Written by Wong Choon Mei, Malaysia
Chronicle
Bapa
Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang telah dibunuh di Malaysia telah
mempersoal kenapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu keberatan
untuk mengambil bahagian dalam perbicaraan rasuah Scorpenes di Perancis. Ini
menandakan masa untuk Najib sebagai pemimpin negara untuk bangkit dan
membersihkan namanya dan kerajaan Malaysia di mata dunia.
Kata-kata
Setev bukan sahaja terang dan jelas untuk semua tetapi mempunyai implikasi yang
mendalam bagi Malaysia sendiri, yang telah diheret ke dalam skandal yang sudah
berlaku sejak 6tahun tahun yang lalu. Jika Najib tidak berani untuk
mempertahankan namanya sendiri, pasti dia menyembunyikan sesuatu atau memang
sebenarnya bersalah atas dakwaan yang dibuat keatasnya. Inilah yang dikatakan
oleh Setev.
Dan
jika ini adalah benar, maka rakyat Malaysia mungkin terpaksa menuntut
perletakan jawatan daripada perdana menteri yang terpalit skandal ini jika dia
enggan membersihkan namanya dan bertanggungjawab kepada mereka yang menjadi
mangsa dan masyarakat global.
Diam tanda bersalah?
Dalam
satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan kepada media di Malaysia pada hari
Khamis dan dibaca pada sidang media oleh Ahli parlimen PKR Kelana Jaya, Loh
Gwo-Burne, Setev berkata, amat mengejutkan apabila pentadbiran Najib tidak
mengambil apa-apa tindakan untuk membantu atau turut serta dalam siasatan
Scorpenes '.
Anak
perempuannya yang berusia 28 tahun itu dipercayai telah dibunuh kerana
pengetahuannya tentang urus niaga kapal selam Scorpene, di mana DCNS, pembekal
senjata Perancis telah dituduh merasuah pegawai Malaysia termasuk Najib untuk
membolehkan penjualan sejumlah RM7.3bil kepada kerajaan Malaysia.
Setev
juga menyatakan bahawa dia terkejut apabila Parlimen Malaysia - yang akan
dikawal oleh parti Umno Najib - telah menolak usul baru-baru ini untuk
membahaskan bukti baru dalam perbicaraan di Perancis yang menunjukkan rakan
rapat Najib yang juga perunding bagi Scorpenes, Razak Baginda mungkin telah
menjual maklumat rahsia ketenteraan kepada DCNS.
"Oleh
kerana ia melibatkan pembunuhan anak perempuan saya, saya mengikuti perbicaraan
kes Scorpene di Mahkamah Perancis dengan teliti. Perkembangan terkini
memberitahu maklumat mengenai sebuah syarikat di Hong Kong yang dinamakan
Terasasi dimana Razak Baginda adalah pengasas dan juga pengarahnya, terbabit
dalam menjual rahsia ketenteraan kepada sebuah syarikat Perancis, "kata
Shaariibuu.
Menyembunyikan bukti
DCNS
kini dalam perbicaraan di Paris atas tuduhan rasuah dalam pembelian Scorpenes
oleh Malaysia. Polis Perancis telah menemui beratus-ratus dokumen yang masih
lagi diteliti oleh mahkamah Perancis. Setakat ini, wang yang digunakan untuk
pembayaran rasuah Scorpenes telah mengarah kepada Baginda, ramai yang
menyifatkannya sebagai orang kuat Najib dan Umno.
Namun
demikian, pihak berkuasa Malaysia termasuk Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi dan
pegawai tentera telah menafikan rahsia tentera laut telah dijual. Dan walaupun
perbuatan itu adalah pengkhianatan yang tinggi, tiada seorang pun dalam
kerajaan Malaysia berani untuk menggesa agar suatu penyiasatan dibuat. Gaya
bersahaja mereka ‘menyapu kotoran di bawah karpet’ telah mencetuskan kemarahan
rakyat.
Beberapa
pemerhati politik berkata Najib dan Umno akan terus menutup mata dan mengulangi
penafian mereka kerana pilihan raya umum ke-13 negara akan diadakan tidak lama
lagi. Kepada ayah Altantuya, ia mungkin nampak seperti mereka memperlekehkan
kes pembunuhan anak perempuannya, tetapi bagi Najib, kedua-dua kes Scorpene dan
Altanutya akan mendatangkan masalah yang serius dan boleh mengakibatkan
kehilangan keyakinan pengundi dan integriti peribadinya.
