Sunday, April 28, 2013

MALAYSIA SEBUAH NEGARA DEMOKRASI – YE KE?



Noam Chomsky, seorang intelek hebat pada Kurun ini mengatakan,

“One conception of democracy has it that a democratic society is one in which the public has the means to participate in some meaningful way in the management of their own affairs and the means of information are open and free. […] An alternative conception of democracy is that the public must be barred from managing their own affairs and the means of information must be kept narrowly and rigidly controlled. That may sound like an odd conception of democracy, but it’s important to understand that it is the prevailing conception.”


Walaupun masih ada yang tak berapa kena mengenai amalan demokrasi di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Great Britain namun aku masih merasakan bahawa pelaksanaan prinsip demokrasi di negara-negara  tersebut masih subur. Aku rasa sendiri perbezaannya. Ada juga aku dengar rakyat di negara-negara berkenaan mengatakan amalan demokrasi tidak diamalkkan dengan sempurna dinegara mereka. Mereka sentiasa merasa tak puas hati.

Bukan hasrat aku nak memburuk-burukkan negara sendiri tentang sesuatu perkara dan isu. Kata orang ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.’ Betul. Tetapi kalau banyak sangat perkara yang tak kenanya, maka tentulah kita nak memberi komen juga. Nak bercakap juga menyatakan apa yang tak kena. Takkanlah nak diam saja. Membisu. Biar orang pijak kepala. Biarkan sekumpulan kecil pemimpin rompak negara ini.

Biarlah aku tumpukan perbincangan kali ini mengenai PRU 13. Nampak sangat tak adilnya. Tidak demokratik. Tanyalah pelawat-pelawat yang datang ke negara ini dan melihat sendiri dengan ‘mata kepala’nya bagaimana TV saluran kerajaan digunakan sepenuh-penuhnya untuk mempromosikan calon BN-UMNO. TV saluran kerajaan sudah dijadikan alat propoganda dan bukan lagi sebagai saluran memberikan maklumat yang sahih mengenai sesuatu perkara selain dari isu politik. Agaknya begitulah propaganda Hiltler menggunakan  Gobbels dalam zaman pemerintahan Nazi di Jerman dulu. Agaknya …….

Parti pembangkang tidak langsung diberikan peluang untuk memberikan penerangan kepada rakyat tentang apa nak buat. Asyik-asyik bila kita menonton rancanngan Berita TV, akan dipaparkan berita yang menunjukkan gambar DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri kerajaan sementara  dan beberapa orang pemimpin UMNO-BN yang lain memberikan projek itu dan membukan rasmi projek ini. Tidak pernah langsung disiarkan berita DS Anwar Ibrahim atau Dato’ Haji Hadi Awang atau Saudara Lim Kit Siang dalam suasana  imej yang positif. Sekiranya ada berita mengenai mereka, pastinya didedahkan dalam imej yang negatif. Liwat misalnya. Ini demokrasi apa namanya……..

Aku kemukakan satu legi petikan,

Most people would agree that democracy entails more than simply the process of elections. Saddam Hussein helld elections in Iraq but since he was the only candidate from which to choose, they hardly qualified as anything close to what we would call "democracy." Here in the United States we usually have two or three candidates to choose from, which I suppose is a bit better than one. Still, the word ‘democracy’ holds more weight than simply the right to choose which wealthy white man will be your ruler for the next four years. Shouldn’t you also have the right to accurate information about that wealthy white man’s past? Shouldn’t you have the right to equal expression of your views about which wealthy white man should hold office, or whether or not there should even be any wealthy white men in power all the time?

Maknanya dalam sesuatu PRU itu maklumat mengenai sesuatu perkara itu penting. Maknanya perlu ada kebebasan bersuara. Beri rakyat kefahaman yang cukup jelas supaya apabila seseorang itu mengundi seseorang calon atau parti, dia tahu sebenar-benarnya mengapa dia memilih parti berkenaan ataupun mengapa dia memilih calon berkenaan.  Supaya dia dapat membuat keputusan mengapa dia tidak memilih calon berkenaan. Itu baru demokrasi yang sebenar-benarnya.

Aku nak ulang balik kisah DS Najib yang tidak mahu berdebat dengan DS Anwar Ibrahim. Aku bukanlah manusia yang ‘bebal’ yang selalu mengungkit perkara yang lepas. Bukan. Tetapi bagi aku debat antara dua orang pemimpin parti ini cukup penting. Itu demokrasi tulin. Biar rakyat tahu dan faham tentang ke mana arah negara hendak dibawa.

Kita tahu apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional selama 60 tahun. Bukan semuanya tak baik. Banyak yang baiknya. Yang baik rakyat terima. Namun begitu kita nak dengar juga apakah rancangan dan wawasan parti Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DS Anwar Ibrahim itu. Rakyat bukan bodoh nak menerima sahaja apa yang dikatakan oleh Pakatan Rakyat. Tidak. Rakyat akan dengar. Rakyat akan nilai dan selepas itu barulah rakyat buat keputusan. Sekiranya difikirkan apa yang disarankan oleh Pakatan Rakyat itu tidak sehebat dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN_UMNO sekarang, mengapa pula rakyat nak menukar kerajaan. “Buat pronjang ape” ( loghat Perak).Ini bukan kerja suka-suka.

Tapi masalahnya ialah kerajaan BN-UMNO tidak memberikan peluang langsung kepada rakyat untuk mendengar saranan dan hasrat pihak Pakatan Rakyat. Apakah rancangan yang mereka hendak laksanakan sekiranya mereka diberikan peluang untuk memerintah negara ini. Betul mereka diberikan peluang untuk menemui rakyat dan menyampaikan  hasrat mereka melalui ceramah-ceramah yang diadakan. Melalui ceramah, berapa ‘kerat’ saja yang dapat disampaikan berbanding dengan saluran TV dan radio yang dikuasai oleh kerajaan.

Apakah demokrasi namanya sekiranya kerajaan terus menerus bertindak demikian terhadap parti lawan.

Aku cukup bimbang kesan daripada tindakan kerajaan yang amat tidak adil ini. Sekiranya sebahagian besar rakyat merasakan bahawa kerajaan BN-UMNO kini tidak menjalankan dasarnya dengan betul dan majority rakyat mahukan perubahan, tetapi ‘dinafikan’ hak rakyat untuk membuat perubahan melalui penipuan dalam pengundian ( misalnya) maka rakyat akan terus menerus merasa tidak puas hati. Kesannya amat buruk. Berbeza dengan PRU yang dijalankan secara telus dan rakyat diberikan peuang seluas-luasnya untuk mebuat pertimbangan dan pilihan, maka kesan daripada keputusan PRU 13 nanti adalah amat membanggakan.

Rakyat tidak peduli siapa yang menang dan siapa yang kalah. Yang mereka mahu adalah ketelusan dalam membuat pertimbangan. Dan mereka dapat mengundi dalam keadaan yang cukup selesa.

Itulah ‘DEMOKRASI’ dalam ertika kata yang sebenar-benarnya.


28 April 2013

1 comment:

  1. saya setuju sgt dgn saudara :) kerajaan skrg, tidak adil . mereka hnya m'mentingkan parti mereka dan m'buruk2 kan parti pembangkang. dah laa buat statement yg m'aibkan pmbangkang . mereka malah memutar belitkan @ saja membngkitkan isu dgn apa yg diperkatakan oleh nik aziz . hnya Allah yg mngetahui sgala kebenaran :) doa2 jelaa .

    ReplyDelete