Written by Nawawi Mohamad,
Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle
Bekas
Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mendapat pujian ramai, terutamanya
ahli-ahli UMNO pembodek yang lain. Dirinya telah dipuji kerana melakukan banyak
penswastaan di Malaysia, Wawasan 2020nya, dasar ketat politik dan ekonomi,
namun tidak satupun diantara ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang
maju.
Sebaliknya,
akibat dasar kuku besi Mahathir, Malaysia telah dipandang rendah dan dilihat
sebagai sama tahap seperti rejim penyangak lain seperti Zimbabwe dan Myanmar.
Vietnam sudah semakin maju, manakala Indonesia telah meninggalkan kita jauh di
belakang.
Tidak
hairanlah Mahathir yang berusia 86 tahun cuba untuk menyelamatkan legasinya,
walaupun biografinya yang laris A Doctor in the House tidak akan menjadikannya
popular lagi. Di mata rakyat senegaranya, apa yang telah dilakukan oleh
Mahathir, dirancang, dilaksanakan dan dibayangkan, semuanya telah gagal teruk.
Masih tidak cukup! Lebih banyak sekatan diperlukan!
Kepada
Mahathir, ia mungkin kelihatan bahawa rancangannya telah gagal. Menjadi
kucar-kacir di depan matanya sendiri. Dia tidak boleh menerima bahawa ia adalah
salahnya sendiri dan sebaliknya menyalahkan penggantinya erana tidak berusaha
lebih untuk rakyat.
Dan
ini adalah mengapa suhu politik di negara ini mengeledak dengan kekejaman polis
menjadi norma dalam mengawasi rutin seharian. Mahathir masih berkuasa,
dilindungi oleh kekayaan yang dikumpul oleh anak-anaknya, kroni dan keluarga
ketika pemerintahannya selama 22 tahun dari tahun 1981 hingga 2003. Dia tahu
dia telah membuat banyak kesilapan tetapi tidak akan mengakui hakikat ini dan
ini jugalah sebab mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti
terdesak hendak memuaskan hati Mahathir.
Tanpa
Mahathir, Najib akan ditendang keluar sebagai Presiden Umno sekaligus sebagai
PM di negara ini dengan serta-merta. Tanpa mandat pilihanraya sendiri serta
perbalahan dalaman yang serius terpaksa dihadapinya dari dalam UMNO, Najib tahu
kelemahannya.
Ini
adalah mengapa lelaki berusia 58 tahun ini telah membuat pusingan U dengan
menghidupkan semua janji-janji dulunya untuk pembaharuan, walaupun pengkritik
berkata bahawa Najib tidak pernah benar-benar serius untuk melakukan apa-apa
pembaharuan keatas Malaysia.
Masih mahu menjadi BOS
As
every facet of Malaysia goes down one by one, Mahathir remains in a state of
denial. Publicly, he says he can’t bear to see Malaysia sliding within his own
life time and he can’t do anything about it. But don’t rush to empathize, one
might be mistaken.
Setelah
setiap kes dan skandal di Malaysia dibongkar satu persatu, Mahathir kekal dalam
penafian. Secara terbuka, dia berkata dia tidak sanggup melihat Malaysia munah
ketika hayatnya dan dia pula tidak boleh melakukan apa-apa. Tetapi jangan
merasa kasihan padanya dengan begitu cepat, kita mungkin tertipu.
Pengkritik
berkata, dia sebenarnya tidak peduli tentang Malaysia sama sekali. Mahathir
hanya berminat untuk menghidupkan legasinya semula, yang telah diruntuhkan, dan
sudah tentu untuk melihat anaknya Mukhriz menjadi Menteri Besar atau Ketua
Menteri Kedah sebelum menjadikan dia sebagai Perdana Menteri apabila tiba
masanya bagi Najib untuk meletakkan jawatan.
Najib
mungkin telah mengambil alih dari Abdullah Badawi tetapi tidak syak lagi dia
telah mewarisi segunung masalah sosio-ekonomi Malaysia daripada Mahathir.
Mahathirlah yang memimpin Malaysia ke kancah hutang yang banyak akibat daripada
sebahagian besar projek-projek mega yang telah dilaksanakan adalah hasil
daripada wang yang dipinjam.
Firma
minyak nasional, Petronas telah diperah kering untuk menyelamatkan firma yang
dikawal oleh kroni dan anak-anaknya apabila projek-projek ini menjadi
bermasalah seperti biasa. Dengan rasuah berleluasa dan salah urus tadbir,
ditambah keutamaan dasar untuk memperkayakan para pemimpin elit dalam Umno,
penswastaan Malaysia menjadi tidak berfungsi tanpa amalan pengurusan perniagaan
yang cekap. Ini menjadikan Malaysia tidak cekap dan tidak berdaya saing.
