno kuat. Perhimpunan agung Umno akhir tahun nanti akan menyoal semua itu kepada Najib.

Belum pernah UBN kehilangan suara popular seperti apa berlaku dalam pilihan raya lalu. Suara popular UBN 47 peratus berbanding dengan Pakatan Rakyat 51 peratus. Perbezaan dan realiti inlah menjadikan Najib terganggu dan kadang-kadang termangu sambil mengetik kuku di hujung bucu.

Begitu juga dengan bilangan kerusi. UBN bukan saja gagal mendapat kuasa 2/3 di parlimen tetapi kerusinya juga merosot terus. Daripada 140 sebelum ini, UBN ditangan Najib hanya mendapat 133 kerusi saja. Tujuh kerusi hilang. Pencapaian Najib jauh lebih buruk dari orang yang dilandanya, Abdullah Ahmad Badawi. Setidak-tidaknya Abdullah walaupun memberi keburukan kepada UBN pada pilihan raya keduanya, tetapi dalam pilihan raya (pertama) ke-11 Abdullah mencatat rekod buat UBN dengan mendapat lebih 60 peratus suara majoriti dan mampu mengekalkan majoriti 2/3 di parlimen sebaik mengambil alih dari Mahathir Mohamad.

Pencapaian Abdullah, berbeza dengan Najib awal-awal lagi beliau telah gagal menunjukkan prestasi beliau sebagai pemimpin. Kemalangan itu Najib tidak boleh mengatakan kebetulan waktu ini ada berbagai tsunami; India, Melayu dan Cina, yang melanda Malaysia, tetapi kena mengakui kekalahan UBN itu kerana kepimpinan beliau kurang menyerlah dan lemah.

Sebuah kapal yang kuat dan kukuh itu akan mampu melanda apa juga riak, gelombang dan taufan di lautan, sesesuai dengan kekuatan dan kehebatan senibinanya. Bahtera besar dan hebat tidak akan menanti gelombang reda baru hendak belayar.

Najib terkesan apa yang berlaku ke atas dirinya. Cuma egonya saja enggan menerima hakikat. Anak bangsawan begitulah lagaknya.  Selepas mesyuarat MT malam tadi Najib sekonyang-konyang mengeluarkan kenyataan untuk menyedapkan hatinya kononnya Umno merupakan sebuah parti yang kuat. Najib berdalilkan kepada pencapaian kerusi oleh Umno dalam pilihan raya lalu, di mana Umno mendapat 88 kerusi berbanding 79 kerusi dalam pilihan raya sebelumnya.

Pertambahan lapan kerusi membanggakan Najib. Barang kali Najib terlupa, apakah topik yang dibincang hari ini. Apakah beliau lupa atau sengaja mengalpakan kerana ingin memberi fakta yang positif untuk menunjukkan kehebatan dirinya. Hari ini orang membincangkan prestasi Barisan Nasional (BN) sebagai komponen yang menjadi parti memerintah bukannya Umno. Memanglah Umno masih kuat dari bilangan kerusinya. Najib mungkin boleh berbangga kalau Umno memiliki 112 kerusi yang membolehkan parti itu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Bagaimana dengan pencapaian BN berbanding dengan Pakatan Rakyat? Yang memerintah selama ini bukan Umno tetapi BN. Belum pernah Umno memerintah secara bersendirian sejak awal hingga kini melainkan dengan kerjasama dengan parti-parti lain. Usahkan terhadap Malaysia, untuk negeri-negeri juga tidak pernah.

Najib boleh mengangkat kebanggaannya dengan pencapaian Umno itu. Tetapi apa guna kalau Umno saja hebat tetapi parti rakannya lain lemah dan ada yang sudah hendak mati? Kelemahan BN ini jelas menandakan kelemahan Najib sebagai comandernya sebab BN itu dipimpin secara kolektif di mana Najib adalah ketuanya. Ternyata Najib sebagai pengerusi BN gagal untuk membantu parti-parti rakan lain terutamanya MCA, Gerakan dan MIC.

Tidak mengapa kita terima yang Umno kuat dan merupakan parti yang unggul berdasarkan kerusi seperti apa didakwa Najib. Kita boleh bersetuju dengan Najib dalam bab ini. Tetapi apakah Najib sendiri bersedia untuk menjadikan Umno sebagai parti unggul dan tunggal dalam menghadapi pilihan raya akan datang. Selepas ini Najib akan membawa Umno bersendirian dan bertanding atas lambang peribadinya, keris telanjang bulat itu. Begitukah?

Umno perlu sedar sepanjang hayatnya parti itu tidak pernah bertanding secara bersendirian. Umno perlu malu dengan PAS dan DAP yang pernah menghadapi musuh kiri kanan secara bersendirian tanpa berpakatan di antara satu sama lain. Rakyat negara ini mahu melihat Umno akan menjejaki PAS dan DAP satu masa kelak. Apakah Umno seberani PAS dan DAP? Seorang pesilat itu tidak akan diikhtiraf sebagai berani kalau berselindung di sebalik pohon besar.

Tanpa berbuat apa yang PAS dan DAP lakukan, tetapi terus berselindung di sebalik kerjasama dengan komponen lain, Najib tidak boleh memperakui yang Umno kuat. Kekuatan seorang pesilat itu akan terbukti apabila dia turun ke gelanggang seorang diri dan bukannya dengan juak-juak yang akan menikam secara curi dari belakang atau bantu menyorak sebagai menghilangkan kosentrasi lawan.

Beranikah Najib?

Dengan kekuatan yang ada kepada Umno, bagi hemat saya tidak perlu Najib bersusah payah untuk membuka makmal bagi mengkaji kemungkinan BN menjadi sebuah parti tunggal seperti mana cadangan pemangku presiden Gerakan, Cheng Ko Youn. Najib sudah ada Umno elok kalau Najib menunggalkan Umno. Betapa pun kalau BN dijadikan parti tunggal yang mendominasinya kelak ialah Umno (Melayu) juga. Jadi apa kurangnya dengan kedudukan hari ini? Dua kali lima, lima kali dua saja yang jawabnya sama sepuloh.

Sebaliknya Umno akan lebih dihormati dan kemenangan kelak lebih bermakna kalau ianya bertanding secara bersendirian. Dengan cara itu juga Umno tidak perlu bersusah payah mengongsikan 'ghanimah' kemenangan baik berupa jemaah menteri, jawatan dalam GLC atau kepentingan-kepentingan lain. Kalau Umno menjadi parti tunggal tidak payahlah Najib bertolenrasi peringkat mendedahkan ketakutan sampai terpaksa mengambil ketua kumpulan semseng menjadi menteri. Najib boleh melantik semua jemaah kabinetnya dari Melayu 100 persatus.

Sudah sampai masanya untuk Najib membawa Umno menjadi parti tunggul sepadan dengan dakwaan beliau mengatakan Umno sebagai sebuah parti yang hebat dan unggul. Rasanya cara itu juga menyeronokkan Melayu yang diditernak Umno di mana bersikap tamak dan tidak mahu menerima hakikat yang ada hari ini.
Sumber : MSO

No comments:

Post a Comment