Oleh : Aspan
Alias
Sesudah lima
puluh empat tahun berkuasa dan bermaharajalela, UMNO Baru akan sampai ke
penghujungnya dan sudah terlalu banyak dalil dan tanda-tanda yang menunjukkan
ia akan berlaku. Tidak payah disebut dan diulangi kali ini kerana kenyataan itu
sudah dirasai oleh ramai rakyat dan ia dirasakan di dalam naluri mereka yang
memerhati keadaan ini.
Ia tidak
usah disedihkan kerana ia perlu berlaku bagi menjauhkan negara dari terjerumus
ke lembah kerosakan kepada budaya politik negara kita yang kita sayangi ini.
Parti Liberal Demokrat Jepun (LDP) telah tumbang setelah memerintah negara
matahari terbit itu selama lima puluh tahun.
LDP
merupakan parti yang telah berjasa kepada negara Jepun. LDP lah yang telah
membangunkan Jepun dengan begitu pantas setelah negara itu mengalami kekalahan
yang menghinakan dalam peperangan dunia ke 2 dahulu. Negara Jepun yang
telah hancur lebur hasil dari ledakkan bom atom di Hiroshima yang menjadi
penyebab kepada kekalahan Jepun itu, telah dibangunkan kembali oleh LDP
sehinggakan Jepun menjadi kuasa ekonomi yang besar di dunia ini.
Jasa LDP
kepada negaranya begitu ‘quantifiable’ kerana dalam tempoh lima dekad dalam
pentadbiran dan pemerintahan parti LDP itu, Jepun telah menebus kekalahan yang
dialaminya yang begitu hina, menjadi sebuah negara yang tidak boleh
ditinggalkan dalam segala urusan antarabangsa, khususnya dalam bidang ekonomi
dan perdagangan antarabangsa. Keributan kecil di Jepun boleh menjejaskan
keadaan ekonomi dan seterusnya politik dunia, lebih-lebih lagi rantau Asia ini.
Pemimpin LDP
tahu dan faham apa yang mereka lakukan dan mereka tidak melakukan sesuatu
tindakan itu berdasarkan kepada politik kepartian semata-mata. Jepun khususnya
pimpinan LDP membangunkan negara bukan kerana diasaskan kepada kepentingan
kepartian LDP semata-mata tetapi berdasarkan kepada matlamat yang ‘ultimate’
bagi rakyat dan negara iaitu untuk mencapai pembangunan negara (nation
building) dalam erti kata yang sebenarnya.
Negara Jepun
setelah mengalami kekalahan peperangan dunia kedua tidak menunggu lama untuk
memperbaiki keruntuhan hasil dari peperangan itu. Jepun terus sahaja
membangunkan industri negaranya dengan memilih ‘formula’ dan pendekatan yang
radikal dan prakmatik.
Yang pertama
dilakukan oleh Jepun ialah untuk membangunkan industri ‘precision’ nya dengan
disampingi oleh ‘R&D’ nya kerana mereka tahu yang cara untuk menyaingi
pembangunan negara-negara lain yang sedang membangun dengan pesatnya ialah
dengan mencapai ‘perfection’ yang tinggi. Jepun tahu yang cara untuk mencapai
‘competitiveness’ yang tinggi ialah untuk membina industri kepada produk-produk
yang mampu di ‘export’ dan mudah diterima oleh pasaran antarabangsa.
Jepun
dibawah pimpinan LDP sedar yang negara itu tidak mempunyai kekuatan ‘export’
untuk apa-apa komoditi kerana Jepun merupakan negara secara ‘geographic’ nya
merupakan negara yang tidak mempunyai keluasan untuk kediaman yang besar. Jepun
hanya mempunyai satu pertiga kawasan negaranya yang boleh didiami
oleh manusia dan negara itu tidak mempunyai hasil bumi yang besar seperti
dinegara kita ini.
Mahu tidak
mahu Jepun terpaksa menumpukan usahanya untuk pembangunan industri sahaja
semasa itu. Pembangunan industri ‘precision’ itu telah membantu pembangunan
industri yang lain kerana kos pengeluaran barangannya menjadi rendah
kerana kos yang dibelanjakan terhadap ‘capital goods’ dalam sesuatu
pengeluaran itu menjadi rendah. Ini ialah kerana mesin-mesin untuk
mengilang itu dikeluarkan oleh negara Jepun sendiri hasil dari ‘R&D’ nya
yang berjaya itu.
