Dr
Maszlee Senaraikan 11 Janji 2008 Tak Ditepati BN, Bolehkah Percaya Janji Baru?
SHAH
ALAM, 1 MEI: Umno-BN didapati tidak menepati janji yang dibuat dalam manifesto
2008 meskipun menang dalam Pilihan Raya Umum Ke- 12(PRU12) itu.
Menurut
pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik, keadaan ini berbeza dengan
Pakatan Rakyat (PR) yang kali pertama membentuk manifesto bersama.
Dr
Maszlee turut menyenaraikan janji Manifesto PRU-12 yang gagal ditepati oleh BN.
Antara
kegagalan BN menepati janji termasuklah kegagalan mentangani kesan kenaikan
harga barang bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu dan menjana 2 juta
peluang perkerjaan yang masih kekurangan 800,000 dari angka yang disasarkan.
Malahan,
menurut Dr Maszlee, kualiti 1.8 juta peluang perkerjaan yang dijana BN itu juga
boleh dipertikaikan samada benar-benar mempunyai kualiti yang dijanjikan.
“Mengurangkan defesit fiskal negara;
kenyataanya 2009 defisit RM362 bilion, 2010 RM407 bilion, 2011 RM456 bilion.
Janji ditepati tak? Adakah boleh nak percaya 2013 punya (manifesto), saya tak
tahu.
“Tentang
agama; membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada semua rakyat
melalui Islam. Melalui Perkasa ke? Zul Noordin ke? Atau melalui Ibrahim Ali?
atau melalui Chua Soi Lek?” kata Dr Maszlee lagi.
Janji
lain dalam manifesto yang turut gagal ditepati seperti mengurangkan indeks
jenayah negara yang gagal memberi persepsi perasaan selamat kepada masyarakat
dan janji mentangani isu kedatangan pendatang tanpa izin yang semakin meruncing
kebelakangan ini.
“Urus
tadbir kerajaan; BN berjanji dalam 2008 akan memerangi rasuah tanpa gentar
tanpa memilih kasih. Lingam mana pergi? Taib Mahmud… SPRM tak layak, apa
cerita? Sharizat dan banyak isu rasuah lain.
“Menyediakan
pengangkutan awam bermutu dan mengurangkan kesesakan lalu lintas, tetapi
kesesakan lalu lintas masih teruk, pengangkutan awam juga teruk dimonopoli
syarikat-syarikat tertentu.
“Pendekatan
‘Kelantan Baru, Kelantan Maju’ bagi penduduk negeri itu. Royalti apa cerita?
Ujar Dr Maszlee ketika menjadi panelis dalam Wacana Sinar, ‘Manifesto PRU-13:
BN VS PR di Auditorium Karangkraf semalam.
Selain
itu BN turut gagal merealisasikan janji untuk mengurangkan kadar kemiskinan ke
2.8 peratus menjelang 2010 dan menyediakan rumah mampu milik yang secukupnya
kepada rakyat sehingga menyebabkan BN terpaksa berjanji semula dalam manifesto
PRU-13.
No comments:
Post a Comment