Sunday, April 28, 2013

80% PEMIMPIN UMNO CABUT LARI KE SINGAPURA PADA 5 MEI NI-TAK SANGGUP MENERIMA KEKALAHAN?



Nampaknya kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) kian hari kian tenat walaupun baru seminggu tempoh berkempen serta disogokkan dengan projek haram penghantaran ribuan pendatang asing Bangladesh dan Nepal dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung yang sudah bermula sejak tiga hari lalu. Sumber yang rapat dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan bahawa sebaik sahaja pusat pengundian ditutup di seluruh negara jam 5 petang, hampir 80 peratus pemimpin Umno dan BN sudah bersedia untuk menyeberang sempadan negara dan 'berkubu' di beberapa hotel mewah di Singapura.


Menurut maklumat tersebut, pemimpin Umno dan BN ini akan menggunakan laluan udara dari lapangan terbang di negeri masing-masing kerana kebiasaanya laluan trafik dari Tambak Johor ke Woodlands dan LinKedua dari Gelang Patah menuju Tuas di republik itu pada hari Ahad sangat sesak ekoran cuti hujung minggu di kedua-dua negara.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah memastikan apa saja keputusan pilihanraya umum diumumkan, sama ada BN menang atau kalah, mereka sudah berada selamat bersama isteri dan anak masing-masing yang terlebih awal tiba sambil menekup muka dengan bantal sekiranya tewas teruk di kawasan masing-masing.

Kesemua mereka akan memperolehi keputusan pilihanraya dari republik itu berdasarkan maklumat sulit dari sumber polis dan tentera menggunakan 'talian selamat' lebih awal dari yang disiarkan di televisyen dan radio kawalan rejim mereka sendiri.

Sekurang-kurangnya mereka dikatakan 'terlepas' dari 'tangkapan' yang kononnya akan dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat sebaik sahaja jumlah kerusi yang dimenangi pakatan itu disahkan melepasi angka 112 sekaligus membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Sumber tersebut juga memberitahu kakitangan JPM diarahkan supaya tidak dibenarkan masuk pada hari pengundian iaitu Ahad, 5 Mei dan hari seterusnya sementara urusan berkaitan kerja yang tidak mustahak atau kerja lebih masa yang sudah diluluskan, dibatalkan sehingga diberitahu kelak.

Dipercayai beberapa kakitangan yang rapat dengan bekas perdana menteri, Najib Razak sedia melakukan apa sahaja pada hari itu termasuk membakar atau menghapuskan dokumen penting seperti kertas cadangan projek untuk kroni, laporan kewangan sulit perbendaharaan dan bukti penting kerajaan persekutuan seperti mana yang pernah dialami kerajaan Selangor apabila BN tumbang pada awal pagi 9 Mac 2008.

Khir Toyo dan pegawai yang menjadi balacinya dikaitkan dengan pemusnahan puluhan dokumen penting kerajaan negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam sebaik mengetahui Pakatan Rakyat memperolehi majoriti mudah 28 kerusi di DUN Selangor.

Berbalik kepada perkembangan pemimpin BN yang cuba melarikan diri ke Temasek, sumber memberitahu suite eksklusif di beberapa hotel mewah seperti The Ritz-Carlton Milenia, Hotel Singapore, Marina Bay Sands, Raffles Hotel dan Mandarin Oriental sudah habis ditempah pada 5 dan 6 Mei, malah ada di antaranya sudah pun habis seawal 3 Mei lagi.

Walaupun pihak hotel terbabit tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana ia bertentangan dengan polisi dan kerahsiaan tetamu, ia mengesahkan adanya perancangan pemimpin Umno dan BN untuk lari ke luar negara melalui Singapura sebelum terbang ke destinasi pilihan di negara ketiga seperti Australia, United Kingdom atau Amerika Syarikat.

Hasil semakan dalam laman web beberapa hotel bertaraf lima bintang di republik itu mendapati beberapa bilik mewah sudah penuh ditempah walaupun cuti persekolahan hanya akan bermula akhir bulan depan.

Pihak kami di Singapura termasuk yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan Lapangan Terbang Seletar memaklumkan mereka sedang memerhatikan dan memantau pergerakan pesawat peribadi atau jet mewah yang dilihat mencurigakan yang berada di lapangan terbang tersebut dan proses tersebut sedang dibuat secara rahsia tanpa diketahui sesiapa.

Pada 21 Mac lalu, bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi amaran kepada semua pemimpin BN supaya tidak cuba lari ke luar negara sebaik keputusan pilihanraya diumumkan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

"Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, 'Perdana Menteri' baru, Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang seluruh negara supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan ke mana-mana destinasi," tegas Setiausaha Agung DAP itu pada majlis perasmian pusat khidmat rakyat parti itu di Puchong, Selangor.

Senarai operator jet dan pesawat peribadi yang terdapat di lapangan terbang di Singapura.



"Kita tidak mahu 'mereka-mereka' ini bawa lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja Pakatan Rakyat diumum dapat tawan Putrajaya.

"Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali dapat kebenaran 'kerajaan baru' Malaysia," katanya.

Malah, Naib Presiden PAS, Husam Musa turut membayangkan, pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam pada hari pilihanraya nanti.

"Ketika itu, Najib dan Mahathir Mohamad sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa lalu mereka.

"Manakala rakyat keseluruhannya menyambut perubahan kerajaan dengan gembira," kata Husam dalam satu majlis bersama jentera pilihanraya PAS di Kota Bharu pada 18 Disember tahun lalu.

Senario ini disebut sekali lagi oleh Husam yang juga Pengarah 'Roadmap to Putrajaya' PAS ini para pemberita selepas majlis tersebut selesai.


No comments:

Post a Comment