Sekarang,
Mahathir mahu menguruskan ekonomi sekali lagi. Dia seperti orang yang masih
tamakkan kuasa. Hanya beberapa hari lalu, dalam wawancara dengan berita asing
dia berkata bahawa pengeluaran Greece dari Zon Euro, ditambah walaupun
kelembapan ekonomi China, tidak akan memberi kesan kepada Malaysia.
Adakah
dia bergurau? Ketua Bank Negara Zeti Aziz telah mengakui bahawa ia "tidak
dapat dibayangkan" jika Greece gagal untuk terus berada di pelan
pemulihanekonomi Euro untuk pembaharuan kewangan. Kebergantung perdagangan
Malaysia sudah akan merasa kesannya satu akibat kelembapan global ini dan
lebih-lebih lagi apabila Hutang Negara kini berada pada tahap RM560 bilion dan
semakin meningkat.
Jadi,
mengapa Mahathir cuba untuk menutup kemungkinan bahawa malapetaka kewangan
tetapi tidak pula memperkatakan tentang kedudukan Najib yang "lemah".
Lelaki tua ini dengan mudah berkata bahawa walaupun kita dapat melepaskan diri
daripada kesan krisis ekonomi luar, Najib perlu menangguhkan pilihan raya umum
ke-13 hingga ke akhir tahun ini.
"Kerana
lemah, dia perlu memberi respons kepada kritikan. Tetapi apabila berhadapan
dengan masalah ini sahaja tidak cukup ... mungkin pada lima bulan akan datang
sebelum akhir tahun ini," kata Mahathir kepada Bloomberg, merujuk kepada
masa yang terbaik untuk PRU ke-13.
Kepentingan peribadi dalam PRU ke-13
Malah,
dalam PRU ke-13, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gabungan
Pakatan Rakyat akan mempunyai peluang yang baik untuk merampas kerajaan
persekutuan - rejim perubahan yang pertama kalinya berlaku di Malaysia sejak
penjajah British meninggalkan kita pada tahun 1957.
Kita
pasti sudah sedar bahawa Mahathirlah yang telah mempengaruhi Najib dengan
mengarahkan tindakan keras polis ke atas orang awam yang berlaku pada 28 April,
2012, di perhimpunan Bersih 3.0 untuk pilihanraya yang bebas dan adil.
Bukan
hanya Mahathir tegas mempertahankan penggunaan kekerasan ke atas orang awam
yang berhimpun secara aman, dia juga menuduh pihak penganjur Bersih bersubahat
dengan Anwar dan Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kerajaan BN seperti di
Dataran Tahrir atau Kebangkitan Arab. Tiada siapa yang terkejut apabila Najib
dengan segera mengulangi kata-kata Mahathir.
Lelaki
tua itu kemudian memberi amaran bahawa jika Pakatan menang PRU ke-13, akan
berlaku "keganasan tanpa henti". Pendirian dan muslihat politiknya
sama sekali dikutuk dan motifnya telah diselar sebagai jahat dan
"berbahaya".
"Apa
yang jelas ialah Mahathir mempunyai kepentingan peribadi dalam keputusan
pilihan raya umum akan datang untuk menyebabkan dia melakukan yang terbaik,
termasuk pembohongan dan fitnah terhadap Bersih 3.0 yang merupakan ‘warm up’
oleh Pakatan Rakyat untuk mengadakan demonstrasi ganas untuk menolak keputusan
pilihan raya akan datang jika pembangkang gagal atau orang Melayu kehilangan
kuasa politik di negara mereka sendiri apabila UMNO dikalahkan," kata
penasihat DAP Lim Kit Siang.
"Apakah
mungkin bahawa dia menyedari bahawa selepas perhimpunan Bersih 3.0, UMNO dan
Barisan Nasional akan keluar dari Putrajaya sejurus pilihan raya umum akan
datang, dan ini bermaksud bahawa senarai panjang skandal kewangan dan
penyalahgunaan kuasa selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri akhirnya boleh
dijalankan siasatan penuh dan dia melakukan yang sedang bertungkus-lumus untuk
mengelakkan sejarah rahsia menjadi Perdana Menteri 22 tahun ini daripada
diketahui semua?
Mahathir kini PM de-facto
Yang
pasti, Mahathir amat bimbang akan diri serta keluarganya. Lihatlah bagaimana
Indonesia menyelesaikan kes rasuah bekas presiden Suharto dengan kekayaan hebat
yang dikumpul oleh keluarganya akan menjadikan Mahathir seram sejuk. Bukan
sahaja kekayaannya akan dirampas, penjara, perbicaraan mahkamah yang panjang
dan penghinaan ini semua bakal dihadapinya.
Bagi
Mahathir, sama ada dia sememangnya jenis yang tidak pernah takut atau percaya
bahawa nasib akan sentiasa menyebelahinya, sebaliknya merancang atau cuba
berunding bagi mencari jalan yang terbaik, dia sedang berusaha untuk
mempromosikan anaknya Mukhriz sebagai ketua menteri Kedah yang seterusnya, dan
pada masa yang sama membuat kenyataan dan memberi nasihat seolah-olah dia masih
lagi PM.
Drama
dan komen lantang Mahathir beberapa hari lepas belum dilupakan pemimpin Umno
yang lain, mahupun musuh politik mereka, ahli Pakatan rakyat.
"Jelas
ada perpecahan serius dalam Umno dan mereka tidak mampu untuk mencapai kata
sepakat. Jika tidak, tiada sebab untuk Mahathir menasihati Najib supaya
melambatkan PRU ke-13. Dia hanya perlu membuat panggilan telefon. Mahathir mahu
UMNO tahu bahawa jika Najib melambtkan PRU ke-13 hingga September atau 2013,
Najib akan masih mempunyai sokongannya," naib presiden PKR Tian Chua
memberitahu Malaysia Chronicle.
"Ya,
Dr M takut kehilangan pada PRU ke-13 dan pemilihan parti Umno. Dia dan Najib
akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan orang mereka menang dan yang lain
akan diketepikan. Golongan Badawi, kumpulan Tengku Razaleigh dan jugaTan Sri
Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) akan mendapati diri mereka
terpinggir. Ini nampaknya seperti perjanjian Dr M telah dibuat dengan Najib.
Mahathir akan menjadi PM de-facto, Najib hanya akan menjadi boneka. Dia dan
Rosmah akan ke luar negara untuk menghadiri acara rasmi dan tinjauan mesra.
Tetapi dasar-dasar sosial dan ekonomi akan kembali ke meja Mahathir. Ya, Mahathirisme
kembali dan kita perlu berhati-hati dan berjaga-jaga. "
Menghentikan penghijrahan beramai-ramai ke dalam Pakatan sahaja
tidak cukup
Pemilihan
parti Umno dijadual pada bulan Oktober 2012, manakala spekulasi bertiup kencang
bahawa PRU ke-13 akan diadakan pada bulan September atau tahun depan dan bukan
pertengahan bulan Jun atau Julai seperti yang disebut-sebut sebelum ini.
Satu
perhimpunan besar BN akan diadakan pada 17 Jun dimana Najib dijangka
mengisytiharkan tarikh pilihanaya tetapi selepas kegagalan cara mereka
mengendalikan Bersih 3.0 dan ketidakupayaan Mahathir untuk mendapatkan kembali
populariti dari rakyat, peluang untuk PRU ke-13 berlaku lewat tahun ini atau
awal tahun depanlebih tinggi. Mandat BN untuk memerintah akan tamat pada bulan
Mac 2013.
Sementara
itu, penghijrahan yang boleh dijangka oleh ahli UMNO-BN dan kakitangan awam ke
Pakatan Rakyat yang semakin mencemaskan Umnoter masuk bekas Peguam Cara Negara
Yusof Zainal Abiden, profesor Aziz Bari dari UIA dan Brigadier-Jeneral Abdul
Hadi Abdul Khattab. Semua menyertai PKR manakala bekas ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Bukit Aman Fauzi Shaari menyertai PAS.
Sumber
: Malaysia Chronicle
MAMAK KUTTY SIKANDAR PENGKHIANAT & PEMBOHONG BESAR INI PATUT DIADILI MACAM MUBARAK DARI MESIR ATAS KEMUSNAHAN DEMOKRASI,PERUNDANGAN & PENTADBIRAN NEGARA ,DARI MENGATUR HAKIM DENGAN PERANTARA SANG PENGKIANAT SEKAUM DENGANNYA DIA MENGKUCARKACIRKAN INSTITUSI RAJA & PARLIMEN,KESAN NYA AMAT BESAR TERHADAP NEGARA TAPI DIA MASIH RIAK & SOMBONG BAK ZIONIS SOMBONG TERHADAP HUKUM ALLAH S.W.T. !
ReplyDeleteWahai Orang tua,giliran kamu sudah tamat,kamu rehatla,jangan masuk campur urusan politik semasa,giliran kamu akan 'sibuk' akan ada selepas PR ke Putrajaya..
ReplyDeleteBersetuju dengan pandangan saudara-saudara semua. Orang tua ini banyak kesalahan yang beliau lakukan sepanjang beliau bmemerintah. Kes Memali,operasi Lalang 1987, 100 billion duit rakyat hangus dsbnya perlu dibawa ke muka pengadilan.
ReplyDeleteHERAN...HERAN...AKU NI PENGUNDI ATAS PAGAR, TAPI KALAU SI AL-JUBORI/AL-SODOMI YG NAK DIANGKAT MENJADI PM AKU RASE AKU X PERLU PIKIR LAMA2 UTK PANGKAH SAPE KAT PRU13 NI...
ReplyDelete