Friday, June 22, 2012

INILAH PELUANG TERBAIK UNTUK MEMUFLISKAN UTUSAN


Utusan sekali lagi bersalah fitnah Guan Eng

(Inilah laporan yang menyebabkan Utusan kena RM450,000)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar Umno, Utusan Malaysia bersalah memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang dan diperintahkan membayar RM450,000 kepada Lim Guan Eng.



RM200,000 adalah untuk kerosakan yang dibuat oleh akhbar itu manakala RM250,000 lagi adalah kos mahkamah.

Utusan Melaysia dalam laporannya pada 12 Mac 2008 bertajuk "Tiada lagi DEB" mendakwa DAP akan menghapuskan DEB.

Lim mendakwa laporan itu tidak tepat kerana yang Ketua Menteri Pulau Pinang itu maksudkan dalam ucapannya adalah pentadbirannya akan menghapuskan 'kroni, rasuah dan ketidakcekapan' dalam polisinya.

Anggota Parlimen Bagan itu menuntut gantirugi kerana tulisan itu seolah-olah mendakwa beliau seorang pemimpin yang tidak bertanggung jawab dan tidak boleh dipercayai.

Walaupun beliau telah membuat beberapa kali penjelasan mengenainya, akhbar Umno itu berterusan membuat dakwaan yang sama, dakwa Lim.

Akibat dari tulisan yang berterusan itu menyebabkan protes demi protes dianjurkan oleh Umno termasuk perhimpunan yang disertai 1,000 peserta di perkarangan bangunan Komtar selepas solat Jumaat pada 14 Mac tahun berkenaan.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi pada Disember 2011 lalu juga memutuskan akhbar Umno itu bersalah apabila melaporkan berita bertajuk 'Kebiadapan Guan Eng'.

Mahkamah memutuskan laporan itu secara jahat memalukan Lim Guan Eng dan membuat dia dan DAP dilihat sebagai anti Melayu dan anti Islam.

Ulasan :
Ini adalah kali kedua Lim Guan Eng menang kes lawan Utusan Porno .Pertama Disember tahun lalu,  Utusan Porno diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada Lim  dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.Utusan telah menuduh Lim sebagai seorang ‘rasis’ dan ‘anti-Melayu’ . Kali ini pula Lim mendapat RM450,000.00. Sebelum itu Teressa Kok, Ahli Parlimen Seputeh, Mahfoz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena dan Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam menang kes lawan kerja-kerja fitnah Utusan Porno selama ini.
Banyak kes-kes saman fitnah terhadap Utusan Porno masih menunggu untuk dibicarakan di mahkamah khususnya kes saman fitnah dari DS Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Mat Sabu, Lim Guan Eng ada lagi kes dengan UPorno ini dan ramai lagi.Keputusan mahkamah setakat ini membuktikan bahawa Utusan Porno memang melaksanakan kerja-kerja fitnah memfitnah, penipuan fakta, melakukan pembohongan demi pembohongan dan melakukan kerja-kerja tidak berakhlak, bermoral dan tidak berpegang kepada ajaran agama. Seluruh perkerjanya adalah terdiri dari orang-orang tidak ada pegangan aqidah yang kuat, rapuh dan runtuh.
Kepada seluruh rakyat dalam Negara ini yang merasa diri difitnah cepat-cepatlah buat saman terhadap UPorno sebelum undang-undang menghalalkan fitnah diluluskan (Malaysia Boleh!). Inilah masa terbaik untuk memufliskan Utusan Porno,  disamping ia tidak mendapat  sambutan dari rakyat lagi. Ia mengalami kerugian tahun demi tahun.
Utusan Porno menuju kehancuran dan kebangkrapan.
BALASAN ALLAH  BERKAT DOA DARI HAMBA-HAMBANYA YANG DIFITNAH DAN DIMALUKAN OLEH UTUSAN  PORNO.

No comments:

Post a Comment