Wednesday, May 1, 2013

LAGI NAJIB PANAS HATI : PANELIS WACANA SINAR SEPENDAPAT MANIFESTO PR LEBIH MEMAHAMI KEHENDAK RAKYAT



SHAH ALAM, 1 MEI: Tiga panelis Wacana Sinar sependapat Manifesto Pakatan Rakyat lebih baik dan mampu memenuhi harapan rakyat berbanding manifesto yang dikeluarkan BN dalam kempen pilihan raya umum kali ini.


Menurut Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor, idea yang diterjemahkan ke dalam manifesto Pakatan tersebut diadaptasi dari keluhan rakyat kebanyakkan.

“PR dia dengar dari rakyat, dia letaklah. BN, datang dari atas, yang berkuasa  menjalankan projek besar yang sebenarnya dia tidak mencecah pada kehendak rakyat,” kata Dr Mansor
Manakala Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin menjelaskan keputusan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) baru-baru ini turut mempunyai signifikan dengan pendapat tersebut.

Beliau yang merupakan salah seorang anggota Felo Penyelidik Umcedel berkata kajian itu mendapati 42 peratus daripada 1,407 responden bersetuju dengan manifesto Pakatan.

Manakala 36 peratus bersetuju dengan manifesto BN dan 22 peratus tidak pasti. 

“Apa kehendak rakyat itulah yang mendorong PR mengemukakan manifestonya,” kata Dr Shaharuddin yang juga pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Manakala pensyarah Jabatan Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik berkata manifesto yang dirangka BN didasari idealogi kapitalis.

“BN lebih kepada kapitalis kronisme, BN punya idea hanya untuk kekal berkuasa, itu sahaja,” katanya.

Dr Maszlee menambah lagi, manifesto BN yang bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ bukan sahaja dikatakan meniru beberapa dasar yang dibawa Pakatan, malah menggunakan tajuk yang turut dianggap memplagiat tajuk manifesto PR.

Wacana Sinar siri ke 19 yang diadakan di Auditorium Karangkraf di sini itu dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan

No comments:

Post a Comment