Di
sebaliknya di negara kita sampai kehari ini kita belum pun lagi mempunyai industri
Malaysia itu sendiri. Malaysia belum lagi mempunyai barangan industri
kita sendiri untuk di ‘export’ atau menjadi kegunaan masyarakat antarabangsa.
Kesemua industri yang ada di negara kita hanyalah merupakan industri
‘footloose’ yang boleh di pindah dan di anjak kemana-mana oleh
pengilang-pengilang antarabangsa yang ada disini.
Malahan
banyak di antara kilang-kilang gergasi kepunyaan negara lain yang beroperasi di
negara kita telah memindahkan operasinya dinegara-negara jiran kita seperti
Thailand dan Vietnam.
Begitulah
besarnya jasa LDP kepada negara Jepun tetapi setelah memerintah selama lima
dekad rakyat menolak parti itu kerana kepentingan negara dan rakyat. LDP telah
melakukan kesilapan demi kesilapan kerana mereka (LDP) telah mengambil segala-galanya
‘for granted’ kerana telah terlalu biasa dengan kuasa yang rakyat mandatkan.
Rakyatnya
mementingkan kepentingan negara sebagai perkara yang utama. LDP sudah mula
diselaputi oleh kegiatan rasuah dan salahguna kuasa dan kadar rasuahnya tidaklah
sebesar apa yang berlaku di negara kita. Itu pun rakyat Jepun menolaknya
setelah berjasa kepada Jepun selama lima puluh tahun.
Itulah
sebabnya jika UMNO Baru mengungkit-ngungkit apa yang mereka telah lakukan
terhadap rakyat dan meminta rakyat mengenang jasanya untuk meneruskan kuasa
itu, ia merupakan satu penginiayaan kepada negara sendiri. UMNO Baru mahukan
rakyat mengenagkan jasa-jasa lama dan melupakan sahaja isu rasuah yang berluas-luasa
yang mereka lakukan. Bagi UMNO Baru ‘aku boleh rasuah kerana aku telah lama
berjasa’ itu merupakan budaya dan pemikiran yang amat hina terhadap rakyat.
UMNO Baru
telah mengungkit sampai keperkara yang kecil dan di kampung saya suatu ketika
dahulu pemimpin UMNO Baru mengungkitkan bantuan gigi palsu sebagai cara untuk
menyambung sokongan terhadap mereka (UMNO)Baru.
Kita perlu
mengambil contoh yang baik seperti contoh yang dilakukan oleh rakyat Jepun.
Mereka (rakyat Jepun) mengutamakan nasib dan masa depan negara. Mereka tidak
termakan dengan cerita jasa lama dan membiarkan negara mereka dipunah ranahkan
oleh pemimpin-pemimpi parti yang telah berjasa lebih besar kepada rakyatnya
dari jasa UMNO Baru kepada rakyat Malaysia.
Kita juga
elok mengkaji apa yang berlaku kepada Parti Kongress India yang telah
ditumbangkan oleh rakyat negara India setelah hampir lima dekad berjasa kepada
negara demokrasi terbesar di Asia itu. Semuanya mengambil giliran untuk turun
apabila masanya tiba.
Begitu juga
Parti Golka dari Indonesia. Ini semuanya merupakan contoh-contoh yang hampir
dengan kita yang sejarahnya masih baru dan muda. Kita tidak payah membaca
tentang sejarah lama seperti kejatuhan Empire Roman dan sebagainya.
Apa yang
berlaku disekeliling kita sudah memadai untuk dijadikan contoh dan teladan.
PAS putuskan hubungan dengan DAP aku pangkah PAS lagi tahun ni.
ReplyDeletePas tak perlu putuskan hubungan dengan DAP. DAP tidak pernah kianat kepada Melayu.Sebenarnya yang pengkianat Melayu adalah UMNO. Tidak ada parti politik ndi dunia ini yang sejahat dan sezalim UMNO terhadap sebangsa dan seagama dengannya. Sejahat-jahat Yahudi tidak pernah kita mendengar, membaca, menonton dan melihat dia menzalimi kaum sejenis dengannya.
ReplyDeleteTidak usahlah membuat ugutan. Terpulanglah kepada anda untuk menyokong pihak mana yang anda fikir baik untuk generasi masa depan negara ini.