Kami ada bukti Altantuya pergi ke Perancis
Setev
juga menyangkal dakwaan yang diputar belit oleh media Umno bahawa Altantuya
tidak pergi ke Perancis antara tahun 1999 dan 2007. Scorpenes telah dibeli pada
tahun 2002 dan Altantuya pula dibunuh pada tahun 2006.
"Kami
mempunyai bukti bahawa dia telah pergi ke Perancis dan akan mengemukakan bukti
kami dikehendaki berbuat demikian. Saya berharap melalui kes ini dan usaha
mereka di Perancis dan Malaysia, kita akan menemui kebenaran dan berharap
perancang sebenar di sebalik pembunuhan anak perempuan saya akan dijumpai,
"kata Setev.
Setev,
juga menambah bahawa beliau bersedia untuk membantu dalam siasatan Scorpene dan
boleh memberikan maklumat yang berguna yang akan membawa memberi maklumat yang
berkemungkinan besar akan membantu siasatan kes. Dia juga sudah berada dalam
senarai saksi untuk memberi keterangan di hadapan mahkamah Perancis.
Ada kaitan- Altantuya dan Scorpenes
Sengaja
membuat laporan yang salah, media Malaysia telah memetik rekod imigresen
Perancis dan menegaskan bahawa ia menunjukkan dia tidak pernah memasuki
Perancis. Walau bagaimanapun, dokumen-dokumen mahkamah yang terbaru menunjukkan
bahawa dia telah berbuat demikian, mengukuhkan dakwaan Setev. Terdapat juga
testimoni rasmi pegawai DCNS yang berkata bahawa dia telah bertemu dan dia
telah diperkenalkan kepadanya sebagai penterjemah Baginda.
Ada
sebab-sebab yang jelas mengapa Najib dan Umno akan bersungguh-sungguh
menjauhkan kes pembunuhan Altantuya daripada kes Scorpenes. Dalam kes Scorpenes,
sekurang-kurangnya Najib dan Umno hanya didapati bersalah kerana rasuah sahaja.
Bagaimanapun,
apabila hubungan antara pembelian Scorpenes dan Altantuya dibuat, ia akan
menjadi sukar bagi mahkamah Malaysia untuk menolak agar kes dibuka semula. Bahkan
perbicaraan semula apabila bukti baru terbongkar di Perancis dianggap penting
dan menjadi motif utama di sebalik pembunuhan itu. Najib dan pegawai tertinggi
Umno mungkin mendapati diri mereka dalam senarai suspek baru.
Berikan kerjasama penuh kepada pasukan penyiasat Mongolia
Setev
juga merayu kepada pentadbiran Najib untuk "tulus dan ikhlas" dalam
memberi bantuan kepada pasukan Mongolia yang akan tiba di Kuala Lumpur untuk
menyiasat kes pembunuhan Altantuya.
Altantuya,
yang boleh bercakap dalam 4 bahasa, termasuk Bahasa Rusia, telah ditembak di
hutan di Shah Alam oleh dua bekas pengawal peribadi Najib. Mereka juga
meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4 untuk mencegah pengenalan mayatnya.
Walaupun kedua-dua polis telah dikenakan hukuman gantung kerana membunuh,
rakyat ternyata tidak puas hati dengan penghakiman ini.
Pertamanya,
Baginda telah dibebaskan dengan penuh kontroversi apabila bersubahat dalam
pembunuhan itu. Dia dilihat telah dilepaskan dengan mudah, tanpa mendapat tahu
perkara sebenar dari dirinya sendiri mahupun diperolehi polis atau pihak
pendakwa. Kedua, kebanyakan mereka yang mengikuti kes itu percaya bahawa
perancang sebenar di sebalik pembunuhan itu masih belum didedahkan.
"Saya
harap demi keadilan dan saling hubungan antara Mongolia dan Malaysia, kerajaan
Malaysia akan memberi bantuan penuh ikhlas kepada pasukan Mongolia yang akan
tiba di Malaysia Ogos ini untuk menyiasat pembunuhan anak perempuan saya."
Sumber:
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment